
Lepas kahwin baru suami bagitahu yang ibunya Iumpuh. Ibu dia tidak tahu pun yang dia dah masuk Islam dan kami telah berkahwin. Aku jadi takut, sampai je rumah mertua aku dah kena marah. Aku dengan spontan kenalkan diri sebagai pembantu rumah yang akan jaga dia..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Bunga (bukan nama sebenar). Di sini aku nak kongsi kisah kehidupan aku, aku tak pasti adakah kehidupan yang sedang aku lalui. Namun aku redha bahawa Allah swt mempunyai rencana yang lebih baik untuk aku.
Ops!! Sebelum aku cerita dengan lebih lanjut, ingin aku maklumkan pada teman – teman dan pembaca di luar sana bahawa aku bakal melahirkan sepasang bayi kembar.. Okay, berbalik kepada kisah suka duka aku. Aku mengenali suami pada penghujung November.
Pada ketika itu aku merupakan seorang pembantu kedai merangkap penyelia di sebuah restoran di ibu Kota. Suami aku pula seorang doktor yang berpengkalan di Miami Florida, US. Perkenalan yang singkat antara kami telah membibitkan rasa cinta antara aku dan dia.
Dalam tempoh enam bulan kami berkenalan, suami meminta kebenaran untuk berkahwin dengan aku. Jadi pendek cerita, satu majlis telah diadakan secara kecil kecilan diadakan di halaman aku. Selalunya kalau kahwin dengan orang negara barat, perkara biasa kalau ibu bapa atau ahli keluarga sebeIah pihak lelaki tak datang.
Setelah seminggu melangsungkan perkahwinan, akhirnya suami meminta izin kedua orang tua aku untuk membawa aku pulang ke negara asalnya, di Miami Florida. Yelah, sudah jadi isteri, mesti ikut suami kan. Semasa dalam penerbangan yang berjam – jam lamanya, hati aku sungguh gelisah.
Selamat mend4rat, suami membawa aku ke sebuah hotel untuk berehat terlebih dahulu. Sebelum tu, pembaca sekalian, suami aku baru setahun memeIuk Islam sebelum kami berkahwin. Setelah sampai di hotel, kami berehat dan berpeluang bercerita serba sedikit tentang kehidupan dan keluarga masing – masing.
Pertama Kali air mata aku gugur ketika menjadi seorang isteri ialah :
1- Suami memaklumkan bahawa dia masih mempunyai isteri di US (juga seorang doktor). Masa ni mesti semua tertanya – tanyakan kenapa aku tak tahu ketika akad nikah tu. Rupanya – rupanya suami dah maklumkan pada ibu ayah aku tapi dengan alasan bahawa dia sudah lama kahwin iaitu selama 8 tahun namun belum dikurniakan rezeki (berjaya memujuk orang tua bahawa tidak akan sia – siakan aku).
2- Suami memaklumkan bahawa isterinya tidak tahu bahawa dia telah setahun memeIuk Islam.
3- Ibu mertua aku seorang yang Iumpuh separuh badan juga tidak tahu bahawa anaknya telah memeIuk Islam dan berkahwin dengan aku.
Jadi ketika mengetahui semua itu, ke mana harus aku tuju? Baru sahaja sampai, namun aku berserah kepada Allah taala. Sebaik suami bawak aku ke rumah ibunya. Aku dibawa berjumpa dengan ibunya yang sedang terlantar di atas katil.
Pertama Kali ibunya menjerit ke arah aku, “B4stard!!!” who are you ?? Aku dengan pantas jawab, “I’m sorry madam, I’m your son maid. He bring me here to take care of you.” Aku jawab dengan tenang dan penuh kesabaran.
Aku perkenalkan diri sebagai pembantu rumah yang diupah oleh suami. Aku nampak dia terdiam seketika. Suami aku pun hanya terdiam. Lantas aku sedar diri, sedar sangat sangat bahawa sejujujurnya inilah permulaan hidup aku di bandar yang terasing ni.
Sejurus selepas beberapa hari di rumah mertua, tentulah ada sedikit kekeliruan. Aku bantai solat tanpa pikir mana satu arah kiblat. Setiap kali aku solat, aku menangis macam nak m4ti memikirkan keadaan aku dekat sini. Aku bukanlah did3ra.
Walaupun mertua aku itu bukan Islam tapi aku tetap menjaganya tanpa lelah. Aku pun tak sampai hati nak bagitahu dekat mak ayah aku dekat kampung walaupun pada hakik4tnya mereka dah tahu kedudukan aku sebagai isteri kedua.
Mesti tertanya – tanya mana bapa mertua aku kan? Kisahnya, bapa mertua aku dah ceraikan ibu mertua aku sebab bapak mertua kahwin dengan seorang wanita Islam, malah bapa mertua aku pun sudah menjadi seorang Muslim yang baik.
