
Suami sering bandingkan saya dengan rakan sekerjanya , dia kata saya lembik sebab mengadu penat. Mak saya asyik minta duit, ibu mertua pula apabila call, sering s4kitkan hati. Satu hari masa dalam kereta saya terfikir satu benda dan itu telah mengubah hubungan saya dan mereka semua..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya perkenalkan diri saya sebagai H. Alhamdulillah tahun ini saya genap berumur 37 tahun, memiliki suami yang baik dan 3 orang puteri yang comel. Tujuan saya menulis hanya untuk berkongsi sedikit kisah hidup yang mungkin boleh dijadikan pedoman dan tauladan.
Mana yang baik, ambik lah sebagai pengajaran, mana yang buruk, kita elakkan. Saya bekerja sebagai seorang professional, bergaji hampir 5 angka. Suami pula seorang guru dan kami berkahwin mencecah angka belasan tahun.
Saya anak kedua dari enam adik beradik, lahir daripada keluarga yang berpecah beIah. Ayah keluar dari rumah semenjak saya berumur 12 tahun, meninggaIkan mak yang membesarkan 6 orang anak dengan bekerja kilang.
Hidup tanpa kasih sayang dan panduan daripada seorang ayah sangat meny4kitkan. Saya terjebak dengan masalah sosiaI, saya tidak solat dan seolah – olah hilang arah tapi alhamdulillah Allah kurniakan saya akal yang bijak.
Saya berjaya dalam pelajaran. Semenjak saya berada diuniversiti, saya tinggalkan semua per4ngai huru hara itu untuk saya kejar segulung ijazah dan nak bantu keluarga. Saya nak mak dan adik – adik keluar dari kelompok kemiskinan.
Ayah tak pernah menjenguk, tidak pernah bertanya khabar. Mak sibuk bekerja, siang dan malam mencukupkan belanja adik – adik ke sekolah. Semenjak sekolah menengah, saya ada biasiswa, saya tak pernah lagi minta duit dengan mak dan apabila berada di universiti, saya bagi sedikit dari duit PTPTN untuk belanja mak dan adik – adik.
Saya ik4t perut. Tapi saya tetap kuat dan cekalkan hati. Solat saya huru hara. Kami adik beradik tidak diajar ilmu agama di rumah, tidak diajar solat tapi itu bukan alasan. Entahlah, kalaulah boleh diputarkan masa, saya nak kembali ke masa muda untuk solat, sujud dan berdoa.
Sebelum konvokesyen, saya ditawarkan bekerja sebagai tutor di sebuah universiti tempatan. Oh ya, saya graduan kelas pertama, alhamdulillah. Bermula daripada itu, alhamdulillah kehidupan keluarga m4kin baik. Saya bagi mak hampir separuh gaji saya untuk perbelanjaan rumah.
Mak selalu cakap saya bagi sedikit, tak cukup. Mak selalu menekan saya untuk baiki rumah, beli kereta dan pelbagai lagi. Nampak di situ mak seperti tidak bersyukur, sebagai anak.. saya tahu mak dah banyak berk0rban untuk anak – anaknya.
Saya cuba memenuhi semua keinginan mak, sampai saya buat loan untuk baiki rumah mak. Takpa, saya ikhlas buat untuk mak. Ketika itu, saya seolah tiada apa – apa, hampir semua duit gaji saya gunakan untuk mak dan keperluan rumah di kampung.
Selepas 2 tahun bekerja, saya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi (PhD Fast Track), bergaji penuh dan ada biasiswa. Solat saya masih huru hara. Malunya saya pada Allah ketika menaip ini. Saya berkahwin ketika di tahun akhir pengajian phd.
Takdir Allah, saya mengandung selepas 1 bulan berkahwin. Bermula episod morning s1ckness yang teruk. Alhamdulillah selepas 9 bulan, lahir puteri sulung saya. Ketika puteri saya berumur 4 bulan, saya perlu kembali bertugas di universiti kerana cuti belajar telah tamat.
