Waktu ayah meningg4I, Angah langsung Xsedih, dia siap boleh gelak2 dengan pakcik yg dtg

Angah ni memang dari dulu tak ada perasaan. Dia suka duduk jauh – jauh dari rumah. Bila dapat tahu tentang ayah meningg4I dia langsung tak menangis. Tapi aku pelik, mama risaukan Angah. Pagi tu aku pergi tandas, aku dengar suara orang menangis..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku farah. Keluarga aku panggil aku fara. Aku mempunyai seorang abang dan kakak. Kakak aku sulung, dan abang aku anak yang kedua. Dan semestinya aku yang bongsu. Ayah aku seorang pensyarah.

Dan mama aku suri rumah. Ayah aku seorang yang penyayang. Sayang dia lagi lebih dari mama aku. Risau dia lagi lebih dari mama aku. Aku masih belajar. Apa yang aku hendak ceritakan di sini adalah berkaitan dengan abang aku.

Nama dia kita panggil sahaja angah. Angah seorang yang berdikari. Dari kecil sampai sekarang. Hidup dia tidak pernah menyusahkan orang lain. Tetapi yang menjadi masalah, dia suka duduk menyendiri.

Antara kami adik beradik, hanya angah yang tinggal di asrama. Jauh pula tu. Angah jenis suka duk jauh. Kadang – kadang aku terfikir, tidak ada kerinduan ke dalam hati dia. Rindu keluarga. Rindu mama ayah, rindu rumah.

Hati angah kadang – kadang amat keras. Dia pemarah. Dia juga suka member0ntak. Apa yang tidak kena, dia akan cakap. Apa dia tidak suka, dia akan cakap dan lari darinya. Dia juga pernah cakap kepada aku, prinsip dia, suka duk jauh.

Ah aku pening fikirkan prinsip hidup dia. Aku tak suka angah. Dia jarang berbual dengan aku. Sehinggalah sekarang dia sudah berkerjaya, dia amat jarang berbual dengan aku. Kalau whatsapp, ada la sebulan sekali. Call jangan harap.

Aku yang kena call dahulu. Berbeza dengan along (kakak sulong). Dia seorang yang penyayang. Mewarisi lemah lembut mama. Aku selalu bersama along berbanding angah. Bagi aku, angah seorang yang tidak ada kasih sayang dalam diri dia. (jahat nya aku)

Kisahnya bermula November yang lepas. Masa itu, ayah dan mama berada di kampung. Melawat saud4ra di sana. Dan ayah ambil cuti seminggu untuk ke sana. Ayah dan mama bermalam di rumah arw4h atuk aku.

Pagi subuh, hari jumaat. Mama telefon aku. Aku baru selesai dari solat. Suara mama tenang. Tetapi aku dapat rasa kelainan. Mama tanya khabar aku, buat apa. Dan ayat terakhir mama cakap, membuatkan aku rasa lemah.

“Ayah dah tiada. Nanti angah ambik adik, balik sini. Mama dah bagi tahu angah”. Aku senyap. Bisu. Seakan mengerti, mama hanya memberi salam dan suruh aku bertenang. Dan menamatkan perbualan telefon.

Aku masih kaku. Air mata deras mengalir. Terasa bagai mimpi. Baru semalam bercakap dengan ayah. Aku bersiap. Mandi. Kemas pakaian dan menanti panggiIan along dan angah. Aku bongsu kan. Along menelefon aku, sambil menangis. Along dari JB. Dia sambung berkerja di sana. Kami bercakap hanya sekejap, kerana kebetulan angah menelefon aku.

Angah : Ada mana? Angah kat wangsa maju da ni. Da tahu kan? Cepat siap.

Ringkas angah cakap. Aku cuma iyakan sahaja. Tidak ade ri4k sedih di suara angah. Ah angah, memang gitu. Bukan ade taman pun dalam hati dia. Hati aku memarahi angah. Selang 15 min, angah sampai. Sambil membebeI pak gad tanya macam – macam kat dia.

Aku hanya diamkan. Tidak kuasa nak menambah atau menenangkan hatinya. Angah meluncur laju keretanya. Mentang – mentang kereta baru. Oh ya, angah kerja as engineer. Aku tak pasti kerja apa. Tetapi mama pernah cakap, angah dapat kerja yang bagus dan gaji yang tinggi untuk usia muda dia.

Aku pernah bertanya. Tetapi angah tidak menjawab. Dan aku malas nak bertanya banyak kali, sebab angah tidak suka orang tanya banyak kali. Macam keje FBI, rahsia. Masa angah memandu, aku tengok wajah dia. Biasa.

Mata tidak merah seperti aku. Pipi dia bukan seperti aku, basah dengan air mata. Aku rasa along pun macam aku. Dalam hati aku tertanya, tidak sedih ke angah. Tetapi persoalan itu aku biarkan. Angah memandu ke arah selatan.

