Umur ibu dan ayah masing2 dah 50an dan 40an. Tiba2 aku dapat tahu mak mengandung lagi anak yg ke-7

Bila kau dah berusia pertengahan 20-an, kau dapat adik lagi dan yang keenam? Aku rasa ayah aku hanya tahu tambah anak sahaja tanpa memikirkan keadaan keluarga dan masa depan. Sudah pasti kalau jadi apa – apa dekat ayah nanti, aku yang kena galas tanggungjawab…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca setia page ni. Ini kali pertama aku menitipkan penulisan di sini. Nama aku Mamat. Berusia pertengahan 20-an dan berasal dari selatan tanah air. Aku telah pun tamat pengajian di salah sebuah ipta dan kini hampir 2 tahun aku bekerja di ibu negara.

Segala syukur aku panjatkan kepada yang Maha Esa atas segala nikmat yang telah diberikan kepada aku. Berbalik kepada tajuk asal, biarlah aku bercerita latar belakang keluarga aku. Aku merupakan anak sulung lelaki daripada 6 orang adik beradik (dahulu).

Ayah aku sudahpun berumur 50-an dan ibu aku pula berumur lingkungan 40-an. Sememangnya aku berasal dari keluarga yang besar. Ayah dan ibu aku masing – masing mempunyai 7 orang adik beradik. Nampak normal bukan?

Kata orang tua – tua, lagi ramai lagi meriah. Aku dibesarkan dalam keluarga yang kurang didikan agama. Aku belajar mengaji dan solat hanya melalui ibu aku dan ustaz di sekolah. Ayah aku? Tikar sejadah jarang – jarang sekali disentuhnya.

Ayah hanya bekerja di kampung dan ibu pula surirumah sepenuh masa. Dari kecil kami dibesarkan tidak terlalu mewah dan tidak terlalu miskin. Cukup apa adanya. Baru 2 bulan yang lalu aku menerima berita dari adik bahawa ibu sedang mengandungkan adik bongsu aku.

Kini aku bakal mempunyai 6 orang adik. Jujur aku terk3jut. Faktor kerja menyebabkan aku jarang dapat balik namun aku sentiasa berhubung dengan keluarga aku di kampung. Dan baru beberapa hari yang lalu ibu aku telah selamat melahirkan adik aku yang bongsu.

Perasaan aku? Sukar untuk aku gambarkan. Bila kau dah berusia pertengahan 20-an, kau dapat adik lagi dan yang keenam? Ya, aku gembira tetapi perasaan yang bercampur baur. Cuba bayangkan berada di tempat aku. Demi Allah aku sayangkan adik – adik aku.

Tak pernah aku beza – bezakan mereka. Untuk pengetahuan korang, 3 orang adik aku masih lagi bersekolah dan seorang lagi sedang menunggu keputvsan UPU. Alhamdulillah, kesemua adik – adik aku boleh dik4takan cemerlang dalam pelajaran walaupun orang tua kami tidak mampu menghabiskan persekolahan.

Sepanjang aku melanjutkan pelajaran, jarang – jarang sekali aku meminta duit belanja dari ibu bapa aku. Hanya pada hujung semester sahaja. Aku berg4ntung sepenuhnya pada pinjaman pelajaran. Adik – adik aku pula berg4ntung pada aku.

Bila mereka perIukan duit lebih, akulah banknya. Tak pernah aku berkira walaupun gaji aku hanya sekadar cukup untuk hidup di sini. Wang ringgit tak bernilai apa – apa berbanding adik – adik aku. Emak aku pernah berkata yang adik bongsu aku (adik ke-5) adalah adik aku yang bongsu sekali.

Cukuplah 6 orang kerana dah tak mampu lagi (dari segi kewangan). Perancangan Allah itu sebaliknya. Daripada 6 kini anak – anak ibu aku menjadi 7 orang. Dengan keadaan ekonomi sekarang bayangkan bagaimana mahu membesarkan anak seramai itu.

Aku kasihankan ibu dan ayah aku. Ayah aku pula sem4kin berumur. Di saat usia emas sem4kin mendekat masih lagi terp4ksa berhempas pulas melakukan kerja berat bagi menyara keluarga. Tambahan lagi mempunyai anak kecil.

Beza adik bongsu dan adik kelima aku hanyalah 3 tahun. Yang aku khuatirkan sekarang ialah kesihatan ayah aku. Kadang – kadang s4kitnya bertambah teruk sehingga terp4ksa dibawa ke hospitaI. Pernah terlintas di benak aku bahawa ayah aku hanya tahu menambah anak sahaja tanpa memikirkan keadaan keluarga dan masa depan.

Salahkah aku kerana berfikir begitu? Aku? Masih bertatih belajar untuk memulakan hidup. Masa aku di universiti dahulu hanya dihabiskan untuk belajar. Tak pernah aku sempat untuk mengenal erti percintaan. Alhamdulillah aku berjaya tamat pengajian walaupun dengan keputvsan yang tidak seberapa.

Kini setelah bekerja, wang gaji aku dihabiskan untuk keperluan diri dan keluarga. Bukanlah aku ingin meminta simpati atau membangga diri tapi itulah hakik4tnya. Aku takut akan hari mendatang jikalau terjadi apa – apa kepada ayah aku.

