Suami tiba2 ckp nak kahwin dgn janda, terus saya kena tahan hospitaI akibat d4rah tinggi naik

Saya tak kisah suami kahwin lain kalau saya dah m4ti tapi saya masih kuat jalankan tanggungjawab. Malah dia pun dah bersara. Bila saya dapat tahu suami nak kahwin, terus d4rah tinggi naik sampai masuk hospitaI. Ingatkan dia insaf rupa – rupanya..

#Foto sekadar hiasan. Kalau selama ini saya fikir wanita muda aja yang buat hal mengg0da suami orang, rupanya wanita yang dah bercucu pun sama naik per4ngai mereka. Inilah agaknya dunia memang dah nak dekat akhir zaman.

Sem4kin tua sem4kin menjadi – jadi Iagak mereka. Bila iman belum bercambah di dalam diri, maka seseorang itu mudah dig0da sy4itan. Tak kiralah mereka itu lelaki ataupun perempuan. Kelakuan mereka sama buruknya.

Tambah – tambah lagi kalau seseorang itu sudah pun bercucu. Kalau perempuan lebih teruk lagi. Pada saya semua ini berlaku kerana mereka cepat terpengaruh dengan g0daan sy4itan, mudah Ientok bila dipujuk rayu.

Dan tak ketinggalan juga nak mencuba dunia baru tambah – tambah bila dipengaruhi oleh kawan – kawan untuk bergeIumang sama dalam dunia mereka yang sem4kin h4ncur itu.

Saya katakan demikian sebab suami saya pun sama sudah cucu dah lebih 7 orang, kerana terlalu taksub dengan kawan – kawan, nak jadi usahawan konon, akhirnya duit simpanan habis terbang, hutang bertepek – tepek bisnes hilang entah ke mana.

Lebih merisaukan dia sibuk dengan dunia barunya bercinta sakan macam orang muda. Untuk tidak membuang masa saya rasa elok saya bercerita terus terang, saya kenalkan diri sebagai Nurfaridah.

Mulanya anak saya tak mahu saya hantar kisah ini katanya cerita ini dah lama, dah dekat tiga tahun, buat apa nak bising – bising lagi, biarlah ayahnya dengan dunianya yang tak tentu hala itu. Umur dekat 60 tahun nak kahwin lagi.

Saya katakan pada anak saya kalau ayahnya kahwin lagi sebab saya dah m4ti, memang tak ada salahnya, ini saya masih sihat dan boleh jaga makan minumnya, dia masih nak beristeri lagi. Kalau bekerja lagi entah juga, ini dah bersara.

Tetapi pada saya anak – anak saya ini masih mentah, belum kenal dunia lebih mendalam lagi, dia cuma melihat luarannya sahaja, dia tahu saya susah hati, menangis dan bimbang, tetapi dia tak tahu perasaan saya sebenarnya.

Mungkin dia akan tahu bila sudah berumah tangga nanti. Sebenarnya itulah perasaan kebanyakan gadis – gadis yang belum kahwin dan teringin sangat nak berkahwin dengan suami orang, mereka cuma fikirkan diri mereka sahaja.

Hati dan perasannya yang tengah asyik bercinta, tanpa memikirkan perasaan wanita lain yang jiwa, hati dan rumahtangga mereka sedang dih4ncurkan. Sebelum bersara, suami saya menghadiri satu kursus untuk orang yang bakal bersara, manalah tahu ada yang berminat nak buat bisnes, salah seorang termasuklah suami saya, Kamal namanya.

Mulanya saya tak menggalakkan, pada saya kalau nak buat bisnes biarlah semasa masih muda lagi, dah bersara badan sem4kin tua, apa yang nak dibisneskan, lebih baik kita pergi masjid untuk bekalan di akhir4t nanti.

Tapi sejak berkursus suami saya dah pandai bercakap katanya, “inilah orang Melayu, bila dah bersara sibuk pakai kopiah pergi ke masjid macam menunggu hari nak m4ti aja. Sedangkan pada usia 55 tahun banyak benda yang boleh diuruskan. Bisnes satu daripadanya, boleh juga menambah pendapatan.”

Nasihat saya nak buat bisnes ok, tapi tengoklah kemampuan dan kebolehan kita kalau kail panjang sejengkal janganlah nak mengail di tengah laut, bukan sahaja membuang masa, tapi tak berhasil. Tapi orang dah berkursus ini lain sikit cara dan pemikirannya, padanya semuanya ok mesti cuba barulah kita tahu kemampuan kita.

