Tengah kami tengok TV, tiba2 hujan lebat turun. Aku terk3jut isteri terus meluru keluar rumah

Bila dah kahwin, kami duduk rumah sendiri. Isteri aku ada satu alat ni yang dia akan  bukak setiap kali dia nak tidur. Malah dekat rumah kami pun bila masuk je akan terpampang satu lukisan besar. Sekali tengah tengok tv ni hujan lebat turun. Terk3jut aku dia bangun laju – laju keluar rumah. Dia pergi mandi air hujan..

#Foto sekadar hiasan. Hai, sebelum korang berkahwin mesti ramai yang tahu sedikit je pasangan kita. Kalau tahu pun setakat reaksi atau percakapan dari pasangan kita. Dah kahwin nanti baru lah kita tahu macam mana per4ngai pasangan kita yang sebenar.

Aku dengan isteri baru je berkahwin dalam 3 tahun. Sebelum tu kita orang bercinta lebih kurang dua tahun. Sepanjang bercinta tu, aku tahu dia ni memang suka sangat dengan hujan. Kalau hujan je dia punya reaksi muka berubah ceria dan betul – betul gembira.

Tapi aku ingat setakat tu sahaja. Jadi bila kahwin, kami pun berpindah. Rumah ni memang aku beli dah lama tapi bagi orang sewa je. Bila dah kahwin kami pun berpindah dekat situ. Jadi bila hidup berdua ni, isteri aku ni memang terlalu suka dengan hujan.

Malam tu tidur memang dia ada kira macam accesories dalam bilik. Macam hujan punya simulator memang kami letak atas satu meja spesiaI benda tu sebab agak besar. Jadi bila tiba waktu malam kalau dia on switch, akan ada sound hujan, guruh dan benda yang kita biasa dengar waktu hujan.

Jadi fungsi benda tu untuk isteri aku. Dia kalau nak tidur memang on benda tu. Aku pun okay je bunyi dia memang selesa dan nyaman. Dah macam terapi. Kalau waktu malam hujan barulah dia m4tikan. Sebab natural punya lagi bagus kan.

Selalu kalau aku tengah drive. Tiba – tiba hujan nanti dia punya suara excited “yeay” . Nanti dia perhati hujan tu dengan muka dia sekejap confuse sekejap gembira lepas tu pula excited. Aku pernah berbual dengan keluarga beIah isteri aku, rupanya isteri aku memang dari kecik lagi dia suka sangat dengan hujan.

Aku pernah tanya kenapa dia suka sangat dengan hujan. Dia cuma senyum je sampai sekarang tak berjawab. Pernah sekali cuti, waktu tu memang lama tak hujan. Setiap hari juga juga dia merungut “tak hujan lagi ke?” Sekali tengah tengok tv ni hujan lebat turun.

Terk3jut aku dia bangun laju – laju keluar rumah. Dia pergi mandi air hujan, punya lah seronok dia main hujan waktu tu. Aku pun setakat senyum dan tengok. Lama juga dia mamdi hujan tu, bila masuk basah tu semua. Aku ambikkan lah tuala lapkan.

Tiba – tiba dia cakap ” Seronokkan Hujan” aku cuma jawab “iya seronok”. Terus terang memang dia suka sangat dengan hujan. Dekat rumah kami, kalau kau masuk je dalam boleh nampak satu lukisan besar dekat dinding. Lukisan hujan.

Yang ni isteri aku beli, aku mula – mula tengok setakat meh je. Tapi bila setiap hari tengok lawa juga haha. Selalunya kalau hujan lebat nanti isteri aku akan duduk tepi tingkap perhati je hujan tu. Aku pun ikut je tengok.

Waktu awal kahwin aku tengok dia teruja sangat dengan hujan ni, aku rasa macam nak tegur lah. Cakap sudah – sudah lah tu dan macam – macam lagi. Tapi bila nak cakap tu tak sampai hati, bila kau tengok muka dia. Dia punya “yeay” dan banyak lagi.

Jadi aku biarkan je. Aku pun enjoy dengan Hujan. Setiap kali hujan kalau aku tengah kerja mesti aku teringat mesti dia ni tengah gembira hujan lebat. Jangan dia jerit “yeay” dalam office dia sudah lah. Biasa kalau isteri aku tengah badmood ke marah atau kami berg4duh.

Kalau hujan mesti semua benda hilang atau lupa terus lah semua okay. Jadi aku memang kalau hujan je ingatkan isteri aku. Ada juga sesekali tu aku “terjoin” mandi hujan. Dah macam scene Bollywood pun ada. Terus terang cakap, waktu aku teman isteri aku mandi hujan.

Aku nampak muka dia memang ceria sangat main air hujan tu. Aku ni pun lega lah kalau hujan boleh buat dia gembira sampai macam tu. Jadi kalau dia tak happy ke merajuk ke, aku boleh lah keluarkan pipe dan buatkan air hujan palsu. Kasi tenang sikit mood dia. – Hafiz

Komen Warganet :

Ann Farda : Hahahhahaha bunyik macam kelakar kisah isteri confessor ni. Tapi tersiratnya ialah apabila suami itu bukan sekadar suami tapi sahabat sejati dan pasangan yang sangat memahami isterinya. Apa yang isterinya suka waimah benda – benda pelik macam hujan, macam panas, macam anime, macam karton, macam k1ckb0xing, macam menjahit mengait, macam kumpul barang – barang recycle.

Ehh apa sahajaIah yang disayangi dan diminati isteri – isteri mereka akan menjadi sangat dekat di hati suami. Dan melihat isteri gembira bahagia tentang kesukaan isteri adalah satu nikmat bagi sang suami. Menunjukkan bahawa jika kita sayang seseorang itu kita kena suka juga apa yang dia suka. Dan sokong apa yang dia minat asal tidak meIampaui batas – batas agama. Bertuah buat isteri – isteri yang dilihat suami – suami mereka sebagai permata.

Siti Noor Dianna : Semalam hujan, balik kerja tengok anak main badminton dalam hujan, aku yang berbaju kurung join main gak dengan anak dalam hujan. Yang kecik main air paip. Hilang letih hilang str3ss. Abah aku kata bila hujan bersyukur la, tenung la langit tengok la hujan yang membasahi bumi. Allah cuci segala kotoran, nikmat yang Allah bagi untuk kita.

Jamilah Nur Annissa : Aku baca pun aku rasa excited sebab aku pun suka giIer dengan hujan. Hanya orang yang suka hujan je tau feeling dia macam mana. Salah satu nikmat Allah yang tak ternilai. Bila aku tengah sedih, down lepas tu hujan, semua rasa tu macam hilang.

Seronok tengok titisan hujan, suka bau hujan, suasana lepas hujan. Orang suka hujan ni dipanggil pluviophiIe, a lover of rain. Someone who find love, joy and peace of mind during rainy days.

Syella Nour Ad-Deen : Hujan biasanya dikaitkan dengan em0si sedih dalam penulisan. Dalam kehidupan ramai orang takut dengan hujan yang turun berteman guruh dan petir. Isteri tuan sangat rare dan comel. Semoga berbahagia hingga syurga. Saling memahami itu membawa bahagia In Shaa Allah…

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.