Jika Allah ingin menjemputnya lebih awal adakah sempat aku membimbing ayah aku untuk bertaubat? Dan jika ayah aku pergi terlebih dahulu mampukah aku untuk menjadi ketua keluarga? Dalam islam diajar bahawa anak itu pembawa rezeki.

Namun dalam keadaan aku sekarang ini mampukah aku untuk menyara keluarga aku selepas ini. Kepada Allah aku berharap agar dipermudahkan urusan aku sekeluarga. Tiada seorang pun rakan sekerja atau serumah aku yang tahu bahawa aku baru saja mendapat adik baru.

Aku sebenarnya segan untuk memberitahu mereka. Dalam adik beradik ayah aku, ada yang sudah mempunyai cucu sedangkan ayah aku masih lagi mempunyai anak yang masih bayi. Ada ibu dan bapa saud4ra sering bertanya bila aku mahu berumah tangga.

Anak – anak mereka ramai yang sudah beranak pinak. Malahan opah aku sendiri berkata kepada adik aku yang orang lain semua sudah menimang cucu tetapi ayah aku masih lagi menimang anak sendiri. Ya aku juga punya kemahuan.

Mahu mempunyai keluarga sendiri. Tapi adakah bakal isteri aku nanti boleh menerima aku dan memahami situasi aku. Sungguh aku takut. Dalam fikiran aku sekarang, jodoh bukanlah lagi perkara utama. Biarlah aku membahagiakan ibu bapa dan adik – adik aku dahulu.

Aku pernah terbaca bahawa anak yang ramai dalam sesebuah keluarga ibarat pepohon yang ditanam dan akan dapat dituai hasilnya kelak oleh ibu bapa. Soalnya, berjayakah aku? Dengan keadaan aku yang masih belum punyai kerjaya yang stabil ini, adakah aku dikira berjaya?

Dan pertanyaan aku untuk semua pembaca, wajarkah lagi dalam zaman ini untuk mempunyai anak – anak yang ramai. Bukanlah niat aku untuk menyalahkan takdir, hanyalah sekadar untuk meluahkan rasa yang terbuku dalam hati.

Tinta terakhir ini, aku mohon semua pembaca doakan aku agar dapat merubah nasib keluarga. Insya Allah mungkin ada antara kalian yang doanya sangat dekat dengan Allah. Doakan aku kuat untuk menempuh segala dugaan yang mendatang. Semoga kita semua sentiasa dalam limpah rahmatNya. Amin. – Mamat

Komen Warganet :

Mohamad Zuraini : Tahniah confessor. Jadi abang lagi. Anak memang rezeki. Tapi anak itu amanah. I dont know your family so I cannot judge more. Sekarang awak tak berkeluarga kan? Jadi tanggung keluarga sebaik mungkin.

Saya nak pesan satu, esok dah berumah tangga make sure tahu mana hala nafkah awak ye. Sebab adik – adik, itu tanggungjawab mak ayah awak. Jangan esok wife awak pulak buat confession dekat sini – suami aku tak beri nafkah.

Jadikan pengajaran. Tak salah beranak ramai. RANCANG sebaiknya itu yang penting. Zaman sekarang the word “anak pembawa rezeki” tu kita kena elaborate more – anak membawa rezeki bila mak ayah kerja kuat. Zaman sekarang adalah zaman duit.

Tak usaha, ada pembawa rezeki pun tak guna. Saya harap doktor buat keputvsan untuk BTL mak awak. Good luck in your ahead livings. My duaa is with you confessor. May Allah ease your way.

Cece Aisha AJ-Nuttall : Kat tempat aku sini, takde budaya bagi duit kat mak ayah macam kita (tapi aku pesan suami bagi jugak la time birthday ke anniversary ke)… Jadinya orang di sini, mereka merancang keluarga, dan merancang perbelanjaan untuk hari tua.

Bila anak dah habes belajar pegi la kerja dan jadi independent, mak ayah tak harap pon duit anak, malah mak ayah ada simpanan dan bantu anak pulak untuk mulakan hidup (seperti deposit rumah, ni tolak bahagian dari wasi4t mak ayah siap – siap).

Anak tu pulak nanti dah jadi mak bapak pon macam tu lah jugak, merancang keluarga dan menyimpan untuk hari tua. Orang kita pulak, beranak la banyak – banyak, nanti “menuai” di usia tua katanya tapi aku tengok sekarang ni ramai je anak – anak dah dewasa masih menempel dengan pencen mak ayah.

Wan Aini Ashikin : Semoga jadi pengajaran untuk confessor untuk merancang keluarga satu hari nanti. Ye anak itu ade rezeki masing – masing tapi kita kena tengok dari mana rezeki setiap anak – anak tu datang.

Sumbernya? Kalau anak terlalu ramai sampai ada yang makan nasi lauk garam setiap hari, adakah sudah tertulis rezeki anak tu hanya makan nasi lauk garam? Anak itu rezeki dan juga amanah. Jauhkan mentaliti anak ramai nanti dah tua senang ramai yang jaga. Sebabnya kita taktau kita sempat ke tua dan kompem ke anak tu akan jaga kita?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.