Kalau setakat nak cuba memang boleh, terutama kepada mereka yang mempunyai banyak modal, pasti mereka boleh cuba, tak jalan bisnes pertama, cuba pulak bisnes kedua, ketiga dan sebagainya, sebab mereka ada wang secukupnya.

Tapi macam Kamal bukan sahaja kekurangan modal, dia masih ada tanggungjawab dua orang anak kami masih belajar, kalau ada rezeki nak masuk IPTA. Tentu mereka perIukan wang, sedangkan wang Kamal nak gunakan buat bisnes.

Masa mula – mula nak buat bisnes saya suruh dia tengok bisnes kawan – kawan, dengar cerita mereka. Jangan dengar bisnes ini senang atas kertas aja. Pada pandangan saya kalau setakat menasihatkan orang buat bisnes memang baik, tetapi keadaan yang sebenar taklah semudah yang disangkakan.

Bila duit ada dalam tangan Iagak Kamal dah lain sikit, saya suruh jumpa dan bincang dengan kawan – kawan yang dah buat bisnes memang dia pergi, tapi dia ikut join kawan tu buat bisnes. Kawan suruh masuk duit, dia masukkan duit, lepas tu bisnes entah di mana, kawan hilang pergi entah ke mana. Pejabat tutup.

Kes pertama Kamal salahkan saya kerana suruh ikut kawan. Saya kata bincang dengan kawan bukan suruh dia labur dalam bisnes kawan. Bila dia rugi dia salahkan saya. Kes kedua pulak dia buat bisnes sendiri, selepas beli bisnes kawan.

Bisnes ini pun h4ncur. Ialah takkan kawan senang – senang nak jual bisnes kalau bisnesnya bagus dan maju. Dari situ kita tau Kamal memang dah kena tipu lagi. Masa tu simpanan dah sem4kin sikit. Masalah bertambah bila anak – anak nak masuk IPTA.

Takkan nak minta tolong anak – anak lain. Tetapi bila keadaan terdesak, saya terp4ksa minta tolong mereka. Sebab ayah mereka dah terdesak dan saya tak mahu kusutkan fikirannya lagi. Bisnesnya h4ncur.

Kes ketiga lebih teruk lagi, kali ini dia terlihat dengan berkongsi bisnes dengan wanita. Dari awal saya nasihatkan dia supaya fikir 10 kali, sebab banyak buruk dari baiknya. Tapi dia degil, katanya saya perlu kikis sifat cemburu yang meIampau dan cuba jangan kontrol hidupnya.

Biarlah dia nak buat bisnes doakan supaya dia berjaya. Jangan sebut benda – benda tak baik, sebab itu bisnesnya semua tak menjadi. Saya katakan m4ti seseorang itu bukan kerana sump4h, semua sudah ditakdirkan, kalau dah memang dia tak boleh buat bisnes tak payahlah, simpan duit yang tinggal tak seberapa itu.

Paling tidak dia tak kena s4kit jantung atau d4rah tinggi setiap kali kena tipu atau duit sem4kin habis. Tetapi dia tetap dengan hasratnya Seperti yang diduga, bisnes ini pun tak menjadi, lain kisah yang timbul, dia mula bercinta dengan rakan bisnesnya, Suhana namanya.

Konon nak cari bisnes tender sana tender sini, akhirnya mereka berlabuh ke negeri sana negeri sini, ke hulu ke hilir kejar tender yang entah di mana. Tau – tau hubungan mereka menjadi lebih intim.

Mulanya kata Kamal suami Suhana ikut sama bisnes, secara sambilan sebab dia masih bekerja, rupa – rupanya Kamal bohong, Suhana sudah lama bercerai. Suami Suhana pergi ke rumahnya sesekali kerana menjengok anak – anak.

Buta – buta Kamal kena tipu. Tapi itu semua tidak menghilang hubungan mereka, sebaliknya menjadi lebih teruk lagi. Waktu itu, aktiviti Kamal sudah tidak boleh ditanya apa lagi nak ditegah. Ke mana sahaja dia pergi saya tak boleh tahu.

Kerana saya pun tak bekerja, jadi macam mana saya nak kawal aktivitinya. Kita dik4ta b0doh tak tahu bisnes. Akhirnya hidup saya makan hati berulam jantung. Makan minum di rumah tak tentu hala.

Oleh kerana anak – anak nak pelajaran maka pajak gadai jadi kawan setia saya. Memanglah barang kemas saya tak sebanyak mana, tapi pusaka peninggalan ibu pun turut lebur. Saya terp4ksa gadaikan barang kemas itu sebab dah malu nak minta pada anak – anak, mereka pun ada anak – anak nak ditanggung.

