
Hari raya yang akan aku ingat sampai m4ti. Ayah aku dipandang tinggi oleh adik beradik, ipar duai serta rakan taulannya. Kata mereka, dia sangat baik. Memang betul tidak pernah tinggal solat jemaah di masjid. Kes bermula 2 hari sebelum raya..
#Foto sekadar hiasan. Salam. Terima kasih admin jika siarkan confession ini. Tiada erti raya bagi diriku setiap tahun apabila raya menjelma. Tak pernah aku rasa gembira macam orang lain gembira. Hidup sentiasa penuh kedukaan.
Masalah ciptaan sendiri sering datang kepadaku. Lebih lebih lagi raya tahun 2018 yang lalu. Pergh akan aku ingat sampai m4ti. 15 Jun 2018, hari raya pertama. Tiada sesi bermaafan juga untuk raya kali ini.
Pagi raya hanya ke masjid untuk solat raya. Pulang ke rumah makan dan buat hal masing – masing. Melayan tetamu yang datang berkunjung seperti biasa. Satu rumah bila tiada tetamu semuanya akan membisu sahaja.
Takde gambar raya. Takde nak sembang sembang raya. Malahan lagi teruk jika dibandingkan dengan raya – raya sebelum ni. Tak terluah untuk aku bercerita. Kes bermula 2 hari sebelum hari raya dalam 3 minit lagi nak berbuka ayah aku marah macam orang giIa tanpa sebab.
Tiba – tiba sahaja tidak tahu punca. Hilang mood aku untuk berbuka puasa pada masa itu. Berlarutan lah sehingga hari raya. Juadah apa yang nak disediakan pun memang tak pernah tanya apatah lagi mahu menghulurkan wang perbelanjaan untuk beli barang.
Tapi aku tetap menyediakan juadah yang sama setiap tahun. Seperti biasa aku lah yang wajib keluarkan duit. Akukan ketua keluarga. Aku Si pendosa yang tidak pernah kenal erti raya dalam hidupku.
Bila ramadhan melabuhkan tirainya aku sememangnya sudah bersedia mentalku untuk hadap semua ni. Tiada salam salaman di pagi raya. Sebab bila dia dah ambil wudu’ memang ayahku takkan bagi salam tangan dia.
Katanya bila dia dah ambil wuduk dia tak suka dah nak bersalaman. Tetapi dengan adik beradiknya anak saud4ranya tak apa. Dengan kami jika kami lambat bersiap macam tu lah jadinya. Dia tak pernah fikir kenapa kami lambat untuk bersiap di pagi raya.
Aku dengan ibu orang yang paling berhempas pulas di dapur untuk menyediakan juadah di pagi raya. Memang malam raya biasanya rendang ayam, rendang daging, ketupat, nasi impit kuah kacang dah tersedia.
Tapi pagi raya wajib juga buat hidangan seperti nasi dagang dan sebagainya. Kalau tak buat memang akan kena marah. Kata – katanya memang menusuk ke dalam kalbu. Pedih sekali. Mana kami nak buat airnya lagi.
Nak kemas rumah sapu rumah semua. Hidang makanan lagi. Yang pasti balik dari solat raya dia mahukan semua dah tersedia nanti adik beradiknya nak datang makan. Dahlah duit barang dapur tak bagi.
Kenapa aku berdua sahaja yang siapkan? Yang lain semua lelaki wei. Adik beradik aku yang lelaki memang tak boleh nak harap kalau nak buat kerja rumah ni semua. Jika ibu aku didik sebelum ni ayah aku pasti akan cakap apa guna ada anak perempuan?
Ayah aku pun tak pernah suruh anak lelakinya bantu kerja rumah. Baju raya? Kalau ada pun sedondon ayah sekali dia nak pakai yang kami dah sediakan. Mesti ikut kepala dia pakai jubah lah apalah. Takpe kami redha.
Bila kami tak sediakan baju pula dia persoalkan mana baju baru dia sedangkan dia sebelum ni lelah membanting tuIang katanya. Terkadang mentaI juga kami semua. Setiap tahun jika Ramadhan dan raya menjelma pasti tercetusnya perg4duhan dalam family aku.
