
Satu hari, masa aku tengah beli makanan kat sebuah restoren di KL, ada seorang lelaki tegur aku. Bila aku pandang, rupenye Syah yang tersenyum bersama 3 orang budak kecil. Syah dah start bersweet – sweet dengan aku, mengimbau kenangan lama. Dia cakap kan bagus kalau aku dan dia kahwin sebab..
#Foto sekadar hiasan. Aku selalu terbaca kisah perempuan terjebak dengan cinta suami orang so aku nak share jugak kisah aku yang lebih kurang sama tapi lain pengakhiran. Haha. Terima kasih admin kalau approve cerita aku. Sorry kalau terpanjang.
Cerita aku ni bermula masa aku praktikal kat sebuah kilang di Penang. Walaupun praktikal, aku taklah muda sangat, umur lebih kurang 25 tahun sebab aku lambat sambung ijazah. Kilang ni buat part kenderaan so, ramailah lelaki dalam tu.
Biasalah kalau perempuan baru masuk kilang kan, ramailah yang dok usha. Tapi masa tu aku tak layan sangat sebab aku dah ade crvsh yang aku tunggu selama 7 tahun. So kalau ade orang kirim salam ke apa, aku buat tak tahu saja.
Tapi aku takdelah sombong masa kerja, just aku fokus kat kerja praktikal melebihi manusia dalam tu. Sampailah satu hari aku dapat tahu yang crvsh aku bertunang. Aku pernah confess dengan crvsh aku tapi kena reject. Even kena reject, aku tetap setia tunggu dia suke aku sampailah dia bertunang dan aku yakin dia bukan j0doh aku.
So berbulan – bulan aku menangis. Akhir bulan aku nak habis praktikal, aku cakap dalam hati, maybe aku kena mula buka peluang kat orang lain. Sebab dah lama sangat aku suka kat orang yang sama. Kat dalam kilang aku praktikal tu, ade seorang brader ni.
Dia paling kacak la kirenye kat situ dan ramai peminat. Masa aku decide nak move on tu, baru aku perasan brader ni selalu dok senyum kat aku kalau aku lalu kat area dia bekerja. Kadang – kadang aku perasaan kalau kat kantin, dia dok tenung saja aku lama – lama dan bila aku pandang balik, dia senyum.
Tapi aku buat b0doh saja dan makan. Satu hari, aku dapat kertas yang ada no telefon brader tu dari seorang pekerja. Aku tahu nama brader tu sebab dia kan popular, so bile tengok saja kertas tu, aku tak tahu kenapa tapi aku terus buang dalam tong sampah.
Lupe nak cakap, nama dia Syah. 2 hari lepas tu, ada satu kakak ni datang kat tempat aku kerja and minta no telefon. Aku pun bagi saja sebab dia perempuankan. Malam tu aku dapat mesej dari Syah yang cakap “Kenapa awak buang kertas yang abang bagi?”
Lah rupenye kakak yang minta no telefon tu bagi no aku kat Syah. Sabar jelah aku. Dipendekkan cerita, aku pun start kawan dengan Syah dan adalah insiden ramai perempuan kat kilang tak tegur aku sebab tak puas hati Syah kawan dengan aku.
Aku rasa takde salah kot aku kawan dengan dia sebab dia single. Huhu. Lepas aku habis praktikal, aku still kawan dengan Syah yang membawa kepada akhirnya aku couple dengan dia. Dia tua 5 tahun dari aku. So aku panggil dia abang.
Lepas setahun aku couple dengan dia, baru aku tahu yang dia ni playbuaya dan dah tidur dengan beberapa wanita. Itu pun aku dapat tahu dari kawan dia. S4kit jantung aku waktu tu sebab masa kat kilang, tak nampaklah pulak sifat miang dia layan ramai wanita.
Tapi Syah merayu menangis kat aku cakap tu semua kisah silam dia dan dia memang dah berubah. Aku masa tu macam berbeIah bahagi tapi aku terima saja dia sebab aku ni jenis malas nak carik boifren. Haha. Lagipun sepanjang aku couple dengan Syah, dia tak pernah ambil kesempatan ke apa kat aku.
