Suami tak bagi aku balik raya sekali katanya risau berjangkit. Aku buat k3jutan tapi aku yg terk3jut

Aku ingat lagi ri4k wajah suami bila nampak aku tetiba muncul di pejabatnya. Dia seakan tengah menahan marah dan terus menarik aku masuk ke bilik pejabatnya. Di sini bermulanya sejarah titik hitam dalam hidup aku. Aku berusaha untuk memik4t balik hati suami..

#Foto sekadar hiasan. Salam buat admin para pembaca sekalian. Pertama sekali, aku ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca confession aku ini dan harap sedikit sebanyak memberi iktibar kepada kita semua.

Tajuk confession ini memang kena dengan situasi yang telah berlaku pada aku. Empat tahun lepas aku telah selamat bernikah dengan seorang lelaki bernama Z. Kami berdua sama usia dan telah bercinta 3 tahun sebelum kami berkahwin.

Boleh dik4takan hubungan kami sudah melangkau 6 tahun lebih. Pada mulanya aku memang bahagia bersama Z walaupun kami PJJ. Aku selalu menganggap Z adalah yang terbaik untuk aku dan j0doh kami berpanjangan.

Namun perkara yang paling digeruni para isteri telah terjadi pada aku bila tempoh perkahwinan kami masuk ke tahun ke-3. Untuk pengetahuan kalian, walaupun aku dan Z PJJ. Kami masih berada dalam negeri yang sama.

Aku perlu mengambil masa perjalanan sejam untuk sampai ke destinasi Z. Kami PJJ kerana aku mendapat pekerjaan di bandar yang jauh daripada Z. Maka aku membuat keputvsan untuk menyewa di bandar itu dan balik ke rumah Z bila tiba hujung minggu.

Itulah rutin aku sehinggalah PKP bermula tahun lepas. Di mana aku tidak dapat pulang ke pangkuan Z selama 6 bulan lebih. Malah pada musim hari perayaan tahun lepas pun aku tidak pulang ke rumah Z. Z tinggal berseorang di rumah.

Yang hairannya aku memang ingin pulang ke rumah Z. Akan tetapi Z seakan tidak membenarkan aku pulang dengan alasan c0v1id19. Pada waktu ini aku masih tidak mengesyaki apa – apa terhadap Z. Aku bersangka Z sibuk dengan kerjanya dan tidak ada masa untuk melayani aku.

Namun aku sudah tidak tahan dan aku membuat keputvsan untuk pulang jugak tanpa pengetahuan Z. Sebelum pulang ke rumah Z, aku singgah ke pejabat Z sebab aku tidak mempunyai kunci rumah Z. Aku masih ingat lagi riak wajah Z bila nampak aku tetiba muncul di pejabatnya.

Z seakan tengah menahan marah dan terus menarik aku masuk ke bilik pejabatnya. Z bertanyakan aku kenapa aku pulang tanpa pengetahuannya. Aku terasa dengan reaksi Z dan terus mempersoalkan salahkah seorang isteri untuk balik melihat suaminya?

Z hanya terdiam tidak menjawab soalan aku. Dia terus memberikan kunci rumah dan menyuruh aku pulang dahulu ke rumah. Aku pun terus pulang ke rumah dan menunggu Z balik dari pejabat beberapa jam kemudian. Pada malam ini lah segalanya terburai di mana Z membuat pengakuan bahawa dia sudah tidak mempunyai perasaan sayang terhadap aku lagi.

Aku bagaikan hilang separuh nyawa bila mengetahui insan yang paling aku sayang, sudah tidak menyayangi aku lagi. Sudah tentu aku merayu pada Z untuk memberi peluang kedua supaya aku boleh berubah mengikut kehendaknya.

Aku sangkakan aku telah melakukan kesilapan yang tidak aku sedari sepanjang perkahwinan kami. Namun Z mengatakan ianya sudah terlambat dan dia mahu melepaskan aku. Aku terus menangis dan meminta penjelasan namun Z tetap berkeras mengatakan sudah terlambat.

Aku bertanya adakah dia mempunyai kekasih hati yang lain namun Z menafikan juga. Malam itu aku tertidur dengan linangan air mata. Keesokkanya paginya sewaktu Z berada dalam bilik air, aku curi – curi melihat telefon Z.

