
10 tahun kahwin saya hadap sikap b0doh suami. Aku hadap je dia ber4k tak pam kemudian puntung r0kok buang dalam tandas. Dia boleh k3ncing tepi pokok bunga dan lebih s4kitkan hati k3ncing sambil berdiri sebeIah batas sayur. Tapi kesabaran hilang bila dia ambil anak dalam keadaan selekeh..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Kenapa Aku Pernah Bertahan Dengan Pen4gih? Tajuk tu sebenarnya aku rujuk pada diri aku. Aku ada pengalaman 10 tahun hidup dengan bekas suami dan ada lima orang anak. Maka, aku ada masa berfikir kenapa aku sanggup dan mampu bersabar untuk terus hidup dengan lelaki yang mengambil bahan terlarang.
Aku harap keluarga aku tak tahu cerita ini. Aku tak mahu buka aib sesiapa. Aku nak saja lupakan cerita lama, tak perlu dikenang. Tapi, aku rasa mungkin ada orang yang mahu membaca cerita begini untuk direnung ikhtibar.
Sabar atau b0doh aku yang pertama. Selepas bernikah maka kami hidup sebilik. Maka dia ada satu beg galas, yang bila aku cek, aku terjumpa benda aneh. Bekas hisap sy4bu. Waktu ni naif, tak tahu benda apa itu. Aku tak terus selidik.
Maksudnya, dia dah hisap sejak zaman bujang. Benda tu tak nampak sangat dia macam pen4gih tapi dia ambil. Cuma, yang aku perasan ada waktu setiap bulan dia jadi murung. Tak pergi kerja, diam atau mudah marah. Dia kerja sendiri.
Waktu tu aku risau, susah hati kerana ingatkan dia ni ada masalah mentaI seperti kemurungan. Tapi beberapa hari selepas tu dia ok boleh buat kerja dan banyak cakap. Mungkin dia dah dapat benda tu. Sikap dia buruk sebab peng0tor dan tak ada adab.
Sabar dan b0doh aku yang kedua. Aku hadap saja sikap ni. Dia ber4k tak pam kemudian puntung r0kok buang dalam tandas. Aku bebel juga tapi aku pam dan cuci tandas. Dia boleh k3ncing tepi pokok bunga dan lebih s4kitkan hati k3ncing sambil berdiri sebeIah batas sayur.
Bukan tak tegur tapi mungkin inilah per4ngai orang ambil d4dah. Bab tak ada adab tu, dia tak suka bercakap dengan keluarga aku. Kemudian dia kata keluarga aku yang s0mbong pulaukan dia. Pernah kami naik kereta dengan ayah aku, ayah aku buka macam – macam topik tapi dia diam saja.
Buat tak layan. Lama – lama orang pun malas nak sembang. Dia nampak macam pendiam. Tapi jumpa orang tak kenal boleh sembang panjang pula. Dulu aku sangka baik tapi aku rasa inilah kesan benda tu. Kelakuan dan fikiran tak berapa betul.
Kemudian orang begini disarankan rujuk bahagian psiki4tri tapi jika puncanya d4dah. Sabarnya doktor, jururawat menerima pes4kit begini. Keluarga yang ada anak pen4gih pun mahu lepas tangan. Jika ada tempat nak terima mahu ditempatkan saja di sana.
Tapi, cuba kita lihat ahli keluarga kita. Adakah kita sanggup buang mereka jika mereka terjebak sebegini. Mungkin mereka jadi pen4gih kerana pengaruh kawan atau tekanan hidup. Kita tidak boleh cepat menghukvm mereka jahat.
Tapi nyata banyak kes jen4yah teruk yang melibatkan orang d4dah. Jika mereka banduan d4dah. Kita jangan pulaukan mereka jika benar mereka berubah tak ambil dah. Jika mereka sanggup tebal muka jadi ahli masjid.
Jangan pula cepat dituduh pencuri jika hilang barang. Jika ada bukti serahkan pada pihak berkuasa jangan cepat dihukvm sendiri boleh makan diri. Aku boleh bersabar hidup dengannya mungkin sebab dia bukan kaki pukuI dan aku ada duit sendiri.
Aku layan dia pun ala kadar. Dia selalu keluar berminggu tak balik aku malas ambil tahu sebab komunikasi kami berdua tahap negatif. Dia tak cerita hal dia, aku pun suka berahsia seperti duit bank aku dan anak – anak. Jika aku keluar makan dengan dia boleh s4kit hati.
Pernah aku ditengking di kedai makan hanya kerana dia tanya aku mana tandas dan aku jawab tak tahu. Waktu itu aku rasa b0doh. Aku lihat ada mata memerhati dengan simpati kenapa suaminya marah isteri dengan masalah b0doh itu.
Aku selalu sedih kecewa dan fikir cara nak bercerai tapi aku teruskan sabar lagi. Dari anak satu sampai berderet. Sabar.. Dan sabar aku ada batasnya juga. Aku fikirkan anak – anak tak boleh terus hidup dengan melihat per4ngai buruk ayahnya.
