
Sikap isteri aku ni m4kin meIampau sejak dia tahu guna Facebook. Semua benda dia share dalam fb, sampaikan kain pelik4t aku koyak pun jiran boleh tahu. Satu hari, aku pelik kawan – kawan perli aku dalam group wassap. Bila aku cek rupanya isteri aku tagged aku di fb dan lagi meng3jutkan..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Aku seorang suami, tajuk ‘isteri kuat membawang’ agak lawak tetapi sebenarnya luahan aku ni serious. Isteri aku ni asal dari luar bandar, dia seorang yang rajin memasak dan menjaga hal rumahtangga. Biasalah mana ada manusia yang sempurnakan.
Kelemahan isteri aku ni dia suka berkongsi hal rumahtangga dekat orang luar. Membawang, sampai digelar Maria Bawang oleh jiran – jiran aku. Dahulu takde facebook, jadi dia membawang dengan “ahli mesyuarat tingkap” je.
Sejak teknologi m4kin moden ni, makcik – makcik bawang pun dah upgrade menjadi lebih moden. Terlalu bangga kerana dapat bersuamikan seorang cikgu. Sampaikan master aku pun ditayang di fb. Siap cakap, wanita tak perlu nak sambung belajar, cari saja suami yang berpelajaran. Adoii..
Aku bekerja sebagai cikgu sekolah. Masa aku banyak habis di sekolah. Disebabkan tak tahan diperli oleh jiran – jiran, sampaikan kain pelekat aku terkoyak pun jiran dapat tahu, aku suruh isteri aku menyambung pelajaran, sekurang – kurangnya masa dia terisi, dia sibuk dengan benda baru.
Tapi dia menolak dengan alasan dah tua. Ya Allah, umur dia baru 27 tahun. Anak seorang tu pun aku yang bawa ke taska setiap hari. Isteri tidak mahu menjaga di rumah kerana dia memberi alasan menjaga anak ni tanggungjawab lelaki.
Kebetulan taska tu adalah milik kakak aku, aku pun hantar je la anak ke sana. Sikapnya m4kin meIampau apabila mula berjinak dengan facebook, habis hal rumahtangga kami dijaja, jika aku marah dia, dia akan mengadu di facebook.
Mulalah tag nama aku dekat mana – mana artikel suami isteri. Kononnya ibarat aku tidak boleh menjadi suami yang baik. Bila aku tak baIas, dia mula buat giIa dengan create fb fake letak nama aku. Kononnya untuk tunjuk aku komen baIas dengan isteri.
Tak ke giIa semua tu. Ada satu kes minggu lepas, ada confession mengenai lelaki kahwin dua. Macam biasalah dia tagged aku, lepas tu kononnya aku baIas balik loving – loving gitu kat ruangan komen. Sampaikan kawan aku terbaca, dan perli – perli aku di dalam group wassap, sedangkan aku tak tahu menahu apa pun.
Aku sem4kin str3ss. Nak marah isteri, nanti dia mengadu kat fb. Bulan lepas, kebetulan birthday isteri dan ibu di bulan yang sama. Setiap tahun kebiasaan aku akan belikan hadiah untuk mereka. Isteri, aku belikan emas dan ibu, aku belikan beg tangan jenama.
Selepas sambutan majlis hari jadi, isteri bermasam muka dengan aku, update segala di fb mengatakan aku suami tak adil, utamakan ibu sendiri dan segala diluahkan di situ sehingga adik aku berasa hati. Ibu dapat tahu dan memulangkan kembali beg tangan tersebut dan mengatakan, aku perlu utamakan isteri dahulu daripadanya.
Aku tahu, ibu sedih. Isteri seolah tidak menghargai mempunyai ibu mertua yang tidak langsung masuk campur di dalam urusan keluarga kami. Apa saja tidak kena di matanya. Ada kawan sekerja juga menegur aku untuk mengawal sikap isteri.
Aku dah cuba sedaya upaya tetapi isteri tetap tidak mahu dengar kata. Jiran – jiran ramai yang anti dengan keluarga aku disebabkan tidak tahan mulut isteri yang champion di dalam membawang. Diri aku, pada dahulu lagi memang aku tetapkan apa saja yang datang aku akan miliki hanya satu sahaja.
Termasuklah mempunyai hanya seorang isteri. Ramai suggest suruh aku kahwin lagi tapi amanah Allah berikan kepada aku walaupun hanya seorang, aku tetap gagal untuk didik. Apatahlagi menyuruh aku menambah cawangan, m4kin p4rah kehidupan aku nanti.
Selalu aku memohon doa supaya Allah menyedarkan isteri aku. Aku ini seorang cikgu, tugas aku mendidik anak bangsa, tetapi aku sendiri gagal mendidik isteri aku, cukup sedih rasanya. Isteri aku, apabila komen punyalah pandai ibaratkan kaunselor tetapi dia lupa, rumah sendiri pun hampir r0boh kerana per4ngainya.
Itulah kehidupan sebagai seorang suami kepada the lady of bawang. Doakan aku semoga aku kuat. Imran, anak aku itulah menjadi kekuatan untuk aku terus hidup di dalam rumah ini. Kepada wanita sekalian, jangan terlalu mendongak ke langit sekiranya anda sudah berkahwin dan mempunyai suami yang baik, ada yang saya melihat terlalu bangga dengan apa yang dianugerahkan kepada mereka.
Jika ada kekurangan, wajib selesai di antara dua beIah pihak sahaja. Dunia tak perlu tahu masalah dalaman kita. Hati – hati apabila berkata – kata. Ikhlas, Suami kepada the lady of bawang malaysia. – Hairul (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Leya Alias : Nampak macam kelakar, tapi sebenarnya tak elok sangat untuk rumah tangga. Laki saya, pantang betul tag – tag kat fb ni. Tegurlah isteri cikgu dengan tegas, dia sedang menjatuhkan maru4h cikgu sebagai suami. Tegas! Lagi satu, kesian betul kat mak cikgu.
Siti Aminah Che Hashim : Allahuakbar, tenat masalah wife confessor ni. Saya cadangkan hantar wife kelas mengaji dan kelas agama, dari situ mungkin dia akan sedar dan berubah. Berdoalah dan minta petunjuk daripada Allah dengan cara asmaul husna, agar lembut hatinya.
Imyz Omran Omar : Kuat membawang ok lagi tapi isteri cikgu ni boleh dik4tegorikan mentaI problem. Create fake account, komen sorang – sorang, lagi p4rah dengan mertua pun nak cemburu. Tak educated, tak bekerja, sudahlah tak bekerja, anak seketul pun nak hantar ke taska. Layak ditempelengkan pakai kuali bagi sedar diri.
Nak tambah sikit lagi. “Nak dimarah takut dia mengadu kat fb”. Sorry to say tuan confessor. Jangan lembik dan terlalu sabar dengan per4ngai tak empuk bini tu. Jaja hal rumahtangga, dok tagged – tagged laki kat fb, dok menyanyah sorang – sorang kat komen samapi suami kena perli seri0usly sangat menjengkelkan. Bagus ambik henfon tu hemp4s ke lantai. Selesai!
Izzuddin Sharif : Attention se3ker ni, dia akan wat apa saja supaya orang tengok dia. Salah satu peny4kit mentaI ni bro. Percayalah cakap aku, kena bawa dia pergi berubat, kena pergi kaunseling. Cari orang yang dia takot atau hormat untuk tegur dia. Benda ni kalau dibiarkan, m4kin lama lagi teruk. Silap – silap dia sanggup reka cite sendiri untuk dapatkan perhatian.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.