Kebiasaanya ia berpunca dari sifat ayah sendiri. Ayah insan yang paling aku horm4ti dan aku sanjungi satu ketika dulu. Sudah lebih kurang 2 tahun tidak bekerja dan hanya lepaskan tanggungjawabnya. Seorang yang pemarah.
Semuanya tidak kena pada mata dia. Hanya dia seorang saja yg betul dari segi semua benda. Kuasa dikt4tor penuh di tangannya. Jika dia marah atas sebab yang munasabah dan kesalahan yang dibuat oleh anak – anak dan isterinya, ya memang aku boleh terima.
Tetapi tidak, sering melepaskan kemarahan tanpa sebab. Aku selalu kebingungan. Air mata pun dah kering memikirkan nasib diri ini. Ayahku bukannya insan yang tiada duit walaupun tidak bekerja. Simpanannya memamg tak banyak tapi 200k tu lebih pada cukup untuk tampung family.
Tapi dia sememangnya sangat kedekut dengan family dia tapi dengan orang lain tak wei. Ayah dipandang tinggi oleh adik beradiknya ipar duainya serta rakan taulannya. Kata mereka, ayah aku sangat baik.
Memang betul tidak pernah tinggal solat jemaah di masjid. Tapi hakik4tnya Allah saja yang tahu. Sejak ayah aku tak bekerja memang ayah aku tak ambil tahu langsung tentang perbelanjaan rumah apatah lagi nak bayar letrik air dan wifi.
Duit untuk adik – adik ku yang sedang belajar jarang sekali dia hulurkan. Dia hanya fikirkan dirinya sahaja. Emak pun diabaikan apatah lagi anak – anaknya. Tapi beza pula kasih sayang untuk anaknya yang sulung.
Ayah aku akan bantu dia untuk bayar kereta tiap – tiap bulan dalam lebih kurang rm1000+++ sebulan walaupun ayah aku dah tak kerja sekarang ni. Tapi ayah aku takde pun bersungut untuk kes abang ku.
Tapi untuk anak – anaknya yg masih belum berkahwin ni apa cer? Aku sendiri tak punyai jawapan. Ibu seorang wanita lemah lembut yang berasal dari negeri pantai timur. Wajah ibuku sangat lembut. Walaupun dah tua tapi wajahnya tidak dimamah usia.
Seorang insan yang sering dimarahi oleh ayah. Kadang – kadang ibu juga sering dih1na dihadapan adik beradik ayah. Jenis ibu aku bukan lah orang yang meIawan. Hanya tahu merembeskan air mata sehingga bengk4k matanya.
Ibu tidak pernah dipukuI oleh ayah tetapi pend3raan mentaI terhadapnya memang sangat kuat. Ibu juga tidak pernah mengeluh apa yang ayah aku buat. Duit nafkah tidak pernah cukup untuk ibu aku.
Duit nafkah yang diberinya RM500 setiap bulan itulah ibu aku akan berbelanja untuk masakan harian dan barang dapur bulanan. Mana nak cukup untuk menanggung 6 orang dalam rumah aku. Nasib ibu aku jenis yang tak pakai make up tudung lagiIah tak kisah pakai je apa yg ada baju pun sama.
Ibu aku seorang suri rumah sepenuh masa. Terkadang ibu cuba juga untuk bersuara tapi apa yg ayah selalu mengatakan dia telah lebih pada cukup bagi pakaian dan bagi makan untuk keluarganya. Jadi jangan bercakap apa – apa.
Jangan cari kesalahannya. Jika tidak Ibu aku hanya diberi pilihan untuk mencari laki yang lebih kaya dan boleh mewahkan hidup ibu aku. Itulah ayah aku, mudahnya dia berkata – kata.
Aku pula boleh dik4takan sebagai h4mba duit. Aku mula bekerja sebaik sahaja habis degree. Aku tidak bekerja dalam bidang aku tapi aku berniaga. Sejak aku berniaga, pendapatan yang aku dapat harus menanggung keluarga aku memandangkan ayah aku memang tidak bekerja.
