Tiba2 staff aku datang, menangis mengadu dia kena tvmbuk dgn staff perempuan ayu bertudung

Aku nampak tiba – tiba Wany datang dengan lipstick dia tertarik comot. Dia menangis sambil tunjuk kat pantry. Macam anak aku kalau kena buIi dengan cousin dia. “Hasrita tvmbuk saya!” Masa aku panggil Hasrita, dia pun nangis jugak. Siapa yang salah?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sorry lah, bahasa aku ni bercampur aduk sikit. Aku pun tak suka rojak – rojak. Harap demo – demo pehe la. Haaaa… Aku ada cerita pasal staff bawah aku yang kerja bagus tapi mulut longkang.

Staff yang mengajar aku erti kesabaran dan professionalism. Baru – baru ni, aku baru je buat yearly appraisal dia. Bahasa melayu dia penilaian akhir tahun. Macam peperiksaan zaman sekolah la pulak bunyi dia. Tak aku nafikan semua t4rget dia berjaya capai.

Yang tak capai tu memang benda yang bukan within control dia. Macam badan kerajaan lambat bagi kelulusan. Takkan nak suruh dia pergi bagi rasu4h kot kan. Harooommmmm. Aku panggil staff aku ni Wany (bukan nama sebenar) lah eh.

Wany ni memang salah seorang pekerja yang bagus. Kerja dia memang ikut time dan berkualiti. Tapi dia ada satu masalah. Masalah mulut longkang. Walaupun dia ni kalau sekali pandang macam wanita muslimah trendy di abad ini, tapi mulut dia tak ubah macam makcik makan sireh kat kampung aku.

Dengan mulut merah – merah pergi dari rumah ke rumah cerita hal orang. Jenis yang kalau bercerita nak tepuk – tepuk kau sambil gelak dengan mata dia jegil – jegil nak emphasis cerita dia tu. Eh. Aku tepuk dahi kau sekali baru tahu.

Satu pagi yang hening ni. Aku tengah minum air milo panas yang aku buat kat pantry 15 minit tadi sebab perut aku sensitif ngan kopi. Ape benda ntah perut aku ni. Tak macho kot minum milo. Tengah belek – belek email. Aku dengar tiba – tiba Wany datang dengan lipstick dia tertarik macam joker.

Menangis sambil tunjuk kat pantry. Macam anak aku kalau kena buIi dengan cousin dia. “Hasrita tvmbuk saya!” “Hah? Apa? HASRITAAAA” Aku terus panggil Hasrita (bukan nama sebenar) masuk. Hasrita masuk. Dia tertunduk.

Tangan kanan dia genggam tangan kiri dia. Kau bayangkan lah. Dua – dua ni awek tudung pakai baju warna – warna lembut gitu dengan gelang Pandora sorang seutas. Dengan sorang kasut tinggi yang tapak dia tebal tu sorang lagi kasut tinggi yang halus.

Eh tak terbayang dek akal aku lah perempuan macam ni bertvmbuk. Kalau macam bini aku yang makeup dia adalah vaseline, stock tudung warna hitam memanjang, seluar jeans lusuh, tshirt lengan panjang kalau tak hitam kelabu kalau tak kelabu navy blue kalau tak navy blue hijau tua (bini aku borong tshirt H&M dekat mens section semua warna gelap dia dah beli) pakai kasut Converse tak pun sandal Teva logik la jugak.

Tambah pulak bini aku dulu budak silat layan lagu metal. Memang kena la dengan profile tvmbuk menvmbuk ni. Ni awek muslimah trendy. Aku tak boleh brainnnnn. Hey, aku sayang bini aku tau. Itu je. Bukan kutuk cuma cerita je.

Ok berbalik kepada cerita yang sebenar. “Hasrita, kenapa awak tvmbuk Wany?” Harita menangis. Aduh. Dia ‘teeee’ orang dia pulak nangis. “Saya tak tahan Mr S. Macam – macam dia cakap pasal saya. Semalam saya ajak dia jumpa saya secara berdepan. Tapi dia tak nak. Tapi tadi dekat pantry dia perli – perli saya lagi.”

Sekarang dua – dua menangis. Kalau dari luar bilik aku nampak macam aku tengah reject dua awek cun yang tergiIakan aku sebab hati aku dah tertancap dekat awek brutal yang aku jumpa kat universiti. Nak aje aku laga kepala dua – dua macam yang aku selalu buat kat adik – adik aku dulu.

“Wany, apa awak cakap pasal Hasrita?” Wany dia tak cakap apa. Dia tunduk je. “Wany, saya pernah warning awak pasal mulut awak ni. Awak ingat apa awak cakap pasal saya tak sampai kat telinga saya? Memang saya kesian kat awak sebab kena tvmbuk.

Makeup ni dengan nak touch up balik lagi. Tapi awak pun kesianla kat diri sendiri Wany oi. Sabar manusia ada had. Harini awak kena tvmbuk. Kalau awak kacau anak g4ngster ke, esok lusa tak bertuan nanti tudung limited edition awak ni.”

Nampak macam aku nak back up dia, si Hasrita ni pun buka mulut, “Saya cuba sabar Mr S. Macam – macam dia cakap. Yang saya tak solat la. Saya selalu curi tuIang la. Beg saya fake la. Semua benda dia tak puas hati dengan saya.

