Suami naik angin, jiran komplen dlm group whatsapp siap gambar kucing kami ber4k dekat rumah dia

Mula – mula suami bawa balik 2 ekor burung merpati tapi rupanya merpati ni cepat membiak. Dia suka lepas burung merata, tapi satu hal plak burung tu buat hal bertenggek dekat rumah jiran sekali pakej ber4k. Aku pergi minta maaf dan offer tolong bersihkan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Nama aku Tasha. Sudah berkahwin selama 12 tahun dan tinggal di kejiranan ini selama 8 tahun. Hubungan aku dan suami baik – baik sahaja, cuma ada perkara yang membimbangkan aku, mengusutkan fikiran dan menyesakkan d4da.

Ya, seperti tajuk yang kalian dapat baca, itu lah masalah aku dari dulu hingga sekarang. Suami aku karakternya pendiam sahaja, seorang yang workah0lic (keluar pagi, balik malam, kerja 6 hari seminggu). Punya hobi yang bagi aku sangat tidak sesuai dengan dirinya yang tidak punya banyak masa di rumah, iaitu membela pelbagai haiwan peliharaan.

Tinggal di kejiranan taman perumahan walaupun ada secebis tanah di kiri kanan dan belakang rumah, aku kira bukan lah suatu hobi yang sesuai dilakukan.

1. Bela ayam api. Suami sangat bangga dapat memiliki ayam api. Kepada yang tidak tahu, ayam api sangat suka buat bunyi bising, berpanjangan bunyi nya tak kenal penat. Aku sudah mula resah, takut bunyi yang kuat dan bising mengganggu jiran – jiran, apatah lagi yang ada anak kecil.

Bila suami keluar bekerja, aku akan tangkap ayam itu, letakkan dalam sangkar kecil, aku bawa dia pergi jauh dari rumah kami. Untung juga masih banyak kawasan kosong di taman perumahan kami yang belum dibangunkan.

Aku bekalkan makanan dan air dalam sangkar, aku tinggalkan di tempat redup. Menjelang petang, aku ambil semula ayam itu. Lama kelamaan aku menjadi letih menguruskan kerja yang bukan sepatutnya tugas aku.

Aku pujuk suami agar tidak lagi membela ayam itu dan berpesan agar menjaga perhubungan dan keharmonian hidup bermasyarakat. Akhirnya dia setuju, dan bawa ayam itu ke tempat kerjanya. (Tempat kerja ada mini zoo yang pekerja – pekerja bina sendiri untuk membela haiwan). Syukur satu bab tapi datang lagi baIa yang lain.

2. Bela ayam selasih dan ayam kampung. Tak lama lepas kejadian ayam api tu, suami bermula kembali dengan hobinya. Kali ini dibelinya pula, dua ekor ayam selasih, dua ekor ayam kampung. Dibinanya reban di belakang rumah.

Seperti dijangka, aku lah yang banyak menguruskan ayam – ayam itu kerana dia tak pernah ada masa lapang di rumah. Lama kelamaan lalat m4kin membanyak. Bau t4hi ayam menyelubungi kawasan rumah. Bau sem4kin kuat kalau tanah basah akibat hujan.

Aku sem4kin risau keselesaan jiran – jiran. Aku juga kasihan lihat ayam – ayam tidak hidup bebas. Sekali sekala aku lepaskan juga ayam – ayam itu bermain di luar. Habis ruangan porch kami di ber4k ayam. Lepaskan pula ke luar pagar.

Di ber4k pula depan rumah jiran – jiran. Ya Allah, dugaan apakah ini. Banyak kali dah aku pujuk suami supaya berhenti membela ayam – ayam itu, tapi dik4tanya sayang sebab ayam – ayam itu suka bertelur dan gemuk – gemuk semuanya.

3. Membela merpati. Mula – mula di bawa balik 2 ekor merpati. Aku dah mula resah. Apa pula kali ni. Aku tak pernah tahu yang burung merpati sangat cepat membiak. Dalam masa sekejap, bilangan merpati dah bertambah.

Disebabkan jinak dan tahu kembali semula ke sarang, suami lepaskan. Sayangnya merpati – merpati itu buat hal di rumah jiran, bertenggek di outdoor unit aircond jiran, ber4k dengan gembiranya di situ. Nak ditangkap semula bukannya mudah. (Ada yang jenis degil).

Berkali – kali aku mohon maaf pada jiran dan menawarkan diri membersihkan n4jis – n4jis burung itu, tapi ditolak dengan baik oleh jiran aku. Akhirnya baru – baru ini semua merpati yang ada dapat dikumpulkan semula, dan akhirnya aku juga berjaya pujuk suami supaya bawa burung – burung itu ke mini zoo di tempat kerjanya. Syukur lagi padamu Ya Allah.

4. Membela kucing. Sehingga kini ada 12 ekor kucing di rumah aku yang hidup lepas bebas, tak pernah dikurung. Dari mana asal kucing – kucing itu? Asalnya di bawa dari rumah kakak ipar aku hanya dua ekor kucing betina.

Nama pun kucing betina, memang kerjanya beranak sahaja. Sekejap sahaja dah beranak pinak. Kos makanan kucing usah cakap. Tapi yang lebih memeningkan adalah n4jis kucing yang merata. Sungguh aku malu dengan keadaan rumah kami.

Sangat busuk dengan n4jis kucing. Sedikit pun aku tidak dibantu menguruskan n4jis – n4jis itu. Aku sendirian menguruskannya. Walaupun ada pasir kucing disediakan, namun jarang sekali kucing – kucing itu mahu ber4k di pasir.

