
Kami baru je kahwin beberapa bulan, saud4ra suami perempuan cakap nak tumpang rumah. Mula – mula ok, tapi lama – lama siap bawak jantan. Satu hari saya terus terang suruh dia keluar dari rumah sebab suami tak selesa. Sehinggalah dia pindah tinggalkan bilik dengan pad kotor dan juga fitnah terbesar..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, tolong hide profile saya. Saya hanya nak berkongsi cerita dan bertanyakan pendapat. Saya dan suami baru beberapa bulan berkawin. Kisah ni terjadi bila mana saud4ra beIah suami mintak untuk tumpang rumah kami, kami tidak ada pilihan lain melainkan berikan keizinan semata – mata suami tak mahu saya di cop tidak mahu membantu saud4ra.
Keadaan pada mulanya berlalu dengan tenang, saya membantu saud4ra suami seikhlas hati saya, (saud4ra suami perempuan dan saya namakan dia sebagai Wahida. Pada mulanya Wahida berkelakuan baik duduk rumah saya, tetapi bila sem4kin lama sem4kin terserlah sikap sebenarnya, pemalas dan buat kami dekat rumah ni macam tak wujud, pinggan sebijik yang dalam sinki yang digunakan saya dan suami pun tak pernah tolong cuci.
Tapi kami suami isteri selalu menguatkan satu sama lain, abaikan apa yang berlaku. Suatu hari tu, bila saya dan suami ada krisis, kami bertindak keluar rumah dengan harapan untuk menenangkan diri kami. Selama dia tinggal dengan kami saya memang tidak mempunyai kunci rumah kerana kunci rumah saya telah diberi pinjam kepada Wahida.
Mungkin kesilapan suami masa kami keluar tu dia padlock pintu rumah mungkin dengan harapan saya tak dapat masuk rumah. Wahida pulak pada hari kejadian tak bawak kunci rumah dan dia pun tak dapat masuk rumah.
Saya malas nak pikirkan diri dia sebab pada saya dah besar sepatutnya tahu uruskan diri. Beberapa hari kemudian saya cakap pada Wahida suruh dia pindah dari rumah sebab dia sendiri ada cakap pada saya yang dia nak pindah rumah.
Sepanjang empat bulan tinggal bersama kami, hanya RM150 je yang dia bagi. Malah plastik sampah mahupun sabun cuci pinggan pun tak pernah dia tolong beli untuk kami, tapi kami tetap berdiam diri dan tak mahu panjangkan cerita.
Saya katakan pada Wahida yang suami saya tak selesa dia di rumah, sebab dah terlalu lama hampir empat bulan. Keluarga saya mahupun keluarga mertua ada berbunyi pada saya masa raya aritu nasihatkan kami, tak elok rumahtangga yang masih baru ada orang luar perempuan plak tu.
Tapi kami suami isteri tak ada pilihan dan berserah kerana tak mahu ada hati yang terguris. Nak dijadikan cerita, selepas Wahida keluar dari rumah dia tinggalkan rumah kami cara yang pada saya tak elok, sampah dalam bilik bersepah, sampaikan bekas tuala wanita dia yang kotor pun dia biar saja dalam tong sampah.
Saya tak tahu dia keluar dari rumah, esoknya baru dia whatsapp saya bagitau dia dah ambil barang – barang dan keluar dari rumah Saya jawab ok sahaja, dan saya nekad apa pun nak jadi pada kau, aku tak nak lagi ambik tahu.
Saya rasa, saya dah cukup baik layan dia, berikan tempat tinggal walaupun pada waktu tu kami baru beberapa hari kahwin. Saya menangis pada suami kenapa baik yang saya, bagi buruk yang saya terima, Tak apa la, mungkin itu kifarah saya atas perbuatan yang mungkin ada saya lakukan pada orang.
Kemuncak cerita terjadi bila baru – baru ni ibu mertua saya meluah rasa pada suami bila mana Wahida ada bertanya pada adik ipar saya betulkah ibu mertua saya tak bagi dia tinggal dengan kami? Ibu mertua terasa hati dengan saya kerana beranggapan saya menjual nama mertua.
Maka terjadi ketegangan antara saya dan suami, suami marahkan saya, kemudian kami berbincang dan kami whatssapp Wahida untuk tanya keadaan sebenar. Tapi menghampakan bila dia blocked whatsapp saya dan suami.
Kami sampai pergi ke rumah sewa dia untuk bertanya kepastian tapi dia tak ada di rumah. Pada hari kejadian jugak keluarga sebeIah suami iaitu pakcik dan makcik suami ada di sini dan kami dapati dia ada bersama mereka.
Suami mintak saya bersabar dan saya akui saya tak boleh bersabar kerana saya rasakan diri saya difitnah, saya mintak dia jumpa saya tapi dia dengan keadaan yang sungguh eg0 menjerit katakan saya seperti budak – budak.
