
“Kakak h0doh ikut keluarga beIah ayah. Kakak tahukan kebanyakan dorang susah nak dapat j0doh. Kakak pun jadi macam mereka nanti. Lagi satu mereka busuk hati, tengok muka kakak pun ibu tahu kakak akan jadi seperti mereka. Orang yang busuk hati masuk ner4ka.”
#Foto sekadar hiasan. Aku merupakan anak sulung dan membesar dalam keluarga berantakan. Ayah aku seorang kaki perempuan, mempunyai sikap pelik yang kita panggil nars1sis, pemalas, lepas tangan dan juga c0mpuIsive liar.
Ibu pula seorang panas baran, ye lah siapa je kan boleh hidup dengan lelaki seperti itu. Namun, mereka hidup bersama agak lama bersama sehingga aku berumur 32 tahun, baru mereka bercerai. Sejak kecil, aku rasa mak ayah aku seorang yang mudah ikut cakap orang luar.
Memandangkan ibu bapa jenis yang clueless tentang keadaan dan keperluan aku, aku belajar berdikari sendiri. Aku selalu pergi bertemu kaunselor ketika di sekolah menengah supaya boleh membantu aku mendapat update tentang sekolah berasrama atau sekolah kawalan kerana aku benar – benar ingin mengubah nasib aku sendiri.
Benda yang mak ayah aku takkan buat tentang aku. Perasaan aku dari kecil, aku rasa mak ayah aku jenis yang lebih suka senang dari struggIe. Tapi hidup mak aku memang struggIe sebab ayah aku banyak buat benda yang tak bertanggungjawab.
Str3ssnya hidup dengan mereka sampai aku pernah cuba bunvh diri ketika berumur 8 tahun lebih. Tapi masa ni sebab budak, aku tak tahu cara apa yang efisien untuk bunvh diri. Paling ‘kelakar’ yang aku pernah buat, aku makan ubat sapu untuk kulit yang ada tanda r4cun.
Aku ingat kalau makan r4cun boleh terus m4ti. Tapi paling teruk aku kena pun cuma cirit birit. Aku juga cuba membuat tali supaya aku boleh g4ntung diri, sebab aku kanak – kanak benda ni sangat susah nak lakukan. Lagi – lagi tak da tempat g4ntung tali.
Masa ni aku tak rasa takut dengan kem4tian. Aku cuma nak m4ti je sebab aku betul – betul rasa hidup di dunia ni memang tak best. Lagi, bila di sekolah cikgu aku cakap budak – budak m4ti masuk syurga. So, aku fikir Allah ampunkan aku andai aku m4ti.
Kenapa aku tertekan dari kecil? Hmm.. aku rasa apa yang aku lakukan semuanya tak betul. Dari kecil aku sudah pun dibebankan dengan kerja rumah, cuma pada awalnya tak lah sebanyak yang ditulis dalam mana – mana komen anak sulung.
Lipat baju, sidai baju, cuci pinggan. Adik beradik aku ramai. Masa aku sekolah rendah, adik beradik 6 orang. Sekali basuh, bawa bakul baju tu memang berat giIa. Lagi – lagi kalau keluar dari mesin baju tu terikal bersama dengan baju lain.
Mak aku pula jenis cerewet dia nak baju tu sama besar, dan disidai sampailah saiz kecil. Aku yang kecil ni pula, ambillah dulu baju mana yang boleh untuk sidai supaya aku boleh leraikan ikal baju. Apa mak aku buat. Mak aku akan pergi ke ampai dan masukkan balik dalam bakul suruh aku buat semula.
Lipat baju juga sama. Dia akan bongkar balik supaya aku boleh lipat semula. Penyudahnya baju selalu menggunung tinggi. Bila aku dah besar ni, aku tertanya, kenapa mak aku tak pernah nak faham kudrat budak seperti aku?
Lain bila dia treat adik – adik aku. Adik aku yang hanya setahun beza dari aku pun tak disuruh buat kerja sebanyak aku, alasan, kerana dia kecil lagi. Satu perkara tentang mak aku, apa sahaja tentang aku dia tak suka. Dari rupa aku yang sama macam ayah aku, aku copy paste arw4h nenek beIah ayah, campuran cina – melayu – aku gelap macam melayu tapi mata aku tak besar, sehinggalah status aku sebagai anak sulung.
