
Setiap kali solat dengan suami, dia letak buku bacaan solat depan dia. Dia akan tergagap nak baca doa, doa pun semua dalam rumi je bulat – bulat. Satu hari masa suami tengah solat isya’, aku curi – curi bukak HP dia. Terk3jut aku tengok apa yang ada dalam HP suami.
#Foto sekadar hiasan. Nama Aku “S” dan suami aku “A”. Aku dan suami baru setahun setengah kahwin. Aku mulakan dengan bahagian cerita aku terlebih dulu. Aku dilahirkan dalam keluarga sederhana biasa sahaja dan dari segi background Agama tu tak de lah orang kata str1ct sangat dan terlalu Islamic.
Tapi masih di landasan yang tau batas batas agama dan masih diterapkan amalan solat 5 waktu yang menjadi tuntutan wajib semua umat Islam. Mengaji, sejujurnya aku tak pernah khatam, tapi aku tau la basic mengaji sikit – sikit.
Masa aku kecik mak bapak aku sibuk kerja maklumlah kerja office 8 – 5 kat KL. Bila balik pulak penat mana ada masa nak ajar anak mengaji sangat. Yang ajar aku mengaji pun cuma mak aku kadang – kadang ada tunjuk ajar selebihnya arw4h nenek aku beIah mak yang ajar.
Setakat Surah An-Nas, Al-Ikhlas dan surah pendek lain InshaAllah masih melekat dalam hati dan kepala otak aku. Tapi satu perkara yang orang luar tak pernah tau pasal keluarga aku ialah Ketua Keluarga Aku iaitu ayah aku tidak pernah membimbing aku, adik beradik aku termasuk mak aku iaitu isteri dia sendiri.
Tak bimbing dari segi agama tu dari segi semualah dan ayah aku ni seumur hidup dia aku tak pernah nampak dia solat. Apatah lagi untuk menjadi imam kami sekeluarga. Jadi apa yang aku nampak, bahana bila tak solat ni ialah ayah aku panas baran yang amat.
Kaki pukuI cepat marah dan selalu jadi m4ngsa ialah mak aku dan aku, sebab aku anak sulung banyak pert4hankan mak bila kena pukuI dengan ayah. Aku dan adik beradik membesar dengan tr4uma. Mana tak nya seminggu sekali mak aku dengan ayah aku mesti g4duh.
Tapi punca g4duh tu dari ayah aku selalunya. Biasalah orang tak solat, tak ada ketenangan hati dan jiwa kosong.. Bila jiwa kosong tak ada iman, tak ada amal jadi sy4itan – sy4itan akan ambik alih la kan. Masuk pulak cerita bahagian suami aku.
Dia bukan k4fir tapi dia dilahirkan Islam cuma bapak dia Cina c0nvert. Tapi of course lah mak dia Islam. Jadi anak pun Islam lah kan. Kat sini part dia susah sikit sebab aku banyak tau benda benda dalam keluarga suami ni selepas berkahwin.
Contoh aku baru tau bapak mertua aku tak solat. Suami aku pulak masa nak kahwin memang ada gagap nak baca surah itu ini, dengan t4hiyat tunggang langgang tak hafal tapi awal kahwin tu solat sekejap je. Bila dia imamkan aku, dia letak buku bacaan solat depan dia.
Oklah aku tak kisah masa awal kahwin dapat imam yang tidak berapa sempurna. Sampai lama kelamaan suami balik lambat daripada kerja. Jadi aku akan selalunya solat dulu tak dapat tunggu dia. Kalau tunggu habis waktu jawabnya.
Jadi bila aku dah Maghrib selalunya aku tunggu Isyak terus. Suami aku balik lambat. Kadang – kadang pukuI 10 / 11pm. Jadi bermula lah cerita dia solat asing dan aku pun asing.. Dah tak berjemaah lah kira. Tapi aku perasan satu benda pelik kalau aku berjemaah dengan suami bila part doa suami aku baca doa tergagap – gagap.
Bila dia nak berdoa tu macam dia tengah fikir nak buat ayat apa ek? Nak doa apa ek? Macam cara suami aku ni macam dia tak pernah berdoa lah sebelum ni.. Doa pun semua rumi je bulat bulat. Zikir ke apa memang tak de lah.
Sampai lah satu hari Allah Maha Kuasa, Allah nak bagi jawapan kat soalan – soalan aku. Aku tergerak hati check hp suami masa dia tengah solat Isyak sorang – sorang (sebab balik lambat lagi lah). Tup tup bukak google history ada bukak website Iucah tapi lupa delete.
