
Aku nak bagaitahu yang umi dan ayah selalu sangat sump4h aku dan adik beradik. Aku masih ingat lagi, masa kecil dulu, kadang – kadang tengah malam ayah akan masuk bilik, terkumat kamit mulut ayah merapu malam – malam buta. Aku dalam sedar tak sedar..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Dalam kepelbagaian kisah yang ada dalam confession ni, kisah yang baik aku jadikan teladan, yang mana buruk aku jadikan sempadan. Aku percaya, orang yang pandai akan belajar dari pengalaman sendiri, namun orang yang lebih pandai dia akan belajar dari pengalaman orang lain.
Jadi pilih lah nak jadi yang mana satu. Sebelum aku berkongsi cerita, aku mahu bagitahu siap – siap, dalam dunia sebenar aku ni insan yang biasa je (tak adalah cemerlang sangat pun), namun sebagai manusia aku amat mengagumi cara umi dan ayah mendidik kami.
Di sini aku ingin kongsikan beberapa peristiwa yang aku ingat, yang mana aku kira boleh dikongsikan dengan sahabat – sahabat semua. Yang mana baik tu, ambillah sebagai amalan, mana tahu boleh diaplikasikan pada anak – anak nanti, dan yang mana rasa tak sesuai tu, cukuplah sebagai pengetahuan.
Bagi yang rajin membaca, aku percaya sesetengah tips ni memang dah ada dalam kutub khanah ilmu menjadi ibubapa, tapi tidak salah untuk kita refresh balik sebab memang fitrah sifat kita manusia ni mudah untuk lupa.
Pertama, anak yang nakal biasanya adalah anak yang cerdik. Jadi kalau anak sahabat – sahabat semua aktif lain macam, banyak try and error buat eksperimen yang tak menjadi, jangan sump4h seranah mereka dengan kata – kata yang kesat (b0doh, kurang ajar, b0ngok dan sebagainya), tapi sump4h seranahlah mereka dengan kata – kata yang positif (sump4h tu kena jugak sebab dah geram sangat kan).
Masa aku kecik – kecik dulu, aku suka explore benda – benda, contohnya buka basikal sampai tinggal bodynya saja, lepas tu dah tak tahu mcm mana nak pasang balik (lastly kedai yang tolong pasang), buka kipas, buka radio, buka jam, sometimes berjaya dipasang balik dan kadang – kadang terus lost di tengah jalan.
Umi dan ayah memang hangin dibuatnya, tapi aku masih ingat satu ketika, sambil mengetap gigi umi kata, “along, dah berapa kali umi cakap along degil, umi sump4h along jadi engineer satu hari nanti, suka sangat merepair kan”.
Aku tahu umi cakap dalam keadaan betul – betul geram, sebab aku buka jam dinding citizen kat dinding rumah tu sampai tinggal sekeping – sekeping, tapi sump4h mulut umi tu betul – betul masin. Hari ni aku jadi senior engineer dan jadi boss kepada berpuluh – puluh orang engineers dan technicians.
Jadi cuba praktis, lepas ni kalau geram tahap maksima dengan anak, boleh m4ki dan sump4h mereka, cuma just tukar sump4han dengan perkara – perkara baik! “Mak sump4h along jadi saintis!” “Dasar anak beruntung, keje asyik menyanyi je, Mak sump4h angah jadi artist lagi hebat dari siti nurhaliza! Kan best tu”
Kedua, kalau anak sulung atau yang tua g4duh dengan adik – adik, jangan marah anak sulung di hadapan anak – anak yang lain. Nanti adik – adik akan hilang respek dekat abang dan maru4h si abang juga akan tercaIar. Dan hal ini boleh dibawa sampai dewasa.
Walaupun mereka salah, tegur dan marahlah mereka di belakang adik – adik. Waktu tu, bagitahu kesilapan mereka secara personal dan semaikan benih tanggungjawab pada diri mereka. Bilamana ibu bapa tunjukkan hormat pada anak yang tua, insyaAllah adik – adik juga akan hormat pada si abang / kakak.
Lumrahnya, walaupun si abang dan adik berg4duh, abang mana yang sanggup melihat adiknya kena marah lama – lama. Ayah dan umi memang jarang marah aku depan adik – adik, kalau ada benda yang nak tegur, biasanya ayah dan umi akan tegur ketika aku bersendirian dengan mereka dan bagitahu harapan mereka terhadap aku sebagai “nahkoda” kepada adik – adik.
