
Sejak saya dapat anak kedua, suami bertindak disiplinkan hidup bersuami isteri. ‘Disiplin’ bermaksud jauhkan diri dari saya sebab takut terberanak lagi. Saya masih muda, melonjak – lonjak inginkan layanan suami. Saya nekad pakai cantik – cantik ke pejabat sampai tersangkut dengan suami orang..
#Foto sekadar hiasan. Terasa terc4bar sungguh bila baca kisah masalah rumah tangga yang hanya menyalahkan kaum wanita dan akhirnya si isteri ambil jalan pintas tinggalkan suami dan anak – anak dituduh kerana kejar kemewahan lelaki lain.
Daripada apa yang saya baca tidak seorang pun wanita yang kisahnya dipaparkan itu hidup mereka senang, sebaliknya lebih mend3rita dan susah. Jadi tidak benar jika disimpulkan seseorang isteri itu tinggalkan suami kerana ingin kejar kesenangan hidup.
Sebenarnya banyak sebab mengapa isteri itu tinggalkan suami. Memang tak dinafikan ada yang mahukan kesenangan hidup. Tetapi berapa ramai yang buat begitu, sebaliknya lebih susah lagi. Sebab persoalannya mengapa mereka sanggup tinggalkan suami dan anak – anak?
Nama saya Nazirah, saya tak mahu panjangkan masalah isteri lain, tetapi cuba nilai sendiri masalah saya yang saya hadapi. Ketika itu saya sudah kahwin 9 tahun. Umur baru 32 tahun. Ada dua orang anak yang sulung 7 tahun yang kecil setahun.
Saya memang merancang keluarga. Sebab suami saya terlalu berkira dalam banyak hal. Bukan setakat sekat makan minum saja. Malah dia tak mahu ada anak lebih 2 orang sebab menyusahkan dirinya bila tua nanti. Katanya anak kalau tak dijaga dengan baik bukan menyenangkan tetapi membebankan.
Jadi, lebih baik kurang beranak supaya hidup aman. Sebab itu dari awal lagi dia suruh saya merancang. Tetapi apa nak kata kami merancang, Allah yang menentukan. Bila sah saya hamil anak kedua. Suami saya Shah meng4muk, katanya saya masih muda kalau tak jaga dari awal saya mungkin boleh beranak 8 atau 10 orang anak! Siapa nak tanggung?
Dia c4bar saya kalau mampu saya tanggung sendiri jangan minta duit dia. Habis ni anak siapa? Dia tu suami siapa? Sejak itu Shah bertindak disiplinkan hidup bersuami isteri. ‘Disiplin’ bermaksud suami jauhkan diri dari saya sebab takut terberanak lagi.
Ketika itu saya awal 30an pasti naluri saya inginkan layanan suami melonjak – lonjak, tetapi Shah layan tak layan. Kita ada pelbagai cara untuk merancang keluarga, bukan menyekat nafsu saya sahaja. Saya tak pasti dia buat apa dan macam mana untuk melempiaskan nafsunya.
Sementara itu cerita daripada kawan – kawan sebaya di pejabat tentang nikmat berkahwin, merangsang nafsu saya, tetapi pada siapa saya nak pergi. Lagi pun kita orang Islam. Saya cukup hairan macam mana Shah boleh biarkan ‘dirinya m4ti’ daripada nikmat itu.
Hingga ada kawan saya kata mungkin Shah ada isteri lain untuk melempiaskan nafsunya. Saya mula syak. Bila tanya Shah m4ti balik hidup tak mengaku, katanya saya suka dengar hasutan. Entah macam mana, saya jadi hilang arah.
Sudahlah diri tidak dapat layanan dari Shah, ditambah pula keadaan suami yang kedekut dalam menyediakan makan minum, semua belanja dapur saya mesti top-up, kalau teringin makan sedap mesti belanja sendiri. Itu tak masuk duit pengasuh anak, alasannya saya nak tambah anak, saya tanggunglah.
Oleh kerana s4kit hati, tak dapat layanan suami, maka saya berhabis duit beli pakaian cantik – cantik ke pejabat. Bila dah cantik. Hati jadi senang. Ketika itulah saya dapat perhatian dari Zoy. Walaupun dia muda 3 tahun daripada saya, sudah berkahwin ada dua orang anak, tetapi kerana kematangannya membuat saya cepat tertarik kepadanya.
Dengan dia, saya sering makan tengah hari. Berbual,bercerita dan dia temankan saya shopping. Bukan itu sahaja, malah dia pilih mana – mana pakaian siap pakai, kain ela, mahupun tudung yang sesuai untuk saya. Saya tak pernah dapat layanan seperti ini daripada Shah.
