Suami baIing semua nasi dan lauk2, kesian anak2 lapar tunggu sampai tertidur

20 tahun kenal suami dari zaman sekolah, sebelum kahwin tinggi suara pun tak pernah. Lepas kahwin kaki tangan pun berani naik. Semalam saya tengah masak nasi, tiba – tiba suami dah tak sabar nak makan nasi. Bila dia tengok nasi tak masak lagi, dia baIing semua periuk dan lauk. Anak – anak lari masuk bilik..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya dan suami dah kenal selama 20 tahun, dari zaman kami sekolah lagi. Usia perkahwinan kami baru 5 tahun dan kami telah di kurniakan 4 orang anak. 5 tahun, 3 tahun, 2 tahun dan 7 bulan.

Sebelum kahwin, suami seorang yang sangat baik tapi selepas kahwin, dia mula tunjuk per4ngai sebenar. Dia mula berani pukuI saya, sampai naik kaki tangan. Tiap kali mengandung, saya memang akan selalu kena pukuI dengan suami.

Dia sangat baran, kalau ada je yang tak kena mesti dia naik tangan. Setakat hari ni, anak – anak belom pernah kena pukuI dengan suami, cuma saya jer yang selalu kena pukuI. Cuma sekarang ni kalau suami meng4muk dia suka cakap,

“kau nak kena cerai ke?”, “aku sembeIih korang semua nanti”, “aku boleh hidup tanpa kau. Kau semua tak boleh hidup tanpa aku”. Mungkin dia cakap macam tu sebab saya ni tak bekerja. Sepanjang kahwin, dia tak pernah tolong apa – apa pun kerja rumah.

Jaga anak TAK PERNAH sekali. Dia hanya pergi kerja balik kerja. Duduk rumah main game ja. Pernah sekali tengah main game, line tak ada. Dia meng4muk dia baIing hp dan pecahkan hp dia. Nak kata baran tak baran dia tu.

Bab makan minum nafkah semua tak ada masalah, cuma masalah per4ngai dia cepat baran. Semua pasal suami, saya tak pernah cerita pada family saya tapi saya selalu cerita pada mak mentua saya sebab dia jer kenal anak dia.

Tapi mak mentua saya selalu salahkan saya kalau ada apa yang berlaku. Contoh semalam baru terjadi, nasi dah habis. Saya masak nasi untuk makan malam, waktu tu maghrib. Saya tengah masak nasi, tiba – tiba suami nak maka tapi nasi dah nak masak.

Bila dia tengok nasi tak masak lagi, dia campak semua periuk nasi ke dinding. Habis bersepah nasi ke dinding. Kemudian dia campak semua lauk – lauk ke dinding dan pinggan mangkuk habis pecah. Saya? Dah laIi. Saya diam jer sambil kutip – kutip dan kemas macam orang b0doh.

Anak yang no 1 dan no 2 lari masuk bilik. No 3 dan yang kecil menangis – nangis duduk kat dapur. Saya biarkan je mereka menangis sambil kemas – kemas dapur. Dah la sebelum tu anak – anak minta nak makan, mereka cakap lapar.

Saya cakap suruh tunggu lepas solat tapi lepas suami meng4muk nasi dah kena buang semua. Saya masak nasi baru pukuI 8 macam tu, saya masuk bilik nak bagitahu anak – anak, saya masak nasi jap suruh tunggu. Tengok – tengok, anak semua dah tidur.

Bila saya cerita dengan mak mentua, dia cakap salah saya siapa suruh tak masak nasi awal – awal. Itu jer. Tapi susah saya nak cakap. Hidup saya 24 jam untuk diri sendiri pon tak pernah cukup. Dulu pernah sekali kat rumah mentua, masa tu anak baru dua orang.

Saya demam, saya nak tidur tapi saya tengah susukan baby, nak tidurkan baby. Anak sulong saya ber4k, suami suruh saya pergi basuh ber4k anak sulong. Bila saya cakap nak tidurkan baby jap sebab saya demam pon, memang saya jugak yang kena buat semua. Dia tak akan buat.

Saya cakap kejap walaupun kepala tak larat, suami saya pergi bukak baju seluar anak tapi dia biarkan anak tu. Sekali anak tu bukak pampers, berterabur habis naj1s. Suami datang kat saya meng4muk dan tendang – tendang saya, dia pukuI saya.

Mak mentua saya datang nak halang dia dan tarik dia. Suami saya cakap la, “betina ni degil. Aku suruh basuh ber4k anak. Dia degil tak nak pergi.” Kemudian mak mentua saya pon cakap, “kau pon degil. Lain kali dia cakap apa dengar lah. Salah sendiri, tanggung laa.”