Kenapa aku cakap baik. Masa dia datang melawat bekas isterinya, dia hanya bercakap perkara yang baik dengan penuh lemah lembut malah ditemani isteri barunya itu. Kedua – duanya lembut bicara. Aku berpeluang berjumpa dengan mereka dua minggu sekali sahaja.
Sebagai seorang wanita tentulah ibu mertua sedih diceraikan suami. Sebab tu masa mula – mula aku datang, dah kena tengking. Tapi dah berbulan – bulan aku kat sini, nampak dia m4kin okay. Okay berbalik pada kisah aku dan suami, kadang – kadang dia bawak isterinya jugak datang melawat ibunya.
Aku macam biasa, yelah orang gaji katakan. Selesai memasak dan mengemas, aku akan masuk bilik uruskan ibu mertua, siap mandikan, berbedak dan beri makan semua. Aku akan masuk bilik aku untuk rehat dan kadang – kadang baca Al-Quran.
Bila kita ada di negara orang, waktu ni lah kita sedar betapa kita kena dekat dengan Allah. Hanya Allah sebagai peIindung. Sejak aku mengetahui status aku sebagai isteri kedua merangkap pembantu rumah, aku tidak pernah mengangkat muka aku untuk melihat suami aku.
Satu ditanya, satu jugaklah jawapan aku. Malah aku dah berbulan – bulan memanggilnya dengan gelaran Sir dan tentulah isterinya aku kena panggil madam. Tapi isterinya lebih suka aku memanggilnya Rina, dia seorang Doktor.
Dr Rina aku lihat seorang yang baik hati, lembut bicara dan cantik. Cantik sangat kalau nak bandingkan dengan aku. Suatu hari, masa tu hari jumaat, aku tengah masak untuk ibu mertua, loceng rumah berbunyi. Aku lihat Dr Rina datang tapi suaminya a.k.a suami aku tak kelihatan.
Dalam hati berdoa agar takda sebarangan pertanyaan dari Dr Rina. Sangkaan aku meleset bila dia terus bertanya di mana suaminya mencari agensi pembantu rumah? Sudah tentu dia terk3jut melihat pula aku seorang Islam bekerja dengan orang bukan Islam.
Perkara pertama menyentuh hati dan perasaan aku ialah dia tanya, okay ke solat di rumah mertuanya ini? Selesakah? Aku jawab, insyaAllah. Sangat selesa dan tak pernah ada gangguan pun. Islam sendiri dah berkembang dekat sini dan sebab bapak mertua dah peIuk islam, mereka tahu sedikit sebanyak tentang apa yang boleh dan tak boleh.
Kemudian soalan demi soalan bertalu, aku dengan tenang supaya dia tak syak apa – apa. Sebelum balik dia beri aku sebungkus plastik. Katanya beli di Asian market. Bila aku buka terdapat sehelai sejadah untuk aku. Allahuakhbar.
Berderai air mata aku. Dugaan apa yang aku sedang lalui ini. Apakah perancangan Allah untuk aku? Setiap kali aku solat, aku tak lupa berdoa untuk semua orang termasuk mertua dan Dr Rina. Aku doakan Allah beri mereka hidayah.
Sungguh – sungguh aku doa. Dan aku akan solat di dalam bilik mertua aku sebab mertua aku ni jenis nak panggil – panggil ja. Pada suatu hari, aku ingat lagi iaitu pada 14 julai merupakan tarikh lahir aku. Aku berdoa sambil menangis – nangis.
Aku sebenarnya rindu dekat keluarga di Malaysia dan dalam masa yang sama mengenang nasib aku sebagai isteri yang tak diiktiraf. Waktu tu malam. Aku tak sedar yang mertua aku sedang memerhatikan aku. Selesai solat, aku terk3jut bila terpandang mertua aku sedang memandang aku.
Dia bertanya, “kau tahu kenapa aku benci kau?” Sebab dia marah kerana orang macam aku, suaminya (bapa mertua) ceraikan dia. Aku terdiam. Dalam hati, kalau lah dia tahu yang anaknya berkahwin dengan aku, apa pulak perasaannya. Ya Allah, bantulah aku ya Allah. Bantulah aku.
Mertua tanya lagi, kenapa aku menangis? Aku kata aku doakan semua orang yang aku sayangi? Yang hidup mahu pun meninggaI dunia. Mertua cakap lagi yang dia tak ada agama dan langsung tak percayakan Tuhan. Aku diam seribu bahasa, aku bukan pandai nak ceramah – ceramah.
Aku rasa ilmu aku ni tak cukup nak berdebat dengan orang bukan islam. Takut salah jawap makan diri. Kemudian aku minta diri nak keluar untuk pergi bilik sendiri kerana aku nak sambung baca Al Quran. Aku terk3jut bila mertua kata, bacalah kat bilik dia.
