Suami bawa saya keluar dari rumah keluarga, dia bawa saya tidur bawah jambatan dgn duit RM50

Umur 19 tahun saya kahwin dengan tujuan nak lari dari ibu ayah. Kali pertama suami bawa saya keluar dari rumah orang tua saya, saya langsung tak sangka malam itu dia hanya mampu ajak saya tidur di tepi jambatan berbekalkan duit Rm50. Sedangkan dia kerja dalam badan beruniform..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua, saya harap admin boleh hide siapa saya. Saya teruskan saje tentang masalah yang say sedang hadpi. Amat perit sekali sampai tak tertanggung untuk disimpan sorang. Saya ringkaskan luahan seluruh hidup saya.

Saya telah berkahwin dah nak masuk tahun yang ke 10 dan memiliki 2 orang cahaya mata. Saya berkahwin di usia yang sangat muda, umur saya 19 tahun ketika itu. Beza saya dengan suami 14 tahun jarak usia. Tujuan saya berkahwin awal atas sebab hendak keluar dari rumah orang tua.

Bukan sebab hendak bebas seperti remaja lain tapi kerana hendak lari dari masalah keluarga yang porak peranda dari ibu dan ayah saya. Saya tak suka duduk di rumah, tak bahagia. Di sini bermula kehidupan saya, harapan yang tinggi saya letakkan, h4ncur seperti kaca bertaburan.

Saya berkahwin dengan suami yang kerja badan beruniform tapi masalahnya suami terlalu banyak berhutang dengan bank. Kali pertama dia bawa saya keluar dari rumah orang tua saya, saya langsung tak sangka malam itu dia hanya mampu ajak saya tidur di tepi jambatan berbekalkan duit Rm50.

Hari tu bermula la keperitan hidup ibarat tiada beza dari sebelum kahwin malah mungkin lagi teruk. Berbekalkan duit simpanan yang saya ada sebab saya bekerja sebelum ini, malam itu juga kami cari rumah sewa.

Alhamdullilah dapat la rumah papan yang ipar saya panggil reban ayam. Hidup ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, selama 2 bulan habis simpanan dengan saya plak bunting pelamin ketika itu, saya nekad belajar buat kuih sendiri.

Ujian datang lagi bila masuk bulan ke 3 perkahwinan, ibu mertua saya pula s4kit. Ketika itu, bermula la saya gadai dan jual segala barang kemas yang ada, semua duit hasil berniaga saya hanya untuk suami gunakan ulang alik tengok ibu dia.

Saya dah k0rbankan seluruh hidup saya untuk di, harta, kudrat dan keluarga. Sepanjang tempoh perkahwinan dia tak pernah bagi nafkah pada saya, pakaian dalam pun saya beli sendiri. Tambah pula adik dia datang dan duduk sekali bersama kami ketika itu.

Saya juga terp4ksa sara dari makan minum dan rokok adik dia. Selepas ibu suami meninggaI dunia, dia nekad berhenti perkhidmatan atas alasan takut tak sempat jaga ayah dia kalau s4kit nanti. Selepas dia berhenti kami struggIe nak bayar hutang bank dengan anak yang m4kin membesar.

Saya masih terus jual kuih. Penat memang terlalu penat tapi saya ikhlas menjaga ayah mertua tak kurang sedikit pun sama dengan ayah sendiri. S4kit dia saya urut, lapar dia saya masak dan suap, tak larat berjalan saya papahkan, tak mampu bangun saya angkat.

Saya buat semua tu tanpa saya beritahu pada sesiapa dan saya akan buat bila tiada orang. Saya sampai bergadai barang kemas hasil titik peluh sendiri demi beli ubat dan keperluan ayah mertua. Paling saya kecewa bila benda kebaikan yang kita tak tunjuk, disalah tafsir oleh ipar itu memang perkara yang paling s4kit.

