
Saya takde duit kecik nak bagi anak belanja sekolah, jadi saya suruh anak minta dekat ayah dia. Tapi dia meng4muk sebab asyik minta duit, sedangkan duit sebelum ni dah habis beli gas dan barang dapur. Dia baIing duit RM10, saya rasa terh1na dan tak ambik pun duit tu..
#Foto sekadar hiasan. Malu rasanya nak bentangkan kes saya ni, takut dik4takan nak menjaja kisah rumahtangga, tapi sebelum saya nak membuat keputvsan, saya nak minta pendapat anda semua. Saya dah berkahwin selama 24 tahun, anak pun dah besar – besar dari 22 tahun hingga 4 tahun.
Selama berkahwin anak – anak membesar dalam rumahtangga yang pincang, hari – hari huru hara. Selama 24 tahun jugak suami asyik buat hal, lepas satu, satu hal, saya bekerja kerana saya kena menanggung diri sendiri dan juga anak – anak.
Suami hanya bayar duit ansuran rumah, kerana itu harta dia. Tak pernah suami membeli sehelai baju pun untuk saya, apatah lagi barang kemas, dan saya pun tak pernah minta. Sesekali saya minta dalam RM50 – 60 kalau tak cukup duit sementara nak tunggu gaji, sebab saya banyak tanggungan duit gaji selalu tak cukup.
Seringkali dim4ki hamun, kutuk saya duit gaji pergi mana, selalu OT tapi duit ntah buat ape. Macam – macam lah. Setiap tahun bila bukak sekolah tak pernah nak tanya tentang persiapan sekolah anak – anak, tak pernah nak hulurkan duit, duit yuran pun tak pernah nak bagi.
Saya bukan la jenis yang suka meminta – minta dan bukan sorang yang suka berbelanja lebih. Kalau dia bagi duit pun mulut dia akan berkata sesuatu yang meny4kiti hati kita sebab tu lebih baik tak minta, tidaklah s4kit hati.
Setiap kali berg4duh, dia selalu kata dah muak dengan saya. Kadang – kadang saya rasa mungkin dia lebih suka kalau saya dan anak – anak tak ada di rumah. Saya sebenarnya dah dua kali bercerai dengan suami sebelum ni.
Sekarang tinggal 1 taIak saja lagi. Itu yg saya tengah fikirkan sekarang ini. Saya ni ada suami tapi macam takde suami, semua saya kena buat sendiri. Suami hanya cari duit untuk dia, duduk lepak – lepak dengan kawan di kedai kopi.
Kalau saya masak pun kadang – kadang dia tak makan, kalau saya tak masak, atau masak sedikit itu pun nak jadi bahan jugak. Setiap kali hari raya tak pernah menjadi hari yang berbahagia buat kami. Dah lama saya bersabar, dari sebelum kahwin dia dah tunjuk per4ngai.
Kalau dulu masa dia berduit dan masa muda asyik layan perempuan tak kira isteri orang ke, anak d4ra ke. Lepas satu, satu. Suka show off kemarahan tak kira depan siapa, baran kuat sangat, tapi tak pernah naik tangan. Cuma ada sekali – sekala bila g4duh tu dia lempang saya, tapi saya ni memang jenis suka Iawan balik.
Kadang – kadang saya malu dengan jiran sebeIah menyebeIah, bila g4duh, pung pang.. pung pang. 2 – 3 hari lepas dah elok balik, lepas tu g4duh balik. 2 kali bercerai tu semua gara – gara perempuan, masa tu baru anak 2, kecik – kecik lagi.
Selepas cerai hari – hari suami datang merayu – rayu nak rujuk, hari – hari dia datang ambik balik dari kerja. Sedangkan selalunya saya balik sendiri. Masa tu saya muda lagi, lemah bila dirayu, walaupun keluarga saya dah melarang.
Saya sedih anak – anak kecil lagi tak dapat kasih sayang dari ayah. TaIak pertama lagi 2 hari nak raya cam tu la lebih kurang. Dia lafazkan, “lepas raya aku ceraikan kau.” Kemudian buat aduan semua la kat pejabat agama tapi beberapa bulan aje baik, buat hal lagi.
Kali ni simpan perempuan GR0 pulak, lepas tu cerai lagi. Lebih kurang 3 – 4 tahun bercerai akak nikah semula dengan suami sebab saya tak boleh lepas dari dia, macam saya ni masih isteri dia. Segala pergerakan saya jadi perhatian dia.
Adik beradik dia ingat saya yang tergiIa – giIa adik dia padahal saya dah macam kene rantai dengan dia. Saya tak ada peluang nak bebas macam janda – janda lain. Dari saya ke hulu hilir dengan dia, saya ajak dia nikah balik semula dan dia pun setuju.