Saya terus bangkit bersihkan naj1s anak, bersihkan anak dan saya nangis dalam selimut terus tidur. Setiap kali saya nangis selalu rindu mak ayah saya tapi mak ayah saya tak pernah tahu apa yang saya laluiĀ  Saya tak ada kekuatan nak bercerita dengan mereka.

Anak saya rapat – rapat tapi saya tak merungut jaga anak. Kalau suami tolong sikit pon jadi lah tapi dia sendiri, main game jer 24 jam. Nak basuh cawan pinggan sendiri pon dia tak pernah buat. Kalau saya sedang solat, anak melaIak nangis, dia tak ada nak tolong jaga anak, ambil anak ke.

Saya sampai terp4ksa berhenti solat ambil anak. Dia? Macam tak wujud je kat rumah nih. Kami kat ruang tamu, dia dalam bilik main game. Malam kami nak tidur masuk bilik, dia duduk ruang tamu main game. Begitu la setiap hari.

Ikutkan hati, cinta saya untuk suami dah lama m4ti tapi salah satu sebab saya tak pergi kerana mak ayah saya orang miskin. Tak ada rumah sendiri.. Mak ayah saya duduk dengan abang, dia jaga. Kakak ipar pula tak berapa rapat dengan kami.

Saya tak ada tempat nak pergi dengan anak – anak yang masih kecil lagi. Kereta tak ada, macam mana saya nak lari. Tak apa lah.. Saya hanya mampu terus berdoa supaya Allah terus lembutkan hati suami supaya berubah. Mohon doa kawan – kawan doakan suami saya juga.. Terima kasih.

Updated : Benar lah kata orang. Kau kenal orang tu selama mana pon, bila dah kahwin, itu lah dia yang sebenar nya. Tak sama langsung. Sebelom kahwin dia tak pernah naik suara pon kat saya. Tapi lepas kahwin? Kaki tangan yang naik. M4ki hamun yang saya dapat.

Saya tak salahkan takdir, ini adalah pilihan saya. Saya yang pilih untuk kahwin dengan dia. Saya minta kawan – kawan tolong doakan dia je. Kalau tak pikir anak – anak kecil dah lama saya lari bawa diri. Tapi anak saya kecil – kecil tak senang saya nak hidup kat luar sana. Lagi banyak bah4ya menanti untuk anak – anak saya.

Komen Pembaca :

Fauziana Othman : Suami saya cakap. Lelaki yang suka pukuI bini ni “dayus / p0ndan”. Laki macam ni sebenarnya dia seorang pengecut. Mungkin laki puan masa zaman kecil / remaja selalu jadi m4ngsa buIi. Cuba puan jadi garang juga macam dia. Tengok dia terk3jut tak. Pilihan di tangan puan.

Kayywawa Kerol : Dok baca kat atas mula – mula nak tanya sis ni b0doh ke apa dah dibuat macam tu masih nak bertahan, bila baca beIah bawah sebab utama takde tempat nak tuju. Rumusannya sebabkan sis tak berani ambik tindakan sang suami sanggup dan berani buat macam tu.

Anak lari masuk bilik, ada yang mengis kat dapur. Psik0logi anak – anak m4kin lama m4kin terjejas, sis nak tunggu anak dia apa – apakan ke baru nak bertindak? Lagi satu pls jangan b0doh sangat pi citer kat mentua, sah – sah dia backup anak dia.

Sory la kasar.. jangan lembut sangat la sis benda da naik kaki tangan. Lepas ni kena pukuI ambik gambar tempat yang Iebam – Iebam tu hantar la kat sapa – sapa simpan bukti.

NurFazrina Nb : Sis tolong keluar dari rumah itu tolong Cari tempat perIindungan saya minta tolong sangat – sangat. Kebiasaan lelaki main game ni ibarat main Jvdi SUSAH nak berhenti. Kalau sis biarkan kehidupan sis ni anak – anak sis boleh jadi baran bila membesar.

Sekarang anak sis kecik memang dia tak pukuI nanti bila budak – budak dah besar sikit mahu tak kene pukuI kalau buat salah. Cukup – cukup lah baru ni cerita kisah Amir yang menyayat hati. Tolonglah sis minta bantuan.

Farahfuzi Mohamad Fuzi : Allahuakbar.. k3jamnya suami awak. Kalau awak ada kawan rapat, boleh la minta ihsan atauĀ  contact badan NGO yang protect ibu tunggal jika awak ready untuk angkat kaki. Tapi, apa – apa pun saya doakan suami awak berubah menjadi insan yang soleh yang penyabar dan bertanggungjawab terhadap diri dan family. In shaa Allah, aamiin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.