
Suami merupakan seorang ostad dan perwatakan alim. Tapi setiap kali saya solat, dia akan ganggu saya. Bila saya mengaji, dia panggil saya minta ambilkan apa yang dia nak. Baru2 ni saya tinggalkan anak sekejap dengan dia. Bila balik rumah, saya terk3jut tengok keadaan anak dengan Iebam dan d4rah di kepala..
#Foto sekadar hiasan. Salam. Hide profile saya. Kawan minta saya postkan masalah dia. Assalamualaikum. Nak cerita serba sikit tentang masalah saya dan harap boleh bagi pendapat. Jangan kecam ya. Saya sebenarnya seorang janda dan mempunyai 2 orang anak.
Seorang berusia nak masuk 2 tahun dan seorang lagi baru 6 bulan. Baru – baru ni saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang agak muda dari saya dan dia berstatus bujang. Selepas kahwin, saya bawa anak – anak tinggal sekali dengan kami.
Ye lah, masing – masing pun kecil lagi dan sangat perIukan saya sebagai seorang ibu. Tapi masalah timbul bila saya tengok cara layanan suami terhadap anak – anak saya. Untuk pengetahuan pembaca, dia layan anak – anak saya dengan teruk sekali.
Pernah anak saya dipukuI secara senyap di belakang saya. Macam mana saya tahu? Saya tengok badan anak dah ada kesan Iebam. Bila ditekan tanya, anak saya cerita waktu saya pergi kerja, suami saya akan pukuI, t4mpar anak saya dan ditengking dengan bahasa kurang baik.
Saya pernah buat laporan polis, tapi saya tarik semula sebab dia janji tak akan buat lagi dan saya masih sayangkan dia. Lepas kejadian tu suami saya langsung tak peduli dengan anak saya. Duduk bersama tapi tak bertegur sapa.
Lagi di kutuk anak saya hodoh, depan saya sendiri dia sanggup cakap macam tu. Seorang ibu, bila terjadi macam tu memang saya s4kit hati. Bila saya tegur suami saya kenapa cakap macam tu dengan anak saya? Dia kata, saya sengaja menyebeIahi anak – anak.
Dan akhirnya, saya terp4ksa mengalah untuk elakkan dari terus g4duh. Saya seorang isteri yang menguruskan kewangan keluarga. Setiap kali gaji, suami akan serahkan semua duit gaji untuk saya settlekan hal rumah dan bajet kalau ada nak keluar ke mana -mana, macam pergi berjalan ke atau bercuti.
Pernah saya tolak, saya tak nak aturkan semua dah sebab s4kit kepala bila nak bayar hal itu ini, dia hanya akan mintak duit untuk beli barang dia. Nafkah untuk saya sepanjang jadi isteri dia, takde! Saya cuma pemegang duit gaji dia sahaja.
Suami saya agak boros. Saya bagi RM50 untuk 1 minggu tapi dalam masa sehari dua dah habis. Rupanya dia bagi mak ayah dia sebab diorang mintak. Mak ayah dia bukan orang susah. Bila jadi macam tu saya rasa penat sangat, duit yang dibajet, dilaburkan macam tu.
Bila duit dah kurang, suami bagi tekanan kat saya balik. Jadi saya terp4ksa kerja untuk tambah duit gaji dia. Sebelum ni suami saya ke China atas urusan kerja. Penat saya kerja menambah duit poket dia untuk perjalanan ke sana.
Bila balik, dia bawa balik barang banyak. Saya sangkakan adalah habuan untuk saya dan anak saya. Rupanya untuk mak ayah dia, sed4ra mara dia, kawan – kawan satu kerja dia yang tak rapat pun dapat. Dekat saya dan anak apa pun tak ade beli.
Sedih. Tapi apa nak dibuat. Bila ditegur kata saya berkira. Suami merupakan sorang 0stad dan perwatakan alim. Tapi jarang solat. Tak pernah mengaji. Dia jadi 0stad atas tuntutan kerja sahaja. Bila saya solat, dia ganggu. Bila saya mengaji, dia panggil – panggil saya minta ambilkan apa yang dia nak.
Langsung tak hormatkan saya yang lebih tua dari dia walaupun saya berstatus isteri. Dia pernah melarang saya rapat dengan anak – anak. Saya pernah ada rasa yang mungkin suami saya ni ada masalah mentaI. Pernah dia kata anak saya macam – macam depan saya tapi hakik4tnya itu lah sikap dia yang sebenar.
Dia cerita konon kawan – kawan sekerja dia buat kerja tak betul, sedangkan dia yang buat kerja tak betul. Yang tak betul semua orang, dia je la yang betul. Balik rumah suka hati, tak kira waktu kerja atau tak. Kadang – kadang dia cerita kat orang tentang agama, walhal dia tak solat, dia tak mengaji.
Dia angkuh dengan ilmu yang dia ada. Waktu maghrib dia main game sampai lupa diri. Bila saya tegur untuk solat, dia tarik muka dan masuk bilik, tidur. Saya tak paham apa masalah dia. Baru – baru ni saya tinggalkan anak sekejap je dengan dia.
Bila saya balik rumah, terk3jut saya tengok keadaan anak, dah Iebam dan berd4rah kepala. Saya terus tanya suami kenapa?? Tapi dia hanya cakap yang anak saya biadap, dia nak ajar je. Bayangkan anak saya masih kecil, 2 tahun apa la yang budak tu tahu,
Semalam anak saya dalam keadaan lemah, syukur sahaja hari ni sudah beransur pulih. Saya takut kalau bawak pergi hospitaI, doktor akan tanya soalan yang bukan – bukan. Saya masih nak jaga aib suami dan saya takut nanti kes ni akan berlarutan sampai ke pihak polis. Tolong lah apa perlu saya buat?
Komen Warganet :
Biebiey Annah Stoh : Jangan sudah terlambat baru mau menyesal. Hilang pasangan boleh berganti, hilang anak hati pun ikut m4ti. Sebelum sis ada anak dengan lelaki macam tu, bagus fikir masak – macam sama ada mau teruskan atau tidak. Kesian anak – anak, tidak pasal – pasal kena d3ra.
Ainy Sidek : Peliknya.. boleh tanya lagi apa perlu buat. Memang otak TT tak boleh berfikir dengan baik ke? Dah terang – terang per4ngai suami tu sorang yang tak layak jadi suami. Pernah jadi janda pun. Takkan takut untuk jadi janda sekali lagi. Fikirlah demi anak – anak yang lebih perlu diIindungi dan disayangi. Jangan sampai menyesal kemudian hari.
Jamaiah Md Nor : Tak payah nak pening – pening, teruskan la bersamanya walaupun dah tau per4ngai suami acah – acah alim tapi hakik4tnya zaIim. Tunggu la walaupun anak awak tersiksa. Jangan nak rosakkn mentaI anak yang masih kecil.
Boleh tr4uma budak tu nanti. Jangan nak menyesal kalau terjadi apa – apa pada anak. Mula lah nanti menangis bucu katil kerana sayangkn suami. Jadi kepada TT, fikirkan la betul – betul. Kesian budak tu oleh kerana ibu sayangkan suami baru sanggup biarkan anak kena d3ra. Maaf cakap la yea.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.