
Aku baru je pindah lepas kahwin, jadi aku buat jamuan sebab naik rumah. Aku panggil jiran terdekat. Ada sorang jiran ni, anak dia yang kecik minta nak minum air. Dia suruh budak tu minum sendiri. Apa yang aku takutkan terjadi, anak dia tumpahkan air dekat karpet! Tapi yang aku terk3jut adalah reaksi dari jiran aku tu..
#Foto sekadar hiasan. Salam sejahtera buat para pembaca. Ini kali pertama aku nak mengadu dekat sini. Aku baru je berkahwin. Aku dan suami baru berkenalan dalam beberapa bulan sebelum berkahwin, dan tempat tinggal kami agak jauh.
Jadi aku memang jarang berjumpa dengannya sebelum berkahwin. Jadi, aku tak berapa kenal karakter sebenar suami aku sehinggalah kami berkahwin, aku baru tahu yang dia agak particular dengan kebersihan. Aku bersyukur dikurniakan suami pembersih.
Dia akan terus membersihkan habuk – habuk kalau dia nampak, dan dia akan membebel jika ada makanan atau minuman tertumpah atas lantai, terutamanya atas karpet. Kotor, katanya. Selepas berkahwin, beberapa minggu lepas pindah ke rumah suami di satu bandar kecil, kami buat jamuan rumah terbuka kecil – kecilan dan jemput jiran – jiran terdekat.
Dalam kalangan jiran ni, ada seorang perempuan, aku namakan dia Efina. Efina berkahwin agak muda, dan ada anak seorang berumur setahun lebih. Efina ni jenis outspoken, banyak cakap, dan tak berapa peduli perasaan orang bila dia bercakap.
Semasa majlis tu, aku bersama Efina dan beberapa orang perempuan lain berkumpul dan berbual. Kami semua berumur dalam lingkungan 20-an, beberapa orang masih bujang, dan beberapa orang datang dengan anak kecil masing – masing.
Antara topik – topik yang kami bincangkan termasuklah berkenaan rumahtangga dan penjagaan anak – anak. Yelah aku kan baru kahwin, banyaklah tips – tips yang jiran – jiran bagi untuk pengantin baru. Antara yang paling aktif bercakap dan bagi tips masa tu, Efina lah.
Sebab dia yang paling berpengalaman dalam hal rumahtangga dan anak – anak ni. Selain borak – borak biasa, aku perasan yang Efina ni agak bossy, suka suruh orang itu ini. Ambilkan itu, ambilkan ini. Lepas tu tiba – tiba bagitau nak pergi rumah salah sorang jiran padahal tuan rumah tak ajak pun.
Jiran tu dah berubah air muka pun dia desak nak datang jugak. Agak penat melayan dia bercakap, tapi masa tu aku fikir takpelah, nak bermesra dengan jiran – jiran. Apa salahnya kan. Semasa berbual, tiba – tiba anak Efina mintak nak minum air.
Efina ni sebab dia dapat anak agak awal, dia mungkin rasa dia paling handal dalam menjaga anak kalau dibandingkan dengan kami yang lain. Jadi sebab anaknya mintak nak air, Efina tuangkan air sirap dalam cawan dan beri anaknya pegang dan minum sendiri.
“Anak – anak ni kita kena ajar berdikari dari awal, biar semua dia buat sendiri. Kalau salah pun takpe, biar dia belajar dari kesilapan” katanya masa tu. Tiba – tiba, seperti yang aku jangka dan takutkan, air sirap yang dipegang anak Efina tertumpah atas karpet rumah aku.
Aku cuba berlagak tenang, senyum dan ambil kain untuk lap tumpahan, tapi dalam hati Tuhan je yang tau. Aku tau lepas ni mesti aku kena hadap suami aku membebel sebab air tertumpah atas karpet. “Alah budak kecik biasalah. Biar kita bagi dari awal, dia belajar awal. Tak lama lagi pandailah minum sendiri ni. Kan baby kan. Baby mama pandai kan.” Kata Efina tanpa ada bibit – bibit kekesalan.
