
Dah la nak datang tak bagitahu, memang datang untuk makan sebab masing2 perut kosong. Ada satu hari tu datang dekat 20 orang family dia sekali cucu menantu waktu tengahari. Waktu tu aku dengan mak aku baru balik dari kedai dia dah ada kat rumah. Dorang nak makan kat rumah aku, lepas tu nak pergi main pantai..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ini pertama kali aku tulis confession kat sini hanya untuk meluahkan. Maaf jika tulisan aku ni agak bercelaru sebab aku tak pandai karang ayat. Sedikit pengenalan tentang diri aku. Aku perempuan berumur 19 tahun tinggal dengan ibu dan nenek serta 3 orang adik beradik dan kami semuanya perempuan.
Biasa la kan bila tinggal dengan nenek ni ramai yang datang sebab nak tengok nenek tapi bukan bermaksud boleh buat sesuka hati sebab ‘rumah nenek ‘ lah katakan. Adab tetamu tu perlu ada jugak bukan main terjah je.
Tetamu yang aku cerita ni kebanyakannya sepupu sepapat. Antara benda yang aku tak puas hati dengan tetamu tiada adab ni:
1) Main terjah masuk rumah orang / intai ikut tingkap. Semua orang atas rumah aku ni perempuan kot, takkan tak boleh nak fikir bagi salam dulu tunggu orang bukak pintu. Dah la lelaki pulak tu, dah tahu atas rumah ada orang perempuan pandai la ketuk dulu, ni terus masuk.
Yang perempuan faham – faham laa korang pakai macam mana atas rumah kan bukan pakai elok sangat pun. Ada pulakk tu bagi salam, kemudian intai ikut tingkap jenguk – jenguk tengok orang. Family aku yang kadang – kadang tengok tv, tengah baring – barng pun boleh nampak.
Sape yang tak gelabah wehhhh. Banyak kali lahh bukan sekali berlaku. Ada yang terus naik masa kakak aku tengah baring atas sofa. Ada yang time adik aku baru lepas keluar mandi tiba – tiba ada orang intai ikut tingkap. Ada time family aku tengah baring santai – santai tengok tv. Eii geram laa jugak dengan manusia macam ni.
2) Datang rumah tak kira masa. Ada satu family saud4ra aku ni suka datang waktu makan (malam dan tengahari). Datang bukan sorang wehhh, satu family siap bawak cucu menantu. Ada la jugak total 15 orang lebih kurang.
Dah la datang tak bagitahu awal – awal memang niat nak makan pon sebab diorang datang dengan perut kosong. Mak aku yang penat – penat kena masak banyak mujur mak aku jenis prepare awal – awal barang – barang basah.
Memang tiap – tiap kali datang waktu makan selalunya tengahari. Kitorang makan lewat pukuI 4 baru makan, pukuI 1 tu kitorang tengah rehat, santai – santai boleh dia datang. Takkan la diorang tak tahu adab kot nak datang rumah orang ada masa jugak (mesti tahu punya sebab diorang ni macam alim – alim).
Ada satu hari tu datang dekat 20 orang family dia sekali cucu menantu waktu tengahari. Aku dah boleh agak memang dia nak buat makan situ sebab lepas tu memang diorang nak pergi pantai. Takkan nak pergi perut kosong kan?
Senang je dia buat macam restoran, mentang – mentang mak aku baik memang selalu masak. Waktu tu aku dengan mak aku baru balik dari kedai dia dah ada kat rumah wehhhh. Dah la aku nak mandi masa tu. Memang penuh rumah dengan budak – budak hampir 8 orang. Pastu sorang tuu sibukk sangat nak borak, memang annoying sangat. Mak aku kalut nak masak dia sibuk nak borak dah laa duk kat dapur. Korang rasa selesa tak?
3) Buat macam rumah sendiri. Datang rumah orang pastu pergi dapur makan segala makanan yang ada. Tudung saji pun bukak. Kalau ada bungkusan makanan tak bukak lagi pon dorang bukak makan sampai habis. Kalau mintak tak pe la jugak ni masuk – masuk dapur makan je.