Yang tak solat, yang berkawan dengan kaki d4dah, yang selekeh. Pernah dia jemput anak sekolah dengan sangat selekeh. Rambut tak bersik4t, tak mandi. Aku tengok orang lain elok kemas. Kenapa aku sabar? Sebab dia masih bagi duit belanja. Dia buat kerja rumah. Keluarga dia baik.
Sampai akhirnya aku mengadu pada abangnya dia ambil d4dah dan k3tum. Abangnya kata k3tum bagus untuk beri tenaga sebab dia ni kerja buruh binaan. D4dah pula semua orang biasa ambil, pemimpin dan orang kaya pun ada yang ambil. Nanti boleh berubah.
Macam t4hi saja jawapan. Akhirnya aku bagai dipulau oleh keluarganya yang baik ini kerana aku suka mengadu buruk laki. Aku sedihla tengok kawan lelaki aku budak d4dah. Bukankah sikap kita dipengaruhi oleh kawan.
Orang kampung tahu dia pen4gih aku pun risau jika AADK tangkap. Aku dan anak juga malu nanti. Akhirnya aku sedarkan diri aku mampu hidup tanpa dia. Aku boleh jaga anak ikut cara aku. Aku nak anak aku bebas d4dah.
Aku nak anak aku cemerlang tanpa tergugat dengan keadaan ayahnya. Bila aku minta cerai mudah saja dia ceraikan. Kemudian nak rujuk memang taklah aku nak patah balik. Dah patah hati. Bila keluarganya tahu aku tak mahu kembali rujuk mereka anggap aku derh4ka.
Bila dia kata aku yang minta cerai keluarga dia kata aku tak civm bau Syurga. Mungkin mereka tak tahu sikap sebenar anaknya ini. Isteri lebih kenal suaminya dari ibubapanya. Tapi, aku pesan pada dia. Tolong jaga ibu ayah tu baik – baik.
Kita ni tak ada apa yang berharga melainkan ibubapa tu. Mereka dah tua, hormat mereka, bantu mereka. Kita kena redha dah tak ada hubungan lagi. Aku takut dia giIa talak takut dia giIa mentaI. Syukur dia boleh terus hidup sendiri.
Dia tetap ayah anak – anak aku. Aku doa dia akan jadi insan yang lebih baik jumpa j0doh lain barangkali. Sekarang dia ikut saud4ra dia keluar tabligh. Saud4ra dia yang ikram ajak dia. Jadi kita faham kenapa ada orang tabligh yang kurang baik bukan sebab salah kumpulan itu tapi individu.
Nak kata cemburu dengan keluarga orang lain. Tidak juga kita ada bahagia tersendiri. Aku kini bahagia dengan anak – anak. Amanah dan anugerah. Moga aku mampu terus sabar dan m4kin kuat demi mereka. Cukuplah d3rita itu.
Segala kebaikan dan kejayaan dari Allah Tuhan yang Maha Pengasih. Hidup ini sementara untuk diuji. Renungi surah Al-Mulk. Terima kasih. – Janda Bahagia (Bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
Senah Gomeh : Tahniah sis. Manusia memang sentiasa buat kesilapan antara sedar dan tak sedar. Bezanya sama ada masih nak terus buat silap yang sama atau betulkan keadaan dengan ambil tindakan yang betul.
Even akan ade orang cakap – cakap “lamanya bertahan..” tapi dari cerita sis, bila sis lama bertahan dengan dia, sis lebih banyak pengetahuan ciri – ciri orang mengambil d4dah dan sis ceritakan di sini untuk sebagai panduan wanita di sini untuk kenal pasti redflag (walaupun maybe berbeza tapi mostly memang begitu).
Semoga sis cemerlang mendidik anak – anak dunia akhir4t. Semoga bahagia dan ketenangan menjadi milik sis sehingga hujung nyawa. Insyaallah.
Sazwana Skincare : Jangan dih1na penagih d4dah. Tapi hats off yang betul – betul boleh tahan dengan suami yang menagih d4dah. Ye dorang ada baiknya tapi nak ngadap kesan d4dah tu perIukan mentaI dan sabar yang betul – betul kuat.
Sekejap ok sekejap lain kadang – kadang rasa 2 watak yang berbeza. Kalau tak mampu nak teruskan jangan h1na cuma pisah. Kalau taknak pisah teruskan jangan h1na. Sabar terus. Camtu jela caranya. Kalau kita h1na Allah akan uji pada diri kita atau ahli keluarga kita. Bahana mulut ni dan h1na ni cash ye.
Nur Zaharah : Saya baca confession ni dengan nada sangat lembut. Mungkin sebab puan menulis dalam keadaan sangat tenang dan redha dengan ujian puan. Hebat puan ni boleh bertahan dan sabar selama itu dengan per4ngai suami sebegitu. Moga rahmat Allah sentiasa meIindungi perjalanan puan dan anak – anak.