Mak aku selalu g4duh dengan kakak dia yang sulung. Dia anak kedua. Benda yang dia selalu cakap pada aku: “Kakak h0doh ikut keluarga belah ayah. Kakak tahukan kebanyakan dorang susah nak dapat j0doh. Kakak pun jadi macam mereka nanti. Lagi satu mereka busuk hati, tengok muka kakak pun ibu tahu kakak akan jadi seperti mereka. Orang yang busuk hati masuk ner4ka.”
Aku masa kecil – kecil jadi panik sampai tanya pada dia, macam mana nak ubah, kakak tak nak masuk ner4ka. Dan jawapan mak aku ” Tiada peluang”. Dan mak aku tak bergurau. Ketika dia cakap ni, aku sedang duduk main dengan adik aku di ruang tamu.
Dia buka tv chill – chill terus cakap dengan aku pasal benda ni. Adik aku yang kedua, ada per4ngai nakal. Dia selalu mengadu domba pada ibu aku supaya aku kena marah. Mula – mula aku macam malas nak layan sebab aku tak buat.
Mak aku usually bila adik aku cakap, dia terus datang pada aku dan mer0yan: ” Ibu dah agak dah anak macam kau ni memang tak guna. Kau nak sangat ikut keluarga sebeIah sanakan! Kau memang tak guna!! Sikit – sikit nak g4duh.” Aku dipukuI teruk.
Dan adik aku tunjuk good. Sedangkan masa tu aku cuma lepak di sofa sambil baca buku kanak – kanak. Dan mak aku sampai call ayah aku suruh balik untuk tengok betapa tak terkawalnya aku. Balik aku kena marah dua kali.
Aku mula rasa tak puas hati. Aku mula belajar menjerit kuat. Kuat yang sampai jiran boleh dengar. Mak aku campak semua baju aku di luar rumah. Lepas tu call ayah aku nangis – nangis. Kata sy4itan mer4suk aku. Aku masa tu berusia 10 tahun.
Aku masuk ke dalam bilik cari beg kertas, sebab aku tak da beg pakaian. Aku pergi ke laman, kutip semua pakaian. Masa tu malam around pukuI 9 malam. Bila aku dah mula nak jalan keluar. Telefon berbunyi. Ayah aku suruh mak aku tahan aku dari keluar rumah.
Dan dia balik ke rumah. Masa ni aku tak tahu sebenarnya mak aku haIau aku adalah salah satu alasan supaya ayah aku balik ke rumah. Esoknya ayah aku ajak beraya di rumah kawan. Aku tak nak ikut sebab aku ada plan lain.
Aku nak bunvh diri. Tapi mereka p4ksa juga. Selalunya aku kena tengking, tapi kali ni mak aku macam lembut sikit, walau dia masih tak boleh tengok muka aku. Dalam keadaan marah aku sepahkan semua almari termasuk almari baju dia.
Pada masa ni almari kami semua berada dalam satu bilik. Dia masuk dan lihat keadaan bersepah. Dia tanya aku, “Kakak tak kesian ke dekat ibu bila sepah baju macam ni”. Aku pelik dengan sikap dia. Tapi aku diam. Sampai di tempat makan, mak aku tanya apa aku nak makan.
Aku geleng kepala. Mak aku cakap dia nak belanja sebab dia sayang aku. Aku diam saja. Pembantu rumah aku tanya aku dan suruh aku cepat, last – last aku order juga. Tapi balik tu, aku plan kerja aku yang tertangguh. Aku korek ubat sapu kulit dalam laci dan masuk ke dalam mulut. Ada beberapa botol.
Aku masuk mulut dan makan. Aku asyik guna method yang sama dari umur aku 7 tahun. Lepas aku munt4h – munt4h dan ber4k – ber4k aku cuba pula k0rek suis dengan pis4u dengan harapan biar m4ti kena letrik. Bila fikir balik, memang Allah nak selamatkan aku.
Bila aku berusia 12 tahun, tekanan m4kin tinggi. Ketika aku minta dibuatkan IC, ayah aku tak nak dengan alasan 1) Menyusahkan. 2) aku belum cukup dewasa untuk IC. Pada masa ini banyak borang dah perlu guna IC, so cubalah imagine ketengangan em0si aku hanya untuk sekeping IC.