Aku tau dia mesti layan masa waktu kerja. Sebab kat rumah tak kan nak layan depan aku? Jadi ini jawapan terbesar aku jumpa patut lah suami aku culas nafkah batin pada aku. Sebab nafsu dia dah diIampiaskan semua pada video – video yang dia layan.
Aku pun turun dengan HP suami aku di tangan aku. Aku dengar dia tengah berdoa atas sejadah, “Ya Allah jauhkan lah aku dari d0sa maksi4t dan juga z1na.” Aku dengar doa suami aku aku rasa lawak, nak tergelak pun ada macam dengar sy4itan bertopengkan manusia sedang berdoa!!!
Habis doa dia pelik aku tunggu dia berdoa dengan HP dia. Muka suami dah nampak cuak dia tau dia dah kant0i. Tapi being def3nsive la sebab tau buat salah dia cakap kat aku “Why are u checking my phone?!” Tinggi suara tak semena – mena.
Padahal baru lepas berdoa kononnya. Kami berg4duh dan aku kecewa dia mengaku dia layan video tu masa kerja masa mencari rezeki. Allahu.. Dua tiga minggu sekali dia sajikan dan jamu mata dengan benda tu. Aku tanya kenapa solat dan doa mintak jauh dari maksi4t dan z1na tapi diri sendiri masih pilih untuk mendekati z1na mata?
Lalu suami aku bagi jawapan, selama ni dia solat sebab terp4ksa sahaja.. Sebenarnya dia tak nak solat. Baru aku faham dan aku tau yang dia tak pernah ikhlas dalam semua solat – solat dan doa – doa dia. Sejak dari itu bermula lah episod suami aku berhenti bersolat dan berdoa.
Secara official ya. Dan aku tengok dia buat tu dengan penuh bangga di d4da. Allahu.. Masuk bulan puasa, suami aku puasa setakat horm4ti bulan Ramadhan tapi tidak tambah apa – apa pahala berzikir, mengaji, solat fardhu dan terawikh jauh sekali lah.
Yang wajib 5 waktu pun tak boleh buat. Bangun sahur pun tak nak, aku lah yang gigih sorang sorang sahur hari – hari. Sudahnya aku sahaja la yang bentang tikar sejadah berseorangan (rasa macam tak ada suami) air mata kadang – kadang jatuh masa ambik wudhuk, masa berdoa lepas solat.
Aku mengharapkan aku bernikah aku dipimpin oleh nahkoda ku imam ku tapi aku tidak dapat semua tu? Aku masih bersolat sebab itu tuntutan kita sebagai h4mba dan kerana aku risaukan rezeki aku. Rezeki suami aku.
Allah dah cakap kalau kita jaga solat Allah jaga rezeki kita. Tapi macam mana dengan rezeki suami aku? Besar ke pahala aku dengan bersabar dalam keadaan suami aku k4fir cara begini? PerIukah aku meneruskan pelayaran perkahwinan ini atau tempat suami aku layak diganti oleh Imam lain yang lebih baik tapi aku belum temui?
Aku tidak mintak kesempurnaan tapi cukup lah Allah hadirkan kecukupan. Disebabkan suami aku tak solat jugak, bermula episod aku dipukuI. Aku pernah dit4mpar sampai braces aku pecah kena gusi, berd4rah dan bengk4k muka aku.
Suami aku dah macam sy4itan bila pukuI aku dan dia dah lupa aku ni isteri dan perempuan yang lemah yang memerIukan perIindungan dari dia. Aku ada mintak pertolongan dari seseorang, nama dia aku save dalam hp aku sebagai Ikhtiar Penawar Sihir untuk tengok kan masalah suami aku ( kawan baik aku yang bagi nombor).
Dia tengokkan masalah suami aku dan dari apa yang dia cakap suami aku dah bergelumang lama dengan kehidupan tanpa solat. Dia dah tak rasa berd0sa sikit pun walaupun sebesar zarah. Allahu.. Solat cuma untuk berkahwin tapi tidak pernah ikhlas mengubah diri dia sendiri.
Dia juga disih1r oleh sih1r IbIis dan sy4itan yang maha hebat. Sih1r IbIis dan sy4itan adalah lebih teruk dari sih1r manusia sebab sih1r manusia mungkin boleh berakhir dengan kem4tian. Tapi sih1r IbIis dan sy4itan akan menarik orang yang disih1r itu ke dalam Siksa Api Ner4ka di Akhir4t bersama – sama IbIis dan sy4itan – sy4itan tersebut.
Sedangkan manusia sendiri tahu Sy4itan dan IbIis telah berjanji dengan Allah Taala yang mereka akan menyesatkan umat Manusia. Aku masih memikirkan untuk meneruskan atau tidak tentang perkahwinan ini memandangkan aku tau suami aku disih1r.