Aku cuba bertanya angah mengapa ke sana, kita kan nak ke kelantan. Angah cakap balik naik flight. Cepat sket. “la dah kalau naik flight, kenapa tak cakap awal – awal, elok adik pergi je klia, jumpa angah di sana”. “orang da ambik ni, senyap sudah la.” baIas angah.

Aku diam. Aku tahu angah macam mana. Dia abang aku. Aku malas nak panjangkan kisah sukarelawan dia mengambil aku dari semenyih ke gombak dan ke klia. Biar. Biar. Aku sampai di kampung selepas zohor.

Sebelum naik flight, mama ada telefon aku. Mama cakap, jen4zah akan disem4dikan lepas asar. Sampai di airport Kota Bharu, pak cik aku dah ada menunggu di sana. Aku diam sahaja. Dia banyak berbual dengan angah dari airport sampai ke rumah.

Oh ya. Kampung aku di Pasir Mas. Sampai je di sana, along belum tiba. Along drive dari JB ke kuala lumpur. Dan akan naik flight dari sana. Mama sudah bagitahu along, kalau tak sempat tak apa. Along pun sudah redha bila mama cakap macam tu.

Keluar je dari kereta. Mama menyambut aku. Masing – masing kaku. Aku menatap mama. Mama lihat ke dalam mata aku. Diam. Sunyi. Lama berkeadaan begitu. Mata aku mula berair. Tiba – tiba hatiku kembali sayu.

Aku memeIuk erat mama aku. Tangisan aku berderai. Aku peIuk mama. Aku sayang mama. Lama aku peIuk mama. Lepas tu mama leraikan peIukan aku. Mama pergi ke angah. Angah tengah buka bonet belakang kereta. Nak mengangkat beg.

Mama tanya khabar angah. Mama tidak tanya pun keadaan aku. “Angah okay ke? Tak pe ke tinggal kerja ni”. “Okay je ma, tak pe, bos dah bagi cuti.” baIas angah. Senyuman terukir di bibirnya. Senyum kelat.

Selepas mendengar jawapan angah dan senyuman angah. Mama menangis dan memeIuk angah. Tangisan mama lagi berderai daripada memeIuk aku. Angah terk3jut. Memang angah jarang memeIuk mama. Jarang atau memang tidak terus.

Angah membaIas peIukan mama. Angah dia. Angah pejam mata. Seperti mengimbau sesuatu. Lama mereka begitu. Aku hairan. Mengapa mama lebih – lebih. Angah tu dah la macam tak ada perasaan je. Mama meleraikan peIukannya. Dia menepuk d4da angah.

“Angah kena kuat”, kata mama. Mama datang ke arah aku, mengesat air mata. Mata mama merah. Tak pernah aku tengok mama menangis macam tu. Aku tertanya, kenapa dengan angah macam tu.

Aku bertanya keadaan mama, okay ke? Mama dia. Mama cuma membaIas dengan bertanyakan keadaan angah sepanjang perjalanan dari KL ke sini. “Angah okay je. Macam tak ada apa – apa berlaku pon.” Aku menjawab dengan nada sedikit mendatar. Geram dengan angah.

“Angah memang macam tu. Adik tak tahu angah macam mana. Mama tahu.” jawab mama. Aku diam. Cuba mencerna ayat mama. Aku adik dia. Aku tahu juga angah macam mana. Aku diam. Malas dan bersoal jawab pada waktu ini.

Aku, angah dan mama masuk ke dalam rumah. Selesai angah letak beg. Angah terus ke sisi ayah. Angah tengok ayah yang dah berbungkuskan kain. Angah diam. Aku nampak mulut dia terkumat kamit. Aku duduk bersila di tepi angah.

Rupanya angah membacakan surah yasin. Di situ aku kagum dengan angah. Angah seorang yang baik sebenarnya. Dia memang menghafal beberapa surah panjang. Termasuk la al baqarah. Antara aku, along dan angah.

Angah la paling alim sebenarnya. (alim skit la. Bukan tahap lebai pakai serban. Hehe) Akhirnya semua selesai. Along sampai maghrib. Tidak sempat melihat ayah buat kali terakhir. Malam itu, rumah sunyi. Semua macam tiada modal untuk dibicarakan.

Cuma angah je. Asyik dari tadi ketawa dengan pakcik –  pakcik surau di luar rumah. Aku pun tak tahu sampai bila dia bersembang di luar. Yang pasti aku tidur awal. Keesokkan pagi. Aku terjaga lewat dari tidur.

Aku bergegas ke tandas untuk ambil wuduk dan solat subuh. Sampai aku di pintu tandas, aku terdengar esak tangisan seorang. Aku mendiamkan diri. Cuba mendengar. Takut h4ntu. Pintu tidak tertutup rapat. Aku lihat angah di dalam.