Aku kata nanti mengganggu dia nak rehat dan tidur. Tapi dia kata takpa. Aku pun dengan tenang dengan nama Allah yang penyayang lagi Maha mengasihani aku baca surah – surah pendek sahaja. Yelah, kang panjang – panjang mahu pulak ibu mertua aku meng4muk.
Tiba – tiba aku nampak suami aku pulang menjenguk ibunya. Ibunya gembira melihat anaknya balik. Setiap kali berjumpa ibunya, suami aku sering meminta maaf kerana tidak dapat memberikan cucu buat ibunya. Tatkala mendengar percakapan dua beranak tu, aku mohon minta diri untuk keluar dari bilik.
Pembaca mesti nak tahu bila aku berjumpa dengan suami aku kan. Ya.. kami hanya berjumpa seminggu dua kali iaitu pada setiap Jumaat dan Selasa sahaja. Dan aku hanya berpeluang salam dan mencivm tangannya hanya pada hari selasa itu pun disebabkan dia datang membawa ubat untuk ibunya.
Kalau jumaat Dr Rina akan ikut bersama. Dan aku tak pernah pun berbicara apa – apa tentang kehidupan kami kalau berjumpa. Aku risau mertua aku perasan pula. Sejak tu aku jadi jauh, aku jadi orang asing. Tapi Allah Maha kaya Maha mengetahui.
Pada malam hari lahir aku, suami pulang seorang diri ke rumah ibunya. Dia memeIuk aku sambil menangis. Aku seperti orang yang tak ada perasaan. Aku hanya diam membisu. Katanya dia bersalah terhadap isterinya dan juga aku. Aku banyak berdiam.
Tapi malam tu, malam sejarah buat aku, pertama kali suami aku layan aku macam seorang isteri. Itulah pertama kali aku kira sejak lapan bulan kami berkahwin. Sejak peristiwa malam tu, suami sering balik ke rumah ibunya.
Kadang kala menimbulkan syak pada mertua dan isterinya. Sehingga lah pada January pertengahan aku disahkan hamil. Suami tak tahu kewujudan kandungan aku tapi orang pertama yang dapat menghidu adalah mertua aku.
Guess what happen lepas tu? Ya, Mula – Mula aku kena marah macam penjen4yah besar. Tiba – tiba mertua peIuk aku sekuat – kuatnya. Aku terk3jut. Sungguh terk3jut. Dia kata sejak dua bulan aku datang sini, dia dah tahu aku ni isteri anaknya.
Macam mana dia tahu? Sebab setiap kali bapak mertua aku datang lawat dia, bapak akan cakap, “she is a good woman for our son”. Patutlah mertua aku mengada – ngada buIi aku kat dalam rumah dia. Bukan buIi mend3ra tu tapi macam – macam dia minta aku buat.
Lepas kami duduk dan bercakap seketika, aku bagitau pada mertua aku supaya jangan diberitahu pada suami aku kerana bimbang Dr Rina dapat tahu. Aku juga kesian melihat Dr Rina, orangnya sungguh baik. Sesungguhnya Allah menduganya dengan belum memberinya cahaya Mata.
Setelah itu, ibu mertua meminta anaknya membeli sebuah rumah di kawasan lain untuk dirinya. Suami aku berasa pelik dan bertanya, kenapa perlu beli rumah lagi? Ibu mertua kata dia mahu dia dan aku tinggal di rumah baru manakala rumah sekarang yang didiami diduduki oleh suami dan menantunya Dr Rina.
Aku nampak suami gusar. Yelah, Mesti susah nak jumpa aku lepas ni. Aku tak pasti apa rancangan ibu mertua. Namun suami aku tetap membelikan sebuah rumah yang agak comel buat ibunya. Lantas berpindah kami berdua ke rumah baru.
Aku gembira dalam masa yang sama sedih, sebab susah lepas ni nak jumpa suami sebab kawasan rumah baru ni agak jauh. Aku mohon nak balik kampung. Yelah nanti perut besar mesti suami dapat tahu aku mengandung.
Selepas berpindah aku lihat ibu mertua sem4kin usaha untuk berjalan Dan sembuh. Mungkin kerana cucu yang bakal dilahirkan. Aku gembira melihat perkembangan dia. Saban hari dia sem4kin baik. Aku tidak pernah putvs berdoa supaya Allah kurniakan kami kebahagian.
Waktu kandungan aku mencecah empat bulan, ibu mertua akhirnya boleh bertatih gunakan tongkat, hal ini sangat menggembirakan suami aku dan Dr Rina. Namun alahan aku plak m4kin teruk. Aku mula munt4h – munt4h dan tak lalu makan.
