
Masa aku dapat masuk sekolah asrama dekat bandar, aku dipandang sebagai budak kampung yang serabai. Setiap pagi rutin aku bersihkan laci meja sebab akan penuh dengan sampah pelajar lain letak. Aku mengadu nak pindah sekolah tapi abah kata aku mengada. Satu hari abah datang sekolah, dia nampak aku duduk belakang sekali…
#Foto sekadar hiasan. Asslamualaikum, terima kasih admin jika sudi menyiarkan comfession ini.. Maaf confession ini agak panjang. Nama aku N, aku berumur 26 tahun sekarang. Saat aku mengarang confession ni, aku baru membaca tentang kes pelajar sekolah asrama yang kena buIi.
Benda ni mengingatkan aku pada diri sendiri. Aku pernah sekali berada di tempat dia. 13 tahun lalu, cumanya aku tidak did3ra fizikaI, cuma mentaI. Keputvsan UPSR aku cemerlang, mendapat 5A lalu menempatkan aku di sebuah sekolah yang hanya berpelajar perempuan sahaja yang agak tersohor di malaysia. (Tapi bukanlah berasrama penuh).
Sekolah ini betul – betul di tengah band4raya. Diminggu orientasi, ada beberapa ujian dijalankan bagi menentukan kelas semua pelajar tingkatan satu. Alhamdulillah, aku berjaya menempatkan diri di kelas nombor 1. Tapi dari 27 orang pelajar, aku satu – satunya pelajar dalam kelas tersebut yang tinggal di asrama.
Aku berasal dari kampung, jauh dari band4raya (1 jam perjalanan). Manakala dalam kelas tersebut semuanya anak – anak orang bandar. Anak orang berstatus Datuk, doktor, jurutera, arkitek, peguam dan bermacam – macam lagi.
Yang dari keluarga biasa – biasa macam aku cuma dalam empat lima orang. Pada minggu pertama persekolahan lagi aku sudah rasa tidak mampu teruskan sesi persekolahan di situ. Dugaan tinggal di asrama yang sangat besar adalah mengantuk di dalam kelas.
Rasanya semua yang pernah tinggal di asrama pernah lalui fasa ni. Susah nak fokus di dalam kelas. Ini menyebabkan aku ketinggalan berbanding pelajar – pelajar lain. Mereka semua cemerlang, tambah – tambah lagi subjek bahasa inggeris.
Maka bermulalah apa yang ingin aku kongsikan. Oleh kerana aku kerap mengantuk dan selalu lost di dalam kelas, aku di pulaukan rakan – rakan sekelas. Aku dipandang sebagai budak kampung yang serabai. Aku lambat untuk pick up apa yang diajarkan oleh cikgu, diorang pulak semua yang disampaikan oleh cikgu terus lekat dalam kepala.
Bila aku nak tanya soalan pada diorang, semua lari. Selalu sangat bila aku tertido diorang biarkan sampai aku tak tau ada kerja sekolah. Esoknya bila cikgu tanya mana kerja sekolah aku termangu – mangu tak tau apa – apa.
Diorang pun akan tersenyum – senyum paham yang aku memang tak tau ada kerja sekolah. Bila cikgu mintak buat susun atur semula meja meja dalam kelas mereka sepakat untuk susun meja duduk dengan partner (dua meja rapat) oleh kerana bilangan dalam kelas adalah ganjil (27 orang) aku di biarkan duduk sorang – sorang dekat belakang sekali.
Semua taknak meja aku dirapatkan dengan meja diorang jadi 3 meja. Cikgu pun takde tegur kenapa macam tu. Masa tu cikgu lelaki, dia tak sensitif perkara – perkara macam ni mungkin. Bila habis waktu sekolah aku terus balik ke asrama.
Tapi kawan – kawan sekelas yang lain balik lambat. Kebanyakan tunggu mak ayah yang ambil lepas habis waktu berkerja. Stay back di sekolah adalah perkara normal sebab kebanyakan pelajar di situ semua mak ayah berkerjaya.
Esoknya kalau aku datang sekolah mesti bawah meja aku ada bekas maggie cup, plastik keropok lekor, sisa – sisa makanan dari pelajar – pelajar yang balik lambat. Aku tak boleh nak marah, sebab aku tak tau nak tuduh siapa.
