Terp4ksa berhenti belajar sbb takde duit, sekali ada pakcik nak j0dohkan anaknya, seorang doktor

Bila masuk U aku dah nampak masa depan aku yang cemerlang sebab selalu jadi tumpuan pensyarah. Aku pergi cIubbing, enjoy sana sini sehinggalah aku kemaIangan teruk akibat m4buk. Waktu itulah banyak perkara maIang berlaku..

#Foto sekadar hiasan. Aku menulis di sini, sebenarnya untuk kongsi pengalaman sebenar hidup aku, supaya dapat jadi motivasi untuk  mereka yang mungkin tengah rasa diri useIess, gagal atau sedang t3mpuhi tempoh masa yang paling sukar dalam hidup mereka.

InsyaAllah, selepas kesukaran hidup, pasti datang kesenangan. Sejarah aku ni, asalnya, bukan baik sangat. Dari sekolah lagi banyak kes disiplin, tapi aku ni boleh kata budak yang cerdik juga, cuma nakal – nakal je.

Kira mak aku banyak menangis sebab aku ni. Alhamdulillah, mungkin berkat doa dia jugak, aku dapat masuk universiti yang terkemuka walaupun belajar biasa – biasa je. Dapat pulak c0urse idaman aku, iaitu salah satu bidang pr0fesional yang ada status dalam masyarakat.

Bila masuk u, aku lagi la enjoy, cIubbing, layan gigs, enjoy s0ciaI life, berkawan dengan anak – anak orang kaya dan kenamaan saja. M4buk tu benda biasa, memang jauh benar dari tuhan. Namun, macam mana pun, study aku masih lagi ok, assignment dan projek aku pula antara yang sering dapat perhatian di kalangan pensyarah walaupun bukanlah t0p student.

Kemuncaknya, aku terpilih mewakili Malaysia melalui U aku ke sebuah program antarabangsa di luar negara setelah menang sebuah award khas daripada sebuah negara barat. Dalam program tu, salah seorang orang kuat Universiti di sana bagitau amat berminat dengan segala projek dan idea aku dan bagitahu supaya sambung study di sana lepas habis degree aku di Malaysia.

Aku jadi teramat yakin yang aku cuma selangkah je lagi daripada kejayaan dan impian aku bila salah sorang tokoh antarabangsa dalam pr0fesyen aku tu terlihat hasil kerja aku dan menyatakan minat untuk ambil aku bekerja dengannya.

Ketika itu, aku rasa, aku dah berada di landasan untuk menjadi seorang yang ternama dan berjaya dalam hidup. Aku hanya fikir waktu tu, nak habiskan degree aku, dapat status pr0fesional, jadi ‘somebody’ terkenal dan akhirnya berpindah duduk di luar negara.

Aku pun dah ada kekasih waktu tu, dan aku fikir dengan semua yang aku ada ini, akan semuanya akan elok dan berjaya, kahwin dan itu semua dah jadi matlamat hidup aku. Dan, tiba – tiba, pelbagai haIangan muncul dan semua mula berubah satu persatu.

Pertama, aku kemaIangan teruk sewaktu tengah m4buk. S4kit kemaIangan tu, buatkan aku rasa takut kalau – kalau dicabut nyawa dalam keadaan macam tu. Kemudian, mak bapa aku bercerai dan bapa aku hilangkan diri tinggalkan kami sekeluarga.

Kami sekeluarga terp4ksa berpindah ke kampung kerana rumah telah ditarik oleh bank. Dalam masa yang sama juga, tiba – tiba, biasiswa aku kena tahan atas sebab – sebab teknikal kerana waktu tu kegawatan ekonomi.

Kekasih aku pulak tinggalkan aku dan kawan – kawan semasa berseronok dulu pun mula jarakkan diri daripada aku. Aku mulai hilang sumber kewangan untuk belajar. Emak aku pulak, bertungkus lumus nak sara kami adik beradik.

Tapi, aku bagitahu emak tak perlu risaukan aku sebab aku kata boleh surv1ve semua ni untuk sedapkan hatinya. Bayangkan, tiada duit satu sen pun daripada mak ayah, dan tiada biasiswa yang aku terima di saat aku sedang belajar, macam mana nak belajar.

Mulanya, aku buat pelbagai kerja part time sambil cuba meneruskan pengajian di universiti. Tapi, memang kos hidup tu terIampau tinggi jika nak dibandingkan dengan upah part time waktu tu. Daripada struggIe cari duit part time untuk support belajar, akhirnya bertukar jadi struggIe untuk aku terus hidup.

Aku buat pelbagai kerja siang malam di KL sebab, nak kena tolong ibu dan adik – adik aku yang masih bersekolah di kampung. Kuliah universiti pun aku dah tak dapat pergi macam dulu dan hidup aku telah berubah daripada seorang mahasiswa kepada pekerja bawahan yang bertungkus lumus untuk hidup.

Daripada pemuda bersosiaI yang banyak  melepak di tempat high class, aku menjadi seorg penjual burger, pencuci pinggan, penjual air minuman, pembasuh kereta. Semua impian dan matlamat hidup aku yang hampir nak dicapai, nampak berkubvr.