Lagi pun saya rasa malu nak ceritakan bahawa ayah mereka yang dah tua, dah pencen itu dah sibuk bercinta dengan perempuan lain, seorang janda anak tiga. Saya tak mahu mereka susah hati, sebab mereka juga tentu malu dengan suami masing – masing.

Dan saya terlebih bimbang kalau suami mereka juga terikut – ikut per4ngai ayah mertua mereka yang dah tak tahu kira sepuluh itu. Sejak bercinta dia sem4kin jarang balik ke rumah, bila anak cucu datang bertandang ke rumah tanyakan datuk mereka saya terp4ksa mengelak kata datuknya ada urusan kat luar, sedangkan dia dah beberapa hari tak balik rumah sibuk buat bisnes dengan perempuan janda tu entah di mana.

Kadang – kala saya rasa malu dengan sikap Kamal, bukan sahaja dengan menantu dan cucu – cucu tetapi dengan jiran tetangga. Sedang jiran sibuk pergi ke surau dan masjid dia tak balik – balik, dah tak tahu bila waktu senja entah bila subuh.

Sebab pagi baru balik, biasanya lepas jam 2 pagi. Kalau sekali sekala tak apa juga, ini memanjang balik tengah malam, apa saya nak cakap kalau jiran jemput kenduri arw4h atau majlis tahliI terutama bulan puasa sekarang ni.

Kerana perbuatannya juga saya terasa segan nak buat kenduri, siapa nak datang, nak suruh Kamal jemput imam dan orang – orang surau, dia tak mahu pergi sebab dia sendiri tak pernah pergi ke surau, pasti dia terasa malu.

Bila saya minta duit untuk makan juga untuk belanja anak – anak memanjang aja dia kata tak ada duit, bila tanya mana perginya duit masa dia berhenti dulu, dia kata dah habis. Habis buat bisnes, untung ada duit pencen, boleh jugak dia hidup.

Kini saya dapat tahu dia buat pinjaman bank dengan alasan untuk buat bisnes. Tetapi sayangnya bisnes tak pernah wujud. Bisnesnya cuma atas kertas kad nama yang ditunjukkan kepada orang ramai sebagai pengarah.

Dia rasa bangga dan tak tahu malu langsung memberitahu dia buat bisnes itu ini, sedangkan tak ada. Sebaliknya bersandarkan atas nama bisnes dia bebas ke mana sahaja bersama janda tersebut.

Peliknya janda itu tidak pernah bimbangkan keselamatan tiga orang anak yang ditinggalkan. Benar budak – budak tu dah besar sudah bersekolah menengah dan rendah, tapi mereka perIukan ibunya. Tetapi ibunya di mana?

Baru – baru ini bila saya nasihatkan Kamal supaya hentikan perbuatan terkutuknya itu, dia beritahu saya dia akan berkahwin dengan janda itu. Lagi satu baIa tiba. Terk3jut dengan keputvsannya itu, saya terp4ksa dimasukkan ke hospitaI sebab d4rah tinggi naik mend4dak.

Anak – anak menasihatkan saya sabar fikirkan kesihatan. Ketika s4kit saya fikir tentu Kamal insaf, maIangnya dia masih teruskan aktivitinya, kata anak – anak dia tak pulang ke rumah sepanjang tiga malam saya di hospitaI.

Kini saya dah nekad, kalau dia benar – benar nak kahwin, saya izinkan kahwinlah, kalau itu boleh membahagiakan hidupnya di hujung – hujung dahan ini. Ialah umur dah penghujung, peny4kit banyak pulak, dengan d4rah tinggi dan jantungnya, terp4ksa makan ubat setiap hari.

Tetapi syaratnya dia mesti ceraikan saya. Biarlah saya akhiri hidup saya sendirian boleh pergi ke surau dan masjid tanpa halangan. Anak – anak juga bersetuju menghantar cucu – cucu ke rumah saya bolehlah saya jaga.

Daripada menggajikan pembantu orang seberang, bolehlah dia berikan saya sedikit imbuhan untuk saya menyambung sisa – sisa hidup ini. Saya pun dah tua dah tak kuasa nak berg4duh, berper4ng, menyer4ng dan sebagainya untuk merebut seorang lelaki tua yang hutang keliling pinggang tu.

Biarlah dia hidup sendiri, lagi pun saya takut pikul hutangnya yang banyak tu, dan saya tak mahu anak – anak saya terlibat sama. Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.