Memang niat aku ikhlas pada mulanya semua perbelanjaan dapur, bayar bil, perbelanjaan ibu dan adikku aku yang tanggung. Sebulan mesti ada dalam tangan 5k untuk bahagian tu sahaja. Memang perbelanjaan keluarga aku besar walaupun aku dah cuba jimat dan cut cost tapi mungkin dah terbiasa barang kali.
Tak sampai hati aku nak catu makan semua tu. Tetapi tak apa aku pun tidak l0kek sebab alhamdulillah bisnes aku berjaya. Lama kelamaan aku dapat melihat ayah aku m4kin menjadi jadi gunakan aku.
Semua berkenaan dengan duit pasti aku yang akan dicari. Dia tak akan keluarkan duit satu sen langsung. Bila aku sedar aku dipergunakan aku mula member0ntak, keikhlasan aku pun mulai hilang. Aku banyak juga mengungkit tapi aku luahkan semua kepada ibuku.
Kesian bila fikir balik ibu aku jadi m4ngsa keadaan. Tempat aku dan ayah aku melampiaskan kemarahan. Bukan aku nak marah ibu dan adik – adik aku sebenarnya tapi ayah aku. Siapa aku untuk marah ayah aku.
Pasti aku akan dihaIau dan dibuang dari kelurga jika aku bertindak sedemikian. Ibu aku faham keadaan aku tapi kadang – kang aku melihat dia sangat menyayangi ayahku. Katanya ayah aku adalah insan yang sanggup jaga dia.
Ya suaminya memang harus dia sayang dan taat. Syurganya. Aku faham. Aku boleh dik4takan mentaI setiap hari bila aku fikirkan nasib aku. Mungkin ini adalah ujian Tuhan buat aku. Aku redha.
Persoalan sering bermain difikiran aku layakkah aku dapat kebahagiaan di dunia ini? Atau sememangnya aku tidak akan sempat merasai kebahagiaan yang aku inginkan?
Haa sampai di sini sahajalah rentetan aku. Entahlah aku memang tak ade sesiapa untuk bercerita. Nak luahkan dekat siapa pun aku tak tau. Oh aku juga adalah insan yang disih1r oleh adik ayah aku sendiri iaitu ibu saud4raku.
Dan sekarang aku masih ubat diri aku sendiri. Doakan aku terus kuat untuk hadap ini semua ya dan doakan agar aku dapat j0doh yang terbaik untuk diriku. Agar aku boleh keluar dari ner4ka ciptaan manusia ini. Tutup salam. – Aku si pend0sa
Komen Warganet :
Syazleen Shamsuddin : Aduhaiii, cakap pasal syurga ibu kau di telapak kaki ayah kau. Kalau dah sampai nafkah pun terabai ibu kau dan kau yang menanggung semua, jadi?? Kita ada jabatan agama, ada kaunselor, usaha bukan sekadar menadah tangan untuk berdoa.
Bahagia itu perlu dicari bukan menyiksa diri, sehingga kau sendiri jadi mentaI breakd0wn. Orang kata, biarlah berkasih jauh, inshAllah kekal dari berkasih dekat, hari – hari seperti menghitung d0sa.
Nurhidayah Binti Kamarudin : Sekurang – kurangnya mak kau ade kau dik. Kalau tak kesian mak kau lagi letih. I’m sorry, sebaik – baik akhlak adalah suami melayan isteri dengan baik.. Faham – faham jela bapak kau spesis yang mana.. Takpela jalankan tanggungjawab kau sebagai anak yang baik.
Tengku Luqman Hakim : Kalau aku jadi anak lelaki bapak ko confessor, aku tolong je kakak aku. Pek4kkan telinga bebeIan dia tu. Tapi alhamdulillah, sekurang – kurangnya adik beradik lelaki awak masih ada common sense dalam diri. Saya cuma risau mereka terikut – ikut per4ngai bapak awak tu bila dah kahwin nanti. Mohon dijauhkan.
Dilla Mohd : Dik, ayah awak tu belum tentu masuk syurga walaupun sibuk berjemaah di masjid bagai. Nafkah anak dan isteri tak ditunaikan, ada hati nak letak syurga isteri bawah tapak kaki dia. Elok bagi tapak kaki dan nyahkan dia dari rumah tu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.