
Aku tak setuju dengan keputvsan suami nak berhenti kerja. Aku menangis sebab aku akan jadi pencari nafkah tunggal. Sehinggalah berlaku beberapa kejadian, sebulan sebelum Ramadhan tiba – tiba ayah aku ada masalah sendi dan saraf. Ketika itulah aku nampak hikmahnya…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Zaman pandemik merupakan zaman yang penuh dengan ujian. Sama ada kau akan terus gagah atau rebah bersama musibah. Ambil iktibar kisah aku ini sebagai semangat untuk kekal kuat untuk tempuh ujian.
Ujian aku bermula 3 tahun sebelum pandemik melanda. Ketika itu suami yang berkedudukan tinggi dan bergaji sekitar 7 ribu ++ sebulan mengambil keputvsan untuk berhenti kerja akibat permainan gang kleptokorat di tempat kerja.
Dia tidak bersetuju untuk terus bersekongkol dan nekad berhenti kerja. Waktu bekerjaya, suami aku seorang yang terlau sibuk, keluar kerja sebelum terbit matahari dan pulang selepas matahari sembunyi. Dia bekerja dalam bidang hospitaIity.
Boleh katakan masa luang dia memang takde. Nak solat pon terkejar – kejar, apatah lagi nak makan dan minum. Dan aku adalah seorang isteri, ibu kepada dua orang anak lelaki dan pekerja di sektor perbankan. Maka bermulalah, aku sebagai pencari nafkah tunggal.
Sebenar benarnya aku memang tidak bersetuju dengan keputvsan suami untuk berhenti kerja. Airmata aku gugur membayangkan apa akan jadi di masa akan datang. Aku terlalu khuatir, aku jadi perengus dan pemarah. Sampai satu saat, aku berkata dan bertanya kepada Allah.
Andai ini jalan yang terbaik tunjukkanlah aku hikmahMu. Aku redha. Mulut aku tak habis – habis berzikir Hasbunallah waneekmal wakeel, nikmal maula waneekman naseer. Dan kemudian hati aku menjadi setenang – tenangnya.
Perlahan – lahan Allah buka hikmahNya. Setahun berlalu, sebulan sebelum Ramadhan ayah aku jatuh s4kit. Mengalami masalah saraf dan s4kit sendi yang memerIukan rawatan ulang alik hospitaI setiap 2 minggu. Pada awalnya, kakak aku yang no 2 membuat perjanjian untuk menjaga ayah,
Rutin suami aku pula mengambil ayah mertuanya dari rumah ayah yang jauh 10km setelah selesai menghantar aku ke tempat kerja dan menghantar ayah ke rumah kakak aku. Dan waktu petang, suami aku akan menghantar ayah pulang semula ke rumah beliau sebelum mengambil aku pulang dari tempat kerja.
Itulah rutinnya setiap hari. Aku dapat rasakan dia terlalu penat, kerana kadang – kadang dia akan merengus dan bermasam muka. Tapi tidak di tunjuk di depan ayah aku. Sampai satu saat, bila kakak aku tidak mahu lagi menjaga ayah kerana ayah banyak karenah katanya. Sedih. Memang sangat sedih.
Suami mengambil keputvsan untuk membawa ayah aku balik ke rumah dan menjaganya. Sekitar Ramadhan, mereka pergi solat bersama di surau, berehat bersama, memantau dan tetap dengan rutin menghantar ayah ke hospitaI untuk rawatan mingguan.
Berkat kesabaran suami aku dan doa yang baik dari ayah, Ayah dapat sembuh dan boleh beraktiviti semula selepas setahun. Aku sangat berterima kasih dan sering memuji kesabaran sang suami. Namun setiap kali itulah suami aku akan berkata, “Papa hanyalah menantu umpama orang asing, yang papa kesalkan adik beradik 9 orang tapi …”…
Allahu.. Malu sungguh aku. Sebak. Hikmah ke 2, anak sulung aku berusia 14 tahun tergelincir di tangga kedai sewaktu membelikan makanan untuk ayah mertua aku. Akibatnya, satu tuIang di tapak kaki ced3ra dan perlu di simen.