Allah saja yang tahu waktu tu, dengan hati yang teramat – amat sayu, aku akhirnya terp4ksa ambil keputvsan untuk berhenti belajar, apabila aku dengar adik – adik aku pun nak berhenti sekolah sebab tak mahu susahkan mak aku.

Aku terus menghilangkan diri daripada berhubung dengan kawan – kawan aku, bukan kerana aku malu, cuma tak mahu simpati daripada sesiapa. Mulai saat tu, apa – apa matlamat untuk diri sendiri dah aku tak pikir, yang penting saat itu, cuma untuk bantu ibu dan adik – adik aku saja.

Aku dah tak kisah kerja – kerja bawahan, asalkan dapat sara adik – adikku untuk terus belajar. Mulanya, aku terus bekerja di ibu kota, sebab banyak kerja yg boleh aku lakukan di sini. Siang aku kerja stor, kadang – kadang jadi kelindan, bila malam kerja pembantu restoran, hujung minggu jual air di pasar malam.

Dengan pendapatan yang aku dapat, aku dapat kirimkan wang kepada ibu di kampung. Namun, jarak yang jauh menyukarkan aku untuk pantau dan uruskan pembelajaran adik – adik aku. Akhirnya, aku nekad untuk pulang ke kampung.

Aku tak memilih kerja, tetap melakukan pelbagai kerja – kerja kampung yang tidak pernah aku terfikir suatu masa dulu. Kerja aku ketika itu membantu di kebun sawit orang kampung. Waktu inilah aku rasa titik yang paling memiIukan dan paling ‘d0wn’ dalam perjalanan hidup aku.

Kadang – kadang aku rasa aku dah gagal dalam hidup, tak berguna dan macam – macam perasaan lagi. Aku tahu, ibuku sentiasa menangis apabila kenangkan apa yang telah aku lalui ini. Kadangkala, aku terfikir juga, kenapa aku yang terp4ksa terima semua ni.

Aku p4ksa dan berlakon seolah tiada apa – apa berlaku supaya kelihatan tabah di depan ibu dan adik – adik. Namun, jauh dalam diri aku, hati aku menangis, merintih, mer4ung, hanya Allah yg tahu. Namun, aku sedar, tiada guna untuk hidup dalam keadaan bersedih akan benda yang dah berlalu.

Jadi, aku latih diri aku untuk lupakan sejarah dan impian aku dengan kesibukan kerja dan membahagiakan orang lain. Aku bertekad supaya adik – adikku tidak akan aIami apa yg telah aku lalui untuk belajar.

Aku belajar untuk pasrah dengan apa yang Allah telah tetapkan ke atas diri aku. Aku positifkan diri aku dan bersyukur dapat bertemu dan bergaul dengan pelbagai golongan susah yang sama – sama berju4ng untuk hidup samada ketika di ibu kota dahulu dan ketika di kampung yang tak mungkin aku temui jika aku masih lagi bergeIar mahasiswa.

Lebih banyak erti kehidupan yang aku belajar daripada golongan susah ini berbanding dengan ilmu yang aku perolehi sewaktu di dewan kuliah di universiti dahulu. Aku akan cuba membantu siapa saja yang aku dengar dalam kesusahan sekadar yang aku mampu, kerana aku amat tahu akan erti kesusahan hidup.

Kep3ritan hidup ini, hakik4tnya, membawa aku hampir kepada Tuhan. Aku gunakan masa yang ada untuk daIami ilmu – ilmu agama. Aku sedar betapa laIai dan cuai diri aku sebelum ini. Ibu aku sebenarnya sejak kecil lagi begitu menjaga anak – anaknya dalam bab agama.

Cuma, aku saja yang Iiar dan nakaI kerana ikutkan perasan dan jiwa remaja. Hampir setiap malam, aku akan hadiri kuliah – kuliah di pelbagai masjid dan pusat – pusat pengajian. Daripada seorang pend0sa, akhirnya, ujian kesusahan hidup dari Allah telah menukarkan aku kepada orang yang iltizam dengan agama walaupun masih lagi tak sesempurna orang lain.

Benarlah janji Allah dalam Al-Quran, surah An Nur, ayat 32, yang menganjurkan untuk berkahwin meskipun bagi lelaki yang miskin kerana Allah telah berjanji untuk mengurniakan rezeki kepada mereka.

Mulanya, aku dah hilang keyakinan diri dengan kesusahan hidup ini untuk berkahwin. Ada yang memperkenalkan aku dengan beberapa wanita, tetapi aku menolak dengan baik kerana fikirkan tanggungan aku sekarang.

Fikiran aku mula berubah, apabila, dalam suatu kuliah tafsir, aku tersentuh dengan penyampaian seorang ustaz tentang ayat 32 surah An Nur. Semenjak itu, aku selalu berdoa untuk dipertemukan dengan j0doh yang baik.

Akhirnya, seorang pak cik yang aku kenal dalam kuliah mengajak aku untuk mengikutnya ke rumah kenalannya untuk diperkenalkan kepada keluarganya. Aku sangat terk3jut apabila mendapati rakannya adalah seorang yang agak kaya tetapi amat menjaga soal agama.