Beberapa bulan berlalu tak buat juga, aku lahir Januari…. so imaginelah, sampai cikgu sekolah minta untuk urusan kemsukan ke sekolah menengah. Mula – mula cikgu marah aku. Aku dengan wajah -.- menjawab, “Ayah saya tak nak buat IC saya.”
Cikgu memandang aku pelik. Akhirnya benda ni disampaikan kepada ibu bapa aku dan mereka dalam keadaan meng4muk berg4duh dengan aku tentang ic. Semua orang ingatkan aku tentang tanggungjawab aku. T
Tangungjawab aku yang patut uruskan diri sendiri dan adik – adik. Bukan menyusahkan mereka untuk hal – hal remeh macam ni. Kali ni, aku cari r4cun (ubat sapu kulit ya adik – adik aku ramai dan ubat sapu untuk chicken p0x ni memang banyak macam di restock pun ada selang setahun atau dua tahun).
Aku lepas makan tu aku siap solat hajat supaya Allah m4tikan aku. Lepas tu, aku sambung makan lotion dan krim nivea dalam tin biru tu. Ohh aku makan panadol banyak juga. Tapi masa ni panadol cuma tinggal 6 biji je. Aku tak m4ti.
Aku hanya melayan dunia aku sendiri. Aku bukan sahaja s4kit hati, aku betul – betul rasa terasing dengan mereka. Duduk di rumah memang sangat tertekan. Kalau aku sedang buat kerja rumah, mak aku cakap aku cuba mengelak buat kerja rumah dengan tunjuk rajin.
Jadi aku kena cuci pinggan mangkuk yang penuh satu sinki sampai banjir termasuk juga pinggan mangkuk dan periuk yang bawah sinki, aku juga kena masak nasi goreng untuk adik – adik, pastikan mereka makan dan juga bawa mereka pergi bilik air sementara mak aku tengok tv dengan adik beradik yang lain.
Tak da sapa nampak aku yang cuba ulangkaji pelajaran masa tu. Adik – adik aku ramai masa ni. 6 orang. Tiga di bawah aku kena cebok mereka. Last – last empat jam berlalu hanya aku melayan adik – adik. Aku masuk tidur. Dan bangun dalam pukuI 11 malam.
Tak tidur supaya aku boleh study tanpa gangguan mak aku. Ayah aku tak banyak menyumbang dalam family. Dia banyak habiskan masa dia dengan perempuan – perempuan dekat luar. PukuI 1 pagi dia akan balik, buka lampu besar – besar di ruang tamu yang juga bilik kami dan bising!
Dia dan mak aku memang banyak kali berg4duh dan usually melibatkan kami adik beradik. Aku dengan adik – adik biasalah kena pukuI tu. Mak aku setiap pagi suara dah macam petir menjerit sana sini. Aku pun tak tahu dia nak marah apa.
Tapi disebabkan dia tak bagitahu punca akhirnya aku dipukuI ayah aku. Adik – adik aku g4duh juga aku dipukuI. Alasan: Sebab aku kakak dan itu tanggungjawab aku. Aku ambil keputvsan setiap kali cuti, aku duduk di kampung.
Aku takkan balik rumah awal, aku pergi ke rumah kawan – kawan untuk study dan siapkan kerja. Aku jenis yang tak buat masalah di sekolah. Malah aku dapat banyak anugerah seperti pelajar contoh, tokoh pemimpin. Jadi mak aku tak haIang sangat kalau benda ni isu sekolah.
Mereka tak nak aku sebagai anak mereka tapi mak aku setiap kali dia buat benda buruk pada aku, sekali dua dia akan datang buat per4ngai pelik macam belanja aku macam kes haIau dari rumah. Aku rasa sebab aku dah biasa dengan kata m4kian, aku tak boleh nak fahamkan benda tu sebagai memujuk.
Adik aku yang terangkan pada aku dan aku akan bagitahu dia yang aku tak kecil hati. Aku tak harap apa pun sebab aku pun tak tahu nak harap apa – apa dari mereka. Aku cuma harap, aku ada kehidupan baik tanpa mereka.