Tambahan ada pula kaki kipas. Saat arw4h ayah mertua hidup, saya la yang paling banyak uruskan dia tanpa pengetahuaan orang lain. Sedangkan saat itu adik beradik suami seronok di buai mimpi ke hulu ke hilir, saya sampai jual barang apa saja yang ada ditubuh, habis barang kemas saya baru beli hasil pengeluaran KWSP.

Saya ambil order kuih muih sedangkan saat itu saya s4kit hanya kerana hendak menampung belanja suami ulang alik hospitaI. Selama suami ulang alik 100% pembelanjaan saya yang tanggung termasuk pembelanjaan rumah.

Tapi maIangnya, saat akhir arw4h ayah mertua, saya tidak mampu menjaga lagi bila peny4kit ANX1ETY saya ser4ng balik kerana masalah datang bertimpa – timpa. Tangan saya dah mula menggeletar, saya dengar suara bisikan di telinga dan saya tidak mampu mengawal kemarahan.

Kadang – kadang saya akan menangis tiba – tiba sehingga suami terp4ksa hantar saya balik ke rumah orang tua saya. Hanya kerana saat akhir arw4h saya tidak menjaga, orang sekeliling menghukvm tanpa tahu sebab. Sindiran dari sepupu sepapat seolah – olah saya tidak pernah menjaga mertua.

Saya serahkan segalanya pada Allah s.w.t kerana hanya DIA yang mengetahui setiap apa yang telah saya k0rbankan. Hanya air mata sebagai peneman. Saya minta suami ceraikan saya berkali – kali kerana saya rasa tidak mampu lagi terus hidup bersama dia dengan keadaan kerja tidak menentu, dikejar bank untuk sita harta, keluarga dia yang bermasalah dari mula. Saya rasa sangat serabut.

Saya perIukan pelindung, bukan untuk jadi pelindung orang lain. Seluruh hidup saya dari kecik sangat meny4kitkan. Saya sendiri ulang alik hospitaI atas beberapa masalah kesihatan dan hidup setiap hari dengan ubat. S4kit rasanya bila tak mampu puaskan hati manusia.

Komen Warganet :

Widuri Manja : Sesak nafas baca apatah lagi confessor yang mengadapnya. Hairan saya dengan perempuan – perempuan yang sanggup buat apa aja asalkan berlaki. Bila dah kena campak, baru nak merintih dan baca balik apa sumbangan yang dah diberi.

Memang rasa kesian sangat tapi dalam masa yang sama nak cakap, napelah b0doh sangat mengh4mbakan diri. Dalam Islam, wanita diletakkan di tempat tertinggi tapi dengan sikap begini memang jadi lauk je pada orang yang mengambil kesempatan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan kehidupan confessor.. Aamiin.

وان احسان صفيا مصطفئ : Allahuakbar.. besar betul dugaan dia. Semoga dipermudahkan urusan hidup dunia dan akhir4t. Sya penah lalui lebih kurang sama keadaan suami tu. Memang rasa putvs asa, saya serahkan diri 100% pada pilihan Allah SWT.

Alhamdulillah, kehidupan sem4kin baik sekarang. Dekatkan diri dengan Allah dengan hidup malam dengan solat taubat, solat tahajud dan solat hajat. InsyaAllah suatu hari nanti doa Puan akan diperkenankan, sebagaimana apa yang saya dah lalui. Amin.

Nur Syaqielah : Nak lari dari masalah tak semestinya kena kahwin. Kalau jumpa lelaki berguna mungkin ya masalah selesai, ni maIangnya kau jumpa lelaki tak guna. Orang yang berjaya selalunya lewat kahwin sebab dia nak stabilkan hidup dan enjoy puas – puas.

Bukan dok pilih jadi h4mba lelaki last – last keluarga yang kau tinggalkan tu jugak kutip kau balik. Jadikan pengajaran hidup, nak selesaikan masalah tak semestinya kena ada lelaki.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.