
Saat ini aku diuji, suami aku nak kahwin dengan perempuan lain. Semalam tuan rumah call, nak ambil semula rumah yang aku duduk. Dulu aku selalu fikir, waktu orang susah, kita tolong. Tapi bila aku jadi macam ni, aku minta balik duit pada kawan yang pernah pinjam waktu mereka susah, mereka diamkan aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Selalunya aku hanya jadi pembaca setia, banyak kisah yang aku baca seperti hampir dengan diri aku, tiada tempat meluah, tiada siapa yang membantu. Aku Yaya, berusia 28 tahun, ibu kepada seorang bayi lelaki yang baru 3 bulan usianya.
Aku tak tahu macam mana dan di mana nak mulakan. Aku dah berkahwin dengan suami selama 3 tahun, dan Allah swt hadiahkan aku dengan anugerah terindah pada saat – saat rumahtangga aku hampir berkubvr. Suami aku nak sangat anak lelaki.
Allah dengar doa aku. Allah bagi anak lelaki. Aku ingat dengan hadirnya cahaya mata lelaki yang dia nak sangat, akan merubah segalanya, dari kurang baik pada lebih baik tapi aku silap. Sejak aku mengandung, aku cakap dengan suami aku nak bersalin normal, sebab aku nak dia teman, tengok sendiri macam mana seorang wanita berju4ng, bert4rung nyawa untuk lahirkan satu lagi nyawa.
Dia acuh tak acuh dan buat tak layan. Sekali lagi Allah dengar doa aku. aku dapat bersalin normal, tapi sayangnya, aku berju4ng sorang – sorang. Hingga saat bukaan aku dah 9 cm, hp masih dalam genggaman aku, dengan harapan nanti dia call bagitahu dah ada dekat hospitaI nak menuju ke LR tapi hampa.
Semua pelik aku boleh pegang hp dalam LR, boleh lagi main HP dalam LR walaupun dah nak bersalin. Yang aku boleh kata, mereka memang benarkan. Tepat jam 3.24 petang aku selamat bersalin dan suami aku? Esoknya baru dia balik ke kampung aku untuk tengok aku.
Sedih? Terlalu sedih sampai sekarang aku masih terasa. Dia terlepas cakap yang mak dia tak bagi teman aku masa bersalin. even dia sepatutnya cuti seminggu teman dalam pantang, tapi dia cuti 5 hari je. aku diam. Ujian pertama Allah bagi, anak masuk NICU sebab tekak flabby, suara tak boleh lepas keluar.
Dengan s4kit bersalin tu hari – hari aku ulang alik hospitaI dengan mak aku tengok anak. Setiap kali jumpa anak, aku nangis. Nangis sebab tengok dia berselirat dengan wayar, on antibiotik, masuk air lagi, tiub susu pulak dekat mulut.
Bila tengok anak aku stabil, doktor bagi aku pegang anak aku, susukan anak aku. Lebih kurang sepuluh hari, anak aku dapat discaj, alhamdulillah. Maka bermulalah episod aku berdua dengan anak. Selama aku bersalin, anak keluar dari wad sampailah hari ni umur dia dah 3 bulan, suami aku tak pernah balik rumah orang tua aku untuk tengok kami.
Raya? Aku beraya dengan anak dan orang tua aku. Sebak tuhan je tahu, aku dah tahap depr3ss. Aku istighfar, aku cuba fokus, aku fikir anak je. Setiap kali solat, aku tanya Allah ujian apa yang Dia tengah bagi aku, kenapa rumahtangga aku macam ni?
Kenapa suami aku tak nak tengok zuriat dia sendiri yang sem4kin comel tu? Kenapa dan kenapa? Hati aku macam di pijak – pijak. Allah uji lagi, Allah tarik nikmat untuk susukan anak aku dan sekarang anak aku minum susu formula 100%.
Aku terima dan redha, mungkin sebab aku terlalu str3ss dan bukan rezeki anak aku. Satu kemudahan Allah bagi ialah, anak aku tak tolak apa jenis susu sekali pun tak kira mahal atau pun murah, sama juga dengan pampers.
Tak ada naik ruam walaupun pakai diaper murah. Keluarga aku makan apa yang ada dan termampu. Ayah aku pun dah tua, kerja kampung je. Dalam pantang ada lah juga keperluan anak aku yang nak kena beli, aku minta tolong dekat ayah walaupun aku tahu dia sendiri tak ada, k3jamnya aku rasa sebab tanggungjawab itu sepatutnya atas suami aku.
Bila aku dah redha, aku cuba untuk move on, Allah jawab doa aku. Suami aku ada orang lain. perempuan lain. Aku? Terkedu, tak percaya, semua perasaan datang bertandang. Yang paling aku tak sangka, mak mertua aku sokong dan restu.
