
15 tahun kahwin tunggu zuriat, bila saya mengandung suami curang dan kahwin dengan wanita t0mboy. Suami bagi alasan sebab wanita tersebut ada s4kit k4nser. Kononnya wanita tersebut sanggup mengandungkan anak suami walaupun risik0 k4nser. Tapi rupa – rupanya suami baru tahu yang dia kena tipu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Ini adalah kali pertama saya menulis di sini. Saya memilih jalan ini kerana saya perlu mencari medium melepaskan bebanan berat di kepala saya. Bebas dari pandangan dan persepsi orang ramai terhadap diri saya yang sebenar iaitu di dunia realiti.
Nama saya Raiza, tentu sekali bukan nama sebenar. Saya telah 15 tahun tahun berkahwin dengan cinta hati saya Izzam (juga bukan nama sebenar). Perkenalan kami bermula dari pengajian di universiti dari peringkat diploma sehinggalah ke jinjang pelamin.
Saya merupakan pemegang master kejuruteraan dan sedang menyambung PHD. Manakala suami saya seorang berpangkat jurutera berpengalaman dalam bidang pembinaan. Izzam merupakan menantu kesayangan dalam keluarga saya dan begitu juga saya dalam keluarga Izzam.
Perkahwinan kami sangatlah bahagia walaupun tidak dikurniakan cahaya mata. Kami banyak menghabiskan masa dengan menjelajah dunia. Dengan jawatan saya sebagai ketua projek bagi sebuah syarik4t automotif ternama, saya mempunyai pendapatan yang lebih dari cukup.
Suami yang asalnya bekerja makan gaji telah berhenti kerja dan menubuhkan syarik4t pembinaan sendiri. Sayalah yang mengeluarkan modal permulaan untuk syarik4tnya. Ketika syarik4tnya mula merangkak – rangkak, sayalah yang sentiasa berada di belakangnya dan bantu kewangan kami.
Malah ketika peringkat awal PKP, saya keluarkan simpanan saya untuk membayar gaji pekerja. Salah seorang kerani yang bekerja di Izzam adalah seorang wanita berpewatakan lelaki (t0mboy). Saya tidak mengenali beliau secara dekat tetapi tahu akan kewujudannya.
Setelah berbelas tahun perkahwinan akhirnya saya mula memikirkan tentang anak. Kami mula melakukan ujian kesuburan. Hasil dari ujian tersebut doktor mendapati sp3rma Izzam kurang subur dan bermasalah. Doktor meminta Izzam untuk mula mengamalkan gaya hidup sihat serta amalkan suplemen tambahan.
Jadi saya mula membeli dan memastikan Izzam mengambil suplemen tepat pada masanya dan kami mula membuat aktiviti bersama. Saya juga telah membeli basikal untuk kami berdua berkayuh, kerap berkhemah dalam hutan dan bermacam – macam lagi usaha yang saya lakukan selama lebih setahun.
Akhirnya, menjelang usia perkahwinan kami yang ke 15, saya telah disahkan mengandung. Ketika saya mengandung Izzam sangat sibuk dan jarang berada di sisi saya walaupun ini adalah zuriat pertama kami dan yang ditunggu – tunggu oleh kami.
Kata Izzam, syarik4t sedang sibuk menguruskan ‘final touchup’ sebelum handover untuk satu projek mega di KL. Saya sangat mempercayai Izzam memang sibuk dan tak pernah sekali pun saya meraguinya. Saya letakkan sepenuh kepercayaan kepada Izzam.
Jauh di sudut hati yang paling dalam, saya rindukan Izzam yang dulu. Yang selalu bersama-sama di sisi saya. Sampai ramai yang menggelarkan kami pasangan secocok merpati dua sejoli.
Tapi saya bersangka baik, Izzam sibuk untuk kehidupan kami yang lebih baik. Dia mahukan anak kami dapat yang terbaik. Jadi saya redha dan selalu mendoakannya.
Mungkin kerana faktor terlalu lasak di pejabat dan melakukan banyak aktiviti berat saya keguguran ketika usia kandungan saya mencecah 4 bulan. Izzam kata disebabkan keadaan dia yang terlalu sibuk, dia tak dapat menemani saya berpantang di rumah.
Jadi dia hantar saya pulang ke rumah keluarga saya dan saya berpantang di sana dan dia hanya menjengah saya seminggu sekali.
Perubahan Izzam buat saya curiga juga pada ketika itu. Izzam bukanlah seperti ini dulu. Sekali lagi saya kuatkan hati dan kata, ia adalah disebabkan kerja.
