Ya, rumah mertua sy pun kotor, jalan pun jinjit kaki tapi sy tak pernah tolong kemas

Saya pun ada masalah macam menantu sebelum ni, rumah mertua kotor dengan t4ik ayam, t4ik kucing kering. Bekas makanan sampai basi. Setiap kali datang rumah mertua saya bawa makanan sendiri sebab saya dah terbayang macam – macam. Cuma saya ingat satu nasihat kakak saya yang saya pegang sampai sekarang..

#Foto sekadar hiasan. Hai. Harap approve la kisah ni. Saya cuma nak respon pada kisah Shima, yang ada kongsi tentang rumah mertua dia yang kotor. Saya ada baca banyak komen bagi pandangan dan nasihat bernas. Saya cuma nak share pengalaman yang sama.

Mungkin yang rasa lebih memahami. Tak berani nak komen takut ada yang kenal saya. Puan Syima, saya pernah melalui fasa tekanan dan tak selesa itu. Drama air mata tak payah ceritalah, memang dah banyak kali. Perkahwinan saya masuk dah tahun yang ke-6 dan alhamdulillah saya melalui kehidupan ini dengan “baik – baik” saja.

Saya tak pernah masuk ke rumah keluarga suami sebelum kahwin. Cuma suami selalu cerita kehidupannya yang kekampungan dengan kambing dan ayam itik. Saya tak kisah pun sebab saya sendiri pun memang orang kampung.

Mak mertua saya menerima saya dengan baik. Cuma saya tak selesa bila duduk di sana. Kami juga hidup sendiri selepas kahwin. Cuma jarak rumah dalam 35 minit macam tu. Seminggu dua tiga kali juga kami menjengah ke sana.

Seperti Puan Syima, saya juga mengalami jalan yang sama, rumah yang kotor, penuh dengan n4jis ayam dan kucing yang kering, pinggang mangkuk, periuk, nasik basi buah buruk dan macam – macam lagi. Saya pun bukanlah pembersih dan pengemas mana, cukup sekadar tidak pengotor.

Cuma bezanya, dari awal masuk ke rumah orang, tak kisah la siapa pun, saya telah bersedia. Berkali – kali kakak saya pesan, sebaik mana pun dan sebagus mana pun kita, bila masuk keluarga orang mesti ikut rentak mereka. Jangan harap apa – apa, bagi apa adanya.

Dan ye, saya tak pernah kemaskan pun. Saya hanya tengok dan istighfar. Itu cara mereka, cara hidup mereka. Lagipun mak mertua saya sangat baik. Anaknya juga anak yang baik. Bila raya, suami sayalah yang kemaskan rumah itu.

Dulu saya pernah tanya suami, tapi saya nampak rautnya tidak senang. Saya tak nak dia tersepit antara saya dan keluarga. Cuma saya tahu, dia tahu yang saya tak selesa. Saya pernah dengar mak cerita ada menantunya kemas dapur dan buang banyak barang yang disayang.

Saya faham dia tak senang dengan cara itu. Saya tak kisah dilabel malas, sebab saya memang begitu di rumah mertua. Betul – betul sekadarnya. Datang la ke rumah kami, saya layan masak sebaik mungkin. Bila balik kampung saya cenderung bawa makanan yang saya masak.

Saya kurang makan makanan di sana, saya membayangkan yang bukan – bukan. Tapi mereka menyambut baik tindakan saya. Jika saya datang tanpa makanan, mak akan keluarkan buah – buah yang ada. Saya faham mak terima saya, saya juga perlu terima keadaan mereka.

Walaupun kadang saya tak tahu nak duduk di mana. Saya rasa semua tempat tak bersih sebab ada abang yang suka pakai selipar dapur sampai ke ruang tamu. Kat dapur kotornya ayam keluar masuk okey. Cuma beza saya dengan confessor, saya belum ada anak.

Terfikir – fikir juga saya kat mana nak letak anak saya nanti. Takkan nak meriba jer hu. Sebab saya nak masuk rumah pun kadang – kadang jinjit kaki. Saya fikir mereka pernah nampak kelakuan saya, tapi tak sekali mereka tegur atau perIi.

Jadi saya fikir saya juga kena terima seadanya. Lebih berlapang d4da walaupun sampai sekarang saya kurang selesa di sana. Suami saya cukup baik. Dan dia anak yang baik. Jadi kebaikan – kebaikan ini bagi kekuatan pada saya untuk tutup mata tutup mulut, untuk kekurangan ini.

Saya yakin dan percaya, takda kehidupan yang sempurna. Kita hanya manusia yang hidup untuk diuji. Sekian. – Menantu hantu (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Yesmina Butik Bmc : Adehhh, kalau n3jis dah “bergerak” merata – rata sebab pakai selipar yang access-nya dari dapur yang ada ayam kuar masuk, macam mana nak tahan weh. Sekurang – kurangnya basic kebersihan kena ada kot.

Habis tu solat macam mana selama ni ye? Nanti ada anak nak kurung je dalam baby cot ke? Sampai bila? Cering bulu roma. Adehhh. Kadang – kadang kena realistik la. Cara elak konfIik da betul, tapi nak elak komunikasi masalah ni sampai bila sebab maaflah basic pun macam tak betul.

Allah pun suka kebersihan. Takdela nak bersih sangat, tapi BASIC hygiene mestila ada. Aku pun orang kampung jugak, anak felda lagi. Tau dak, ayam itik pun kenai tempat bersih atau tak bersih. Rumah mak ayah saya, ayam tak pernah masuk dalam rumah, sebab depa tau tu kawasan Iarangan, bukan tempat depa cari makan. Huhu. I rest my case.

Siti Munaliza Bte Musa : Suka baca tulisan ni. Inilah namanya adab. Masuk rumah organ walaupun keluarga sendiri hormat pada tuan rumah, tinggalkan cerita buruk dalam rumah tu sebaik kaki melangkah keluar dari rumah. Tidak semua orang mempunyai sikap dan pemikiran sama seperti kita, tapi selagi mereka baik dengan kita, maka horm4tilah mereka walau siapa pun mereka.

Rose Ismail : Saya pulak lain cerita, bila masuk rumah mertua saya akan cuci semula sudu garfu pinggan mangkuk. Sebab selagi saya ada di kampung, saya lah tuan baru kepada dapur mertua. Tak ade siapa yang berani tegur. Ni baru betul – betul menantu h4ntu. Tapi.. Depa tak pernah lapar.

Pratama Andreas : Awak direzekikan dengan suami, mak mertua dan ipar duai yang amat baik. Itu sudah rezeki paling atas. Dan awak juga seorang menantu yang sempurna. Menerima seadanya. Semoga awak dan family terus dicurahkan dengan Iimpahan rahmat Allah.

Olien Noor Azlin : Ya Allah, bagus ye awak. Kalau saya tak boleh. Autom4tik termembebeI. Macam mana boleh duduk dalam suasana kotor? Memula memang em0si tengok orang jenis tak reti kemas. Tapi lama – lama kalau diorang tengok saya ada, autom4tik ok kemas, kemas.

Si fulan ada. Karang kena sound. Saya buat macam rumah sendiri. Bukan tujuan nak mengh1na. Tapi saya nak didik orang supaya menjaga kebersihan. Kalau dari kecil tak belajar berkemas, sampai tua la bawak per4ngai macam tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.