Aku kalau pegi rumah sed4ra kalau orang jemput pun segan nak makan sampai habis. Roti, kuih yang ada tanpa segan silu bukak makan. Bukan nak berkira tapi mana adabnya. Mana tahu tuan dia nak makan lagi ke ataupun nak buat sahur ke.
Common sense laa wahai tetamu. Ada satu family sed4ra aku ni memang selalu kebulur bila datang rumah aku. Memang satu family per4ngai macam tu, datang rumah mesti bukak saji, bukak periuk atas dapur dan macam – macam la.
Tuan rumah pun tak makan lagi. Banyak lagi sebenarnya ada tetamu buat macam dia tuan rumah komen itu ini, suruh buat itu ini macam kitorang tak pandai dan tak pernah buat, ajar orang suruh ikut cara dia. Dia bebas sebab rumah aku kan tak de lelaki, perempuan mana nak meIawan orang cakap, lebih – lebih lagi mak aku, terima je orang cakap apa.
Aku nak cakap kat sini sebagai tetamu jagalah adab tu, biar ada common sense sikit. Walaupun tu rumah saud4ra yang rapat pun sila hormat tuan rumah jangan buat macam rumah sendiri. Pergi rumah orang tu jaga mata jangan tengok – tengok keliling sampai tuan dia tak selesa.
Tak perlu nak komen itu ini, tu rumah dia, ikut dia la nak buat apa. Kita semua tuan rumah, cuba bayang kalau orang pergi rumah kau buat macam tu, apa perasaan kau? – Tuan rumah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Puan Zuera : Pintu kena sentiasa berkunci, pintu depan dan belakang. Kalau pintu tak berkunci, senang diorang nak terjah. Kalau diorang ada kunci rumah, tukar mangga baru. Baru la diorang tahu adab. Sementara nak buka pintu bagi diorang masuk, boleh la simpan dulu lauk, makanan yang tuan rumah nak makan.
Kalau diorang datang hidang makanan ringan je, tak perlu nak hidang makanan berat. Hidang air sirap ngan biskut. Cakap maaf ni je yang ada kat rumah, tak sempat beli barang dapur lagi. Sepatutnya tetamu datang bawa buah tangan, malu datang rumah orang dengan tangan kosong, lagi – lagi datang untuk makan je. Tipsnya kena keraskan hati, jangan lembut sangat, nanti orang pijak kepala
Nadia Othman : Sekarang pun tengah mengalami benda yang sama. Tengah berpantang sendiri anak no-3. Suami pulak dah kene keje. Anak jenis mengempeng dengan berjaga malam. Datang pulak orang selalu melawat. Datang kejap takpe, ni dari petang sampai ke malam siap bawak anak – anak.
Lepas tu bising – bising masa main. Baby nak tido pun tak tenang. Anak sendiri boleh la nak marah ni anak orang. Yang terbaru ni nak datang melawat dengan tumpang tido. Awal – awal dah suruh suami tolak. Nak melawat boleh la.
Nak tumpang tido payah kot. Tengah brpantang lepas tu nak menjaga aur4tnya. Ni pikir masak untuk orang pulak. Kadang – kadang terpikir diorang ni takde comman sense ke. Fikir la sikit orang tengah berpantang.
Annie Mohd : Ikut stail arw4h makcik saya. Bila kita ramai – ramai datang melawat, ayat dia “ha yang muda – muda tenaga kuat tu tolong makcik kat dapur. Ayam ada, sayur ada, masak apa yang korang nak makan. Makcik tak larat dah ni haa”. Tutur dia lembut dan mesra je mengajak kita tolong kat dapur.
Padahal kami datang bukan selalu. Tapi tak pernah pulak buat malas – malas macam takde pertalian d4rah dengan tuan rumah. Bagi i, kalau taknak menolong jangan pulak menyusahkan. Tapi untuk yang tak paham bahasa macam kes u ni, mak u dah boleh start ajak yang muda – muda tu ke dapur. Kata rumah nenek so jangan dilayan macam tetamu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.