Tambah anak lagi 2 orang tapi per4ngai memang tak boleh ubah, tak makan nasihat. Dulu memang saya sayang sangat dengan suami, tak rela perempuan lain ambil suami saya tapi kini perasaan tu dah beransur pergi sebab perbuatan dia pada saya.
Saya rasa masa saya banyak terbuang begitu je dengan dia. Kalau tak saya mungkin dah berbahagia dengan anak – anak. Yang terbaru, bulan ini saya kesempitan duit maka saya minta dia belikan gas dan beras serta tolong berikan belanja anak saya RM4 sehari, saya hanya mesej.
Petang tu anak saya hulurkan duit RM100 pemberian suami saya. Saya pun beli keperluan dan duit RM100 itu sem4kin susut la. Pada satu pagi saya tak dek duit kecik saya suruh la anak minta pada ayah dia. Suami saya meng4muk sebab disuruh minta duit belanja.
Saya dengar bising – bising, dia tanya berapa RM lagi saya nakkan duit, saya ni kalau diletakkan seguni duit pun tak pernah cukup, sesedap hati dia bercakap. Saya pun dah naik geram, apalah salahnya beri anak belanja sekolah hanya RM4 setiap hari, itu pun nak melenting.
Dia campakkan RM10, tapi saya pulangkan balik duit itu, saya korek – korek duit siling dan bagi pada anak. Hati saya cukup s4kit dengan perbuatan suami saya, saya sedih mengenangkan, apa sebenarnya dalam hati dia terhadap kami ni.
Kalau begini la caranya, tak payah saya bersuami. Selama ini saya tumpang berteduh aja, sebab rumah dah ada, bukan ke menyediakan tempat tinggal itu tanggungjawab suami. Saya hantar mesej mengatakan yang saya akan tukarkan anak saya sekolah, selesai segala urusan saya akan keluar dari rumah.
Suami reply, “Itu keputvsan U, buat apa U suka, I dah malas nak banyak cakap, I ikut jer apa keputvsan U”. Saya sekarang berper4ng dengan perasaan saya sama ada nak keluar dari rumah atau sebaliknya. Saya benar – benar dah tak tahan dengan sikap suami.
Haruskah saya pergi ke pejabat agama untuk menyatakan yang saya akan meninggaIkan rumah, sebelum saya dituduh berbagai tuduhan oleh suami saya. Tolong beri pendapat anda.
Komen Warganet :
Azizan Hamid : Kita hidup m4kin berusia. Bukan m4kin muda. AjaI nak jemput bila – bila masa sahaja. Selagi belum ajaI, hidup kerana nak beribadah pada Allah, menyiapkan diri mengadap-NYA. Semua ni dapat dicapai ke kalau akak hidup seribu tahun lagi dalam keadaan rumahtangga begini?
Saya tak kata andai akak jadi ibu tunggal / janda, thing will be much – much better. Saya tak boleh gerenti tu semua sebab hidup ni kita sendiri yang corakkan. Nak bahagia kena usahakn ke arah bahagia, ikut sendiri punya persepsi tapi biar logik pada penerimaa umum. Doa usaha itiqamah dan tawakal, kena selari..
Tanya diri akak sendiri, the only reason akak stay sebab rumah? Ada tempat berIindung? If this is the only reason or main problem, then.. akak kene work out to counter this main problem. Sebab dari cerita akak, perasaan tu dah tak ada kan?
Takut nanit lama – lama hilang terus hormat pada suami. Rumahtangga yang sewajibnya membawa pahala, tapi mengundang d0sa semata – mata, then what for? Anak – anak dah besar, maybe mereka boleh bantu dari segi tempat perIindungan / umah. Since hal – ha; lain i.e tanggungan anak – anak akak yang settlekn, so shouldn’e be such a big problem kot. Gud luck sis.
Fain Nuramirah : Akak, kalau ikutkan hati saya memang nak temankan akak pegi pejabat agama, tuntut fasakh dah lama akak mend3rita, takkan ada kesudahannya, suami akak tak akan berubahnya, jangan harapla. Hati suami akak dah bertukar jadi batu itam yang dah berlumut, tak ada gunanya akak bersama denagn manusia tak bersyukur camtu.
Macam mana pendapat anak – anak? Ada tak akak berbincang dengan anak – anak? Biasanya si ibu sanggup bertahan dengan pend3ritaan tak berkesudahan ni kerana fikirkan anak – anak yang nanti tak berbapa walaupun hakik4tnya hanya bapa pada nama.
Kalau akak berpisah, saya pasti hati akak akan lebih tenang meniti hari – hari mendatang, dapat beribadat dengan penuh khusyuk, dapat melihat kejayaan anak – anak hasil titik peluh kita sendiri. Saya em0si ni pun bersebab kak, berdasarkan pengalaman ibu bapa dan sekarang saya pun dalam proses berpisah gak ni. Sabar je la.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.