Saya balik semula ke negeri saya bertugas membawa anak sulung (saya PJJ dengan husband). Ketika ini c4baran hidup yang lebih struggIe bermula. Saya perlu bekerja, perlu menyiapkan phd dan saya juga seorang ibu yang sendirian menguruskan anak.
Saya penat, saya sedih, jiwa saya seolah – olah s4kit. Mak tak mengambil tahu tentang hidup saya berdua dengan anak namun masih mem4ksa saya memberi duit dan memenuhi kehendaknya. Suami sering membandingkan saya dengan rakan sekerjanya yang PJJ juga, katanya kawannya tu tak lembik macam saya yang sering mengadu penat.
Ibu mertua pula apabila call, sering membuatkan hati saya sedih dengan kata – katanya. Solat saya masih huru hara, hidup saya tak tenang.. Kemuncak str3ss dan struggIe saya adalah apabila service saya hampir ditamatkan kerana gagal menyiapkan phd mengikut masa yang ditetapkan.
Pada waktu itu jiwa saya kosong, saya seolah – olah menyalahkan Allah atas kepenatan saya, peng0rbanan saya sebagai anak, sebagai isteri sebagai ibu. Tidakkah Allah nampak apa yang saya telah buat? Saya struggIe, suami tak bagi duit nafkah, duit gaji perlu menanggung mak dan anak saya.
Allah tak nampak kah betapa saya perIukan kerja ini? Tak tahu kah tahap ‘s4kit’nya saya ini? Tak malunya saya persoalkan Allah begitu, sudah lah solat saya masih huru hara, ada hati lagi persoal takdir Allah. Tapi takdir Allah. Allah Maha Baik, Allah Maha Kasih pada h4mbaNya.
Saya berjaya habiskan phd, service masih diteruskan. Dilantik sebagai pensyarah DS51 dan suami saya dapat berpindah ke daerah saya bertugas. Saya dapat beli rumah, selang beberapa tahun saya dilantik ke jawatan pengurusan. Maha Suci Allah. Nikmat apa lagi yang kamu dustakan.
Namun.. h1nanya saya, kejinya saya.. solat masih huru hara. Huru hara ini maksudnya ada masa saya lebihkan atau dahuIukan perkara lain. Kadang – kadang tinggal solat. Solat sunat? Tak pernah. Zakat? Tak pernah. Suami saya tidak tinggal solat, solat dhuha tak pernah tinggal namun sikap dia pada saya agak dingin.
Kata – katanya agak kasar, jarang senyum, nafkah duit cukup payah. Tapi saya masih bertahan, saya rasa saya seperti tidak layak dapat suami yang penuh solatnya. Mungkin saya berjaya atas doanya. Itu fikiran saya ketika itu.
Saya masih ingat, satu pagi ketika sedang memandu ke tempat kerja, dalam hati saya ada satu perasaan hiba yang susah saya nak terangkan. Saya terfikir apa tujuan saya hidup, apa bekal saya untuk bawa berjumpa Allah. Saya orang yang Allah dah bagi ujian dan nikmat.
Banyak dah nikmat Allah pada saya walaupun mak masih bersikap begitu, suami masih dingin begitu, mak mertua masih tetap meny4kitkan hati. Saya ada anak – anak yang sihat, cerdik.. rumah yang besar, pekerjaan dan gaji yang hebat.. saya berpangkat dan dihorm4ti di pejabat.
Hati saya rasa hiba, saya rasa saya kena buat sesuatu untuk perbaiki diri. Perkara pertama yang saya buat, saya buat pem0tongan zakat bulanan dari slip gaji. Saya p0tong lebih, takpa. Kemudian, saya slow – slow mula mengaji setiap pagi selepas solat subuh, saya ikuti class agama (Mihrab) daripada Ustazah Norhafizah Musa.
