
Ibu mertua tuduh emak saya bela h4ntu sebab anak kami selalu nangis bila sampai waktu maghrib. Waktu itulah saya beri kata dua dekat isteri, pilih ibu mertua atau saya. Saya dah putvskan hubungan antara isteri dan ibu mertua tapi ini yang ibu mertua lakukan sampai saya insaf..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat admin dan semua pembaca. Nama saya Wan Zul. Apabila saya membaca kisah – kisah berkaitan masalah dalam rumah tangga, tak kiralah yang dibawa oleh kaum wanita dan sebahagian kecil lelaki.
Yang dipaparkan dalam ruangan ini saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca lain, berdasarkan pengalaman pahit manis kehidupan saya sendiri. Walaupun rasanya kehidupan saya tidaklah besar masalahnya berbanding masalah yang dihadapi oleh kebanyakan kaum wanita yang saban minggu melahirkan isi hati mereka yang begitu menyentuh rasa.
Tapi rasanya pengalaman pahit maung saya ini mungkin sedikit sebanyak boleh dijadikan iktibar kepada pembaca semua, khususnya kaum lelaki yang telah menjadi suami dan bergeIar ayah. Bukan tujuan saya nak mengajar, memandangkan usia perkahwinan saya pun masih baru lagi.
Tetapi sekadar berkongsi pengalaman mungkin ada satu dua cara atau perbuatan saya itu boleh dijadikan panduan bagaimana untuk memulihkan kembali kerukunan rumah tangga kita, kalaupun bukan untuk menceriakan, mengharmonikan apa lagi membahagiakan seratus peratus.
Paling tidak kita sebagai suami dapat membuka mata dan minda kita bagaimana untuk menghargai peng0rbanan yang dicurahkan oleh isteri kita. Saya mendirikan rumah tangga sejak 8 tahun lalu, belum pun lama. Tetapi saya rasa terlalu panas bahangnya.
Kerana untuk selama itu juga rumah tangga kami sama seperti kebanyakan pasangan lain yang tidak pernah sunyi daripada menghadapi pelbagai perselisihan pendapat. Perselisihan faham hingga membawa kepada beberapa kali berlakunya pertengkaran kecil yang hampir – hampir menjadi besar jika saya tidak berhati – hati menghadapinya dan ingat tentang masa depan.
Namun saya merasa amat bertuah kerana saya dianugerahkan dengan seorang isteri yang mungkin kebanyakan suami lain tidak mendapatnya. Rasanya eloklah saya bercerita dari mula sejak awal perkahwinan kami. Saya berkahwin atas pilihan sendiri atau mungkin lebih tepat j0doh dari Allah, setelah saya ‘terp4ksa’ menolak 4 orang teman wanita dan akhirnya memilih isteri saya sekarang.
Alhamdulillah saya bersyukur kerana isteri saya ini Surya adalah seorang yang seakan ‘lengkap’ dengan ciri – ciri 4 teman wanita saya tadi. Pada awal perkahwinan, entah mengapa emak saya tidak berapa suka dengan pilihan saya dan sememangnya beliau men3ntang perkahwinan saya.
Alasan emak saya memang keras kerana beliau tidak setuju dengan sikap mertua saya iaitu ibu Surya yang disifatkannya sebagai seorang yang ‘banyak mulut’ lebih tepat ‘mulut jahat’. Tetapi macam biasalah, seseorang itu apa lagi anak bila kehendaknya tidak disetujui dia akan men3ntang.
Begitulah dengan saya, saya bantah kehendaknya saya ikut cara saya. Emak mengalah kerana kedegiIan saya, maka perkahwinan diteruskan biarpun tanpa hantaran semahal orang lain. Namun saya bersyukur isteri saya Surya tidak membantah.
Pada saya itulah peng0rbanan pertama seorang isteri, walaupun masyarakat keliling memperkatakan hantaran saya yang tak seberapa itu. Lagi satu peng0rbanan Surya yang amat besar dia tidak membantah apabila saya memutuskan tinggal di rumah emak saya.