So aku pun caye jelah yang dia memang dah berubah. Perhubungan aku dengan Syah ni sampai dah tahap dia nak datang rumah aku jumpe mak ayah. Tapi seminggu sebelum dia datang, aku ternampak gambar dia dengan seorang perempuan kat FB kawan aku.
Duduk rapat dan mesra. Aku confront Syah and dia cakap budak tu yang suke dia. Aku sampai telefon budak tu dan warning jangan nak suka boifren aku. Haha. Entah pape saja kalau fikir balik. Akhirnya aku tetap putvs sebab Syah tinggalkan aku, dengan alasan dia dah suka budak perempuan tu.
Aku kecewa giIer sampai setiap malam aku doa aku dapat jodoh cepat. Aku bukan menangis waktu malam saja, even waktu kerja pun aku menangis dalam sujud time solat Zohor dan Asar. Peritnye perasaan dikhi4nati. Aku tak pernah contact Syah lepas tu even dia ade jugak mesej aku minta maaf etc.
10 tahun berlalu, ada beberapa lelaki yang hadir dalam hidup aku sepanjang tempoh tu dan aku pernah jugak bertunang dan putvs. Umur aku dah pun 35 tahun tanpa aku jumpa j0doh aku. Kadang – kadang rasa down sebab apesal susah sangat aku nak kahwin.
Setiap hari aku doa dipertemukan j0doh sambil menangis. Satu hari, masa aku tengah beli makanan kat sebuah restoren di KL, ade seorang lelaki tegur aku. Bila aku pandang, rupenye Syah yang tersenyum bersama 3 orang budak kecil.
Aku dah lama lupekan Syah sebab dah 10 tahun kan tapi bila dia muncul tiba – tiba camni, aku rasa macam baru saja kejadian aku dan dia berkenalan kat kilang tu. So kitorang berborak and dia cerita yang dia dah kahwin (bukan dengan budak perempuan yang rampas dia dari aku. Haha), anak tiga and duduk kat area sama dengan aku.
Kebetulan wife dia kerja waktu tu so tak dapatlah aku jumpe wife dia. Kecilnya dunia. Malam tu, aku dapat mesej dari Syah sebab aku tak pernah block dia dan no aku pun tak pernah tukar. Aku layanlah jugak sebab dah lama tak jumpa, macam banyak benda nak diceritakan.
Cerita pasal wife dia siapa, life harian dia dan macam – macam lagi. Dia mesej dan call waktu malam saja. Aku tahu saja, mungkin dia takut wife dia tahu. Tapi kemudian aku rasa tak seronok. Sebab aku ni rajin membaca kat page ni, jadi aku sedar yang kalau aku layan Syah ni lama – lama, aku pun akan terjebak dengan cinta suami orang.
Haha. Lagipun Syah dah start bersweet – sweet dengan aku, mengimbau kenangan lama dan cakap kan bagus kalau aku dan dia kahwin, dan aku pulak macam dah terpengaruh sebab aku single and lonely (kadang – kadang).
Biaselah kite kan nak hidup berpasangan. Haha. Kemain pulak aku lupe dia pernah mengkhi4nati cinta aku. Cis. Aku terfikir jugak, adekah doa – doa aku bersama tangisan tu, termakbul dengan kehadiran Syah? Maybe Syah ni jodoh aku?
Kenapa aku terjumpa dengan dia setelah sekian lama? Lama aku berper4ng dengan prinsip aku yang taknak ambil hak orang dan perasaan hati aku yang tak tahu adekah ini lelaki yang Allah nak bagi sebagai j0doh? Aku keep on doa, doa, dan doa.
Tapi kemudian, aku sedar kekhilafan aku yang tak sepatutnya bukak peluang pada lelaki yang dah jadi suami orang, so aku block saja dia and teruskan hidup aku macam biase. Aku rasa ini ujian Allah untuk aku. Nak tengok aku gelabah ke tak maybe. Huhu.
