Suami terus terang dah 2 tahun tak bernafsu. Terus aku terbayang ‘aib’ yang pernah aku gugurkan

Apa sahaja yang kami nak, baju berjenama, tidur mana – mana hotel, makan sedap, kami mampu bayar. Kami beli rumah pertama, kedua dan ketiga dengan mudah. Tetapi dunia saya gelap tiba – tiba apabila pada satu malam, suami berborak dan mengaku dah dekat 2 tahun dia palsukan em0si bila bersama..

#Foto sekadar hiasan. Saya dan suami dah berkahwin sekitar 10 tahun, saling mengenali hampir 17 tahun dan dikurniakan anak – anak yang comel dan bijak. Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki yang meIimpah ruah, bukan lah sangat kaya.

Tetapi alhamdulillah kami berdua bekerja yang agak selesa dan apa terlintas untuk makan, untuk beli baju berjenama, untuk duduk di mana mana hotel, kami mampu untuk bayar. Kami juga cuba bersolat jemaah bila berkesempatan seperti subuh, maghrib dan isya’.

Suami juga sorang yang pemurah, selalu bersedekah, selalu membantu rakan – rakan lain yang susah serta saud4ra mara tak kira sebeIah saya atau pun dia. Suami jugak sangat ringan tuIang, membantu menjaga anak, mencuci baju, melipat kain, memasak dan saya boleh tinggalkan suami bersama anak – anak selama 2 minggu untuk saya bercuti bersama rakan – rakan.

Suami galakkan saya ‘take a break’ dan keluar serta bercuti bersama rakan rakan perempuan dan dia agak jaga anak – anak. Kami nampak seperti pasangan islamik yang sangat bahagia, saling memahami. Kami mengikuti kelas agama, terlibat dengan sukareIawan untuk pertubuhan Islam.

Saya juga jenis tak kisah suami nak keluar main bola, lepak minum, keluar bercuti dengan kawan kawan 2 – 3 hari just boys. Sebab suami jugak akan pastikan semuanya tersedia sebelum pergi supaya tak membebankan saya.

Tapi kami ada kisah silam kami. Kisah hitam. Kami berjumpa semasa belajar di universiti yang sama dan asyik bercinta. Nasib baik walaupun asyik berkepit, kami berdua berjaya grad kelas pertama dan mendapat kerja yang baik.

Semasa berd4rah muda, bercinta sepenuh jiwa, kami terIanjur. Berkali – kali. Tak tahu berapa ratus atau ribu kali. Allah sangat baik kerana menjaga aib kami. Tak pernah sekali tertangkap walau bertahun – tahun dia mengunjungi bilik saya pada malam hari.

Ianya berterusan sehingga kami bekerja. Kami menjadi sem4kin bebas kerana saya menyewa sendiri di kawasan elit dan tiada siapa peduli. Hujung minggu di habiskan dengan berparti, mengunjungi kelab malam bersama dan balik melepaskan rindu d3ndam.

Selalu kami pastikan berlaku dalam keadaan selamat tetapi bila dah nafsu kadang – kadang tak sempat nak pasang apa – apa. Akhirnya saya pernah gugurkan kandungan sekali. Tetapi entah kenapa saya tak bertaubat. Mungkin kerana rakan – rakan sekeliling juga macam tu.

Semua kami teruskan sampailah suami suarakan ingin berkahwin dengan saya dan mempunyai keluarga. Kami berjanji untuk berubah ke arah lebih baik dan saya mula bertudung dan memakai pakaian yang sopan walaupun boss saya sedikit kecewa kerana kelihatan kampung bersama tudung dan baju menutup aur4t.

Hidup saya sungguh sempurna promotion mudah, rakan – rakan sukakan kami, boss – boss sukakan kami. Kami beli rumah pertama kemudian kedua dan ketiga dengan mudah. Dan dalam proses beli rumah ke empat. Bercuti ke luar negara dan melawati pelbagai tempat.

Kami juga jarang berg4duh kerana agak sekepala dan saling bertoleransi. Tetapi dunia saya gelap tiba – tiba apabila pada satu malam, suami berborak dan mengaku dah dekat 2 tahun dia palsukan em0si bila bersama. Dia mengaku tiada nafsu bersama dan dia meminta maaf tidak dapat memenuhi keperluan batin saya.

Dia juga kata dia tiada nafsu melihat saya memakai pakaian tidur yang s3ksi yang berjenama dan menggiurkam seperti model. Saya menangis bersungguh – sungguh ingatkan suami ada perempuan lain atau menjadi hom0s3ksuaI.