Kemudian kami ke bilik hotel penginapan makcik dan pakcik suami untuk berbincang. Saya luahkan apa yang saya rasa terhadap Wahida, tetapi makcik dan pakcik suami 150% menyebeIahi Wahida sampaikan dia menjerit je arah saya pun, ibu mertua saya cuba menenangkan keadaan makcik suami cakap mak mertua ada pukuI Wahida (masa tu suami belum sampai).
Jadi akhirnya setelah berbincang kesalahan 100% terletak pada saya dan suami, kerana kata pakcik, Wahida tak tolong di rumah sebab penat bekerja. Wahida bawak balik lelaki ke rumah tak apa sebab dulu sebelum kahwin pun saya dan suami sering ke rumah akak ipar.
Wahida tinggalkan rumah dalam keadaan kotor dan sampah pad di dalam rumah saya pun jadi kesalahan kami suami isteri sebab kami tak bersihkan. Banyak lagi perkara yang Wahida buat, buat saya makan hati dan kecik hati.
Sekarang suami saya dalam keadaan tersepit, untuk pengetahuan pembaca Wahida jugak adalah tunang kepada sepupu suami dan Wahida tu bukan kalangan keluarga suami. Cuma saya katakan saud4ra kerana Wahida adalah tunangan sepupu suami.
Pembaca bantulah saya, saya tak mampu hadapi situasi macam ni kerana 100% keluarga pihak suami menyalahkan saya kerana saya marahkan Wahida, seolah – olah dah fitnah saya gunakan nama mak mertua. Sedangkan saya tak pernah sebut nama mak mertua.
Oleh sebab ini melibatkan pakcik makcik beIah suami, isu nak jadi besar. Sekarang ni suami tersepit, saya dah berbincang dengan suami, saya katakan pada dia, isteri dia boleh carik lagi, tapi keluarga yang dia ada cuma satu sahaja.
Saya rela undur diri daripada suami terletak dalam keadaan tertekan. Pembaca sekalian ambillah iktibar dari kisah saya ni, berbuat baik berpada – padalah, walaupun itu keluarga, tak semua hati manusia putih, tak semua manusia boleh hidup tanpa sifat pentingkan diri sendiri.
Sehingga saat ini, hati saya masih terIuka, jiwa saya masih s4kit, semoga ada kemaafan pada mereka yang mengani4ya saya. Tetapi sehingga saat ini apa yang boleh saya katakan kemaafan pada kalian sampai ke masyar pun masih belum mampu saya beri, semoga saya kuat untuk lalui hidup dengan mereka yang mengani4ya diri saya. Wassalam..
Komen Warganet :
Nur Syue Hada : Silap dari awai lagi sebab benarkan orang yang belum ada ik4tan saud4ra menumpang. Lain kali utamakan rumahtangga dulu sebelum pikir tepi hati orang lain.. Bila jadi macam ni tak keserabut kepala. Lepas ni kalau ada la sesiapa nak tumpang tinggal kat rumah janganlah gatai – gatai bagi dah.
Nak menumpang pun setakat 3 hari je lebih pada tu jangan. Benda dah lepas dah lantak la dekat perempuan tu. Sekarang ni awak cuma perlu jernihkan semula hubungan dengan mak mertua, cuba ambik hati mertua balik dah.
Lagi satu tak payah nak str3ss pikir kes ni yang penting suami percaya sudah. Ingat lepas ni jangan baik hati bagi tumpang orang lebih dari 3 hari. Utamakan privasi sendiri dulu baru fikir orang lain.
Highspeed Zee : Sabar Dik. Ini baru satu kesilapan orang luar. Dugaan bukan pada kalian berdua tetapi dugaan juga untuk family in law anda. Move on dengan suami. Ambil ikhtibar. Banyak lagi dugaan bakal mendatang antara kalian berdua.
Hormat menghorm4ti dan kasih mengasihani antara anda berdua. Ini baru permulaan, ujian awal dalam perkahwinan, belum lagi dipertengahan kehidupan. Rujuk Ustazah ker, minta pendapat. Semoga bermanfaat.
Princess Aleeya Jsl : Sebab tu lah saya tak suka nak tumpangkan saud4ra mara walaupun dari beIah saya sendiri. Dah lah kita bekerja kemudian ada orang lain menumpang tinggal bersama. Akhirnya kita yang tuan rumah takde privasi dan rasa kekok dalam rumah sendiri sendiri.
Tambah lagi tinggal di bandar dengan rumah yang sempit, dengan anak – anak lagi. Kadang – kadang benda yang remeh boleh timbulkan perg4duhan antara suami isteri. Inilah salah satunya, terlalu baik nak tolong orang. Niat kita memang baik, tapi hati orang lain tu kita tak tahu. Buat baik berpada – pada.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.