
Aku bakal berkahwin hujung tahun ni, tapi aku ada masalah dengan tunang. Dia suka menangis dan tuduh aku bukan – bukan. Kalau aku tak angkat call, dia akan pikir bukan – bukan, menangis sedangkan aku tidur sebab esok kerja pagi. Paling aku sedih dia mengadu dekat mak ayah aku kat kampung, aku bawak balik lelaki lain dalam rumah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hye semua. Thanks admin approve. Nama aku naz. 22. Baru bertunang 3 bulan. Majlis inshaaAllah hujung tahun ni. Aku cuma nak minta pendapat para pembaca semua. Maaf penulisan agak serabut. Buntu dan str3ss.
“Bawak jantan mana masuk rumah tu ?” – Sedangkan tengah tidur baru lepas shift malam.
“Gelak kenapa ? Sape jantan kat belakang tu ? ” – Aku kat bilik sorang – sorang masa ni. Gelak pon tak.
“Hati – hati tu berjalan dengan si dia” – Ya Allah aku tengah kerja masa ni.
“Buat ape nak tanye abang kat mana. Awak baru je kan lalu” – ni pon masa ni aku kat tempat kerja.
Sekali dua mungkin boleh tepis rasa geram dari m4ki hamun . Yelah, benda kita tak buat . Orang tuduh – tuduh. Paling paling str3ss bila kau penat baru balik kerja. Sampai satu tahap melibatkan mak dan adik beradik dia. Aku tengah kerja si abang mesej cakap si adik ngadu nampak aku dengan lelaki lain.
Sampai kan 1 tahap aku tak tahan , aku ugvt nak report polis, baru si abang mintak maaf. Tak berhenti kat situ. Rupanya cik tunang ni pon ada mengadu dekat mak abah dia. “mak kenapa dia tak angkat adik call ni ?” – sambil menangis depan si emak.
“Mak betul adik nampak dia dengan lelaki lain.” Ini pon mak dia mengadu kat aku sambil perIi, “Naz lepas ni nak buat pape inform adik. Nak mandi nak makan nak kerja nak tidur berapa jam, bagitahu je adik. mak rimas lah dia nangis je”. Aku str3ss.
Tahu tak ape paling sedih ? Dia mengadu pada ibu ayah aku yang kat kampung, yang aku ni bawak masuk jantan lain dalam rumah. Allah. Alhamdulillah ibu ayah masih percaya pada anak diorang ni. Ibu pon faham life anak dia ni tak tentu arah kadang – kadang haha.
Kerja shift yang tak menentu , bila penat sangat shift malam siang memang waktu yang terbaik untuk berehat, balik tak on time , kadang – kadang terp4ksa out station. Bulan kedua bertunang, setiap hari tunang akan mengadu pada family dia macam – macam sambil menangis.
Aku itu aku ini. Dan hampir setiap hari tuduhan m4kin menjadi – jadi tanpa sebarang bukti. Sampai satu hari, depan mata family dia sendiri, dia lari ke loji air untuk kejar aku, sedangkan semua orang nampak memang kelibat aku pon takde kat situ.
Start dari tu, mak dia terus bawak dia jumpa sorang pakcik ni. Tahu tak ape pakcik tu cakap ? Pakcik tu cakap semua ni punca dari s4ka keturunan family aku. Kononnya s4ka ni taknak aku kahwin. Sedih. Sebak. Yang betul – betul buat mak tunang percaya, kerja tunang tunggang langgang, setiap hari mesti Ianggar kereta orang.
Mak dia terus mintak air penawar kat pakcik tu. Bawak aku sekali. Ayat paling aku ingat ”ni air biar dia dijauhkan ape – ape dari perempuan ni ye wak”. Tak tunggu lama, masa tu jugak aku jumpa pakcik tu, tanya, kenapa tuduh aku macam ni.
Jawapan pakcik tu ”esok datang bawak belut hidup lepaskan kat sungai berserta bunga melor. Lepas tu buang 25 sen dekat simpang empat”. Dan aku tak buat pon semua tu. Aku berani cakap semua ni fitnah sebab lepas je pakcik tu cakap aku ada s4ka, aku terus call ayah ibu nangis – nangis.
Esoknya terus ibu ayah bawak pergi jumpa ustaz dekat darul syifaa. Ustaz tu sendiri cakap ni semua fitnah. Sejak kejadian jumpa pakcik tu, keadaan tegang. Tunang nangis – nangis call / jumpa cakap taknak putvs. Mak abang – abang suruh putvs.
Taknak ada keturunan s4ka macam aku. Tapi bila aku call mak dan tanya betul ke mak suruh putvs, ni jawapan mak “Adik yang nangis – nangis nak putvs. Mak ikut je mana terbaik”. Jujur aku cakap, hati ibu ayah dah tawar untuk terima bakal menantu macam ni.
Bakal menantu yang banyak memfitnah, banyak pusing cerita. Seolah perjalanan nak halalkan hubungan ni Allah sulitkan. Aku boleh redha boleh terima andai tiada j0doh tapi macam mana nak hadap mulut mulut rakan sekerja dan saud4ra mara.