Sesuka hati sahaja di mana sahaja. Ada satu ketika jiran komplen dalam grup whatsapp taman, siap tunjuk gambar kucing kami yang selalu ber4k di rumah jiran. Suami mula naik angin bila jiran mengata. Bila sahaja dapat tangkap kucing itu, terus diambil dan dibuang ke pasar.

Aku sem4kin tak tahu nak buat apa bercampur dengan penat setiap hari membersihkan kawasan rumah dengan n4jis kucing. Aku guna sangkar merpati tadi, aku kurung semua kucing dalam sangkar dan letakkan pasir dalam bekas.

Dah jadi rutin aku pula setiap hari menguruskan haiwan peliharaan suami aku semata – mata tak mahu kucing mengganggu jiran – jiran. Baru semalam dia lepaskan semua kucing sebab kasihan katanya. Aku m4kin keliru dan tertekan. Dan masalah ini masih membelenggu hingga kini.

5. Membakar sampah. Suami aku punya hobi, bila dia ada di rumah, dia akan trim pokok – pokok yang ada, kumpulkan sampah sarap yang ada, dan bakar! Telah banyak kali aku beritahu, tak boleh membakar sebab asap itu boleh mengganggu jiran.

Tak diendahkannya. Banyak kali juga aku merajuk sebab suami buat aktiviti membakar sedangkan di luar rumah penuh dengan jemuran. Habislah jemuran aku berbau asap. Itu belum dikira asap yang kena pada jemuran jiran. Aku sangat takut kami dibenci jiran – jiran, sedangkan semua yang berlaku bukannya dari perbuatan aku.

6. Ambil buah – buahan wakaf. Di taman kami ada pokok mangga jenis kuinin yang sedang berbuah. Sedap dan elok buahnya. Buah itu diwakafkan oleh salah seorang penduduk taman kami tapi beliau tidak tinggal di taman kami.

Aku perhatikan asyik – asyik suami aku sahaja yang ambil buah – buah itu setiap minggu. Setiap kali petik 9, 10 biji dan dibawa ke tempat kerja. Aku tegur, tinggalkan lah sikit untuk jiran – jiran lain, biar sama merasa. Aku takut sangat orang label kami pelahap, mentang – mentang buah wakaf.

Tapi katanya masih banyak lagi di pokok. Aku sangat kecewa dengan suami yang tidak tahu hukvm berbuat baik kepada jiran, tidak tahu hukvm meny4kiti jiran. Aku tak tahu nak tafsirkan peribadi suami aku ni bagaimana. Aku lihat setiap kali selepas solat, panjang dan khusyuk doa nya tetapi dalam hal hidup berjiran tidak diendahkan hati perasaan jiran tetangga.

Aku berharap tak ada lagi haiwan – haiwan lain yang dibawa balik ke rumah selepas ini. Cukup – cukup lah aku menjadi penjaga haiwan selama ini. Jiran – jiran pula, tolong maafkan kesalahan kami. Kami tak nak berd0sa, apatah lagi masuk ke ner4ka kerana sentiasa meny4kiti hati kalian. – Tasha (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Aza Yati : Kesian confessor.. awak sangat prihatin, berbeza betul dengan suami. Dan jiran – jiran awak sangat berkompromi, tapi sampai bila? Ni cadangan saya lah :

1) Bagitau yang awak / anak – anak / jiran alah pada haiwan, buat – buat lah macam gatal kulit ke, bersi -bersin ke, bagitau doctor sekali.

2) Orang yang dia horm4ti untuk nasihatkan samada ketua taman ke, abang dia ker

3) Kalau tak jalan jugak, awak sendiri buat aduan ke majlis perband4ran. Tunjuk surat saman ke suami awak. Gudluck dan semoga urusan awak dipermudahkan.

Hafiz Aiman : Sebab itu dulu setiap lelaki yang nak masuk dalam keluarga saya. Bapa saud4ra saya, saya dan sepupu lelaki saya akan turun ke kampung mereka untuk menilai keperibadian diri mereka. Antara perkara yang kami nilai banyak dan salah satunya melibatkan kejiranan dan masyarakat setempat.

Orang kampung kenal dirinya sebagai orang yang baik dan tidak sombong. Ini tujuannya untuk menjaga salasilah keluarga. Nasihat saya buat confessor. Bila ada masa bersama sebelum tidur buatlah pillow talk dengan suami.

Kemudian bincanglah apa yang kamu nak bincang secara baik dan penuh hikmah. Bila tiba harinya cuti ajaklah suami memimpin solat berjemaah bersama. Selepas aminkan doa ketika bersalaman dengan suami mintalah maaf dengannya.

Abang sayang minta maaf sepanjang sayang jadi isteri abang. Selepas itu pinjamlah paha suami untuk letak kepala. Kemudian tenunglah anak mata suami dan berbicaralah dengannya dengan kasih sayang. Lalu bincanglah apa yang nak dibincangkan. Semoga dipermudahkan.

Nor Athira : Kesiannya confessor. Apa kata sis lepaskan je haiwan tu. Lepaskan kat hutan ke masa suami pergi kerja. Kalau suami tanya cakap je tak tahu. Kalau suami bawak balik lagi lepaskan lagi sampai suami penat nak bawak balik.

Sis dah cuba cakap tapi tak jalan cakap lebih takut jadi g4duh jadi buat dengan tindakan. Atau sis buat repot pada majlis pemband4ran. Buat macam orang lain yang complaint. Kalau banyak sangat kena saman nanti stop lah tu. Semoga Allah permudahkan urusan sis.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.