Rakannya menyambut kami dengan baik, tetapi aku sudah keberatan untuk meneruskan apa – apa ik4tan dengan mereka. Selepas pertemuan itu, aku cuba untuk elakkan diri dari bertemu dengan mereka kerana rasa tidak mampu untuk memperisterikan daripada golongan berada seperti itu.

Pada suatu hari, ketika baru pulang daripada kebun dengan pakaian yang berpeluh dan kotor, aku amat terk3jut apabila mendapati wakil keluarga mereka berkunjung ke rumah aku. Aku berasa agak serba salah memandangkan keadaan rumah aku yang sebenarnya agak daif juga.

Akhirnya, aku berterus terang menyatakan kepada mereka supaya mencari lelaki yang lebih sesuai dengan mereka. Namun, rupanya mereka sudah tertarik hati dengan peng0rbanan dan tanggungjawab aku terhadap keluarga serta sangat berharap untuk memperj0dohkan aku dengan wanita yang baru bekerja sebagai doktor itu.

Dengan berat hati, aku mohon tempoh untuk membuat keputvsan kerana memikirkan kos perbelanjaan perkahwinan yang agak tinggi dan adik – adikku di universiti masih lagi memerIukan perbelanjaan daripada aku, walaupun naluri aku amat teringin untuk beristeri.

Setelah aku beristikharah, akhirnya aku mengambil keputvsan untuk berkahwin. Aku amat aku terk3jut apabila pihak bakal isteriku tidak menetapkan sebarang nilai wang hantaran, manakala mas kahwin hanyalah beberapa puluh ringgit sahaja.

Akhirnya, perkahwinan kami dibuat secara kecil sahaja di pihak aku ibarat kenduri tahliI sahaja. Selepas berkahwin, aku tidak pernah ingin mengambil kesempatan daripada isteriku atau keluarganya. Aku masih lagi meneruskan kerja – kerja harianku seperti biasa, malah isteri aku juga, aku latih dan biasakan dengan cara hidup yang teramat sederhana.

Walaupun, isteri aku cuba untuk memberikan perbelanjaan kepada adik – adikku, tetapi aku melarang dan menolak kerana tidak mahu terlalu berg4ntung kepada sesiapa selagi dikurniakan kudrat oleh Allah untuk mencari sendiri rezeki.

Apa yang aku minta, hanyalah modal sebuah lori kecil terpakai untuk kerja – kerja mengangkat sawit daripada kebun – kebun orang kampung. Dengan lori itu juga, aku mula mengambil upah mengangkut bahan binaan.

Kenalan aku sem4kin bertambah dan aku mula menceburi bidang pembinaan. Sedikit demi sedikit, perniagaan aku mula berkembang. Alhamdulillah, sekarang aku sudah memiliki beberapa buah syarik4t yang mengusahakan kebun sawit, sewa lori dan traktor, kontraktor pembinaan dan sebuah kedai hardware yang kesemuanya aku bermula dari bawah.

Aku tak anggap bahawa aku sekarang sudah berjaya dengan semua ini, kerana perjalanan hidup ni masih lagi banyak cab4rannya. Bagiku, sebenarnya rezeki puluhan pekerja di bawah syarik4t aku itu hakik4tnya daripda Allah, cuma disalurkan melalui aku sebagai pemilik perniagaan.

Dan, apa yang aku miliki sekarang ni, tidak mungkin dapat dicapai dengan sokongan tak berbeIah bahagi daripada isteri aku. Dialah yang sanggup menerima aku ketika aku hampir tiada apa – apa dalam dunia ini, sanggup mengangkat aku yang jatuh, memimpin memapah dan memberikan aku semangat untuk terus kejar impian semula.

Daripada pengalaman hidup aku ini, aku ingin ringkaskan beberapa pesanan;

1- Sekiranya ada peluang utk menjaga ibu, ambillah peluang itu, kerana doa dan restu mereka yang akan menentukan kejayaan kita.

2- Sekiranya apa – apa yang kita impikan itu tak tercapai, itu bukan bermakna kita telah gagal, tetapi Allah telah tetapkan dan akan gantikan dengan perkara yang lebih baik daripada impian kita. Sentiasalah bersangka baik dengan Tuhan.

3- Banyakkanlah bergaul dengan orang susah. Banyak erti kehidupan yang dapat kita belajar dari mereka.

4- Bagi para pemuda, dalam mencari pasangan, tak perlulah menunjuk – nunjuk harta atau berpura – pura menjadi orang yang kaya raya kerana belum tentu mereka akan mampu bersama kita ketika kita jatuh tiada apa – apa.

5- Untuk para wanita pula, jika lelaki itu seorang yang susah tetapi gigih bekerja, bimbinglah dan giIaplah potensi yang ada pada dirinya. Boleh jadi, dengan sokongan kamu, dia akan menjadi lelaki yang paling berjaya dalam hidup kamu.

Sekian, En Pungsukh Wangdu. Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.