Aku masa tu masih senyum walaupun dalam hati rasa terbakar hahaha. Aku agak geram sebab aku rasa memang tak salah nak ajar anak dari awal, tapi tolonglah ajar anak kat rumah sendiri, bukan rumah orang lain. Di rumah orang, hormat harta orang.
Kalau nak anak belajar tak kira tempat pun, jadikan rumah orang tu tempat anak belajar adab jadi tetamu, belajar hormat harta benda orang. Bukan tempat anak belajar perkara basic sehingga menyusahkan orang lain. Aku ni baru air tertumpah dah rasa ralat sebab aku je kenal macam mana per4ngai suami aku.
Tak tahulah macam mana rasanya jadi tuan rumah yang dipecahkan tv, dibvnvh anak kucing dan ikan dalam kolam, macam yang terjadi masa raya hari tu. Mesti berganda – ganda ralatnya. Sejak daripada tu, setiap kali Efina datang rumah aku, aku buat persiapan awal.
Contohnya, makan mesti di meja makan yang takde karpet supaya tiada lagi kejadian air tumpah atas karpet. Baru – baru ni, Efina dapat kerja di satu band4raya lain. Dia perlu lapor diri awal. Jadi dia akan tinggal berjauhan dengan suaminya sementara menunggu suaminya berhenti kerja di bandar yang kami duduk ni.
Sebelum Efina pindah, aku berbasa – basi dengannya, ucapkan tahniah dan tanya dia akan duduk di mana sementara berjauhan dengan suaminya. Efina kata, dia akan tinggal di rumah sewa bersama kawan – kawannya yang bujang.
Kawan – kawannya yang akan tolong hantar dan ambil anaknya di nursery nanti. Dia juga akan minta kawan – kawannya hantar dan ambil di tempat kerja kerana Efina belum ada kereta. Dia tak perlu risau apa pun. Jadi, good luck aku ucapkan untuk kawan – kawan Efina. Semoga semuanya tabah.
P/s: Dan semoga aku pun tabah menahan kecaman netizen kalau confession ni disiarkan hahaha. – Gomez
Komen Warganet :
Setia Halili : Aku faham sangat dan very particular kalau bab kat rumah orang ni. Sebolehnya aku sendiri akan ambilkan air dan suapkan makan pada anak. Takut gini lah.. Tumpah sana sini. Tuan rumah pulak tak sedap hati.
Even air pon suakan pada mulut dia. Bab menyuruh orang lain itu ini maaf cakap kalau tak sampai atau tempat tu sempit why not minta tolong tapi kalau kau sendiri boleh bangun then kenapa kau sendiri tak bangun? Adab kat rumah orang pon kena jaga sama. Kalau tak mampu nak handle, better cepat balik. Selesai.
Ummu Younes : Tak patut mak – mak macam ni, akak pernah gak perati mak – mak yang seronok sangat boleh gathering ni sembang sampai taknak angkat muntut bila anak mintak makan siap suh anak tu gi amik sendiri sudahnya anak tu celup tangan dalam bihun goreng. Dah nak jamu orang lain lagi. Budak – budak kecik apa tahu. Bukan nak marahkan budak tapi maknya tu jangan sambil lewa sangat terutama bila kat rumah orang.
Nabila Nordin : Tepuk dahi baca komen mak cik bawangs kat sini. Baca betul – betul la makcik sekalian oi apa yang confessor cuba sampaikan. ADAB MENJADI TETAMU DAN MENJADI PARENTS DI RUMAH ORANG.
Rumah sendiri lantak la nak biar air tertumpah ke, munt4h atas cadar berjuta ke. Tu rumah sendiri ye wahai bawangs sekalian. Confessor pun tau nanti dah ada anak sendiri mesti dia akan mengalami apa yang kita semua alami.
Rumah bersepah, mainan anak terselit celah sofa, minuman tumpah dalam kereta. Yess, confessor tau. Tapi yang confessor nak tekankan ialah ADAB MENJADI TETAMU. Ye, kanak – kanak tetap akan jadi kanak – kanak. Tapi kita la sebagai parents bila nak bawak anak ke rumah orang, kena la kawal sikit anak – anak tu. Baca sampai penghujung ayat dan jangan la salah faham tentang apa yang confessor nak sampaikan
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.