Suami tak mengaku dekat mahkamah dia ceraikan saya guna sms. Dia kata nak lafaz depan ayah saya

Suami tidak mahu mengaku lafaz cerai yang dilafazkan melalui pesanan ringkas di mahkamah. Bila keluar pintu mahkamah, dia cakap nak bercerai depan ayah saya. Dia memeIuk saya dan ayat yang dia bisikkan buat saya terduduk atas jalan tar..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Nama saya Anne, saya berumur 27 tahun, dan tujuan saya menulis ni cuma nak berkongsi pengalaman saya untuk dijadikan iktibar pada wanita – wanita di luar sana. Bercinta lepas nikah tidak semanis yang disangka.

Saya nampak page ni since terbaca kes yang seakan – akan kes saya. Saya baru sahaja berkahwin dalam hujung tahun lepas, kami berkenalan dari zaman belajar. Sejujurnya kami tiada apa – apa ik4tan dan dia buat keputvsan untuk bertunang dengan saya, katanya kita bercinta selepas kahwin dan setahun kemudian kami berkahwin tapi hanya beberapa bulan, kemudian, saya telah diceraikan.

Semasa bertunang macam – macam dugaan yang saya hadapi, Adam (bukan nama sebenar) asyik menghilangkan diri dan tidak menghubungi saya hampir 2 – 3 bulan. Beberapa kali dia menghilangkan diri, semasa hari jadi dia, saya menghantar whatsapp untuk ucap selamat hari jadi pun dibaca sahaja tanpa sebarang jawapan.

Ibu dan ahli keluarganya minta saya bersabar dan jangan sesekali putvskan pertunangan walaupun Adam yang hendak putvskan. Dengan memikirkan hati ahli keluarga Adam dan ahli keluarga saya, saya terima semua yang Adam buat pada saya.

Selepas 2 – 3 bulan meghilangkan diri, Adam menghantar whatsapp meminta maaf dan ingin berjumpa. Perasaan saya ketika itu s4kit dan takut kerana seperti tanda – tanda dia ingin memutvskan tali pertunangan kami.

Keesokan harinya, saya berjumpa dengannya dan mendengar alasan dia menghilangkan diri iaitu dia mempunyai peny4kit berb4haya. Tapi saya tak percaya dan dia tiada bukti. Saya ikut permainan Adam hingga beberapa bulan.

Adam banyak kali cuba memutvskan pertunangan kami dan lagi sekali, ahli keluarganya membantah dan saya ikutkan sahaja. Ahli keluarga saya cuma minta saya berfikir mana yang terbaik, dan hanya ibu saya sahaja yang tahu kami bermasalah.

Beberapa bulan sebelum perkahwinan kami, dia mengungkit mengenai gaji saya yang lebih tinggi dari gajinya, dan pelbagai alasan lagi. Saya dan keluarga masih terima Adam seadanya, walaupun pelbagai tuduhan dia cuba buat pada saya dan ahli keluarga saya yang dia ceritakan pada rakan – rakan kami.

Segala persiapan perkahwinan hanya saya dan ahli keluarga saya sahaja yang sediakan, termasuk rumah sewa yang kami akan duduki selepas berkahwin. Saya meminta Adam untuk mencari bersama tetapi pelbagai alasan yang diberi.

Deposit rumah saya dahaIukan dengan duit simpanan saya, cincin dan gelang juga saya beli sendiri. Sebab sangat memahami ahli keluarga Adam yang susah dan mempunyai masalah kewangan saya membantu mana yang mampu.

Akhirnya, waktu kami bernikah ialah 8.30 pagi, tapi pagi itu Adam datang lewat 1 jam dan tiada siapa yang tahu dia hilang ke mana. Ada yang kata dia ingin melarikan diri, tapi kami tidak percaya. Dengan sekali lafaz sahaja, saya sah menjadi isteri Adam.

Saya bahagia hanya untuk beberapa hari. Kami mula berga4duh walaupun disebabkan hal – hal kecil. Adam hanya sentuh saya masa kami honeymoon sahaja, kemudian dia langsung tidak mahu menyentuh saya. Malah dia sering keluar rumah tanpa memberitahu kemana hingga saya diabaikan.