Allah nak tunjuk pada saya, satu hari saya terbaca WA yang mencurigakan di telefon Izzam. Dari situ saya p4ksa Izzam berterus terang. Bagaikan halilintar memanah saya, baru saya tahu Izzam sudah menikah lagi di Siam dengan tomboy keraninya itu.
Alasan Izzam, dia kesian t0mboy yang bernama Sheer itu datang dari family yang berpecah beIah. Mempunyai 1001 masalah dan mend3rita s4kit k4nser yang kr0nik. Dek kerana kerap menjadi tempat melepaskan kisah sedih dan nasib maIang, Izzam jatuh kasihan dan memutvskan untuk membantu kononnya.
H4ncurnya hati saya. Saya meminta petunjuk dari Allah, apa yang patut saya lakukan. Saya tidak redha diperlakukan seperti ini. Akhirnya saya telah mengupah penyiasat persendirian untuk menyiasat siapa gadis bernama Sheer ini.
Dari situ barulah saya tahu Sheer bukanlah t0mboy dari awal, dia berubah setelah kecewa sebelum ini. Sheer bukanlah datang dari keluarga yang berantakan sangat, tetapi keluarganya membuang dia kerana berper4ngai buruk, telah memaIukan keluarga dan pernah dituduh menggunakan ilmu hitam ke atas seseorang.
Agenda untuk memancing Izzam adalah sesuatu yang memang dirancang awal kerana Sheer menyangka Izzam sangat kaya dan boleh membuka mata keluarganya untuk menerima dia semula. Sheer juga telah berhenti kerja sebaik saja berkahwin dengan Izzam.
Makan tanggung, ber4k cangkung, bak kata pepatah. Dek kerana terlalu malu saya tidak sanggup bercerita dengan sesiapa pun hatta kawan baik mahupun keluarga saya sendiri. Saya malu sekiranya dituduh tidak pandai jaga suami.
Raiza yang mempunyai serba serbi dan selalu dianggap bertuah rupanya dikhi4nati Izzam. Sump4h saya malu. Tetapi seorang sahabat baik saya dapat meneka apa yang berlaku dan saya tak mampu mengiyakan sebaliknya hanya menitiskan airmata.
Dia meminta saya berkongsi masalah dengan keluarga saya. Katanya, “Apa – apapun jangan sesekali kau ke belakangkan keluarga. Seandainya terjadi apa – apa, merekalah tempat kau bersandar.” Lebih meng3jutkan dan meruntun hati saya apabila saya ditunjukkan gambar Sheer yang sedang berbaring di atas katil keIamin kami.
Rupa – rupanya, kisah mereka sangat memualkan. Mereka menjalin hubungan ketika saya sedang mengandung. Ketika saya keguguran Izzam telah membawa Sheer ke rumah kami dan mereka hidup seperti suami isteri di rumah saya sementara saya berpantang di rumah keluarga.
Hasil dari hubungan terIaknat akhirnya Sheer mengandung. Saya juga dipertontonkan bukti ‘checkup’ pada bulan Disember dan bukti nikah di Siam pada bulan Januari. Suami yang saya kasihi, yang mithali, menantu kesayangan, warak dan disegani mempunyai anak luar nikah dengan perempuan yang tidak baik. H4ncurnya hati saya.
Bukti – bukti itu membuatkan Izzam mengaku segala perbuatannya. Katanya dia terIanjur dengan wanita yang berpewatakan lelaki itu dari dorongan nafsu semata. Dia tidak mencintai langsung Sheer. Tetapi kerana terlalu rapat, beIas kasihan telah bertukar menjadi nafsu, karakter Sheer yang pandai mengg0da dan sentiasa positif walaupun mempunyai k4nser dan hampir m4ti membuat dia mengagumi wanita itu.
Sheer juga kononnya sanggup berk0rban nyawa melahirkan zuriat Izzam walaupun berisik0 sebagai tanda peng0rbanan untuk Izzam yang memang menantikan zuriat sekian lama. Saya rasa nak munt4h, Izzam menduakan saya ketika saya masih mengandung.
Kononnya gunakan alasan zuriat untuk halalkan perbuatannya?? Saya mem4ksa Izzam menceraikan saya tetapi Izzam enggan. Dia merayu dan mengatakan tak mampu hidup tanpa saya. Siang malam saya berdoa diselang selikan dengan bacaan yassin dan Quran untuk tenangkan hati, tidak juga reda ribut di hati saya.
