Tahun lepas doktor kata aku tak boleh mengandung tapi tiba2 aku mengandung

Doktor kata aku tak boleh mengandung tanpa bantuan perubatan. Tiba – tiba aku mengandung dan tiba – tiba juga kami diminta keluar dari rumah sewa. Orang selalu kata, “Allah beri bila Dia rasa kita dah mampu”. Tapi sekarang kami tak mampu. Aku senyap – senyap doa minta Allah m4tikan aku..

#Foto sekadar hiasan. Pernah tak korang dapat sesuatu yang dah lama korang doakan, dalam keadaan yang korang tak sedia? Sekarang ni aku dan suami tengah dalam situasi ni. Doa yang selama ni kami tunggu untuk dimakbulkan, termakbul dalam keadaan yang kami belum benar – benar sedia.

Bertahun – tahun kahwin, antara doa yang sering kami pohon lepas solat adalah untuk dikurniakan seorang anak. Selain itu, antara yang kami pinta juga adalah untuk berpindah ke rumah yang lebih selesa.

Semuanya berlaku secara tiba – tiba. Tiba – tiba aku mengandung, walaupun setahun sebelum tu doktor sahkan aku takkan mampu mengandung tanpa bantuan sistem perubatan. Selang beberapa bulan, tiba – tiba tuan rumah minta kami cari rumah sewa lain, sebab anak nak kahwin dan duduk situ katanya.

Semuanya tiba – tiba. Tanpa sebarang persediaan mentaI, fizikaI dan kewangan. Sebabnya sepatutnya hujung tahun baru kami merancang untuk mulakan rawatan kesuburan, dan tahun depannya baru nak cari rumah sewa baru.

Baru – baru nak kumpul duit dan bersedia mentaI untuk ada anak, tiba – tiba semuanya jadi dengan begitu cepat. Walaupun kami sendiri yang minta nak anak, tapi kami sungguh tak jangka Allah beri dalam keadaan kami yang macam ini.

Sebab orang selalu kata, “Allah beri bila Dia rasa kita dah mampu”. Dan ketika ini jujur aku kata kami memang tak mampu. Suami bergaji berdasarkan komisen, dan aku pulak memang tak dapat terus bekerja atas faktor kesihatan.

Sebelum aku disahkan mengandung, gaji suami alhamdulillah m4kin menaik, dan sejurus selepas aku disahkan mengandung, gaji suami agak tinggi dari kebiasaan, dan ada p0rtion yang kami simpan untuk tabung anak.

Alhamdulillah waktu itu kami fikir memang ada jalan rezeki yang dikirim oleh Allah beserta anak ini. Tapi langit tak selalunya cerah. Tiba – tiba kerja suami jadi sangat susah, susah untuk dapat app0intment, susah untuk dapat closing, sehingga suami hampir – hampir putvs asa untuk hidup.

Aku pulak, apa yang termampu untuk aku buat duit, semua aku buat, tapi duit yang dapat hanya cukup untuk menampung hidup kami serba sedikit sehingga gaji suami seterusnya. Oleh sebab kami terdesak, semua simpanan kami yang disimpan untuk tabung anak habis kami pakai untuk cukupkan beli barang dapur dan bayar k0mitmen bulanan.

Sebab m4kin lama m4kin menurun prestasi kerja suami dan seterusnya gaji juga m4kin lama m4kin menurun ke tahap yang tersangat rendah. Nak kata suami tak berusaha lebih, aku menjadi saksi kepada setiap usaha kuat suami.

Tapi Allah takdirkan begitu juga, app0intment susah dapat, app0intment banyak canceI, closing susah dapat, dan sebagainya, yang mana semuanya atas kuasa Yang Di atas, bukan atas kuasa manusia.

Makanan juga perlu kami catu, untuk cukupkan lauk yang dibeli dari awal bulan sehingga gaji seterusnya. Dengan keadaan aku mengandung, susah juga nak c4tu makan tapi aku pujuk anak dalam perut minta dia sabar, dan alhamdulillah anak boleh dik4takan agak memahami keadaan kami.

Suami juga dalam senyap – senyap mencatu makan, di tempat kerja tak makan melainkan roti pada waktu pagi, dan makan malam di rumah. Setiap kesusahan kami telan sendiri. Sehingga satu tahap aku dan suami masing – masing dah tak kuat.

Suami sampai pernah persoal kenapa Allah perlakukan kami begini. Suami asyik kata dia tak berguna, asyik menyusahkan orang. Hidup m4kin susah dan seakan – akan tiada jalan, dengan anak di dalam perut yang tunggu masa saja untuk keluar.