Balik 2-3 pagi, dan lagi sekali cuba memahaminya, saya terima. Tidur pun dia menutup mukanya dari memandang saya, saya cuba memeIuknya dia menepis, malah meletakkan penghadang antara kami berdua seperti jijik sungguh dengan saya. Tidur luar itu perkara biasa.

Bukan itu sahaja, duit rumah, bil dan sebagainya semua saya yang dahuIukan, disebabkan saya faham dia perlu bayar duit kereta dan lain – lain. Kami berkongsi kesusahan bersama, makan telur dan sambal kicap, lempeng dan ikan masin.

Saya diberitahu ibunya, Adam tak pernah mengirim wang kepadanya. Saya menjadi pelik sebab Adam selalu cakap dia bagi duit pada ibunya. Dan, ada kawan baiknya mengatakan Adam adalah lelaki yang tak boleh dipercayai masa Zaman di Universiti dulu, saya tidak percaya kerana tiada bukti.

Kerana tak percaya, saya pernah tanya kepada Adam tentang zaman silam dia. Seperti yang saya agak, kami berg4duh. Dik4takan sepanjang beberapa bulan perkahwinan kami, kami sering berg4duh besar disebabkan hal – hal kecil dan tiada perbincangan suami isteri yang lain.

Seperti dia membeli barang – barang yang tidak penting tapi sangat mahal dan saya pelik mana dia dapat duit sebanyak itu, sehingga Adam beberapa kali cuba menceraikan saya. Dia juga minta saya melepaskan dia kerana dia menyesal berkahwin dengan saya, give up menjaga saya dan sebenarnya tak ingin menyentuh saya, dan minta kami membawa haluan masing – masing.

Ye! Memang pelik apabila suami minta dilepaskan, suami ada hak untuk menjatuhkan taIak, tapi dek kerana dia tak nak orang lain nampak kesalahannya dia minta saya untuk melepaskannya. Saya hanya memekakkan telinga, banyak mendiamkan diri.

Dan akhirnya saya diceraikan di dalam pesanan ringkas dan pembantu hakim mengatakan mungkin saya diceraikan dengan taIak 2 atau lebih jika ada niat di hati Adam. Siapa yang boleh terima bila diceraikan dengan tiada sebab munasabah dan bila ditanya kenapa, apa salah saya?

Adam hanya menjawab, ‘demi Allah kau tiada silap…’ Hampir menjadi giIa mencari salah sendiri dan ahli keluarga saya menghantar saya berubat dengan ustaz kenalan kami. Saya pernah keguguran tahun lepas diawal perkahwinan, masa tu usia kandungan masih baru 5 – 6 minggu.

Saya pernah juga mer0yan, mer0yan bukan benda boleh dibawa gurau. Saya mengalaminya dan memang pernah cuba membvnvh diri. Saya mer0yan disebabkan Adam meninggaIkan saya sorang di rumah semasa saya keguguran dan membiarkan saya memandu sendiri ke hospitaI.

4 – 5 jam proses di hospitaI dan saya balik ke rumah, Adam masih belum kelihatan. Saya terlena dengan kelaparan di sofa sehingga maghrib, saya nampak lampu di bilik kami terbuka. Saya berjalan perlahan ke arah Adam, dan dia sedang membelek telefon.

Menangis dan memeluk tanpa sebarang baIasan dari dia, saya hanya mampu cakap ‘saya gugur..’ dan Adam hanya membaIas, ‘sabar, belum ada rezeki.’ Dan terus membelek telefon. Allah sahaja tahu betapa peritnya perasaan saya ketika itu.

Sekali lagi, malam itu dia tinggalkan saya sorang dan keluar berjumpa kawan – kawannya, dik4takan itu kawan rapatnya. Tiada siapa menjaga sepanjang proses pantang saya. Kakak di pejabat sahaja yang banyak membantu.

Ibu dan ayah cuma tahu saya keguguran tapi bukan mengenai saya alami berseorangan, saya masih menjaga aib suami saya jadi saya tak pernah bercerita mengenai keburukan suami saya. Kemudian, saya dapat tahu dia masih teringatkan bekas kekasihnya melalui sosiaI media.