Saya disahkan menghidap mild depr3ssion. Akhirnya saya telah mengikuti kelas motivasi untuk tenangkan hati dengan bayaran 6 angka. Saya cuma perIukan orang mendengar rintihan hati saya dan beritahu saya apa yang perlu saya lakukan.
Pakar motivasi saya menyarankan apa yang patut saya lakukan dan memberi tempoh untuk Izzam kembali kepada saya ataupun jalan akhir, perceraian. Setelah Sheer melahirkan anak, hidup Izzam sem4kin serabut. Izzam seperti baru sedar dari mimpi yang panjang.
Dia baru menyedari Sheer bukanlah gadis yang positif dan beradab. Itu semua hanya lakonan untuk memancing Izzam sebelum kahwin. Izzam juga baru tau dirinya ditipu tentang peny4kit k4nser Sheer. Sheer bukanlah di ambang m4ut seperti yang diceritakan.
Malah dia mula mengenali siapa Sheer melalui ahli keluarga Sheer sendiri. Tak perlu saya bongkarkan kepada Izzam siapa Sheer sebenarnya. Bangkai gajah bukan boleh ditutup dengan nyiru. Sheer juga sudah pandai meminta – minta.
Kerap juga dia post di fb merungut tentang nafkah dan kehidupannya yang tak sesenang mana. Baru dia tahu bahawa segala harta Izzam adalah atas nama saya. Saya yang membeli semua aset. Kesenangan yang dia nampak adalah atas bantuan saya selama ni.
Jadi apabila Izzam berkahwin lain, saya hentikan semua bantuan ke atas Izzam dan saya tuntut nafkah saya yang bertahun – tahun diabaikan. Izzam mula merasakan ekonomi sem4kin sempit dan beban mempunyai tanggungan yang lebih.
Tetapi Izzam lelaki yang bertanggung jawab. Saya lihat dia menangis di setiap sujudnya. Dia memohon keampunan dan kekuatan menghadapi hidup ini. Adakalanya saya sendiri menangis melihat Izzam. Saya tahu dia menyesal yang amat sangat dan berharap segalanya tidak pernah berlaku.
Tetapi dalam masa yang sama hati saya juga h4ncur. Saya pernah cuba untuk belajar menerima Sheer sebagai madu tetapi setiap kali saya cuba untuk menerimanya saya terbaca WA dia kepada Izzam yang meng4muk tidak mahu bermadu.
Dia mahu Izzam sentiasa ada dengannya dan meminta Izzam tinggalkan saya. Dia juga menggelarkan saya dengan panggiIan ‘makcik’ di fb dan kerap memuat naik status mengh1na dan memerIi saya. Saya tak pernah meIawan.
Atas nasihat kawan baik saya, katanya jangan sesekali berper4ng di socmed. Katanya Sheer muda dan memang bukan dalam liga kami. Jangan sesekali kita jatuhkan martabat kita setaraf dengannya. Saya beritahu pada Izzam, saya bukan anti poIigami, tapi sekurang2nya carilah wanita yang baik, beradab dan pandai menghorm4ti saya selaku madunya.
Izzam akui ‘tidak beradab’ itu adalah kelemahan Sheer dan salahnya yang tidak pandai didik Sheer. Setiap kali giliran suami di rumah saya, Sheer kerap WA dengan pelbagai perkara kec3masan kononnya. Sepanjang mengandung, banyak kali beliau kononnya jatuh bilik air, berlaku pend4rahan dan sebagainya.
Kadang – kadang Izzam baru masuk rumah, belum sempat duduk dah terima WA Sheer terjatuh dan terp4ksa berpatah balik ke rumah Sheer. Selepas melahirkan kisah kec3masan tak habis lagi. Kali ni anak pulak punya hal, minta suami pulang segera.
Tak habis – habis drama anak beranak. Saya juga sering didatangi mimpi yang pelik – pelik, terdapat gangguan – gangguan pelik di dalam rumah kami dan beberapa kali disinggahi pelesit. Banyak petua yang saya amalkan untuk elakkan benda – benda yang tidak baik.
Setiap kali saya mengamalkan mandian air bid4ra, gangguan akan berkurangan. Atas nasihat seorang ustaz dan kawan baik mereka meminta saya bawa Izzam pergi berubat kerana Izzam banyak berubah. Bukan lagi Izzam yang ceria dan genius seperti yang mereka kenal dulu.
Tapi Izzam enggan dan menafikan dia berada bawah pengaruh sih1r. Saya sangat – sangat menyayangi Izzam. Saya malu kalau perkara ini diketahui kenalan kami, mereka akan mengatakan saya b0doh kerana masih berharap sedangkan saya mempunyai segalanya, karier, wang, pendidikan dan rupa.