Tadi dia perli – perli saya. Saya solat perlu ke saya tunjuk. Kerja saya perlu ke bagi dia. Beg saya tu, dia nak resit ke? Kalau fake pun kacau dia ke?” Walaupun aku rasa macam nak bagi high five Hasrita sebab meluahkan apa yang terbuku di hati, tetapi secara etikanya memang benda tu salahlah, tvmbuk muka anak orang.

Aku pun m4ngsa Wany. Pernah kecoh kat office dia jaja cerita aku ada scandal sampai staff tu str3ss dan terus berhenti kerja. Hotak dia. Kalau aku jenis tak reti agama pun bini aku budak silat kot. Yang satu ni pun mencungap nak layan. Nak tambah s4kit lagi.

Aku tak boleh bayang ada family mertua sampai dua. Pengsan. Ini salah satu cerita yang dia bawa. Ada lagi. “Awak pun satu Hasrita. Keg4nasan bukan penyelesaian. Kat rumah saya tu, anak saya kadang – kadang buat hal. Ini tak kena itu tak kena. Menangis non stop. Bagi makanan baling, mainan baling. Saya rasa macam nak cek1k dia kadang – kadang. Tapi patut ke saya cek1k dia?”

Hasrita geleng. Aku tau korang rasa benda ni dark, tapi ini cuma analogi je. Aku sayang anak aku jugak OK. Tapi aku manusia. Kadang – kadang geram dengan per4ngai dia. “Wany, saya nasihatkan awak tak perlulah awak buat report kat management pasal Hasrita. Selain g4ng awak, ramai yang jadi m4ngsa mulut awak ni akan buat report pasal mulut awak pulak dekat HR nanti sebagai baIasan. Termasuklah saya. ”

“Tapi Mr S. Saya tak pernah cakap apa – apa pasal Mr S.” Berani kau nafikan. “Saya ni tak pekak Wany. Port awak tu dekat pantry. Dekat tepi entrance toilet. Bisik – bisik kat cubicle kawan awak. Awak ingat saya tak lalu tempat – tempat tu.

Apa awak cakap, saya kedekut sebab tu anak saya selekeh. Anak saya setahun setengah biar la dia nak main comot – comot. Setakat baju baby GAP (sengaja berlagak) kena aiskrim ke pasir, eh takde hal lah. Tak m4ti pun pakai baju ada stain.

Banyak lagi benda saya dengar Wany. Yang membabitkan kredibiliti saya kat tempat kerja pun ada. Saya tak nak sebut depan Hasrita je ni. Management atasan pun tahu pasal mulut awak ni.” Psych0 sikittttt.. Tapi sebenarnya aku ada pemberi maklumat.

Budak aku tu yang terdengar tanpa dia sedar. KAHKAHKAHKAH. Muka dia pucat lesi. Dia tunduk pastu angguk. Budak aku tu contact pakai whatsapp je. Jadi peninjau keadaan. Hahahahaha. “Sekarang awak berdua salam dan bermaafan.”

Aku ingat diorang akan salam gitu – gitu dan bermaafan sekadar cukup syarat. Sangkaan aku meleset. Diorang b4ntai berdrama pulak! Sambil berpeIukan dan menangis. Eh menyampah pulak aku tengok. “Wany.. Aku minta maaf aku tvmbuk kau. Aku str3ss hari ni macam – macam hal. Anak aku s4kit dengan nak kejar dateline”

“Hasrita… Aku minta maaf jugak sebab bawa mulut. Aku akan cuba berubah. Maafkan akuuu” Aku suruh diorang stop dan sambung kerja lepas nampak gaya meleret – leret sesi bermaafan diorang ni. Procedure kat office aku kena buat surat amaran kalau ada g4duh – g4duh macam ni.

Makanya aku tengah draft letter untuk dua – dua ketul. Office nampak aman dua tiga hari ni. Makcik Sireh aka Wany dah kurang menyireh. Mungkin tak se’open’ atau seteruk sebelum dia kena tvmbuk. Harapnya dia insaf la. Orang mulut longkang ni memang kadang – kadang kena tvmbuk rasanya. Sekian dari aku. – ExStudentKedut

Komen Warganet :

Ann Fardan :Maybe wany ni memang over sebab tu kena tvmbuk tapi bagi saya kalau ada spesis macam ni, apa yang dia kata saya akan mengiyakan sahaja. Waimah dituduh ada skandal sekalipun saya akan benarkan sebab orang macam ni lagi kita nafikan lagi sedap dia mengata dan bawa cerita. Kalau kita iyakan sure m4ti kutu dia!!

Amelia Zainuddin : Good job hasrita. Sesekali kena hajor jugak orang gini. Ade je orang gini dalam hidup aku. Nak diIempang karang masuk lokap pulak. Menyusahkan mak pulak nak pi jamin aku. So macam mana orang biadap dengan aku, macam tu la aku buat balik kat dia.

Dhia Arie : Im using fake acc semata – mata nak komen kat sini. Staff aku ada yang follow page ni. Kau bayangkan ye.. staff umur 57 tahun bertekak dengan staff umur 26 tahun hampir hari – hari. Kemuncaknya dua – dua masuk bilik mengadap aku.. menangis.. dah mcm sinetron. Sorang umurnya layak jadik mak aku, sorang macam adik aku. Bila diselidik.. isu generation gap.. tepok dahi.. i feel u confessor.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.