Aku pulak, senyap – senyap doa minta Allah m4tikan aku supaya aku dah tak perlu tanggung kesusahan ni lagi. Sungguh, aku dah tak kuat langsung waktu tu. Bertahun – tahun kami kahwin, ini la tempoh yang paling menc4bar buat kami.

Bertahun – tahun menunggu untuk punya anak, tapi kami tak dapat sediakan yang terbaik untuk dia. Semua yang suami usahakan serba tak kena, serba tak menjadi, banyak haIangannya. Aku pulak, dah tak larat nak tolong suami cari duit lagi.

M4kin lama aku perasan suami macam ada simptom depr3ssion, jadi aku cuba kuatkan diri dan berbincang hati ke hati dengan suami. Kami sepakat nak perbetulkan ibadah kami, hati kami, dan usaha kami. Aku juga jadi kuat bila doktor kata anak dalam perut kuat, aktif, dan sihat.

Aku jadi insaf sebab dalam keadaan aku catu makan pun Allah pelihara anak ini dari sebarang musibah, sedangkan aku berdoa untuk m4ti sebelum dapat lihat anak ini. Sebenarnya dalam keadaan ni, macam – macam ujian lain yang Allah beri kepada kami yang membuatkan kami terus lemah, tapi yang menginsafkan kami adalah betapa cepatnya Allah beri kami jalan penyelesaian.

Pernah tayar kereta suami perlu ditukar kerana tercucuk paku besar, dalam keadaan duit kami hanya ada RM20 saja. Allah gerakkan hati aku untuk semak akaun bank online, tengok – tengok ada kemasukan duit dividen dari tempat aku menyimpan duit dulu.

Cukup untuk tukar tayar, cukup juga untuk beli barang dapur yang dah habis ketika itu. Setiap kali ada ujian kecil menimpa kami, setiap kali itu lah juga Allah berikan jalan penyelesaian yang tak terjangkau dek akal. Dan kami ambik iktibar dengan kejadian ini.

Walaupun kerja suami masih tak menampakkan kemajuan, tapi kami sem4kin kuat lepas menyaksikan sendiri macam mana dengan mudah dan ajaibnya Allah beri jalan penyelesaian pada ujian – ujian kecil tu.

Walaupun barang keperluan bayi masih belum cukup dan makanan masih perlu kami catu, tapi kami dapat bertenang sikit berbanding dulu sebab kami lebih yakin sekarang yang Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.

Suami pulak dah bersemangat semula dan jumpa jalan untuk buat kerja lain secara part time sambil memperbetulkan prestasi kerja dia yang terdahulu. Kami selalu pesan sesama sendiri, Allah yang meletakkan kami di dalam situasi ini (mengandung di saat kami sedang hadapi masalah kewangan dan kerjaya suami mengaIami kesukaran), oleh itu kami yakin Allah tidak akan mensia – siakan dan mengabaikan kami.

Cuma ada kalanya Allah beri jalan melalui orang lain, dan kami sebenarnya bukan jenis suka meminta – minta dan berhutang dengan orang lain. Selagi kami boleh usaha sendiri, kami akan tanggung sendiri semua kesusahan tanpa meminta – minta, tapi adakalanya keadaan terlalu terdesak yang menyebabkan kami terp4ksa terima pertolongan dari orang lain.

Syukur suami sudah jumpa jalan lain untuk dapatkan duit saku lebih, semoga kami tidak lagi meminta – minta atau meminjam dari orang lain. Semoga kerjaya suami juga sem4kin pulih dan hidup kami dipermudahkan sebelum anak ini lahir.

“Pada waktu itu di Mekah tidak ada seorang pun yang tinggal di sana dan tidak ada air. Nabi Ibrahim menempatkan keduanya (Isterinya dan anaknya Isma’il) di sana dan meningg4Ikan sebuah karung berisi kurma dan kantung berisi air.

Kemudian Nabi Ibrahim pergi untuk meningg4Ikan keduanya. Maka ibu Isma’il (Hajar) mengikutinya seraya bertanya:

“Wahai Ibrahim, kamu mahu pergi ke mana sementara kamu meningg4Ian kami di lembah ini yang tidak ada seorang manusia dan tidak ada sesuatu apa?” Ibu Isma’il mengulang – ulang pertanyaannya, tetapi Nabi Ibrahim tidak menoleh kepadanya.

Akhirnya ibu Isma’il bertanya: “Apakah Allah yang memerintahkan kamu perkara ini?” Ibrahim menjawab: “Ya”. Ibu Isma’il berkata: “Jika begitu Allah tidak akan mengabaikan kami.” – SRT

Komen Warganet :

Zahra An-Nisa ; Banyak – banyakkan bersabar ye confessor. Saya juga dulu macam ni, masa mula – mula tau mengandung saya aIahan teruk, berhenti kerja terp4ksa ikut suami berpindah ke Seremban dari Perak.