Suami mengatakan dia seperti dia langsung tiada nafsu terhadap saya mahupun perempuan lain. Dia bersedia melepaskan saya jika saya inginkan. Saya kata saya tak sanggup. Selepas bertenang beberapa hari, saya cuba usahakan memikirkan pelbagai ikhtiar untuk memenangi hati suami saya kembali, harap dapat memutikkan cinta.

Saya cuba membaca tips – tips dan juga suggest suami untuk berjumpa dengan doktor. Dalam masa yang sama kami berdua berbincang dan kami rasa mungkin kah ini baIasan Allah. Kami sentiasa bertaubat dan tidak tahu bilakah Allah ampunkan d0sa kami.

Saya bangun bertahajjud mohon Allah ampunkan d0sa kami yang lalu, mohon Allah kembalikan rasa cinta dan kasih sayang yang indah kembali. Mohon Allah menhadirkan nafsu suami terhadap saya kembali. Saya berjanji dengan diri saya, walaupun suami tak dapat penuhi keperluan saya, saya berjanji untuk tidak tinggalkan dia kerana saya cintakan dia kerana Allah.

Saya ingin jadi ketua bid4dari dia di syurga. Sedikit pengajaran untuk saya kongsikan dengan remaja di luar sana. Keseronokan itu sementara. Allah boleh tarik nikmat bila – bila masa. BaIasan Allah juga tak tunggu akhir4t.

Di dunia Allah dah tunjuk. Simpan dan jaga diri untuk kesejahteraan keluarga di masa hadapan. Jangan jadi macam saya. Segala kemewahan yang ada tidak dapat beli bila Allah tarik nikmat. Akhir kata pembaca tolong doakan kami berdua.

Doakan suami pulih sedia kala dan kami bahagia dunia akhir4t. Jika ada sebarang pandangan dan cadangan pembaca boleh kongsikan kerana saya betul – betul sedih dan ingin membantu suami. Yang berd0sa mengharapkan keampunan -Mu, – Puan JannaNik (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fyda Radzy : Mohon keampunan pada Allah sungguh – sungguh, taubat nasuha sungguh – sungguh.. Allah da bagi hidayah, terus genggam. Jangan toleh ke belakang lagi. Allah hadirkan d3rita jiwa dan perasaan akibat masa silam ni, ubatnya hanya pada Allah.

Segalanya Allah, Allah, Allah. Sedekahkan Al fatihah kepada Suamimu 7 kali selepas setiap kali solat, mohon Allah beri rasa kasih dan sayang kembali. “Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. Aku sedekahkan al fatihah buat suamiku, sebut nama penuhnya,

Jadikan …… mencintaiku sebagaimana Adam mencintai Hawa, jadikan ….. merinduiku sebagaimana Adam merindui Hawa, jadikn……mengasihiku sebagimana Adam mengasihi Hawa…jadikan….. menyayangiku sbgaimna Adam menyayangi Hawa.. kepada Engkau Ya Allah aku serahkn segala urusan dunia dan akhir4t aku… Allahuma Amin… Istajibbilla do’a ana.

Aisyah Afrina Hamiza Reduan : Yang penting confessor bertaubat dan kembali kepada agama. Ada ramai manusia yang buat d0sa tapi m4ti tak sempat pun bertaubat. Perkahwinan bukan tentang nafsu semata – mata. Selagi menjalankn tanggungjawab jaga anak – anak pakai makan semua cukup.

Lebih bagus dari dapat suami kaki pukuI kaki jvdi kaki m4buk mat d4dah. Minta dan mohon pada Allah. Ujian untuk uji dan menaikkan darjat h4mbanya. Jangan putvs asa. Banyakkan amalan sunat dan buat yang wajib jangan tinggal – tinggal. Ada manusia yang dapat ujian lagi teruk. Paling dekat c4ncer pr0stat. K4nser susah dan tipis untuk sembuh.

Aunti Hilwani : Bertenang puan. Apa yang berlaku kepada suami puan sekarang adalah sedikit sentuhan dari Allah AGAR puan dan suami BERTAUBAT. Yakinlah bahawa Allah maha menerima taubat. Jaga solat awal waktu. Baca alquran selalu. Istiqamah tahajjud dan solat taubat. Bermohon ampun kepada Allah.semoga Allah menerima taubat puan dan suami.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.