Saya bukan minta Shah belikan saya pakaian, saya cuma minta temankan shopping pun dia tak mahu. Banyak alasannya penat, membuang masa dan bazirkan duit sahaja. Dulu memang saya simpan duit, tetapi sejak berkawan dengan Zoy, saya kurang menyimpan sebab banyak benda yang saya nak beli untuk cantikan diri, pakaianlah, tudung popular, beg tangan berjenama dan kasut yang mahal – mahal mengikut fesyen terkini.
Paling tidak bila berpakaian seperti itu saya jadi selesa, gembira dan kurang memberi perhatian kepada masalah rumahtangga, terutama kerenah Shah yang amat kedekut itu. Entah macam mana ketika dibuai perasaan gembira itulah, saya kurang berikan perhatian kepada Shah hinggakan kalau Shah kata ada kekasih atau nak kahwin lagi, saya rela, tapi ceraikan saya dulu.
Malah saya sanggup jadi isteri kedua Zoy walaupun kedudukan kewangannya tidak begitu baik berbanding pendapatan saya yang teguh ini, sebab saya rasa seronok berada di samping Zoy. Nak jadikan cerita tanpa saya sedar, Shah dapat merasakan perubahan diri saya.
Rupa – rupanya dalam diam dia memerhati saya, dia nasihatkan saya supaya jangan bergaya ke pejabat. Isteri adalah untuk suami bukan tarik perhatian orang lain. Tetapi saya Iawan kembali, bukan saya mendedahkan badan, saya berpakaian sopan menutup aur4t, berjubah, berbaju kurung dan bertudung, jadi di mana salah saya?
MaIangnya Shah sudah terlambat. Dua tahun lamanya saya bercinta dengan Zoy, malah kami merancang nikah di seberang. Ketika itulah Shah pujuk saya ingatkan anak – anak. Saya kira Shah ketinggalan. Saya nekad tinggalkan dia walau apa pun terjadi, waimah jika Shah tak mahu ceraikan saya.
Waktu itulah Shah bawa emak saya ke rumah untuk nasihatkan saya. Sebenarnya Shah bukan sukakan sangat emak saya, sejak awal kami kahwin dia tak suka balik ke rumah emak saya. Biasanya bila giliran kami beraya di rumah emak saya, Shah tidur semalam sahaja, lepas tu dia balik rumah.
Dia tak suka duduk lama di rumah emak saya. Dia tak suka tengok emak saya berbelanja besar bila Hari Raya, katanya membazir. Pada saya bukan membazir, adik beradik saya ramai, kalaupun dalam satu – satu tahun cuma 4 keluarga pulang beraya ke rumah emak, tetapi 4 keluarga lagi akan datang dua tiga hari kemudian, sebab itu emak berbelanja besar.
Sedangkan adik beradik Shah cuma 3 orang, emaknya tinggal dengan kakak sulung, jadi bila Hari Raya kami cuma datang sekejap tak bermalam sebab berdekatan. Agaknya kerana adik beradik tak ramai Shah rimas tengok keluarga besar kami yang sentiasa meriah.
Berbalik pada kisah saya, bila emak datang untuk menasihatkan saya, saya jadi ‘m4ti kutu’. Selain menasihat, emak beri banyak contoh kegagalan wanita seperti saya. Dan dia tak mahu saya hadapi masalah itu kemudian hari.
Kata emak memang suami senang cari, dan suami pun senang cari isteri, tetapi nak dapatkan yang sesuai di hati bukan senang. Apakah saya selesa bermadu daripada mempunyai seorang suami sahaja? Bermadu lebih banyak bawa pend3ritaan daripada kesenangan yang saya kejarkan.
Masa bercinta memang semuanya nampak indah tak ada masalah, bila dah bermadu baru tahu langit tinggi atau rendah. Biarlah suami kedekut dan tak pandai layan isteri, asalkan dia tidak m4buk, kaki perempuan, poIigami dan kaki jvdi.
Sebab suami yang kolot seperti Shah boleh dinasihati dan dibentuk tetapi jika suami berper4ngai MPPJ (m4buk, pompuan, poIigami dan jvdi) dia tak senang duduk di rumah apa lagi menyayangi isteri dan anak – anaknya.
Sebenarnya saya memang kalah bila dengar nasihat emak. Akhirnya dengan berat hati saya terp4ksa lupakan Zoy, tetapi saya beritahu emak, semua ini kerana kesalahan Shah dia tidak beri layanan sewajarnya kepada saya.
Saya masih muda, tetapi Shah pinggirkan saya kerana takut ada anak ramai. Saya redha dan teruskan juga perkahwinan kami dan saya harap Shah dapat berubah supaya saya tak berubah hati buat kali kedua.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.