
Dari tahun 2014, 2016 dan 2019, skrip yang sama berulang kali. Sehinggalah pada tanggal Feb 2022, hari – hari ku kembali gelap.. Kali ini isteri aku meluahkan segalanya. Rahsia 10 tahun perkahwinan terungkai jua. Hanya setelah 10 tahun berkahwin, cerita h1na ini sampai ke telinga..
#Foto sekadar hiasan. Di sini aku menulis selembar tinta cerita, untuk pengajaran dan iktibar bagi mereka yang bakal menempuh dunia perkahwinan, dunia yang penuh onak dan duri, yang dijanjikan baIasan oleh yang Maha Esa segenap syurga selamanya bagi mereka yang bersabar.
Panggil saja aku dengan nama Muadz (nama samaran). Segalanya bermula di sebuah pusat pengajian di utara semenanjung, di mana aku mengenali Farah, cinta hati pertama. Berkat perkenalan, keluarga aku mengatur majlis merisik dan pertunangan setahun selepas tamat pengajian, demi mengejar hubungan halal yang diredhai Tuhan.
Tahun 2012 merupakan tahun keramat bagi aku, di mana tahun itu aku beroleh kerja sebagai seorang jurutera. Rezeki halal aku himpun demi majlis perkahwinan di penghujung tahun yang sama. Ya, aku berkahwin seawal usia 24 tahun, usia yang mana rata – rata pemuda seperti aku sedang sibuk membina karier.
Namun aku percaya pada rezeki Allah, setiap hubungan yang dihalalkan adalah penambah rezeki di dunia dan juga akhir4t. Perjalanan kisah rumahtangga aku agak berombak. Sesekali badai datang meny3rang, menggegar iman dan sabar seorang insan bergelar suami.
Ujian hadir ketika tempoh pertunangan lagi, bak kata orang, tempoh bertunang merupakan satu tempoh yang amat menc4bar. Ketika itulah setiap insan yang memasang angan untuk membina keluarga akan cuba sedayanya untuk menambah ilmu di d4da, ilmu dunia hatta akhir4t.
Setiap kita akan mula membina tembok sabar, menyusun perkakas iman dan akhlak. Ketika tempoh itu jualah, terserlah betapa goyahnya ik4tan, hinggakan Farah meminta diputvskan pertunangan. Aku menjadi keliru dan bingung.
Apakah salah aku hinggakan cinta yang dibina bersama cuba digagalkan sebeIah pihak. Penjelasan dipinta, alasan diberi. Namun pada akal aku, alasan, “saya bukan perempuan baik” tidaklah menjadi masalah, kerana perkahwinan itu sendiri adalah sebuah universiti membina insan.
Aku meminta penjelasan demi penjelasan, pujuk rayu aku hamparkan dan hatinya kembali bertaut, sehinggalah tibanya hari pernikahan, hari Jumaat yang berkah, hubungan telah dihalalkan. Majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.
Segalanya meriah, sesama ahli keluarga memerah peluh dan keringat demi menghiburkan majlis dan tetamu yang hadir. Syukurku pada Allah tidak terkira, segalanya menjadi mudah. Hari pertama di kampung isteri, hari kedua di rumah keluarga sang suami, segalanya indah tidak terperi.
Usai majlis, aku dan Farah pulang ke rumah untuk berehat. Sedang Farah ke dapur, aku membelek telefon bimbit kepunyaannya, isteri suri hati hidup m4ti ku. Aku membuka inbox sms, dan aku terkedu. Mesej – mesej berbaur cinta dan rindu aku baca satu persatu, sehinggakan jantungku berdegup laju, Farah memasuki bilik dan belum sempat aku melontarkan soalan, dia terlebih dahulu mer4mpas telefonnya dari aku.
Aku menyoal dan menyoal, sehinggakan ada sms berbunyi, “kita dah buat banyak d0sa” membuatkan aku sedikit menekan. Farah menangis dan menafi, alasan “hanya kawan” menjadi duri dalam hati aku. Tidak mahu saat bahagia terganggu, aku lantas memaafkan dia..
Tiga tahun pertama kami tinggal berasingan dek kerana faktor tempat kerja, aku di Selangor dan dia di Kedah. Setiap hujung minggu aku menaiki bas bertemu isteri, 2 hari yang bahagia, 5 hari kembali merindu. Hari – hari bersama aku gunakan sebaiknya, membahagiakan dan dibahagiakan.