Secara tak langsung, benda ni akan meresap masuk ke dalam minda bawah sedar. InsyaAllah nanti mereka akan ada mentality sebagai “ketua” dan akan cuba untuk pikul tanggungjawab tu sebaik mungkin. Ketiga, selalu lah berdoa dan ucap kata – kata yg baik pada anak – anak.
Aku masih ingat lagi, masa kecil dulu, kadang – kadang tengah malam ayah akan masuk bilik, usap dan civm kepala aku. Sambil usap ayah selalu sebut, “along anak yang baik, along anak ayah yang dengar kata, along anak yang soleh, along anak yang pintar.”
Entah apa – apa ayah aku merapu malam – malam buta tu. Aku selalu dengar kata – kata tu time aku dah separa sedar, tapi mungkin sebab diamalkan selalu, ia jadi doa. Sekali lagi secara tak langsung, aku tanam azam untuk jadi anak yang baik, anak yang dengar kata dan penuhi ciri – ciri yang ayah selalu sebut di tengah malam tu.
Kadang – kadang ayah aku praktiskan jugak benda ni time nak k3jut aku bangun subuh, “along anak yang gagah, along anak yang beriman, along kuat untuk Iawan sy4itan,” bla bla sambil urut – urut badan aku. Kalau tak jalan jugak, zusshhhhhh barulah jirusan baldi air sampai ke muka!
Biasanya kalau jirusan baldi air ni dijadikan amalan selepas kata – kata semangat tadi tak jalan, insyaAllah sekuat mana pun tent3ra sy4itan, pasti anak – anak akan lebih kuat dari mereka! Keempat, kalau kita nak anak – anak kita jadi orang yang berguna, kita sendiri kena tunjuk jalannya.
Nak anak jadi anak yang hormat ibu bapa, kita dulu kena jadi anak yang hormat ibubapa. Nak anak jadi hafiz, kita dulu kena start hidupkan Quran di rumah. Sesuatu tak terjadi dengan sendiri jika suasana / cara / model ke arah itu tiada.
Hatta nak suami / isteri jadi soleh / solehah pun, kita dulu yang kena berubah. Ayah nak aku aku hormat dia, dia dulu yang telah modelkan pada aku betapa hormatnya dia pada atuk aku! Hidup ni umpama roda kan. Jadi mulakan sekarang dengan ubah diri sendiri!
Kelima, sesibuk dan ses3tan mana pun kita, pastikan hak anak – anak tertunai. Percayalah, jika sahabat – sahabat tunaikan hak anak – anak, anak – anak akan tunaikan hak sahabat – sahabat semua. Hak mereka termasuklah hak untuk belajar, hak untuk pandai Quran (bagi yang muslim), hak utk mendapatkan kasih sayang dan sebagainya.
Aku masih ingat waktu kecil, kadang kala ayah selalu balik malam dan nampak keletihan. Tapi ayah tetap gagahkan juga mengajar aku mengaji sebab baginya hak pandai mengaji itu adalah hak anak – anaknya yang perlu dia tunaikan (walaupun time tu aku str3ss dan tak nak mengaji sebab ayah tegas.
Ramai dari kita nak anak jadi macam – macam (impian masing – masing), tapi taknak tunaikan pun hak anak – anak. Nak anak pandai belajar, tapi hak mereka nak dapatkan meja belajar yang selesa pun tak ada! Kalaupun kita dari golongan kurang mampu sekalipun, usaha itu kena ada.
Allah tidak melihat kepada hasil, tapi Allah lihat sejauhmana usaha kita. Jadi bila aku dah besar, aku sedar telah banyak peng0rbanan yang telah dilakukan oleh umi ayah aku, jadi manakan mungkin aku membelakangkan mereka dalam keputvsan – keputvsan besar di dalam hidupku. Siapalah kita tanpa mereka!
Akhir sekali, salah satu tip yang paling berkesan / mujarab/ powerful untuk rapatkan hati – hati ahli dalam keluarga kita, amalkanlah makan bersama di dalam talam / dulang. Sebagai permulaan mungkin boleh buat seminggu sekali atau dua kali.
Makan dalam talam ini sunnah nabi. Saling meyuapi antara satu sama lain, saling berkongsi makanan, saling berebut kepak atau paha ayam, akan mendekatkan hati ahli – ahli dalam keluarga kita. Ia juga akan jadi memori terindah bagi anak – anak bila mereka dah besar nanti.