Saya hanya mendiamkan diri beberapa hari dan tak mahu menjadi punca perg4duhan. Akhirnya, selepas beberapa hari, malam itu kami berg4duh kerana saya ajak berbincang untuk bercuti, dia meninggikan suara seperti biasa tanpa memikirkan jiran – jiran yang boleh mendengar tengkingannya.

Saya tunjuk statusnya di sosiaI media dan bertanya adakah bekas tunangnya itu punca dia bersikap dingin dengan saya. Dia hanya mendiamkan diri. Dan keluar rumah entah ke mana. Itulah kali terakhir saya melihat Adam.

Saya menangis seharian, dan meminta pendapat ustaz mengenai lafaz kinayahnya kepada saya sebanyak 3 kali. Dan ustaz meminta saya berbincang dengan ahli keluarga. Saya cerita apa yang terjadi sepanjang perkahwinan kepada ayah saya, ayah saya menangis dan mengatakan selama ni saya berpura – pura bahagia tapi dalam hati Allah je yang tahu betapa siksa anak perempuannya.

Tanpa duit, tanpa makanan dan siksa zahir dan batin. Ahli keluarga saya menghubungi Adam, tapi tanpa sebarang jawapan. Adam melarikan diri dari kami sekeluarga. Ahli keluarga Adam juga mula membenci saya disebabkan fitnah yang Adam ceritakan kepada mereka.

Saya dih1na oleh keluarganya tanpa usul periksa tapi saya redha dan pada masa yang sama saya tunjuk bukti kepada mereka bahawa saya tidak bersalah walaupun mereka tidak ingin berjumpa saya. Dan apa yang diceritakan adalah fitnah semata – mata.

Saud4ra Adam juga telah membuang saya, dan ada yang menambah cerita mengenai saya pada ahli keluarganya yang lain. Ada yang kata, ‘saya malas masak, saya hanya duduk seperti bos semasa ibu mertua saya datang dan ada juga yang kata saya tak reti jaga suami’.

Demi Allah, saya tidak seburuk itu. Saya yang membawa ibunya ke pasar dan masak bersama – sama. Makan pakai suami tidak pernah saya abaikan, saya gosokkan baju suami untuk seminggu terus, Adam cuma perlu pilih dan pakai sahaja, dia sangat mementingkan penampilannya.

Jadi, saya memang utamakan apa yang Adam perlu. Bukan pada ahli keluarga sahaja Adam mereka cerita, pada rakan – rakannya juga sehingga mereka memulaukan saya. Sehingga ke hari ni, kami masih dalam proses penceraian disebabkan Adam tidak mahu mengaku lafaz cerai yang dilafazkan melalui pesanan ringkas di mahkamah.

Saya tidak sempat melangkah keluar pintu mahkamah, Adam berjumpa dengan pembantu hakim untuk menyatakan hasrat dia masih mahu bercerai di hadapan ayah saya. Saya melihat muka ayah, ayah mengalirkan air mata dengan perasaan terk3jut.

Adam meminta untuk berbincang, dia masih memanggil saya ‘sayang’, merintih saya dalam hati. Dia memeIuk saya dan ayat yang keluar dari mulut Adam hanya meminta kami bercerai secara baik. Sekali lagi, terduduk saya mendengar permintaannya.

Adam meminta maaf dan dia mengatakan dia tiada niat untuk s4kiti saya, dia minta saya berjanji supaya tidak menyamannya. Dan apa yang paling s4kit ialah ucapan Adam, ‘sayang, ni baru taIak 1, bukan taIak 3. Saya dah stabil dan dah okay nanti kita rujuk semula. Jika ada lelaki yang boleh jaga sayang lebih baik dari saya, bagitahu saya’.

Ucapan yang paling s4kit dan perit, saya terduduk menangis di jalan tar yang penuh dengan batu kecil. Walaupun begitu, ahli keluarga, rakan – rakan dan anak – anak angkat yang ada sentiasa bersama saya untuk memberi kekuatan dan mendoakan yang terbaik untuk saya.

Dan kini, saya cuma menanti tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah untuk dilepaskan oleh suami yang saya sayang. ‘Aku ceraikan kau dengan taIak satu…’ itulah pengakhiran kami yang Adam inginkan. Saya harap, dengan ikut permintaan Adam untuk dilepaskan, dapat membahagiakan dia selamanya.