Malah, aku memang macam tak wujud dalam kelas tu. Jadi pagi – pagi rutin aku bersihkan laci dan bawah meja. Tak siapa pernah bercakap dengan aku. Bila ada kerja sekolah yang aku tak paham, aku tanya semua buat tak endah, nak taknak je jawab.
Aku jadi sangat low self esteem masa tu, nak bertanya pada cikgu pun aku rasa macam orang pandang aku b0doh. Pernah sekali tu cikgu bagi kerja untuk subjek bahasa inggeris. Di suruh untuk buat karangan direction dari sekolah ke sebuah hospitaI yang berada di bandar tu.
Aku dari kampung, memang tak tau selok belok jalan di bandar ni. Semua yang lain dah bersungguh – sungguh tulis karangan sambil berbincang, siap ada option untuk shortcut. Aku terpinga – pinga. Aku mula nak join discussion diorang tapi semua tak nak bagi aku dekat.
Ya, sebab aku memang tak dapat nak menyumbang. Pernah jugak aku selsema beberapa hari di sekolah. Entah macam mana kawan – kawan sekelas aku buat cerita aku ada selsema burung (masa tu kes selsema burung sangat berleluasa di malaysia).
Habis aku lagi dijauhi dah macam ada HlV aku rasa. Kalau nak diceritakan lagi apa yang aku lalui terlalu panjang. Main pointnya adalah bila aku mengadu pada mak dan ayah. Tak ada siapa nak percaya cakap aku. Aku dah cakap aku tak boleh nak go on.
Aku tak boleh fokus. Aku tak happy belajar dekat situ. Setiap hari balik dari sekolah aku menangis. Sebab tak faham, sebab dipulaukan, sebab esok hari aku tau bawah meja aku akan penuh dengan sampah, dan lain – lain.
Abah cakap aku mengada. Abah cakap kalau aku tukar sekolah, malulah abah. Nanti orang cakap dari sekolah hebat, tukar ke sekolah biasa – biasa. Hampir setiap hari aku call menangis pada mak dan abah. Jawapan diorang tetap sama, jangan pedulikan kawan sekelas tu.
Aku baru 13 tahun, dan pertama kali berjauhan dengan keluarga, mana aku mampu sabar. Tapi aku takde pilihan. Sampailah satu hari, abah kena datang sekolah untuk tandatangan buku rekod. Dah semestinya lah aku dapat nombor agak tercorot dalam kelas.
Waktu abah datang tu abah nampak aku duduk sorang – sorang di meja dalam kelas. Orang lain semua meja berdua. Aku yang paling belakang sekali sorang – sorang. Orang lain tengah seronok bersembang sambil tunggu mak ayah datang sign buku rekod, tapi aku muka masam, diam, bergenang air mata, aku malu sebab abah nampak aku takde kawan.
Abah panggil aku keluar kelas, nak berjumpa. Masa tulah abah tanya aku satu satu, kenapa aku je duduk sorang – sorang dekat belakang. Aku cerita dari A sampai Z. Padahal itulah cerita yang sama aku cerita setiap kali aku call mak abah.
Abah terus pegi bilik penolong kanan HEM. Aku tak pasti apa yang abah bualkan dengan cikgu, tapi lepas tu terus aku dipanggil cikgu kaunseling. Abah cakap cikgu kaunseling akan buat meeting dengan aku setiap minggu untuk pantau aku.
Dan abah janji, kalau dalam masa sebulan aku masih tak boleh go on, abah boleh bawak aku balik sekolah dekat kampung. Masa tu Ya Allah, aku gembira tak terkata. Aku gembira sebab akhirnya ada orang paham masalah aku, ada orang percaya, ada orang concern dengan aku.
Aku mula jumpa cikgu kaunseling setiap minggu lepas tu. Susunan meja dalam kelas pun guru kelas dah ubah, duduk bertiga. So aku blh duduk sebaris dengan dua orang kawan yang lain. Aku tak pasti kalau waktu aku pegi jumpa cikgu kaunseling guru kelas aku ada slow talk dengan kawan – kawan sekelas aku, sebab lepas tu sampah pun dah m4kin takde bawah meja aku.
Cuma diorang masih tak bercakap dengan aku. Aku mulakan usaha untuk bercakap dengan diorang (sebab saranan cikgu kaunseling) tapi tak banyak yang berubah. Tapi perubahan perubahan kecil ni lah buat aku m4kin bersemangat, aku m4kin positif.