Ketika itu, zaman pandemic baru bermula. HospitaI penuh dengan pes4kit. Anak aku terp4ksa mendapat rawatan pakar di hospitaI swasta. Nak tak nak kami terp4ksa akur. Aku isteri yang bekerja. Maka tanggungjawab menjaga dan merawat anak jatuh kepada suami aku.
Dari memandikan, buang air, makan pakai minumnya semua suami yang uruskan. Anak aku terp4ksa memakai tongkat dan berkerusi roda. Dan setiap malam, dia lah yang menemani anak aku tidur. Sehinggalah anak aku pulih seperti sedia kala.
Aku mengucapkan terima kasih dan memuji kesabarannya. Dia berkata,”lni semua perancangan Alah, ada hikmah kenapa Papa berhenti kerja. Tapi Papa kadang – kadang rasa penat…” Aku terdiam. Hikmah seterusnya, satu pagi bangun dari tidur lutut aku sangat s4kit.
Bermulalah episod aku mendapat meniscus tear. Tisu antara tuIang lutut terk0yak dan mencucvk saraf. Banyak rawatan yang aku kena pergi dan setiap kali itu aku ditemani suami. Sehinggalah lutut aku di operation, bertongkat dan berkerusi roda dan sembuh sebahagiannnya 6 bulan kemudian.
Aku sangat berterima kasih dan memuji kesabarannya. Dia hanya mampu berkata,”Nasib papa tak kerjaaa…” Begitulah ketika anak bongsu aku bersunat. Suami aku yang menjaganya sehingga boleh berlari semula. Ini hanya sebahagian kecil hikmah yang jelas.
Apa yang ingin aku sampaikan ialah jangan sesekali bersangka buruk dengan Allah swt. Kadangkala apa yang buruk di mata manusia, itulah sebenarnya yang terbaik buat mereka dan begitulah sebaliknya. Sekarang aku benar – benar redha.
Dan sentiasa berdoa agar Allah memelihara rezeki kami, tidak memutvskan tapi menggandakannya. Dan di zaman pandemik ini, aku sangat terkesan di saat suami berkata “Sekarang rasalah apa yang aku rasa 3 tahun dulu.. tatkala kau kehilangan sesuatu. Rasa kecewa, rasa sedih, rasa tidak dihargai. Bukan siapa – siapa di mata manusia tapi satu ketika nanti kau akan sedar bahawa ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Dan yang manisnya ALLAH sentiasa bersama dengan orang – orang yang sabar”
Allahuakbar. Doakan suami saya terus kekal sihat, kaya dan bahagia. Aamiin. Sekarang, suami dalam proses melatih diri bertahajjud, bersolat sunat, berzikir dan istiqomah membaca al quran. Inilah terpaling hikmah yang tiada tara. Semoga redha Allah sentiasa mengiringi kehidupan keluarga kecil kami. Aamiin. – P0ison Ivy (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nor Musa : Setiap ujian pasti ada hikmahnya tapi kita, sebagai manusia nampak yang buruk dulu. Sayalah orangnya tu.. huhu.. Semoga kita sentiasa bersangka baik dengan Allah dan sentiasa positive walau apa pun cab4ran hidup.
Syakriah Ishak : Confession yang baik. Dalam sesebuah keluarga, kadang kala isteri sebagai pencari nafkah. Apa salahnya suami plak sebagai pengurus rumahtangga kan? Setiap rumah tangga tu berbeza. Yang penting suami isteri saling memberi dan menerima ikut kesesuaian rumah tangga masing – masing bukan ikut telunjuk lain – lain rumah tangga.
Isteri yang redha dan mampu ikhlaskan setiap perbelanjaan rumah tangga yang bukan tanggungjawabnya tapi sekadar ehsannya, pasti Allah SWT pandang dengan pelbagai hikmah.
Fadz Fadzil : Hikmah yang hebat. Puan dan suami diuji, tapi masih berjaya mengharungi dan menghargai. Moga diberikan kebahagian berkenalan hingga ke jannah.
Faiq Khairi : syukur dapat lelaki walau tak kerja tapi ada akal, membantu fizikaI dan menyokong mentaI si isteri. till jannah!
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.