Sepupu suami merayu minta suami aku buat loan. 8 bulan pertama je bayar, bila dah senang dia lari

Sepupu suami mula mungkir janji bila dia dah start tak bank in kat akaun suami. Bila call, sibuk la ramai customer. WhatsApp lagi la tak baIas. Masa raya baru ni, dia tak datang langsung rumah mertua aku. Sedangkan sebelum ni dia suruh mak mertua pujuk suami aku buat pinjaman..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku Kekwa bukan nama sebenar. Umur 31 tahun, ada anak seorang umur 3 tahun. Aku dah jadi suri rumah tangga (SRT) selama 4 tahun. Aku lulusan Degree dari IPTA tahun 2014. Masa bujang, aku memang hardcore betul bab kerja.

Office hour 8am – 5pm. Lepas tu aku part time tutor 8pm – 10pm. Sampai rumah 11pm, esok kerja lagi. Sabtu biasa aku half day atau OT. Ahad je cuti. Dekat 3 tahun rutin aku ni. 2017 jodoh sampai, aku kahwin. Rezeki lepas 2 bulan kahwin, aku pregnant.

Masa pregnant, aku alahan teruk sangat sampai hyperemesis. Dekat 4 – 5 kali warded kena drip masuk air. Sangat lemah keadaan aku jadi aku sukarela resign 24 jam sebab sedar officemates aku dah mula mengata aku. Yelah kan dah aku asyik cuti, diorang kena take over kerja aku.

Bos lelaki pun asyik marah aku sebab katanya orang lain pun pregnant tak macam ni (sedih sangat masa ni). So at the end aku resign. Husband aku, Alhamdulillah syukur sangat baik dan membantu. Cuma bila aku tak bekerja, kami terp4ksa la cut sana sini mana tak penting.

Husband aku penjawat awam. Dia takde personal loan. Kereta myvi secondhand beli cash. Komitmen cuma rumah apartment yang dah dibeli sebelum kahwin lagi. Masa PKP, Alhamdulillah kami tak terjejas sangat cuma di sini timbul masalah.

Sepupu suami aku yang juga merangkap adik susuan suami (sebab mak mertua pernah susukan sepupu suami), merayu kat suami tolong buatkan loan sebab bisnes restoran dia hampir lingkup masa PKP tu. Husband minta pendapat aku dan aku memang bertegas jangan buat loan untuk orang.

Sepupu suami pulak (aku bagi nama Budin la senang), jumpa mak mertua aku (makcik dia la), pujuk minta slow talk dengan suami aku bab loan ni. Akhirnya seperti aku jangka, husband aku pun buat la loan untuk Budin.

Berapa belas ribu ke, puluh ribu ke aku taktau sebab suami aku tak nak cakap. Dia tau aku terkilan so dia tak nak libatkan aku. Demi nak selamatkan restoran tu, bayar loan kereta, rumah Budin tu maka suami aku jadi m4ngsa.

Budin pulak janji bila bisnes dah ok, dia akan bayar bulan – bulan. So, awal – awal tu memang husband aku la yang bayar. Masa ni aku dah rasa tak best sebab kami kena berjimat untuk orang lain. Tapi suami aku yakinkan aku, Budin akan bayar lagipun diorang dah macam adik beradik.

Masa berlalu, Budin bayar elok selama 8 bulan berturut – turut masa PKP dah longgar. Orang dah boleh rentas, dah boleh dine in kan. Aku sangka panas hingga ke petang, tiba – tiba hujan di tengah hari. Budin mula mungkir janji bila dia dah start tak bank in kat akaun suami.

Bila call, sibuk la ramai customer. WhatsApp lagi la tak baIas. Masa raya baru ni, Budin tak datang langsung rumah mertua aku. Tapi elok pulak dia pergi beraya rumah sed4ra yang 1 jam dari rumah dia. Rumah mak mertua aku dengan rumah dia 20 min pun tak singgah.

Suami aku dah mula rasa Budin ni nak mengelak bayar hutang. Ye la kan, bisnes dah kencang, nak kena bayar bulan – bulan kat husband maybe dah rasa berat la kot. Bila jadi macam ni, aku sedih sangat sebab aku tau husband aku baik.

Aku cuba tak nak minta duit dia untuk beli barang kehendak aku. Aku try jadi dropship baju perempuan. Tapi serius rimas dengan mak – mak ejen yang push aku kena ada sale sekurang – kurangnya satu sehari. Bila tak dapat t4rget, aku kena bagi sebab panjang berjela kat whatsapp.