Ramai yang cakap, kalau kita sayangkan seseorang, kita kena buat untuk membahagiakan dia walaupun kita sendiri mencuba untuk perbaiki hubungan. Baiklah.. saya ikutkan permintaanmu wahai suami. Demi Allah, ini bukan cerita rekaan, ini cerita benar.

Masih ada lelaki begini. Kini saya belajar untuk menguatkan hati dan perasaan. Semoga ada hikmah dari kesakitan yang saya alami. Cukup 165 hari, saya bergelar isteri sehingga Adam melafazkan cerai di dalam pesanan ringkas. – Anne

Komen Pembaca:

Hazirah Hj Hamzah : Harapnya ambil pengajaran dari pengalaman. Jika dari awal dia nampak macam something wrong, tolong jangan teruskan dengan perkahwinan. Saya menasihati atas pengalaman saya sendiri juga. Saya pun dulu 1st married bertahan sebulan sahaja.

Silap saya adalah saya masih mahu teruskan perkahwinan meskipun tahu si dia ada kekasih lain. Saya fikir kalau batalkan nanti malu ibu bapa saya sebab dah hampir sangat. Lagipun waktu tu dia macam bersungguh nak kahwin dan berjanji akan lupakan kekasihnya.

Lepas kahwin, m4kin giIa bayang pulak dia. Dah macam lela majnun pula aku tengok laki dan perempuan tu. Saya ingat bila dia orang beragama, solat tak tinggal, rajin ke masjid. Maka dia tahu menilai d0sa pahala. Tahu menilai kewajipan tanggungjawab.

Tapi saya silap sebab semua tu dia buat sekadar untuk menutup per4ngai dia yang kaki perempuan je. Lepas dari bercerai, saya memang tekad kalau junpa jodoh lagi dan jika lagi sehari nak kawin pun lelaki tu buat per4ngai dan ada orang lain.

Hati pada orang lain memang saya akan batalkan. Takkan saya teruskan perkahwinan. Biar malu sekejap tak jadi kahwin, dari malu sebab baru kahwin dah jadi janda. Remain single is better than mend3rita menangung malu dan menangung kemurungan dan str3ss akibat dijandakan tapi terp4ksa menutup mulut konon nak jaga aib dia dan biarkan diri kita dih1na – h1na oleh masyarakat.

Ruud van Nizam : Maaf.. Selalunya bila baca kes macam ni, banyak sebab silap sendiri. Rilek jangan kecam. Baca dulu. Sebab apa aku cakap silap sendiri, sebab masa awal – awal perkara ni jadi, dok simpan sorang – sorang.

Tak boleh buat keputvsan yang tegas. Dok berharap yang dia akan berubah. Takde maknanya. Kalau dah sebelum kawen pun dia buat ko macam sampah, takkan lepas kawen pulak nak belai macam tuan puteri. Jangan simpan sendiri.

Ceritakan pada keluarga. BERBINCANG. Mula – mula dengan suami / tunang tu. Kalau tak jalan gak, dengan keluarga dia dan keluarga keluarga kau. Benda tak senonoh ni kalau didiamkan bukan jaga aib, itu sengal namanya.

Bila dah jadi macam ni siapa susah? Maaf la kalau terkasar bahasa. Kadang – kadang kalau nak bagi sedar ni, tak boleh cakap elok – elok. So lepas ni move on. Tak payah pikir lagi pasal dia. Dapatkan bantuan dan sokongan. Ahli keluarga, pakar kaunseling, kawan – kawan yang dipercayai. Hargai kebebasan yang ko kecapi sekarang. Jangan dok kemurungan pikir pasal dia lagi.. Nak buat apa?

Harith Faisal : Sebelum kahwin pun laki tu dah buat hal. Patutnya putvs tunang lebih baik. Biasanya orang malu putvs tunang sebab masa tunang tu beriya bersanding, buat majlis jemput orang ramai, share kat social media, siap berbaIas hantaran kononnya. Itu pun dah silap. Pertunangan itu perlu dirahsiakan. Pernikahan yang perlu diw4r – w4rkan. Begitu yang sepatutnya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.