Terima kasih isteriku selingkuh lebih 3 tahun. Selama ini abang ingat rumah tangga kita baik2 sahaja

Aku tahu isteri mesej mesra dengan imam masjid. Aku terus berdepan dengan imam tu. Depan isteri dia, dia bagitahu isteri aku mengadu tersiksa sebab aku terlalu sibuk, sampai tidur asing setahun. Imam tu hanya nak bagi nasihat. Aku terima, aku nak berubah untuk isteri. Tapi apa yang aku jumpa lepas tu…

#Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum. Admin mohon kongsi cerita aku. Beberapa minggu ni aku rasa aku diuji dengan perkara paling berat dalam hidup. Pada waktu raya ke-7 hari tu aku ada pinjam telefon bini aku sebab nak send gambar raya dekat telegram.

Aku nampak ada nombor chat dia seawal 7 pagi! Tapi chat dah padam. Aku tanya bini aku. Siapa ni? Dia kata member. Lepas tu cepat – cepat dia masuk toilet kata s4kit perot nak telefon. Bila keluar aku mintak balik tapi chat tu dipadam.

Aku dah syak mesti ada yang tak kena. Malam tu balik dari kampung jam 2 pagi. Aku senyap – senyap nak tengok phone dia. 9 tahun kawin aku tak pernah cek langsung phone bini aku. Sebab aku percaya dia. Terk3jut sangat bini aku ada letak password dekat telegram.

Dia terbangun meng4muk – ng4muk kata phone tu hak dia. Aku pegang tangan dia, aku cakap, “Sayang.. abang nak tengok je. Tak salah jangan takot.” Tapi dia meng4muk – ng4muk sanggup bergusti dengan aku. Sampai anak aku menangis merayu – rayu suruh stop tapi dia tetap nak phone tu.

Aku Iempang dia sebab dia dah macam hist3ria meng4muk. Biasanya tak meIawan. Dia tetap berkeras juga tak nak bagi. Dia kata itu hak dia. Kebetulan kak ipar ada dia datang redakan keadaan. Aku terp4ksa bagi phone pada dia sebab taknak jadikan isu.

Esok pagi bila aku ajak bincang, dia kata chat kawan sekolah je. Aku cemburu buta katanya dan dia janji tak akan chat lagi. Tapi hari – hari aku solat hajat, aku mintak Allah tunjuk. Satu pagi, aku terfikir nak cek data panggiIan dia dekat bill, ada number yang bergayut lama banyak kali.

Bila cek truecaller cari dekat FB terk3jut sangat bukan kawan dia. Tapi lelaki tu imam masjid!!! Aku jumpa jantan tu tanya apa hubungan dia. Depan bini dia, dia duk sibuk kata bini aku yang mengadu, konon tersiksa sebab aku sibuk.

Aku cakap rumahtangga aku ok je. Dia kata lagi bini aku kata setahun asingkan bilik, konon – konon dia hanya nak bagi nasihat dekat bini aku. Padahal anak aku baru setahun, celah mana tak tido boleh dapat anak? Cuma tiap malam aku pergi bilik sebeIah untuk solat malam.

Lepas sejam dua aku balik bilik semula. Rupanya dia ingat aku tak tido sekali. Padahal hari – hari aku doakan agar Allah ampunkan d0sa dia. Kami dah slow talk nak berbaik. Aku suruh dia cerita semua. Apa yang aku tak tahu.

Aku mintak dia cerita apa yang dia nak aku berubah. Dia kata aku selalu outstation kerja, dia bosan. Ok, aku mintak bos jangan letak nama aku untuk kerja outstation lagi. Padahal tiap minggu aku bawak pergi hotel jalan – jalan semata – mata untuk ganti balik masa.

Aku pun cakap apa aku nak dari dia. Satu malam terjaga dan tergerak nak cek balik phone lama dia. Dekat folder telegram. Ya Allah! Hampir setiap masa dia chat dengan jantan yang kononnya imam masjid. Setiap hari aku outstation diorang pergi dating!

Imam tu mengadu menyesal kahwin dengan bini dia yang dah terIanjur. Tak cantik. Dia siap cakap bini aku cantik, dia geram tengok! Siap gurau Iucah! Memang penunggang agama. Bini aku pun b0d0h pergi melayan! Tak sangka dari 2020 dah berhubung lepas tu putvs kejap sambung balik.