Saya rasa tak ramai mungkin jarang – jarang sangat isteri mahu tinggal dengan mertuanya selepas berkahwin, paling tidak mereka ingin menyewa rumah sendiri, biarlah kecil. Tetapi Surya sanggup berk0rban. Kami tinggal serumah dengan emak saya dan selama itu jugalah kami berdepan dengan sump4h seranah emak, namun Surya mampu bersabar.
Segenap ceruk pekan dan kampung emak mencanang keburukan kami walaupun hakik4t sebenar jauh berbeza. Kadang – kadang saya rasa perbuatan emak saya ini memang keterlaluan sangat. Kalaulah saya di tempat isteri saya, agaknya memang sudah lama saya angkat kaki tinggalkan rumah ini ataupun mengambil keputvsan bercerai.
Tetapi saya amat kagum dengan sikap Surya dia tetap teguh berada di belakang saya dan menyokong saya, mengikut setiap perkataan saya. Dan dia tetap sabar terus tinggal bersama emak saya. Bukan semua wanita sanggup menghadapi masalah seperti itu.
Cubaan dan rintangan terus mendatangi kami apabila Surya melahirkan anak pertama kami. Semua keperluan kami sediakan sendiri. Semasa dalam pantang, Surya balik ke rumah ibunya, satu lagi masalah timbul. Mertua saya mendakwa kononnya emak saya ada membela h4ntu, entah apa jenis h4ntu beIaannya saya tak tahulah.
Semuanya berpunca secara kebetulan apabila bayi kami akan menangis tak berhenti – henti sampai tersedu – sedan setiap hari dari maghrib sampailah ke subuh. Menjelang subuh baru dia diam dan baru boleh tidur. Kerana terlalu marah dengan tuduhan mertua saya itu kami bert3ngkar hingga kepada per4ng besar.
Waktu itu saya memang sudah hilang sabar. Memang saya kalah dengan Surya, saya tidak sabar seperti dia. Akhirnya saya ambil tindakan paling keras hingga boleh memecahkan hubungan antara ibu dengan anak. Waktu itulah saya beri kata dua kepada Surya sama ada meneruskan perkahwinan ini mengikut saya keluar dari rumah ibunya atau berpisah.
Saya jadi hilang pertimbangan saya sudah nekad menggugurkan taIak jika dia engkar. Sekali lagi Surya buat keputvsan amat besar dia berk0rban perasaan antara memihak kepada ibunya atau mengikut saya. Katanya dia sudah berkahwin dia terp4ksa mengikut suami.
Namun berkat kesabarannya, dia dapat pulihkan keadaan. Semuanya menjadi tenang walaupun per4ng besar telah meIetus antara saya dan ibunya. Namun lepas Surya habis p4ntang, kami pindah ke rumah sewa kami. Itulah yang menggembirakan hati Surya.
Tetapi hubungan saya dan Surya dengan dengan emak saya masih sama. Entah apa silapnya emak saya memang bencikan Surya dia tidak boleh terima Surya apa lagi keluarganya. Saya tak faham apa yang membuatkan mereka bermusvh, membenci satu sama lain.
Walaupun kami telah berpindah duduk rumah sendiri, namun Surya tetap mengajak saya pulang menjenguk emak saya sekali sekala, walaupun setiap kali Surya sampai dia akan kena seranah macam bertih goreng dari emak saya.
MaIangnya setiap kali emak saya marah dan seranah Surya, saya menjadi sem4kin sayang dan kagum dengan ketabahannya. Saya sedar memang tidak ada wanita yang sanggup di m4ki hamun setiap kali menjengok atau datang ke rumah mertuanya.
Tetapi Surya mampu bertahan dengan dugaan seperti ini. Sebenarnya saya juga tidak faham apa yang membuatkan emak saya masih belum berpuashati dengan kami suami isteri, terutama Surya. Kalau dulu dia bencikan Surya, kini saya turut menjadi m4ngsa apabila berpindah rumah.
Kerana tak puas hati juga dihasutnya abang saya supaya mengambil kembali kereta yang diberikan kepada saya. Saya akur saya serahkan itu memang kereta emak saya. Biarlah emak puas hati. Akibatnya saya terp4ksa membonceng motosikal ke tempat kerja.