Lepas tu ada sesi mentor – mentee pulak secara online meeting. Siapa tak join, kena bagi sebab. Ya Allah aku cakap betul, aku takde masa nak mengadap phone sangat sebab anak aku sangat lasak, kena pantau dia buat apa.

Siap check siapa tak view mesej kat telegram. Last – last aku undur diri jela. Aku join pulak ejen jual biskut. Aku keluar duit la untuk modal beli 12 balang. Yang aku tak tahan, tiap minggu ada kuiz berkenaan baking. Jadi kami ejen ni wajib jawab.

Aku ni nak bukak Google pun kadang – kadang tak sempat. Lepas tu kena edit poster / bahan iklan baru. Tiap isnin kena submit dalam group. Siapa tak capai t4rget, nama akan naik dalam group. Yang aku tak tahan, dia suruh buat video makan biskut tu untuk marketing.

Aku ni memang pemalu, profile picture pun gambar anak. Last – last sama jugak, aku undur diri. Aku rasa dunia bisnes online bukan jiwa aku la. Sebab aku rasa rimas nak kena standby jawab whatsapp, customer pulak tak jawab 10 min dah tanya nak niaga ke tak nak.

Anak pulak bila aku pegang fon, dia akan cakap kenapa mama boleh main telefon? Dia macam kau harap anak tak ket4gih gajet, tapi kau sebagai mak, fon tu lekat kat tangan. Setepek kena kat muka aku ni haaa. Baru ni aku ada pergi Aeon & Lotus, nampak ada part time cashier.

Rate RM8 ke RM10 per hour. So aku nak tanya la, ada tak SRT yang kerja part time cashier sini? Boleh share tak kalau ada. Aku bukan tak nak tanya, tapi takde no telefon untuk call sebab kalau berminat, terus walk in. Aku pernah walk in satu kafe kopi ni untuk part time.

Dia bagi syarat kalau part time, kena kerja Khamis sampai Ahad full time. Cuti 3 hari. Bila aku cakap tak boleh, dah kena marah pulak kalau tak nak kerja jangan la buang masa tanya. Ya Allah, aku ni tanya sebab taktau. Lain la kalau dah tampal kat luar kedai.

Kalau kerja part time supermarket tu, boleh ke kita masuk 6pm – 10pm je? Atau tak kisah asalkan cukup hours yang management tetapkan? Biasa suami aku balik kerja 5 pm so malam boleh lah aku kerja dalam 4 jam tu. Supermarket area aku ni 10pm dah tutup.

Aku bukan apa, teringin juga nak masuk Watsons Guardian beli skincare, lipstick. Nak jugak bagi duit kat mak ayah aku. Belikan mainan dan buku untuk anak. Kalau dapat 500 sebulan pun jadi la. Terima kasih baca luahan aku yang panjang ni. – Kekwa (Bukan nama sebenar)

Donna Karan : Ada gak sed4ra mai pujuk mak aku suh aku wat loan untuk dia, tapi aku takmo, sed4ra tu 5th tak mai rumah, marah!. Aku cakap kat mak, ok la dia tak mai rumah sebab marah dari dia tak mai sebab tak mampu bayar hutang.

Nadiatul Amirah Wajihah : Sis buat servis jaga anak khas untuk yang nak me time or ada keje tu. Contoh parents nak keluar tapi takleh bawak anak, tapi malam taska tutup so diorang mesti nak cari orang yang boleh jagakan kejap, or kalau siang mak / ayah nak gi bank nak tinggal anak kejap ke, or parents yang kerja syif tapi pengasuh cuti, so memang diorang akan cari sape yang boleh jaga kejap untuk sehari. Biasa orang caj ikut jam.

Faranisyah Hakim : Kisah ni boleh jadi peringatan untuk kaki – kaki yang suka pinjam duit orang tapi taknak bayar. Tak pasal – pasal merana si pemberi pinjam sekeluarga disebabkan ko. Okey.. done marah kat Budin ke Bidin tu.

Awak taknak jadi tutor balik ke? Sekarang boleh buat online jer mengajar. Iklankan kat FB ke apa. Macam anak – anak saya sekarang, mengaji online jer dengan ustazah diorang. Sejak pkp hari tu lah. Sekarang dia teruskan online jer sebab Ustazah kata lebih senang. Saya pun tak susah nak keluar hantar gi kelas. Apa – apapun, semoga dimurahkan rezeki yer.. Aminnn.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.