Walaupun aku dah 35, takde siapa nak and maybe aku akan keseorangan sampai tua tapi aku tak sanggup nak kecewakan perempuan lain untuk kepuasan aku sendiri. Lagipun aku rasa, ramai saja lelaki dalam donia ni yang umur macam aku or lebih tua, bujang, just aku saja belum jumpe (sedapkan hati).
Aku memang nak sangat kahwin tapi apelah gune aku kahwin tapi ade perempuan lain menangis sebab aku. Baik aku enjoy – enjoy life aku ni tanpa menyemakkan fikiran aku dengan hubungan terlarang. Okay ekceli ape aku nak cakap, kalau kite sebagai perempuan gune otak sikit and tak ikut perasaan, so takdelah kite ni sailang hak orang.
Even poIigami dibenarkan tapi bukan semua lelaki layak nak kahwin banyak. Huhu. Lagipun, aku tak faham camne ade orang sampai hati nak rebut laki orang pastu puas hati bile dapat ambil laki orang tu. Aku yang mesej – mesej saja ni pun dah rase macam jahat giIer.
Baru – baru ni aku ternampak gambar Syah satu famili kat FB kawan aku sebab diorang kerja tempat sama, dan aku tengok senyuman wife and anak – anak dia dalam gambar, aku lega sebab aku tak jadi pengh4ncur rumahtangga Syah.
Semoga kat luar sana, kat dunia yang luas ini, satu hari nanti, aku pun bertemu jugak dengan jodoh aku dan dapat ambil gambar satu famili macam Syah. – Aileen (Bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
Zara Dea : Antara akal (tak sanggup nak mengecewakan perasaan wife + rasa bersalah sebab melayan) vs nafsu (ingin rasa disayangi secara halal, memandangkan confessor dah 35 tahun. Banyak f0bia buruk dalam hubungan).
Saya tak mau judge sis. Saya tak layak. Sedangkan saya pun banyak d0sa. Cuma saya pernah melalui pengalaman sis. Di penghujung, percaya la, bila kita pilih akal (rasa bersalah pada wife Syah, menjaga maru4h diri kita jangan jadi orang ketiga) inshaAllah sis akan nampak hikmahnya di hujung sekali iaitu – Allah nak kita hidup ni keberg4ntungan hanya pada Dia.
Percaya aturan hidup yang Dia dah susun. Just kita perlu berdoa dan jaga maru4h diri je. Saya tau sis mungkin sunyi, memikirkan usia sekarang belom berjumpa jodoh. Tapi trust me, bila pilih akal tadi, indah menanti sis kat hujung sana. Dan ia sangat berbaloi untuk ditunggu. Hugs sis. Sis kuat!
Leeyana Hariz : Sedih tau kalau kita dah jadi bini orang tu, suami kita mengadu kat perempuan lain cakap alangkah bagusnya kalau dulu kahwin dengan si perempuan ni. Actually the moment nak reply mesej – mesej ex tu pun dah salah, sebab boleh mengundang rasa lama or perasaan – perasaan yang tak patut ade. Tapi oklah as long as you sedar dan buat tindakan yang betul.
Sazwana Skincare : Ya Allah. Sangat terbaik sis tabarakAllah. Ini yang patut dijadikan tauladan wanita di luar. Jangan kalah dengan em0si. Jangan sanggup mengh4ncurkan hati wanita lain demi kepuasan diri sendiri dapat rebut hak orang lain.
Bila awal – awal otak detect takdir tu yang berserah ja tanpa usaha elak hal macam ni. Ianya UJIAN dan PILIHAN. Melainkan kalau dah usaha betul – betul elakkan tapi yang datang tu isterinya sendiri pinangkan bukan permintaan suaminya barula boleh terima.
Sebab kebanyakannya ya bukan semua, poIigami ni lebih pada nafsu ja. Tak diperhalusi segala sudut keputvsan sebelum berpoIigami. Maaf ya. Hanya sebahagian / kebanyakan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.