Hiba hati saya bila saya mengingatkan bayi kami turut terkena panas sinaran matahari apabila terp4ksa bermotosikal. Entah mengapa kebencian kepada kami tempiasnya turut mengena anak kami yang tak tahu apa – apa itu.
Namun mertua saya tidak sanggup lihat keadaan kami anak beranak tersiksa, beliau sanggup membuat pinjaman bank untuk kami jadikan duit pendahuluan membeli kereta lain. Saya menerimanya setelah Surya memujuk, lupakan yang lepas katanya.
Sejak pindah rumah sendiri, saya menjadi sem4kin insaf dengan sikap dan perbuatan emak saya. Saya jadi terlalu kasihan kepada Surya yang selalu dim4ki hamun dan diseranah oleh emak saya. Akhirnya hati saya jadi keras.
Saya mula jarang balik menjenguk emak. Biarlah dia tinggal sendiri mungkin dia boleh hidup lebih tenang dan lebih aman daripada kami tinggal bersamanya. Saya tak mahu pulang kerana saya sem4kin risau bimbang kesabaran Surya sem4kin hari sem4kin menipis.
Walaupun seringkali Surya mengajak saya pulang menjenguk emak, saya memberikan pelbagai alasan untuk mengelak tak mahu pulang. Agak lama saya mengelak namun setiap kali menyambut hari lebaran, kami sekeluarga akan beraya di rumah emak saya.
Surya tidak pernah merungut walau tidak dapat bersama keluarganya pada malam raya ataupun pada pagi raya. Dia akan tinggal beberapa hari di rumah emak saya sebelum saya izinkan dia ke rumah ibunya. Bila terbaca kisah suami isteri bermasam muka gara – gara berebutkan giliran untuk pulang ke kampung berhari raya, saya panjatkan syukur kerana saya dianugerahkan isteri yang sanggup berk0rban segalanya demi saya.
Selama 8 tahun berkahwin, tidak pernah sekalipun saya bermalam di rumah mentua pada malam raya dan pagi raya. Namun setelah sekian lama, kesihatan emak sem4kin lemah dan kakak juga jarang menjenguk emak walaupun mereka tinggal sekampung.
Kami nekad pulang ke kampung menjaga emak. Biarlah kami bersama dengan emak di akhir – akhir usianya. Kepada golongan suami, saya ingin berpesan bahawa isteri bukan untuk dikasari. Dengan kasih sayang yang kita berikan, mereka memberikan kita lebih daripada itu.
Betapa pengalaman bersama isteri di bilik bersalin begitu menginsafkan. Isteri berk0rban menahan kes4kitan demi melahirkan zuriat buat suami. Sebenarnya wanita adalah kaum yang kuat. Mereka mampu tersenyum tatkala mencuci timbunan pinggan mangkuk, meskipun penat memasak belumpun hilang.
Mereka mampu tersenyum walaupun terp4ksa membasuh timbunan pakaian. Mereka mampu senyum walaupun terp4ksa berjaga tatkala anak merengek sepanjang malam. Dan lelaki tak mungkin mampu melakukan itu semua.
Mereka lebih tabah menahan c4baran dan dugaan yang mendatang. Mungkin lelaki lebih kuat fizikalnya tapi wanita tabah em0sinya. Sesungguhnya lelaki yang meny4kiti isterinya adalah lelaki dayus dan pengecut kerana cuma berani kepada wanita yang lemah fizikalnya.
Buat isteriku, abah sayangkan umi dan terima kasih kerana sanggup bersama abah selama ini. Ramai lagi wanita yang boleh menjadi seperti Surya andai kaum lelaki tahu menghargai dan menyayangi isterinya.
Komen Warganet : Boleh nampak kenapa isteri awak sangat baik, sebab ibu mertua awak pun sangat baik. Awak dah pernah rosakkan hubungan seorang ibu dan anak, tapi ibu mertua tetap nak bantu sampai buat pinjaman lagi untuk senangkan keluarga awak.
Hargailah mereka yang sentiasa ada susah dan senang. Tentang emak awak, dia pun dah tua. Teruskan bersabar je la tapi dalam masa yang sama pastikan emak awak tu tak meIampau buIi isteri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.