Tetapi Izzam adalah cinta m4ti saya, saya tak dapat bayangkan hidup tanpa Izzam di sisi. Saya juga merasakan Izzam patut ‘diselamatkan’ bukanlah ditinggalkan. Lebih – lebih lagi sejak kelahiran anak luar nikahnya saya nampak penyesalan dan keinsafan yang sangat besar di wajah Izzam.
Doakan yang terbaik untuk saya. Saya masih menunggu sehingga tempoh ‘baik pulih’ seperti yang disarankan oleh pakar motivasi saya tamat. Sekiranya Sheer masih wujud di antara kami, saya sendiri tidak tahu berapa lama lagi saya masih mampu bertahan. – Yang Dis4kiti (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Marini Othman : Hidup kita di dunia sekejap saja. Puan beruntung kerana Allah telah beri banyak kemudahan serta kesenangan hidup. Akhirnya tiba masa untuk Dia uji puan. Kerana Dia ingin mengurniakan puan syurgaNya, yang amat mahal harganya, yang perlu ditebus dengan suatu perjuangan yang besar.
Puan boleh pilih untuk terus bersama suami, tapi jadilah wanita yang sabar, yang bertaqwa kepada Allah dan yang mencintai Allah lebih dari dunia ini dan isinya. Abadikan sisa – sisa hidup untuk jalan Allah. “Lepaskan” perasaan itu… untuk ik4t atau kongkong suami.
Jika dia yang Allah takdirkan terbaik untuk puan, InshaaAllah suami tak akan lari ke mana – mana, akan sentiasa ada untuk puan. Jika puan pilih untuk berpisah, biarlah kerana Allah juga, dan juga kerana ingin lebih khusyuk dalam beribadah, tanpa ada gangguan – gangguan em0si.
Puan lebih tahu kekuatan jiwa puan sendiri. Juga kena terus bersabar dan abdikan diri di jalan Allah, dan terusan berdamai dengan takdir Allah. Pesan bapa saya, setiap kita manusia akan diuji Allah dengan ujian yang besar terutama di waktu kematangan hidupnya; dan itu adalah suatu tawaran syurga dari Allah
Abidatul Akmaliah : Cinta terhadap manusia melebihi cinta terhadap Allah itu adalah satu baIa (nasihat kepada diri saya sendiri dan semoga orang lain pun ambil nasihat ini). Cinta m4ti macam mana pun suami itu hanyalah pinjaman bukan milik kita. Semoga tt diberikan petunjuk tanpa dipengaruhi em0si.
Cik Fatin R : Kuatnya tt. Kalau saya, tak mungkin boleh maafkan suami yang dah berz1na. Maaf cakap ya. Saya lebih rela lepaskan, bagi je dia dekat perempuan yang sanggup gadai maru4h sebab harta. Jangan tahan benda ni, sanggup ke seumur hidup nak hadap?
Jangan cakap Izzam tu cinta m4ti puan. Hidup m4ti kita kerana Allah SWT je. Saya harap puan yang menulis ni diberi petunjuk dan kekuatan. Semoga diberi kebahagian dunia dan akhir4t.
Nea Nisha : Cik raiza betul lah bukan senang nak tinggalkan orang yang bertahun – tahun awak sayang. Tapi susah untuk husband awak tinggalkan dia, sebab ada anak, dia balik rumah sana tipu lah dia tak sayangkan 2nd wife dia tu.
Macam mana buruk pun itu wife dia. Cik kena fikir apa yang cik nak je, teruskan hidup bermadu dan hadap je, tapi tak hilang suami, atau lepaskan dia tapi makan hati la, suami jatuh kat tangan orang lain. S4kit tu lama untuk sembuh tapi mungkin lebih bahagia.
Madira Zafirah : Sahabat saya juga hampir bermadu. Dan hampir diceraikan gara – gara seorang perempuan yang menggunakan jampi pengasih pada suaminya. Mereka satu tempat kerja. Alhamdulillah.. Allah selamatkan rumahtangga mereka berkat doa ibu mertuanya dan berkat ikhtiar berubat dengan perawat Islam.
Walaupun tak mudah sahabat saya untu lupakan apa yang berlaku tapi percayalah. Dia melaluinya dengan sokongan keluarganya. Betul.. Jika di antara dia dan suaminya masih ada perempuan itu. Entah berapa lama lagi dia mampu bertahan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.