Sehinggalah pada satu ketika sekitar 2014 di bulan Ramadan, aku seperti biasa pulang ke rumah sewanya pada hujung minggu. Sekali lagi aku membuka telefon bimbitnya dan hatiku mula berdebar. Aplikasi whatsapp yang mulai popular pada ketika itu menjadi sas4ran.
Dan sekali lagi, mesej – mesej berbaur rindu dan sayang daripada lelaki yang sama menghiasi skrin paparan, berserta gambar – gambar yang tidak sepatutnya. Tubuh aku menggeletar, jiwa aku mer0nta, minda aku gelita. Farah mer4mpas telefonnya dan memberi alasan “tiada apa – apa”.
Aku menjadi kelu tiada kata. Farah menangis memohon maaf. Aku lantas menerpa bingit, mempersoal Farah bertalu – talu. Air mata aku gugur ke bumi saat aku bertanyakan apakah salah aku, apa kurangnya aku, di mana harga diri isteri yang aku sayangi.
Lantas aku mendukung anak sulung yang berusia 1 tahun, keluar dari rumah. Aku cuba menenangkan fikiran dengan mengingati Tuhan. Aku pulang, dan Farah berjanji tidak akan ulangi dan aku maafkan dia buat kesekian kalinya.
Skrip yang sama berulang lagi pada tahun 2016 dan 2019. Setiap kali itu jualah Farah berjanji dan aku pula memaafkan. Entah mengapa, memaafkan kesalahan yang diulang – ulang menjadi lazim bagi diri aku. Allah hadiahi aku sifat memaafkan, hinggakan kadang kala aku memintaNya untuk segera mencabut nyawa aku, kerana pedihnya hati menahan duri yang menik4m dalam.
Setiap kesalahan Farah, aku akhiri dengan ucapan “abang maafkan sayang”, lantas jua aku mengutip cebisan hati yang berkecai, aku himpun dan aku satukan semula. Aku memujuk diri menunduk malu pada Tuhan. Allah ya Rabb.. aku telah gagal..
Aku panjatkan doa, aku gagahkan jiwa untuk men3mpuh badai demi badai dan setiap kali itu jualah Allah memberikan aku kekuatan untuk terus berjalan ke hadapan. Sehinggalah pada tanggal Feb 2022, hari- hari aku kembali gelap.
Kali ini Farah meluahkan segalanya. Rahsia 10 tahun perkahwinan terungkai jua. Farah, telah beberapa kali terIanjur bersama lelaki yang aku temui dalam telefon bimbitnya. Kesemuanya ketika di dalam tempoh pertunangan.
Dan perhubungan h4ram itulah yang disambung di alam maya ketika dia menjadi isteri aku. Hanya setelah 10 tahun berkahwin, cerita h1na ini sampai ke telinga. Sekali lagi air mata aku berjurai menyembah bumi tiada henti.
Terasa seperti dikhi4nati, cinta dan sayang yang palsu, janji yang tidak ubah seperti janji seorang penipu. Sungguh ini tamparan yang paling s4kit pernah aku terima. Kini tahulah aku maksud “d0sa” dan mengapa Farah cuba meminta diputvskan pertunangan dahulu.. dan Allah jualah tempat aku merintih memohon kasih.
Kalau hendak diungkit, terlalu banyak yang aku k0rbankan dan aku tidaklah menafikan peng0rbanan dia yang terlalu banyak sebagai isteri dan ibu kepada anak – anakku. Nafkah tidak pernah aku gagalkan, barang kemas saban tahun bertambah sebagai tanda hadiah.
Percutian, sambutan ulangtahun perkahwinan dan hari jadi dia pun aku tidak pernah lupa. Pendek kata nafkah zahir dan batin sentiasa aku jaga sebaiknya. Kadangkala aku yang masak, selalu juga aku yang mengemas rumah.. aku sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuknya.
Kelahiran anak pertama, kedua dan ketiga di hospitaI swasta, beribu jugalah aku habiskan, semata – mata untuk keselesaan dia. Cuma anak keempat lahir di hospitaI kerajaan, namun aku hadiahkan gelang emas sebagai tanda sayang.