Di Seremban kehidupan serba susah sebab baru mulakan hidup. Dengan duit yang ada sikit tu la kami surv1ve sementara nak tunggu gaji baru masuk. Saya yang aIahan teruk terp4ksa tahan nafsu mengidam nak makan itu ini.

Alhamdullilah dapat anak yang memahami bila dah keluar senang dijaga dan tak berjejes pun air liurnya walau banyak yang mama dia tak dapat makan mase mengidam. Ditakdirkan tuhan belom sempat sebuluan suami kerja dia eks1den dan patah kaki, tak dapat teruskan kerja lagi.

Susah sangat kehidupan mase ni dengan duit yang terhad suami eks1den, saya yang aIahan pun tak habis lagi terp4ksa mnguruskan suami yang susah nak bergerak masa tu. Tapi alhamdullilah ada famili membantu sikit.

Masa ni angkat berat semua jangan cakap la. Alhamdullilah Allah jaga kandungan saya. Pergi checkup, beli barang dapur semua sorang – sorang rasa macam tough mama sangat masa tu haha. Bila kandungan dah masuk 7 bulan tuan rumah suruh pindah keluar sebab nak jual rumah.

Rasa sesak d4da masa tu mana nak fikir persiapan untuk anak nak lahir, mana duit rumah nak pindah lagi tapi takpe kami ikhtiar, k0rek jugak la mane yang ada tanpa cuba tak susahkan orang lain. Alhamdullilah masa tengah runsing cari rumah tu ada kawan lama suami offer kerja dengan gaji yang lumayan di Perak sekali baik hati carikan kami rumah.

Kami dapat berpindah ke pPrak balik dengan kehidupan yang lebih selesa dan teratur berbanding di Seremban dulu. Saya anggap ini rezeki anak. Insyaallah ada rezeki yang besar menunggu dimasa mendatang untuk anak yang bakal lahir.. Redha dengan ujian ni ye sis maka Allah akan ganti dengan ganjaran yang manis

Emam Ismail : Bila confessor titipkan kisah Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s, saya dapat rasakan puan sudah mula menemui kekuatan dan keyakinan yang sepatutnya dipupuk. Ulama’ bagitahu, sebenarnya Siti Hajar tidak perlu pun berlari – lari dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali sebelum meraih bantuan Allah SWT.

Cuma pengharapan Siti Hajar a.s pada mulanya masih mengharapkan bantuan dari makhluk. Namun apabila selepas kali ke tujuh itu Siti Hajar a.s benar – benar menafikan pembabitan makhluk dan mengharapkan bantuan hanya dari Allah SWT tanpa ada sekeIumit pun Iintasan hati ubtyk berharap kepada makhluk, maka bantuan Allah SWT zahirkan melalui terbitnya air zam – zam yang mengalir sehingga hari ki4mat.

Sebab itu setiap mukmin perIukan ujian bagi memperbetulkan keyakinan hati kita bahawa hanya Allah SWT yang Maha Kuasa, makhluk langsung tak ada kuasa. Yang memberi manfa’at dan mudharat hanyalah Allah SWT kerana Dialah yang Maha Mencipta dan Dialah juga yang Menguasai seluruh ciptaanNya.

Nor Arfa : Be str0ng k. Segala kep3ritan hidup dan kesusahan itu akan hilang bila lahirnya amanah Allah nanti insyaallah. Bila lihat wajah anak yang diingini bagaikan hilang segala kesusahan. Macam saya, disaat umur 40 tahun baru disahkan preggy.

Kemudian kami hidup tak senang, takde kereta pun. Pergi check up naik motor, redah hujan lebat, panas tapi kena SABAR. Alhamdullilah, bila dekat nak bersalin suami mampu beli kereta. Bersalin jugak senang dan selepas tu rezeki sentiasa ada. Jangan pernah putvs asa k.

Masnita Saidin : Sedihnya baca, mudah – mudahan rezeki puan confessor sekeluarga bertambah lepas ni. Macam saya jugak, masa pregnant anak sulung, pernah seharian tak makan. Langsung tak ada duit. Hanya doa ja yang saya mampu.

Duit memang selalu tak cukup. Risau sangat dengan barang – barang baby yang belum cukup. Tapi alhamdulillah, saya dapat ipar duai yang memang baik. Masing – masing belikan barang baby. Lepas dah bersalin, rezeki datang dari macam – macam cara, dah tak seteruk macam sebelum ada anak. Semoga confessor dimudahkan bersalin dan dimurahkan rezeki. Aamin..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.