Terdapat satu message baru masuk daripada seorang perempuan bernama T. Message itu berbunyi, ‘Bie mesti penat kan?’. Hati aku menyirap. Aku tak sangka rupanya Z sudah mempunyai kekasih hati yang lain. Apabila Z keluar daripada bilik air, terus aku bersemuka dengannya dan bertanyakan siapakah T.

Z dengan muka selamba hanya mengatakan T adalah staf juniornya dan mereka tidak mempunyai hubungan serius. Di sini bermulanya sejarah titik hitam dalam hidup aku. Aku cuba redha tapi hati aku s4kit untuk tempuhi situasi ini.

Menambahkan keadaan lagi teruk, aku merantau jauh daripada keluarga aku. Hanya melalui panggiIan suara daripada mereka dapat memberi sokongan pada aku. Sejak hari keramat ini, aku berusaha untuk memik4t balik hati Z.

Aku juga memujuk ibu mertua aku untuk berbicara dengan Z, namun Z tetap dengan keputvsan untuk melepaskan aku. Z mengatakan dia ingin melepaskan dengan cara elok di mana dia sendiri akan menghantar aku pulang ke pangkuan keluarga aku.

Namun disebabkan musim PKP dengan SOP yang ketat, Z hanya dapat menghantar aku hingga ke lapangan terbang. Aku sempat mencivm tangan Z buat kali terakhir dan aku meminta maaf dan meminta Z halalkan makan minum sepanjang hubungan kami.

Ini setelah beberapa bulan dari hari keramat Z membuat pengakuan dia sudah tidak mempunyai hati pada aku. Proses penceraian kami juga berjalan lancar di mana hanya Z yang hadir ke mahkamah untuk melafazkan taIak.

Aku pula berada di kampung keluarga aku sambil menunggu surat rasmi daripada mahkamah. Aku bukan nak bentang cerita bagaimana Z curang. Tetapi aku nak cerita betapa banyak petunjuk bahawa Z sebenarnya bukanlah jodoh yang terbaik untuk aku.

Z mungkin jodoh sementara sahaja di mana telah memberi banyak pengajaran buat aku. Berikut adalah tanda – tanda Z sebenarnya tidak bersungguh mencintai aku seperti mana aku mencintainya.

1. Sepanjang zaman percintaan kami, aku yang banyak meluangkan masa, wang dan tenaga untuk bertemu memandangkan kami bekerja di lain negeri. Aku yang selalu melawat Z di negerinya. Sedangkan Z amat susah untuk datang melawat aku di negeri aku menetap.

2. Kami sudah bercinta 3 tahun namun setiap kali aku membuka topik perkahwinan, Z mesti mengelak dan akhirnya membuatkan kami berg4duh. Kami akan menjadi dingin untuk seketika sampai Z menghubungi aku balik seolah tiada apa yang berlaku. Usia kami pada waktu itu memang sesuai sangat untuk berkahwin memandangkan kami berdua sudah stabil dari segi pekerjaan dan kewangan.

3. Apabila akhirnya Z mengajak aku untuk bertunang, aku yang bersungguh – sungguh menyelesaikan segala urusan berkaitan daripada fasa bertunang hinggalah fasa berkahwin. Bayangkan Z tidak membantu langsung dari segi penyediaan dokumen. Yang Z hanya sumbang adalah tandatangan dia setelah aku membentangkan dokumen di depannya.

4. Z memang tidak lokek dari segi bab nafkah. Masa berkahwin pun Z sudah memberi wang hantaran yang banyak. Akan tetapi, mindset Z seorang suami hanya bertanggungjawab dari segi kewangan saja kot. Z seperti tidak kisah keadaan aku di kala aku inginkan perhatiannya. Z lebih mementingkan kerjanya.

5. Aku telah berk0rban banyak sebelum kami berkahwin di mana aku telah berhenti kerja kerana ingin berada dekat dengan Z, aku merantau jauh daripada keluarga. Aku meninggaIkan negeri tempat aku bekerja yang paling best bagi aku, aku juga mengangkut kereta aku melalui kapal cargo supaya senang untuk aku bergerak di sana dan macam – macam lagi yang Z tak pernah hargai.