Betullah orang kata doa ibu ni makbul. Satu – satu yang mak aku cakap pasal aku jadi. Doa aku je yang tak makbul. Aku cuba kurangkan tabiat aku yang cuba membunvh diri sebab aku pun dah dewasa dan lagi satu aku tak nak asyik letak diri aku sebagai m4ngsa
Dalam adik beradik, aku tak dihorm4ti sangat terutamanya di kalangan adik beradik lelaki. Budaya ni tak diterapkan sangat. Anak sulung tiada hak dalam apa – apa. Tiga tahun lepas, ketika semua adik – adik dah tak duduk serumah.
Mak aku minta aku balik rumah. Tinggal di situ. Aku tak nak. Dia tiba – tiba menangis sebab ayah aku. Satu perkara pasal mak aku. Dia suka menampakkan diri dia tiada masalah. Orang keliling semua kata dia tabah, satu benda mereka tak tahu dia tukar tekanan tu pada anak – anak.
Yang paling teruk anak – anak perempuan dan lagi teruk adalah aku. Setiap kali kalau dia bertemu aku di Bandar A, dia akan ingatkan aku pasal keberkatan. Adik bawah aku dua orang dah kahwin. Manakala aku belum. Kalau dulu aku nak kahwin dia halang sampai jadi drama telenovela di rumah.
Tapi kali ni, aku disalahkan kerana d0sa – d0sa yang aku buat membuatkan j0doh aku tak sampai. Tiada salah sesiapa dalam ni kecuali aku. Adik kedua kahwin aku tak pergi sebab exam. Adik ketiga kahwin sebab dah berg4duh besar termasuk ahli keluarga cakap aku tak cukup doa untuk j0doh sampai dua kali langkah bendul.
Aku terus ambil keputvsan tak nak balik raya. Aku sorang – sorang duduk di bandar. Pergi Tesco semua bangla yang pergi beli barang. Semua restoran tutup. Tapi aku rasa tenang. Tenang tak beraya dengan mereka. Satu masa, aku bagitahu mak aku, ketika adik aku yang kedua meng4muk dan cari pasal dengan aku, aku nak minta izin tak nak jadi anak dia lagi.
Aku rasa aku seperti kena sump4han doa ibu. Sebab semua benda buruk mak aku berulang kali cakap dengan aku dari kecil jadi. Aku selalu jumpa orang yang tak baik dalam hidup dan aku berat j0doh. Dari segi perjalanan kerjaya, aku mudah dinaikkan pangkat sebab aku memang suka berkerja.
Tapi aku banyak yang suka menc4ntas. Tik4m tu banyak kali. Satu – satunya calon j0doh yang melekat dan mak aku okay untuk aku kahwin adalah lelaki playb0y dan nars1sis. Aku rasa sump4han doa mak aku tu memang berkesan.
Jadi aku rasa kalau aku bukan lagi anak dia, dia pun dah tak benci aku dan aku pun boleh hidup sendiri dengan tenang tanpa rasa takut dengan sump4han doa dia. Beza kehidupan aku dengan adik aku kedua. Perkahwinan dia mudah tanpa belanja banyak.
Dia tak banyak hutang belajar. Ayah mertua siap bagi hadiah kereta. Rezeki kerjanya juga baik. Perjalanan hidup dia sama seperti kata – kata mak aku. Adik aku ni dapat layanan spesiaI sedikit walau jenis panas baran. Kalau dia meng4muk atau apa, mak aku terima sebab dua alasan kukuh muka dia sama dengan keluarga beIah mak aku dan juga dia anak kedua.
Kelakar tak reason mak aku. Untung anak yang dikasihi ni sebab doa. Aku cuma nasihatkan mak ayah dekat luar sana, kalau tak suka anak, doakan jelah anak tu bawa diri, tak ganggu mereka lagi dan hidup dia lancar seorang diri.
Anak – anak ini mampu berdikari. Dia pun ada masa depan juga. Dah la susah dari kecil, takkan dah besar nak menjadi pembawa suwey. Sehingga kini, aku masih lagi dengan keinginan tak nak ada apa – apa hubungan dengan mak ayah aku walau mak aku dah bercerai dengan ayah.