Angah menghadap cermin. Dia tengah gosok gigi. Mulutnya masih berbuih dengan ubat gigi. Aku lihat mata angah merah. Berair. Pipi dia basah, lama aku melihat angah sebegitu. Aku tertanya – tanya. Mengapa. S4kit gigi ke.

Lalu aku mengetuk dan bertanya, angah okay ke? Laju – laju angah berkumur dan basuh mukanya. SeIamber dia keluar. Okay je. Muka tersengih – sengih. Aku sep4k jugak budak ni. Aku terus masuk dan ambil wuduk.

Solat dan turun ke dapur untuk minum. Ternampak angah di situ, aku duduk sekali. Angah minum air kosong je. Dan aku rajinkan diri buat air milo panas untuk angah. Aku hulurkan kepada angah. Angah tersenyum.

Aku rapatkan kerusi di sebeIah angah. Aku memeIuk angah dan melentokan muka aku di bahu angah. Angah diam. Tiada respon. “Abah da tak ade, ngah.” Angah diam. Tanpa sedar tangan dia mengusap ubun kepala ku.

“Boleh adik tanya angah satu benda, tapi janji jangan marah.” “Hurmmm.. tanyalah.” angah menjawab. Suara mendatar. Serak. Suara dalam. “Angah okay? Kenapa tadi?” (merujuk kisah tengah gosok gigi) “hmmmmmmm”

“Dulu, masa mula – mula angah masuk asrama. Mama ada cerita. Ayah rindukan angah. Tak ada dah orang yang akan gosok gigi bunyi kuat pagi – pagi hari. Tadi masa angah tengah nak bersiap, nak mandi. Tengah gosok gigi.

Tiba – tiba teringat ayah. Pelikkan? Gosok gigi je pon” baIas angah. Dihujungnya, dia selitkan sebuah tawa. Aku tahu itu hanyalah untuk hiburkan aku. Aku terdiam. Aku menangis. Tiba – tiba teringat arw4h ayah.

“Angah rindu ayah?” “Rindu.” Ringkas. Dan angah bangun berlalu pergi. Ada nada sedih di suaranya. Aku menangis di meja. Kebetulan mama datang. Mama nak siapkan sarapan untuk kami. Mama mengusap aku.

Bertanya kenapa, lalu aku ceritakan kisah tadi ke mama. Mama tarik kerusi perlahan – lahan. Mama duduk di sebeIah aku. “Angah dengan ayah, rapat. Angah anak ayah, adik along anak mama. Angah selalu dengan ayah. Sebab itu masa angah mula – mula masuk asrama.

Ayah rindu angah, sampaikan bunyi gosok gigi pun ayah rindu. Dulu ayah yang hantarkan angah ke sekolah. Pagi – pagi sudah riuh. Angah selalu bangun lambat. Malam riuh juga, angah selalu malas belajar. Tetapi malas – malas angah, dia lah paling geliga antara kamu bertiga.”

Angah memang bijak. Gaya belajar macam budak nak gagal semua mata pelajaran, tetapi tengok result. Huh jeles aku. “Adik tahu kenapa mama sedih sangat semalam semasa bercakap dengan angah masa adik angah baru sampai?”
aku mengeleng – geleng kepala

“Sebab mama tahu angah macam mana. Di luar dia buat macam tak ada ape berlaku. Dalam hati dia. Dia menangis” aku terdiam. “Adik lain. Bila mama tengok adik. Mama tahu adik sedih. Adik dah luahkan segala – galanya. Kesedihan adik, adik da luahkan.

Tetapi bila mama tengok angah. Mama sedih. Sebab mama tahu angah simpan sedih dia seorang diri. Dia tidak mahu mama sedih. Angah, keras dia, marah dia, tapi dia sayang adik. Dia sayang along”. “Dia simpan sorang. Angah dengan ayah, rapat. Angah anak ayah.”

Tanpa sedar, aku akui semua itu. Angah memang camtu. Dia diam. Dia banyak membebeI kalau ayah suruh ambik aku hantar ke sana, hantar ke sini. Tetapi dia buat juga. Kalau aku cakap aku lapar, walau bergurau.

Akan ada sampai domino di bilik aku. Kalau aku cakap tak ada kredit topup. Angah masukan je ke no aku tanpa beritahu aku. Mama cakap lagi. “Angah tu, dia jarang telefon mama. Adik ngan along je yang selalu telefon mama ayah.

Tapi sekali angah telefon, dia akan cakap sejam dua jam dengan mama. Dia selalu tanya pasal adik dengan mama. Pelajaran adik, berat badan adik..” Aku memeIuk mama. Hanya mendengar luahan mama. “Itulah Hati lelaki. ” kata mama. – Fara

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.