Kalau makan dalam talam pun dah geli, macam mana nak tolong basuh ber4k umi ayah / adik beradik bila mereka dah tua atau s4kit nanti. Jadi inilah persediaan awal. Sesekali, ketepikanlah dahulu sementara pinggan corelle / noritake / portmeirion yang ada tu, dan gantikan dengan talam.
Walaupun ianya jauh lebih murah, tapi percayalah ia akan membawa rasa bahagia yang jauh lebih mahal. Bagi pasangan yang sedang dalam krisis pun, elok juga amalkan tips ni. Makan sama – sama, mana tahu kenangan dulu – dulu minum air berkongsi straw menjelma kembali.
You hembus I hisap, I hembus you hisap, bahagianya. Rahsia kejayaan hidup dan rumahtangga, banyak ada dalam sunnah nabi, walaupun ia sekecil – kecil sunnah. Sekali lagi diulangi, tips – tips ini ada yang dah agak tipikal dengan ilmu parenting.
Cuma bila aku refresh and refleks, banyak dari tips – tips tersebut telah lama diamalkan oleh umi dan ayah aku dalam membesarkan anak – anak. Cuma mungkin diorang tak aware saja. Kesimpulannya, hidup kita ini cuma ringkas, cuma kita banyak merumitkannya.
Umi dan ayah aku pun bukanlah sempurna, mungkin jauh lebih kurang berbanding orang lain. Tapi sebagai anak, kebaikan mereka adalah untuk aku turuti, keburukkan mereka adalah untuk aku sempadani, kerana hakik4tnya mereka bukannya para nabi.
Bagi mereka yang kurang bernasib baik dikurniakan ibu bapa yang tidak brtanggungjawab, ingat lah what goes around comes around, cuma cepat atau lambat je. Agama tidak mewajibkan kita untuk sayang ibu bapa (must4hil untuk sayang kalau sejak dari kecil mak ayah tak bertanggungjawab atau asyik kena sep4k ter4jang), tetapi masih wajib ke atas kita untuk bertanggungjawab terhadap kebajikan mereka lebih – lebih lagi bila mereka sudah tua.
Mudah – mudahan dengan melatih diri kita menjadi orang baik, anak – anak dan persekitaran kita juga akan terkesan dengan aura positif yang kita ada. InsyaaAllah, dengan mengubah diri sendiri, kita mampu membawa perubahan kepada keluarga dan orang – orang di sekeliling kita! Moga bermanfaat. With love, – Faris.
Komen Warganet :
Norizan Mamat : Salam, Makcik nak sebut bab sump4h tu. Bagus sump4han begitu. Selalu makcik gurau dengan adik beradik yang sedang marahkan anaknya. “Cepat… Sump4h jadi jongkong emas” dan lain – lain seumpamanya.
Last – last kami gelak (kami rapat adik beradik saling meluah rasa). Tetapi, makcik rasa nak nasihat isteri isteri mana terani4ya oleh suami dan orang ketiga serta mana – mana orang jahat, boleh la mulakan pasang niat nak apa.
Contoh… Suami suka pukuI isteri. Isteri menyump4h la… “Saya sump4h abang jadi baik, tak tinggal solat bla bla bla” Tiap kali kena pukuI / tipu / m4ki, cakap kuat kuat sump4han tu.
Fatin Syaza : Betul. Kena bermula dari diri sendiri untuk tunjuk contoh tauladan yang baik tak kira untuk anak, murid atau sesiapa saje. Seriusly confessor kalau jadi cikgu for sure, cikgu yang hebat. Apapun, tq . Setiap kebaikan baIasannya ialah kebaikan. Dont worry confessor great things take times…good luck for your life. Semoga dapat jalani kehidupan masa akan datang dengan lebih baik.
Norhayati Sulaiman : Terima kasih Faris. Saya sendiri ada 3 orang anak yang sedang remaja. Banyak c4barannya terutama hidup di bandar dengan segala kemudahan yang ada. Memang hati dan mulut usaha dijaga untuk tidak melepaskan kata – kata yang tidak elok kepada mereka.
Takut sangat terlepas sebab takut Allah makbulkan ketika itu. Semoga Faris juga akan dapat isteri yang solehah yang sama – sama boleh membentuk keluarga yang mawaddah hingga ke jannah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.