Sebab setiap hari aku call mak abah, diorang sentiasa bagi kata – kata semangat, sentiasa concern pasal aku. Yang menjadi turning point kejadian ni bila salah seorang dari kawan sekelas aku ni (boleh dik4takan ketua geng budak kelas yang sangat berpengaruh sebab anak orang berpangkat, lawa, pandai) terp4ksa tinggal di asrama sebab ayah dia dipindahkan ke negeri lain untuk berkhidmat.
Masa tulah tiba – tiba mak ayah dia datang jumpa aku di asrama untuk mintak tolong tengok tengokkan anak tunggal diorang yang pertama kali nak duduk berpisah dengan diorang. Oleh sebab budak tu pun kenal aku seorang je yang duduk di asrama tu, dia terp4ksa terima aku sebagai kawan.
Bermula dari situ lah budak – budak kelas yang lain mula berkawan dengan aku. Waktu tu aku rasa macam tak percaya, satu hari aku akan boleh berkawan dengan diorang semua. Aku jadi m4kin happy sekolah kat situ.
Sampailah aku tamatkan tingkatan lima di situ. Sampai sekarang aku dah jadi engineer, dan kawan – kawan sekelas semua dah berjaya, ramai yang dah jadi doktor, engineer, lawyer. Untuk mak ayah di luar sana, dengar luahan hati anak – anak.
Kadang – kadang mereka bukan mengada, tapi kerana sudah tidak tahan, tidak tahu tempat nama lagi nak diluah perasaan. Selidik dan siasat dulu apa yang diluahkan, sebab mak ayah lah orang yang paling dipercayai anak – anak, tempat berIindung.
Aku tak pasti kalau dulu abah aku sampai ke sudah tak percaya cakap aku, boleh ke lagi aku go on dengan pembelajaran dekat situ. Sebelum kejadian ayah aku datang sekolah pada hari tu, aku tak dapat faham apa pun dalam kelas.
Bila sekolah aku asyik menangis. Cikgu – cikgu dalam kelas pandang majority yang nampak faham, nampak seronok dalam kelas. Tapi aku faham, dia manusia biasa, mungkin cikgu terlepas pandang. Tapi kerana minority yang tak diendah ni lah kami jadi tertekan, kami pendam.. Akhirnya di dairi jugak menjadi tempat luahan. – N
Komen Warganet :
Farhah Simard : So saya mungkin salah sorang yang suka duk asrama. Sebab dapat makan. Asal keluarga miskin ayah cuma pen0rehkan, asrama tu kasi makan cam ayam ikan tu semua, yang jarang dapat kat rumah. So saya sangat bersyukur.
So saya happy aje. Kena buIi memang iya, tapi hey saya dapat makan lengkap tanpa kelaparan. Tapi kejap aje jadi m4ngsa buIi sebab saya taik0 juga di asrama hahahha.
Donna Karan : Alhamdullilah dik, bapa awak nampak, tanya dan mahu berfikir apa luahan awak, sesetengah parents nampak pon masih buat tak nampak, seronok anak masuk boarding school kawan dengan orang bijak pandai padahal yang lalui tu je paham betapa siksanya nak start from nothing kenal orang bagai.
Semoga kita parent – parent neh jangan terlalu agungkan boarding school / tahfiz sampai abaikan apa yang anak cuba cakap dengan alasan parents kita dulu mcm tu elok pulak kita ‘menjadi’.
Amna Al Fatoni : Cerita awak adalah happy ending yang buat saya sangat happy bila dah habis baca. If one day saya jadi parent saya nak jadi tempat untuk anak saya luahkan segala perasaan Insya Allah.
Adam Sharnaz Alam : Alhamdulillah happy ending. Tetiba teringat pulak kisah aku dulu. First time belajar kolej dekat Pahang. Asal Sabah. Hari pertama masuk asrama kolej, sedih sangat plus rindu family, jumpa kawan senegeri, cerita – cerita tapi kejap – kejap excuse pegi toilet, nangis.. huhuhu..
Malamnya call my mum. Bagitau tak tahan s4kit hati dan s4kit rindu. Nangis sampai hilang suara masa call tu, guest what? My mum pun nangis juga. Siap bagi sokongan penuh. Suruh balik sebab diorang pun rindu jugak.
Hahaha.. besoknya lepas subuh saya dah tercongok depan bas stop kolej dengan barang – barang semua untuk balik KL tempat makcik sebelum balik ke Sabah. Sambung study kat Sabah je laa.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.