Suami selalu h1na saya gemuk macam lembu. 1 hari dia datang kat saya pegang satu buku

5 tahun kahwin, hanya tahun pertama je bahagia. Suami selalu h1na saya kata saya kuat makan, sampai badan macam lembu. Suami makan makanan yang dia beli, dia tak bagi saya makan. Akibatnya, sekarang semua makanan yang dia beli tak habis pun sebab dia jatuh s4kit. Dia datang dekat saya pegang satu buku..

#Foto sekadar hiasna. Assalamualaikum admin saya rasa macam nak kongsi kisah saya, bukan nak mengadu. 5 tahun berkahwin, setahun pertama tu memang best. Mungkin sebab masa tu saya kerja. Selebih 4 tahun tu di m4kinya saya, dia cakap saya kuat makan, habiskan makanan dia.

Pernah dia cakap, asal dia balik kerja je, mesti makanan dia tak ade. Maksud dia, saya usik makanan yang dia beli. Dia cakap saya gemuk macam lembu, kejap – kejap makan, tak berhenti mulut tu asyik nak makan je. Jimat la nanti makanan habis, dipadan muka kan saya.

Padahal saya makan biskut je, tu pun kedai RM2 punya. Berkira nauzubillah. Mak saya ajar jangan kedekut nak bagi makan dekat orang nanti rezeki lebih lagi Allah akan bagi. Anak dah 2 tahun masih menyusu badan, tak lapar pulak saya ni kan?

Anak pulak kuat mnyusu. Makan lebih – lebih sikit cakap saya suka membazir. Sekarang dah tukar lembu dah pandai daiet. Makan nasi sekali je, lapar makan buah saya beli sendiri buah tu. Bila malam saya siapkan makan untuk dia dengan anak je.

Makanan yang dia beli apa pun saya tak usik dah sekarang, tak terluak pun. Kalau nak sangat makan, saya beli sendiri makan kongsi dengan anak, habis kan dan hapuskan bukti. Dulu saya makan dia bising kata lembu kuat makan. Sekarang apa yang dia beli tu, dia sendiri pun tak boleh nak makan sebab dia s4kit. Lembu ni la yang jaga dia. Itulah kifarah.

Sambungan.. Assalammualaikum, terima kasih admin siarkan cerita saya, kisah isteri digeIar lembu oleh suaminya. Sebetulnya kisah tu awal tahun ni, tapi mungkin admin tak berkesempatan dan baru post kisah tu. Terima kasih juga untuk komen positif, yang negatif saya jadikan semangat untuk saya perbaiki kekurangan saya.

Ingat tak post saya yang suami sangat berkira bab makan, cakap saya lembu, dan dia pun s4kit. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah hantar ujian s4kit kat dia. Memang betul setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ulang alik hospitaI tu dah jadi perkara biasa.

Sampailah satu malam lepas solat maghrib dia datang dekat saya bawak 1 buku. Bila saya intai buku tu rupanya dia pegang muqadam anak saya, dia duduk depan saya dan mintak saya ajarkan dia mengaji semula. Dah lama dia tinggalkan.

Sebenarnya dia dah masuk alquran tapi nak mula semula dari muqadam katanya. Saya senyum campur terharu gembira semua ada. Saya tanya apa penyebab semua ni, dia jawap, “Allah dah kasi ‘signal’ dekat abang. Kerja la kuat manapun, duit banyak mana pun, bila s4kit semua tu dah tak ade gunanya lagi. Abang redha Allah uji macam ni, abang redha s4kit macam ni, kalau itu mampu hapuskan d0sa abang.. Abang banyak d0sa.”

Terus dia nangis tutup muka dengan tangan. Aduhaii luluh hati saya seorg isteri tengok suami nangis macam tu. Dia malu nak cakap, dia banyak buat saya kecewa dan sedih. Tapi saya paham. Saya hanya berkongsi cerita ye, semoga yang baik jadikan pengajaran dan yang tak baik tu buanglah jauh – jauh.