Segenap perkara aku jaga atas nama cinta. Bukan aku tidak pernah hubungi lelaki ceIaka itu, ugvtan marah dan laporan pada syarik4t tempatnya kerja telah aku laksanakan, namun tetap juga tiada tindakan. B0dohnya aku tidak melaporkan pada pihak Polis kerana ingin menjaga aib isteri yang aku benar – benar sayangi.
Namun begitulah dunia, tiada keadilan saksama melainkan di negeri akhir4t. Kini di sini lah aku, mencoret kenangan pahit untuk bacaan semua. Aku cuma berdoa untuk dikuatkan iman dan hati demi anak – anak, demi kebahagiaan, kasih dan sayang, dan masa depan mereka.
Aku nekad meneruskan hubungan ini meski berduri. Kepada anak – anakku, tidak mungkin papa sanggup melihat kamu semua membesar tanpa mama / papa di sisi, juga tidaklah papa sanggup menjadi punca gagalnya masa depan anak – anak papa yang dikasihi.
Kepada teman – teman yang sudi, doakanlah aku agar ditetapkan iman sekuatnya di dalam jiwa ini. Air mata menjadi saksi, b4ngkai hati menjadi bukti.. namun cahaya mata penawar sakti. -Jurutera Cuba Jaya-
Komen Warganet :
Rini Sofiera : Sedihnya baca kisah ni. Sabar ade tempatnya. Bagi saya encik confessor bukan sabar tapi dayus dan lembik. Berpisah la secara baik dan biar wife encik bersama dengan skandal dia. Sampai bila nak biarkan dia buat maksi4t.
Encik sendiri pun tanggung d0sa skali sebab bersubahat. Kalau encik betul – betul sayangkan dia, biar dia bahagia dengan pilihan dia. Kasih sayang dan cinta tak boleh dip4ksa. Kalau dia betul – betul sayangkan encik dia akan pilih untuk setia.
Mungkin dia tak betul – betul sayangkan encik dan terp4ksa terima encik dulu. Saya percaya encik seorang yang baik dan bertanggungjawab. Doa banyak – banyak supaya Allah buang rasa sayang pada wife encik kerana dia memud4ratkan em0si encik.
Bukankah berd0sa kalau kita mend3ra perasaan kita sendiri? Doa jugak supaya encik diberikan jodoh lain yang boleh hargai, setia dan ikhlas sayangkan encik. Ramai je wanita yang baik kat luar sana. Jangan biarkan diri encik diselubungi rasa kesian dan bersalah. Encik berhak untuk bahagia dengan orang yang tepat. InsyaAllah..
Najah Mazni Ishak : Bab lain, ramai yang dah komen. Tapi mohon encik check DNA anak – anak terutamanya kalau ada anak perempuan. Masalah besar bila nak walikan anak bila tak pasti nasab nanti encik.
Yahya Osman : Dugaan yang berat tapi salah sendiri, masa bertunang dia dah bagi tau bahawa dia bukan lah perempuan yang baik, tapi cinta itu buta, tiada mata dan tiada hati, sekarang diri sendiri yang jadi m4ngsa kecurangan sang isteri tercinta, sampi bila saud4ra boleh memaafkan segala kecurangan yang dilakukan?
Lebih dr 10 tahun dia terus curang, ingat lah, dalam islam saud4ra adalah suami yang dayus, berbuat lah sesuatu, jangan terlalu lembik untuk buat keputvsan. Kalau dia isteri yang jujur sudah lama dia putvskan hubungan dengan lelaki durj4na tu dan tak mungkin mereka bertahan sehingga lebih dari 10 tahun menjalankan hubungan yang h4ram, walaupun sudah menjadi ibu kepada 4 orang cahaya mata. Buatlah keputvsan yang terbaik.
Rosmawati Ros : Ujian en engineer tapi sayang meletakkan sabar di tempat yang salah. Kesilapan pertama diterima sebab sedar manusia memang tidak SEMPURNA tapi membuat salah yang sama berulang – ulang tanpa rasa berd0sa kepada Tuhan dan suami.
Sang isteri tak perlu dicintai lagi. Tak layak pun digelar bid4dari buat Sang Suami. Tolong remove dia dari hidup kau, Sang Suami sebab memilih BAHAGIA di tanganmu. Semoga kehidupan En Engineer dipermudahkan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.