Namun apabila tinggal sekali, Z menyuruh aku mencari pekerjaan di negeri dia pula. Pekerjaan aku bukan senang untuk dapat kerana bandar Z duduki agak kecil. Sehinggalah aku mendapat pekerjaan tetapi di bandar lain yang memakan masa sejam untuk sampai.

Sebab itulah kami PJJ semula walaupun dalam satu negeri. Aku sudah terfikir waktu ini, kalau tahu akan PJJ jugak lebih baik aku tidak berhenti kerja sebelum ini dan tidak berpindah. Ini macam sudah balik ke zaman aku masih bujang.

6. Walaupun Z jenis tidak lokek dari segi nafkah, namun Z jenis yang tidak mementingkan bab agama. Z sangat jarang solat. Aku selalu menegur Z bab ini. Z ada mengaku pada aku yang dia berasa ‘ann0yed’ setiap kali aku menyuruh dia solat membuatkan dia tidak ikhlas untuk solat.

Padahal sebelum kahwin dia sudah berjanji akan berubah. Z juga mengaku bahawa dia tidak suka bila aku terlalu berhati – hati dari segi pemakanan. Bagi Z asalkan ada muka Melayu dalam kedai itu, sudah tentu kedai itu halal walaupun tuan kedai adalah N0n MusIim.

Namun janji hanya tinggal janji. Silapnya aku di sini, kalau dengan Allah pun Z boleh abaikan, apatah lagi aku. Nauzubillah.. Sekarang dah setahun lebih aku berpisah dengan Z. Z pun aku tengok di socmed m4kin bahagia dengan staf junior N0n MusIim tu.

Maknanya Z tipu aku lah bila dia kata mereka tidak berhubungan serius. Aku terfikir adakah staf junior tu akan masuk Islam kalau nak bersama dengan Z? Tapi Z dari segi bab agama pun ke laut asia pasifik. Aku hanya mampu doakan sahaja sebab aku nak jiwa dan hati aku tidak menyimpan d3ndam.

Kini aku bahagia dengan cara aku sendiri. Aku fokus untuk membina dan sayangi diri sendiri dahulu. Kepada para wanita di luar sana, kalau awak sorang saja yang bersungguh walaupun sudah dalam fasa bercinta, lebih baik awak fikir masak – masak sebelum ke arah lebih serius.

Lelaki ni kalau betul – betul sayang dan nakkan kita, mereka akan usaha untuk menghalalkan kita. Dan satu lagi, carilah lelaki yang mementingkan agama. Tidak semestinya level PU, asalkan kita tahu dia jaga sekurang – kurangnya bab solat. Wallahualam. Terima kasih sudi membaca. Maaf kalau panjang sangat confession ini. – Hayatul Husna (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

NayLi Azlinda : Berdasarkan pengalaman. Suami sukakan saya dari sekolah menengah hingga ke alam universiti. Kemudian kejar lagi sampai umur saya 29 baru saya terima dia. Tahun ke-3 kahwin, satu hari dia ajak saya pergi kedai makan.

Ingat makan macam biasa. Rupanya untuk dipertemukan dengan bakal madu. Kita tengok di sini dua cerita berbeza ya. Macam sis ada hikmahnya senang berpisah. Macam saya susah nak berpisah. Dia meng4muk takkan lepaskan saya. Sesungguhnya lelaki ni complicated. Betul tindakan sis.. Jaga diri sendiri. Tahniah.

Edha Yadira : Saya setuju bab bersungguh tu. Tapi 1 lagi point yang sangat penting, hakik4tnya hati manusia ni berbolak balik. Hati manusia boleh berubah. Sekarang bersungguh, dah kahwin 10 tahun tiba – tiba tak bersungguh. Dunia ini hanya pinjaman, begitu juga suami. Jangan terlalu sayang melebihi segalanya. Allah jua lah yang memegang hati setiap h4mba – h4mbaNya. Wallahualam.

Fikri Remli de Souza : Bab agama tu betul la. Sememangnya betul kerana perkahwinan berlandaskan agama kenapa meneruskan kehidupan bersama tanpa agama? Usaha ke arah kebaikan namun jika bukan j0doh redha la dengan ketentuannya. Semoga bertemu j0doh yang lebih baik dan jadikan lah pengalaman sebagai pengajaran kepada hidup yang seketika ini.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.