Telefon dia pun jantan tu rasmikan. Apa dia nak buat semua tanya jantan tu. Story dia hanya untuk jantan tu tengok. Dekat aku, dia hide!! Ya Allah, sedih giIer. Aku tak taulah diorang dah tido sekali ke belum sebab ada sebut pasal hotel.

Bila tau aku meng4muk! Bini aku boleh cakap, “kata nak move on? Buat apa awak cari lagi?” Rasa langsung macam tak bersalah! Aku cari rezeki untuk family tau. Aku kerja usaha siang malam, balik kerja aku sambung pulak bawak grab.

Duit lebih oustation aku belikan handbeg, dekat dia. Baju – baju untuk anak – anak. Sampai hati dia buat aku macam ni. Ikutkan hati aku nak ceraikan jer. Sebab bila aku nak tiap malam tak bagi, kata penat kerja, tak nak layan.

Dengan jantan tu siap cakap, tak sabar nak jumpa. Aku tak tahulah nak ceraikan atau tak. Aku sayang kenangan sama – sama susah dulu. Aku tak nak anak – anak aku mer4na sebab anak – anak rapat dengan dia. Dia kerja, aku pun kerja.

Cuma malam bawak grab sebab aku nak tambahlah sikit belanja sebab bini aku kata penat kerja jadi hari – hari memang makan order foodpanda je. Rumah aku kemas sekali, baju aku basuh. Lepas basuh aku pergi dry. Cuci dapor, laman, toilet semua aku buat.

Tapi adakah layak aku terima semua ni hanya kerana aku sibuk cari rezeki lebih?? Aku jumpa FB fake akaun dia buat, macam – macam dia kutuk aku. FB tu buat guna nombor jantan tu. Har i- hari ada jer tak puas hati rupanya.

Sedangkan setiap malam aku bersujud dan berdoa agar Allah ampunkan d0sa dia. Terima kasih Allah kerana kau uji aku dengan ujian yang sangat berat. Jika ujian ini kerana d0sa – d0sa aku redha dengan ketentuan mu.

Terima kasih isteriku selingkuh lebih 3 tahun. Selama ini abang ingat rumah tangga kita baik – baik sahaja. Abang sayang awak kerana Allah. Walau apa jua yang awak dah buat, abang tak akan lepaskan awak kerana abang sayang apa yang kita bina. Terima kasih untuk segalanya. Ya Allah ku pohon petunjuk darimu.

Komen Warganet :

Pelangi Indah SK : Alhamdulilah dari penceritaan en, banyak kebaikan berpihak en. Gali apa kelemahan utama yang menyebabkan isteri mencari lelaki lain. Kadang – kadang duit banyak tak menjamin kebahagiaan.

Jika en tak mampu mengawal isteri, sayang bagaimanapun, en dah tau cerita sebenar dan hilang percaya pada kejujuran isteri, lebih baik lepaskan. Jangan bersubahat dan menjadi lelaki dayus. Allah telah tunjukkan kebenaran, apa yang berlaku ada hikmah tersembunyi kemudian hari.

Raflesia Selatan : Selalunya banyak kisah isteri yang sanggup bertahan sebab masih sayang dan demi anak – anak bila suaminya curang. Tapi kali ni berbeza. Awak suami yang baik. Jadi tak salah pun awak tetap dengan pendirian nak pert4hankn rumahtangga.

Tapi kenalah bertindak dan hentikan isteri dari terus berhubung dengan lelaki lain dan bincang baik – baik minta dia putvskan hubungan. Dayus kalau awak biarkn saje. Pergi dapatkan nasihat peguam untuk gangguan orang ketiga. Ada aktanya.

Nur Kumala Sari : Menitis air mata, kenangan lama megusik jiwa. Faham sangat apa yang dilalui lebih kurang sebijik kisah saya lalui. Memang s4kit memang pedih hanya Allah yang tahu, paling tak lupa, saya m4ti – m4ti berusaha mencari pendapatan lebih.

Dengan membawa perut yang sarat ke sana sini berjual dengan niat membantu ringankan beban suami tapi dibaIas dengan pengkhi4natan, suami hangat bercinta dengan isteri orang (rakan skerja) 2009 – 2021 hanya Allah yang tahu BERTAPA s4kit nya. Sehingga sekarang saay masih tr4uma.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.