Dahlah diaorang semua bawangrians, haha. Mungkin dia memang psych0. Mungkin dia sayang sangat. Mungkin family dia yang sayang nak lepaskan dia. Mungkin ada rahsia sebalik semua ni. – naz
Sambungan… Assalamualaikum semua. Naz kembali, haha. First of all Naz nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua komen and pendapat para readers untuk confession naz. 99.99% memang sarankan naz untuk putvskan pertunangan disebabkan tunang naz tu obvious psych0 nye.
Untuk confession yang kali ni naz nak jawab semua soalan dan nak cerita lebih detail pasal tunang naz ni. Naz ni lelaki ke perempuan ? Naz perempuan, umur 22, tunang lelaki. Umur tunang berapa, kenapa nangis – nangis macam budak – budak?
Umur dia 27, dah boleh jadi bapak budak haha. Sepanjang kenal kalau g4duh memang dia yang nangis tak sudah. Kenal berapa lama? Kami kenal tak lama, bulan 1 kenal, bulan 3 merisik, raya bertunang. Jujur naz cakap, sebelom bertunang semuanya ok – ok saja.
Attitude dia, gaya dia, serba serbi terbaik. Semua family besar naz memang sangat – sangat berkenan dengan dia. Dia punya sweet tu, fuh haha. Tapi tak sangka lepas tunang 1 demi 1 Allah tunjuk. So korang yang belom berj0doh tu, hati – hati.
Ada yang sarankan naz bawa dia refer psychi4trist untuk dapatkan black and white diagnose mentaI health dia just in case jadi pape kat naz or difitnah lagi , terima kasih atas nasihat. Sebelum ni naz dah pujuk , hundred times.
Sekerasnya dia tak nak and deny yang dia tak s4kit. Sangat susah. Ada juga yang sarankan naz untuk pindah tempat kerja, no fon and tempat tinggal, tak boleh awak , huhu saya staff kerajaan yang baru sahaja berkhidmat, so nak transfer memang tak boleh melainkan dengan alasan mengikut suami.
– Dia pernah try nak bunvh diri hampir 2 / 3 kali. Ada sekali tu naz tengah tidur , tiba – tiba dia video call, naz tengok dia tengah j3rut leher. Ya Allah. Punca sebab naz nak tidur awal and taknak jumpa taknak gayut sebab esok morning shift.
– Ya lagi sekali dia try nak t3rjun dari kereta dekat hiway masa naz tengah drive. Punca kawan naz mesej, naz save nama dia “mira’’, m4ti – m4ti cik tunang cakap nama tu “amir’’, halah halah.
– Malam sebelum majlis tunang, dia ada datang rumah untuk tolong prepare, naz kerja malam time tu. M4ti – m4ti dia cakap, perjalanan dari rumah dia sampai la ke rumah ibu ayah naz malam tu, ada kereta follow dari belakang. Time tengah merewang tu pon dia cakap ada orang ‘usha’ dia dari jauh. Dia cakap ni semua sebab ada yang tak suka kami nak tunang.
– Setiap kali kerja , dia cakap mesti ada orang follow. Dia cakap naz ni ha tak percayakan dia sampai nak hantar orang ikut dia. Lol, daripada hantar orang, baik duit tu buat simpan nak kahwin kan?
– Ada 1 hari tu naz bawak dia pergi majlis kahwin kawan 1 tempat kerja naz, lelaki. Itu pun cik tunang ni cakap sekumpulan yang selalu ikut dia, ada kat majlis tu. Dia cakap tu orang suruhan kawan naz tu. Str3ss ya amat tahu tak.
Str3ss sebab naz tak nampak pon siapa yang follow and siapa yang perhatikan kami dari jauh. Sepanjang perjalanan balik kami tak bercakap. Seboleh – boleh dia nak cakap naz and pengantin tu ada affair.
– Baru – baru ni , kami tengah oncall , berbincang pasal hubungan kami ni. Naz nangis. Autom4tik dia meng4mok then dia cakap “kau watpe hah, isap batu ea, jangan sampai aku call polis serbu rumah kau!”. Dari rasa sedih terus rasa benci.
Tu jelah kot yang naz boleh cerita kan. Banyak sangat situasi tapi naz tak ingat haha. Terima kasih reader and komen – komen yang membina. Senang untuk putvs tapi tak senang untuk move on, cewah. Segala komen dan nasihat kalian naz simpan untuk penguat semangat.
Oh ya , sesiapa yang ada number contact careline atau mana – mana sumber untuk naz bawak cik tunang kaunseling, tinggalkan kat komen ya. Even dah putvs nanti, kesian tetap kesian. Sebab family dia takkan bawak dia pergi jumpa doctor, tapi b0moh.
Sampai ke hari ni , dah 4 b0moh family dia jumpa. Kami belum lagi putvs secara rasmi.Tapi dah lost contact. hampir sebulan dah tak jumpa. Naz dah sediakan fizikaI and mentaI if apa apa terjadi lepas putvs nanti (andai difitnah lagi) Dan lagi sekali, komen – komen kalian sangat membantu naz. Terima kasih. – Naz