Sebelum ni memang m4kian h1naan jadi mainan mulut dia, saya penah dit4mpar dan ditolak. Memang terdetik dekat hati nak lari nak tinggalkan semua tapi saya fikir masa tu pun tengah marah tengah sedih. Jadi cara saya, ambil wuduk, duduk atas sejadah banyak – banyak doa, mintak tolong dengan Allah, apa lagi cara yang ada untuk perbaiki, pulihkan hubungan kami suami isteri.

Dulu segala nasihat saya tak pernah dia dengar malah siap perlekehkan saya lagi kononnya kalah ustazah, macam baik sangat nak nasihat konon. Baran sikit habis diIempar semua barang. Ada kakak tu komen dekat saya, kenapa tak kerja dah tau suami berkira.

Saya suri rumah tapi saya mengajar budak – budak mengaji, saya bersyukur. Saya tak mintak dibayar pun tenaga mengajar, saya buat seikhlas hati. Rezeki Allah bagi saya terima, hati marah sedih kecewa saya akan pandang muka anak – anak menngaji, sejuk hati ni.

Kalau saya tak kuat siapa nak ajar diorang, kalau saya moody seronok ke diorang nak datang mengaji. Saya bersyukur Allah bagi saya kesabaran yang cukup tinggi nak hadap per4ngai suami, nak hadap anak – anak mengaji setiap hari.

Apa lagi seorang isteri harapkan pada suami dia, mestilah nak jadi ketua kalauarga yang baik. Setiap hari ahad, dia nak jemaah kat surau, walaupun bukan hari – hati tapi saya nampak usaha dia, saya bangga. Suami kita, kita lah yang boleh ubah mereka, berkat doa, siapa lagi nak mndoakan suami selain ibunya dan isteri.

Sekarang Alhamdulillah, apa yang jadi sepanjang 5 tahun lepas, saya anggap itu sebagai ujian Allah s.w.t untuk rumahtangga kami, untuk menguji iman dan kesabaran saya sebagai h4mbaNya, isteri, ibu dan seorang pengajar. Itu sahaja, saya terima, saya redha dan saya bersyukur.

Untuk suami, saya doa dan harap dia akan kekal istiqomah. Maafkan kekurangan kata – kata saya. Tak ada lagi panggiIan lembu kuat makan. InshaAllah kita semua baik, Allah sayang.

Komen Warganet :

Siti Rohani : Alhamdulillah, mula – mula baca rasa geram sangat bila si suami tu sedap je duk h1na – h1na. Rasa padan muka sebab dapat baIasan s4kit sampai tak boleh makan. Tapi bila baca sambungan nampak cantik betul aturan Allah.

Semoga awak dan suami terus bahagia. Mungkin ada cakap, sebab s4kit la baru nak taubat. Baguslah dia ada juga rasa takut nak bertaubat dari kita yang terus lalai, tak sedar diri sendiri pun ada banyak d0sa.

Nani Hanani : Wahhh, mungkin ini kot sebab ramai isteri – isteri kat luar sana yang sanggup sabar dan redha bila dapat suami tak berapa nak elok per4ngai. Mengharapkan agar satu hari suami akan berubah, insaf jadi baik.

Apa yang jadi dekat TT ni satu dalam seribu kot, apa – apa pun tahniah TT sebab berjaya harungi ujian / dugaan. Tahniah juga buat suami TT yang berjaya Iawan sikap eg0, baran dalam diri.

Bang Mekanik : Syukur Alhamdullillah, biasalah tu g4duh – g4duh manja. Orang kata 5 tahun awal kahwin tu memang kuat dugaan dia. Moga – moga terus bahagia sampai ke syurga.

Syada : Harap suami awak tu betul – betul insaf la ye, jangan sebab s4kit tu hilang dia buat balik per4ngai lama. Kalau dia buat balik, saya harap awak jangan bagi peluang kedua.  Tapi saya doakan awak dan suami terus bahagia. Aminn

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.