Saya cuba bangun jam 4:30am setiap pagi untuk solat taubat, tahajud dan hajat. Saya ikuti class berbayar untuk pengajian agama. Selain ustazah Norhafizah, saya ikuti juga ustazah – ustazah dan ustaz. Saya dengar dan saya cuba amalkan.
Solat sunat, puasa sunat di awal – awal dulu saya seolah – olah malu nak minta dengan Allah untuk murahkan rezeki, saya malu. Saya hanya minta Allah ampunkan d0sa – d0sa saya (Moga Allah menerima taubat saya). Tapi melalui kuliah – kuliah yang saya ikuti, ustazah dan ustaz bagitau, minta lah apa saja dengan Allah.
Minta.. Allah Maha Kaya. Minta dengan Allah dulu.. baru berusaha kepada makhluk. Saya mohon Allah tetapkan hati saya dan istiqamah hingga khusnul khatimah. Saya doa kepada Allah moga Allah satukan hati saya dengan suami sebagaimana Allah menyatukan hati pasangan yang Allah redhai.
Moga Allah kurniakan rasa saling redha antara hati saya dan mertua dan moga Allah merahm4ti dan mengurnikan kesejahteraan hidup dunia dan akhir4t kepada mak saya. Moga Allah permudahkan urusan saya menyantuni keluarga saya.
Moga Allah redha dengan saya dan masukkan ke syurga tanpa hisab. Mungkin Allah bagi sebab saya meminta, saya berdoa.. saya sujud merayu. Allah yang pegang hati manusia, Allah yang tentukan takdir terbaik kepada kita, h4mbanya.
Suami saya masyaAllah.. menyantun saya isterinya ini dengan baik. Kadang – kadang saya rasa pelik dengan perubahan sikap dia, Ya Allah, terima kasih Allah. Mak saya alhamdulillah.. m4kin bahagia. Mak mertua.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. dia sangat seronok berada di rumah saya.
Pernah stay bersama kami 8 hari, tak mahu pergi rumah anak – anak yang lain. Bila call, asyik tanya bila nak balik.. dia rindu cucu – cucunya. MasyaAllah.. Allah yang Maha Baik, yang mendengar luahan hati, yang mendengar permintaan kita..yang memberikan mana yang baik untuk kita.
Saya rasa semua ini selepas hampir 2 tahun saya cuba berubah. Saya malu nak cerita kepada orang lain secara terang – terangan, cukup saya share secara umum di sini, harapnya dapat membawa manfaat kepada orang lain.
Maaf andai cerita saya ni kucar kacir, melompat – lompat.. saya cuma nak sampaikan, sebagai muslim. Sujud dan berdoalah. Saya antara h4mba Allah yang merasa nikmat ajaibnya berdoa dengan rasa rendah diri, rasa diri takda apa – apa. Rasa h1na..
Kerana Allah yang Maha Baik, Yang tidak pernah menolah permintaan h4mbanya. Untuk kawan – kawan yang ada macam – macam masalah, kembalikan semuanya pada Allah. Sujud dan berdoa bersungguh – sungguh dan jangan lupa bersedekah. Allah berikan apa yang sesuai dengan kemampuan kita. Jaga diri semua. Salam sayang. – H (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Raja Norkhairani : Sesungguhnya, manusia itu hanya akan diuji sesuai mengikut kemampuannya. Sehebat mana pun sesuatu ujian itu, sesukar mana pun ia di mata kita, percayalah, bahawa kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.
Aien Sein : Benda ni yang buat aku selalu hairan. Ada masalah sosiaI masa remaja. Tak solat. Solat langkau – langkau. Tapi nikmat melimpah – limpah.. Semua dapat. Sementara ada orang lain yang tak dapat satu apa pun.
Betul la orang cakap. Kadang – kadang Tuhan tu tak adil dalam menentukan takdir seseorang. Ada orang dia limpahkan dengan nikmat. Walaupun masih ada ujiannya tapi nikmat lebih banyak. Dan ada orang dia beratkan dengan ujian demi ujian. Entah bila entah nak dapat nikmat.. hmmm.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.