Aku cuma mampu cakap dalam hati, kenapa hidup aku selalu teruji macam ni. Terduduk aku mengenang ujian yang Allah bagi. Setiap kali Allah bagi aku bahagia, dia akan datangkan sekali dengan duka. Setiap kali itu lah yang berlaku.
Suami aku memang dah tak hiraukan kami. Kesilapan terbesar aku ialah aku tak ada simpanan. Langsung tak ada. Aku menagih semula dari kawan – kawan yang pernah meminjam pada aku waktu mereka perIukan duit, tebalkan muka untuk meminjam dengan sesiapa sebab aku kena cover duit untuk pergi bawa anak aku untuk rawatan berjumpa pakar, susu dan lampin pakai buang dia.. dan semua tu aku perIukan Jumaat ini.
Tambah lagi dengan lepas musim raya ni, siapa yang sudi membantu sedangkan aku juga tak ramai kawan. Semua hanya diamkan diri walaupun aku janji akan segera selesaikan sejurus aku dapat gaji hujung bulan depan sebab aku baru habis pantang, baru nak mula kerja.
Aku boleh b4ntai buat kerja lebih masa untuk bayar semula. Malam semalam tuan rumah pulak call, bagitahu nak ambil semula rumah yang aku duduk tu Jumaat ni sebab dia nak duduk katanya. Dulu aku duduk rumah tu atas ehsan kawan kepada kawan aku, tanpa ada deposit dan sewa sebab dia kata ayah dia cuma nak seseorang jaga rumah tu.
Aku cuma perlu bayar bil – bil saja dan aku pun setuju. Dia sangat tergesa – gesa. Puas aku merayu tapi dia tak layan. Aku kira – kira kos semuanya dekat RM 1500 juga untuk aku cover semua yang di atas tu. Aku cuba lagi nasib tebalkan muka untuk meminjam, tapi hampa.
Semuanya diam. Dulu aku selalu fikir, waktu orang susah, apa salahnya kita tolong. Tapi bila aku jadi macam ni, aku minta balik duit pada mereka yang pernah pinjam pada aku waktu mereka susah, mereka diamkan aku. Ujian Allah memang tak pernah berhenti.
Sekarang aku tengah serabut, mana aku dengan anak nak duduk? Mana aku nak cari duit? Terkontang kanting sendiri, tak tahu apa nak buat. Aku masih berharap mereka sudi bayar hutang mereka pada aku tapi aku tahu itu tak akan berlaku.
Dengan suami pulak mencanang aku yang bukan – bukan dekat pejabat aku. Setiap kali aku tengok muka anak aku, aku mengeluh. Kenapa Allah uji aku macam ni? – yaya
Komen Warganet :
Fazlinz Linz : Yaya.. ada ramai lagi yang diuji oleh Allah. Allah uji sebab Allah sayang. Selalu la mengadu pada Allah. Lupakan je lelaki yang tak hargai awk. Bina hidup baru. Bila jadi ibu tunggal kena pandai bajet kewangan.Tak boleh harap ex bagi nafkah untuk anak. Jangan marah.. itu d0sa dia. Sekarang ni, awak kena fokus untuk majukan diri demi anak. Semoga Allah permudahkan urusan awak.
AtiQa Yusop : Puan yaya.. saya nak awak kuat demi anak. Awak bekerja, tunjuk kat orang – orang ni yang awak kuat, awak boleh berdiri atas kaki sendiri, tunjuk yang awak bukannya lemah. Awak tinggal kejap anak awak kat ibu, awak pergi setel rumah dulu dan cari bilik sewa, cari taska yang bagus untuk anak awak.
Dan bila awak start kerja semula, baru bawa balik anak. Pasal suami tu, tak payah fikir pasal dia. Orang taknak kat kita dah buat apa kita terhegeh – hegeh, nanti m4kin dia suka tindas kita. Try minta pinjam duit dari bos awak untuk setel apa yang patut, insyaAllah bos awak kalau baik dia akan dengar masalah awak dan akan bantu awak.
Saya cuma nak awak kuat, kita perempuan kita kena bijak, jangan biar orang pijak kita suka – suka. Jangan tunjuk kita lemah. Saya doakan awak dipermudahkan urusan. Salam civm untuk baby.
Farhah Simard : Tinggalkan anak dengan parents sekejap, cari rumah sewa, settle semua masalah kemudian ambil anak. Dan selamat tinggal untuk suami. Semoga dia tidak dikurniakan zuriat lagi, kerana zuriat yang ini diabaikan… sangat tidak bersyukur.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.