
10 tahun bercinta dengan kekasih, dari tak bertudung sekarang tengah berusaha nak tutup aur4t. Keluarga kekasih aku kuat agama, ayah dia imam besar. Keluarga aku plak nak solat cukup 5 waktu pun payah. Baru – baru ni aku jumpa keluarga kekasih, ketika itulah aku disuruh baca t4hiyat akhir depan kakak – kakaknya.
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua pembaca. Aku Wawa. Aku tak pandai bercerita, tapi aku akan cuba walaupun akan berterabur. Aku harap pembaca dapat fahamkan apa yang ingin aku sampaikan. Sekarang aku dalam hubungan dengan seorang lelaki, aku namakan dia sebagai H.
Kami kenal daripada zaman sekolah lagi. Dan tempoh hubungan kami dah menjangkau 10 tahun. Aku adalah perempuan yang sangat bertuah disebabkan H seorang lelaki yang sangat baik.. Bertuah sangat. Dalam tempoh 10 tahun, H tidak pernah berubah perasaan dan aku nampak kesungguhan H untuk menghalalkan aku.
Berbunga hati aku bila tiap kali H ucap, “Morning bakal isteriku” setiap pagi. Sekarang di umur 27 tahun kewangan H sudah stabil dan dia sudah menyatakan hasrat untuk menjadikan aku sebagai isterinya. Perempuan mana yang tak suka kan?
Lelaki yang dia cinta melamar dia. Tapi siapa sangka latar belakang keluarga aku tak sama seperti keluarga H. Keluarga H dikenali sebagai keluarga yang mempunyai pegangan ilmu agama yang kuat berbanding dengan keluarga aku.
Bapa H merupakan Imam di Masjid besar di daerah kami. Sebut sahaja nama beliau, memang ramai yang kenal. Manakala ayah aku, nak cukup 5 waktu sehari pun susah apatah lagi berpuasa. Aku bukan mahu membuka aib, tapi inilah kenyataannya.
Aku rasa susah hati bila terfikirkan perkara ini. Buat pengetahuan semua, aku bukanlah wanita yang sempurna. Aku masih dalam usaha untuk berhijrah dalam menutup aur4t. H yang banyak membimbing aku. Daripada rambut terbuka sehinggalah sekarang dah bertudung. Alhamdullilah..
Seperti mana yang aku kata awal tadi, aku bertuah kenal H yang sedikit pun tak pernah mengambil kesempatan terhadap aku. Baru – baru ini aku berjumpa dengan keluarga H. Aku dapat rasakan pandangan serong anggota keluarga H terhadap aku iaitu adik beradik perempuan H.
Sampaikan aku terdengar perbualan mereka yang mengatakan H sudah sewel sebab memilih aku sebagai bakal isteri. Aku disuruh baca niat wuduk, niat – niat solat dan t4hiyat akhir di depan kakak – kakak H. Terdetik kat hati aku, kenapa mereka pandang rendah pada aku.
Aku tak tahu mungkin aku yang terlalu sensitif tentang hal ini. Pulang sahaja dari rumah H, aku menangis. Aku solat dan berdoa pada Allah. Patutkah aku teruskan hubungan ini. Aku sayangkan H dalam pada masa yang sama aku takut untuk lalui kemungkinan yang akan datang.
Dan terang – terang yang diri aku tak diterima dalam keluarga H. Sejak dari peristiwa di rumah H aku tak contact H langsung, beratus kali H call tapi aku tak angkat. H datang rumah aku dan berjumpa dengan ibu dan ayah tapi aku tak sanggup nak keluar.
Aku rasa sedih bila dengar suara H. Seboleh bolehnya aku nak lari dari H. Bukan sekali aku makan hati dengan keluarga H. Pernah sekali tu kakak H whatsapp aku supaya jauhkan diri daripada H. Tapi aku degil, aku masih tak sedar diri yang aku ini jahiI dan kurang ilmu agama.
Dan akhirnya, ini yang aku dapat. Aku yakin, jika aku undur diri H akan lebih bahagia dengan wanita yang lebih sempurna dan tinggi ilmunya daripada aku. Tempoh 10 tahun adalah tempoh yang lama untuk aku lupakan H dalam waktu sehari.
Tapi andaikan kami tiada jodoh, aku redha. Maafkan saya awak… Maafkan saya.. – Wawa (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Elly Orly : Kalau famili H tu memang ikut betul ajaran Islam, dia takkan pandang serong pada awk, malah diorang lagi berbesar hati sebab dapat memandu awak untuk lagi patuh pada ajaranNya. Benda boleh diajar. N0nsense betul bila tanya pasal niat wuduk semua tu, kalau awak lelaki logik la jugak sebab akan jadi imam dalam keluarga.
Nor Ariffin : Alaa. yang nak kahwin dengan kau tu ialah H, bukan kakak atau famili dia. Dia sikit punya bagus, kau pulak mengada – ngada lah TT. Menyampah Acik. Acik malas nak membebel, sepatutnya kahwin sahajaIah dengan H, TT jangan buat zalim kat H yang tak bersalah.
TT ni macam tak ada hati perut pulak. Marah betul Acik ni tau. Bab ilmu agama tu boleh belajar. Tak dak masalah. Yang masalah ada ilmu agama tapi somb0ng macam famili H. Pedulikan.
Azwanita Mohd Nasir : Ramai yang kata jangan give up. Tapi tulah, banyak dah confession kat sini yang bercerita pengalaman masing – masing tentang family suami yang tak boleh nak terima even dah bertahun kahwin. By the way, you do you sis.
Apa – a[a pun pilihan, always remember kita tak boleh ubah per4ngai orang lain. Kalau mentaI kuat teruskan, kalau sayang mentaI health tu, sila lah selamatkan diri. Buat pilihan ikut kemampuan diri ye sis.
Siti Rosmiza : Kalau lelaki yang kena suruh baca niat wuduk, Al Fatihah.. Semua orang mesti setuju kan. Tak pelah kalau mak ayah dia nak cek awak jugak. Kalau u kuat. Cuba je lah berubah ke arah lebih baik. Dah awak nak lelaki tu kan.
Lama – lama akan datang keikhlasan nak berubah kerana Allah. Kalau nak tunggu je. Memang tidokkkk lerrrr. Biar kan je adik or kakak tu. Yang penting you punya bahagian.
Amirah Nabihah : Nasihat saya terus terang dulu dengan H. Jangan biarkan H terg4ntung begitu. InsyaAllah mana tahu ada jalan penyelesaiannya. Kalau memang dah j0doh tetap juga j0doh awak. Jikalau pun tak ada j0doh antara kalian, teruskan berubah menjadi yang lebih baik sebab Allah dah cakap perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Moga Allah kurniakan rezeki j0doh dan keluarganya yang baik buat awak. InsyaAllah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.