Aku pernah minta mak aku untuk putvskan hubungan dengan aku dan aku bincang dengan rasi0nal. Aku bagitahu aku faham keadaan dia dulu dan maIangnya, aku dapat gene ayah aku. Disebabkan aku dibesarkan dalam keadaan ini dengan rupa aku dan benda ni tak boleh upah, aku tahu dia tak suka tengok aku.
Aku hanya nak satu benda, aku tak nak ada kaitan dengan dia atau ayah aku lagi. Lepas bincang tu, kalau aku pergi kerja mak aku akan siapkan bekal aku ke tempat kerja walau aku tak nak. Aku tak suka unnecessary effort.
Mula – mula aku ambil tapi lama – lama aku jadi rimas dan aku sampai marah mak aku. Mak aku nak masakkan untuk aku pun aku akan marah. Entah. Aku tak suka. Aku nak keluar dari tempat ni. Tapi mak aku seorang yang penakut kerana sekarang dia tinggal seorang diri.
Jadi, aku terp4ksa temankan dia walau makcik aku syorkan aku untuk keluar. Aku tak bencikan dia. Cuma aku tak rasa aku ada dalam keluarga ni. Aku tak nak habiskan masa aku dengan orang yang benci aku dan paling kompleks dia adalah orang yang melahirkan aku.
Aku rasa ibu aku pun keliru juga. Setiap kali dia melepaskan kebencian dia, dia akan cuba melakukan kebaikan. Nak pujuk balik kot. Aku dah cuba terangkan pada dia kekeliruan dia. Aku minta dia give up atas aku sebab aku tahu dia sangat membenci aku atas benda – benda aku yang tak boleh kawal.
Aku tahu dia masa kahwin dengan ayah aku memang nak anak. Dan aku faham kenapa aku lahir. Cuma bukan aku yang mereka nak. Dan aku pun secara jujurnya, aku rasa aku tak nak jadi anak mereka. Mak aku memang dah kuranglah sikap dia macam dulu.
Sejak aku minta dia tak nak jadi anak dia, dia cuba berhati – hati dengan ayat dia, dia cuba baiki hubungan tu. Tapi, aku tak nak baiki hubungan yang tak pernah wujud tu. Aku tak boleh tengok muka dia. Aku walau menemani dia duduk bawah satu bumbung, aku tak bercakap dengan dia.
Aku banyak duduk dalam bilik. kalau dia masuk bilik, aku keluar. Kalau dia duduk dengan aku, perlahan aku naik. Tapi aku akan borak – borak siket dengan dia supaya dia tak s4kit hati. Dia pernah cakap dengan aku dia tiada niat nak s4kiti aku.
Dia cakap aku tak faham dia yang sangat menyayangi setiap anak tanpa berat sebeIah. Aku cakap, aku terima kata – kata dia. Tapi aku harap sangat dia terima kata – kata aku. Dia tak berat sebeIah dengan anak – anak tapi ada satu orang asing yang dia salah erti sebagai anak, iaitu aku.
Aku tahu dia dah k0rbankan diri dia melahirkan aku. Aku rasa dia sendiri keliru antara benci dan sayang. Tapi aku minta dia percaya, kalau kita sayang, kita akan tunjuk dan kita akan tahu perasaan kita sendiri. Dan yang pasti, sepanjang hidup mak aku, apa yang mak aku nampak pada aku adalah masalah (walau aku pelajar cemerlang, pelajar contoh, pemimpin pelajar), aku menyusahkan, aku h0doh, aku busuk hati etc.
Aku minta dia percaya that instinct. Aku di mata dia tak sama macam adik beradik lain (By the way, adik beradik aku yang lain semua ikut mak aku kecuali aku). Aku rasa perit melihat wajah dia. Dan sepertimana mak aku semasa muda kasar dengan aku, sama jugalah aku dengan dia sekarang.
Aku betul – betul macam dia dan aku dah tak nak jadi orang tu. Tapi kalau baik sangat nanti mak aku akan tunjuk sikap sebenar dia pada aku. Hidup aku tak tenang. Aku pun dah nak habis master’s degree. Selepas ni aku nak tukar career di tempat baru.
Aku harap ada anak yang boleh tinggal dengan dia kerana sekarang dia hidup bersendirian as ibu tunggal. Aku harap, aku boleh lalui fasa ni untuk ketenangan hati aku sendiri dan orang keliling. – Hzl (Bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.