Aku rasa ada tanggungjawab aku untuk selamatkan dia dari belenggu kehidupan begitu. Aku tak boleh bayangkan suami aku m4ti dalam keadaan k4fir. Aku pernah buat report di Pejabat Agama, minta khidmat kaunseIing sudahnya aku pergi sorang diri, suami takut nak pergi takut ditarbiyah dengan ustaz.
Sekian dulu confession aku. Aku harap dapat membaca pandangan dari kalian semua nanti dan menguatkan aku keluar dari masalah aku ini. “S”, aku juga belum sempurna. – “S”
Komen Warganet :
Aimy Nani : Dulu masa kursus kawen, ada ustaz tu ckp wife cuma boleh nasihat dan ajak suami solat cara hikmah, tak boleh suruh sebab suami ada eg0 dan juga lihat kawan yang mengadu masalah begini kepada saya, cuma suami dia baik ,rajin.
Kawan saya hanya mampu doa dan doa, sampai depa ada anak, kawan saya tu tegur suami cara hikmah, katanya kat suami, kita kena bersedia sikit – sikit nak jawab tentang solat, tentang agama. Sebab nanti anak sekolah mesti dia belajar tentang solat dan nak tanya kita macam – macam.
Dan perlahan – lahany suami dia berubah dan sekarang selalu jadi imam untuk family, so my point here is as a wife kita cuma boleh tegur dengan hikmah, selebihnya solat dan doa doa doa.
Nurul Balqis Adnan : Adik.. jangan terlalu menghukvm suami. Ada sebab Allah j0dohkan kamu dengan suami. Allah tak melihat bagaimana permulaan kita tetapi melihat bagaimana akhir hidup kita. Allah yang memegang hati manusia.
Mohonlah petunjuk dan hidayah kepada semua yang berada di sisi kita. Sekiranya mereka berubah ke arah kebaikan bukankah itu pahala untuk awak juga. Jaga mulut. Kata – kata itu lebih t4jam daripada ped4ng yang mem0tong.
Farah Adib : Sis, to be honest, saya tak rasa dia berubah jadi kasar semata – mata sebab tak solat. Saya rasa dia kecik hati dengan sis. Doa dan solat pun untuk pend0sa macam kita semua sis. Mungkin bila sis judge dan hukvm dia, dia jauh hati.
Mungkin dia rasa, “Kau solat tapi rasa diri lagi bagus, jatuhkan hukvm atas orang.” Orang yang solat walaupun terp4ksa, bukan mun4fik sis. Seorang pend0sa, yang berdoa supaya dijauhkan dari d0sa, tapi masih buat d0sa, pun bukan mun4fik.
Orang macam ni kena guide, bukan kena hukvm. Bukan kena sergah. Bila disergah, mereka jadi jauh hati dan member0ntak. Solat ni membersihkn, solat tu akan tetap bersihkan kita sikit – sikit walau apa sebab pun kita solat, even sebab terp4ksa.
Tak patut sis cakap dia pakai topeng semua tu. Lagi satu, berd0sa kita k4firkan orang. Ada hadis tentang ni. Actually dari awal dah cantik dah bila dia tetap nak jadi imam walaupun dia tahu dia banyak kekurangan, patutnya sis support dia, tapi sayang, sis judge dan jatuhkan hukvm atas dia. Bab doa pun, Allah faham semua bahasa, tak wajib pun bahasa Arab.
Shikin Aziz : Confessor, biar suami rasa terp4ksa solat lama – lama dia akan rasa pelik bila dia tak solat. Sebab hukvm solat 5 waktu ni wajib. Takde istilah terp4ksa solat 5 waktu. Dah cukup bagus suami p4ksa diri solat dari tak solat langsung.
Lagi satu. Nampak suami berusaha untuk solat. Confessor, tak semua orang Islam beruntung dilahirkan dengan suasana Islam. Mungkin Allah nak bagi pahala dekat saud4ra untuk membantu suami ke arah Islam. Mungkin kebaikan suami yang menj0dohkan saud4ra dengannya untuk mengajarnya ke arah Islam. Bantula suami puan. Semoga asbab perkahwinannya dengan puan menjadikannya seorang muslim sejati.
De Adams : Rasa kesian kat suami awak dapat isteri macam ni. Kau memang tak reti dakwah secara berhikmah ke? What on earth salah berdoa dalam rumi? To conclude, mungkin kau salah kahwin, kau expect dapat suami imam kot tapi dapat yang biasa. Berpisah saja lah kalau tak mampu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.