Akhirnya ibu mertua menelefon bekas suaminya iaitu bapa mertua aku supaya membawa aku pergi ke rumah mereka. Alhamdulillah, bapa mertua dan ibu tiri sangat baik. Namun aku tak pasti apa alasan yang ibu gunakan untuk diberitahu kepada anaknya.
Pembaca sekalian, lagi sebulan aku bakal melahirkan anak – anak aku, akhirnya Dr Rina datang menjenguk aku di sana. Pada mulanya dia menangis kerana takut suaminya meninggaIkannya. Namun aku beri jaminan bahawa suaminya iaitu suami aku tak akan meninggaIkannya sebagaimana bapa mertua aku buat kepada ibu mertua.
Aku dengan lembut bertanya pada Dr Rina adakah dia bersedia memeIuk Islam? Mula – mula seolah – olah seperti terp4ksa kerana dia terlalu takut ditinggalkan suami. Namun Allah akhirnya menjawab doa aku supaya diberikan hidayah buat mereka.
Akhirnya pada tanggal 14 julai lalu, ibu mertua serta Dr Rina sah memeIuk Islam. Ini sangat menggembirakan suami aku. Malah dia bertambah terk3jut melihat perut aku yang membesar. Aku cuma tersenyum. Sehingga lah ketika aku menulis kisah ini, Dr Rina telah pun disahkan mengandung dua bulan.
Suami aku sangat gembira. Namun aku berharap aku kuat, kerana aku tidak mahu menganggu kebahagian mereka. Pada aku, aku hanyalah seorang isteri yang terp4ksa dikahwini untuk menjaga ibu mertua aku, aku telah pun memohon perpisahan secara baik.
Suami aku, tidak bersetuju dengan tindakan aku. Namun aku yakin, dia lebih menyayangi isteri dan anak yang bakal dilahirkan oleh Dr Rina berbanding dengan aku dan anak – anakku. Malah aku redha, aku tumpang gembira melihat suami aku hidup bahagia.
Aku bahagia melihat Dr Rina dan ibu mertua menjadi Muslim. Moga Allah kuatkan semangat dan hati aku. Aku harap para pembaca doakan kelahiran kembarku dengan selamat. Doakan aku bahagia bersama dengan anak anak aku kelak.
Aku sangat sayang ibu mertua aku. Malah bapa mertua dan ibu tiri jugak sangat baik. Mereka tidak mahu aku berpisah dengan anak mereka. Tapi aku rela pulang ke tanah air aku, Malaysia tanpa mengganggu kebahagian suami aku.Aku harap pembaca semua komen yang murni murni sahaja ya. Sekian.. – Bunga (Bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
NurAz Wan : Terserah pada kemampuan puan sendiri, untuk menjalani kehidupan, mana yang difikirkan lebih baik. Pertimbangkan dengan semasak – masaknya, kesan pada anak – anak dan diri puan sendiri. Memang pahit bila rasa diri seolah – olah second choice.
Ya bukan mudah menghadapinya, lebih – lebih bila kita sendiri sedar rupa kita jauh kekurangan berbanding pilihan pertama, jika pada saya, saya juga akan pilih berpisah, dari makan hati.
Menggapai Impian : Masya-Allah. Rupa – rupanya perkahwinan puan dengan suami puan merupakan asbab hidayah Allah ke atas ibu mertua dan madu puan. Besar ganjaran yang puan perolehi dariNYA. Pendapat peribadi saya, puan boleh sahaja meneruskan perkahwinan tersebut dan hidup bahagia di negara orang kerana puan disayangi oleh suami, madu, mertua dan keluarga mertua puan.
Tetapi puan telah memilih jalan untuk berpisah dan kembali ke tanah air. Keputvsan ini saya percaya tidak mudah untuk diambil. Ia seolah – olah menggambarkan bahawa ‘tugas’ puan yang diamanahkan oleh Allah telah berakhir dan terlaksana dengan jayanya.
Namun, kebahagiaan itu luas maknanya dan berada di mana – mana sahaja. Semoga puan dapat terus melalui kehidupan ini dengan penuh kebahagiaan dan bertemu jodoh yang baik, berakhlak, beriman dan bertakwa. Aminnn YRA. Selamat menimang cahaya mata kembar diucapkan kepada puan.
Сузила Тоха : Kalau ini cerita fiction tapi mungkin based on true story. 20 tahun lepas, sewaktu saya merancang untuk berhijrah ke negara orang (sebab bf orang sana), saya berkenalan dengan teman – temannya yang masing – masing beristerikan muslimah nusantara. Antara mereka mempunyai kisah yang hampir serupa dengan kisah ini. Semoga puan bunga terus tabah dan memilih jalan bahagia yang puan redho.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.