3 tahun suami tak kerja aku tanggung, bila dia dapat kerja mertua datang tuntut separuh gaji

Aku nak beli maggi pun dia tanya macam – macam, akhirnya aku tak jadi ambil pun maggi tu. Kemuncak apabila aku terjumpa account peribadi suami, ada berbeIas ribu, dalam akaun BSN beratus ribu. Aku nekad nak jadi isteri yang kaya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Ini adalah kisah aku seorang isteri yang suaminya masih hiduplah. Masa mula perkahwinan, aku yang bekerja menyara keluarga sementara suami aku belum dapat kerja. Pagi, petang, malam.

Cukup aku katakan, aku berkerja keras untuk meletak makanan di atas pinggan. Alhamdulilah pertengahan perkahwinan, kami dikurniakan anak. Maka aku perlu lagi berkerja lebih keras dengan membawa anak di dalam perut. Suami masih tidak berkerja.

Maka aku pun bekerja lebih gigih siang malam untuk memastikan cukup untuk penambahan 1 ahli keluarga. Dipendekkan cerita, aku tidak pernah mengeluh bahkan mengangap itu tanggungjawab aku sementara suami mendapat kerja.

Masa itu mak mertua aku pun masih baik dan memberi sokongan terhadap aku supaya terus bekerja menyara keluarga. Alhamdulilah, hari siang awam mendung berlalu. Suami dapat kerja. Sujud syukur akhirnya dapat berkongsi beban kewangan 50 – 50.

Tetapi awam mendung muncul semula bersama kilat memetir. Gaji bulan pertama sahaja menjadi rebutan mak mertua. Suami aku tidak mahu bayar apapun. Kereta, rumah, mengasuh anak, nafkah aku dan anak semua tidak tertunai.

Suami aku mula kedekut dengan hartanya. Padahal dulu masa aku bekerja suami aku yang pegang kad, tahu password untuk keluarkan duit dan sebagainya. Ya aku b0doh, aku tahu. Ada satu masa itu, aku penat bekerja back to back tanpa rehat, sabtu ahad pun kerja.

Aku berdiri depan cermin, tengok Iuka ca3ser anak pertama aku. Aku menangis giIa – giIa di dalam tandas. Sudahlah penat berkerja, membawa anak dalam perut sehingga melahirkan juga diuji. Hanya untuk lebih terus mend3rita dengan sikap suami dan mertua.

Mak mertua dan keluarga suami juga mula bekeras. Mereka mahu jumlah yang besar dari gaji suami aku. Apabila aku bercakap, dituduh aku dengan pelbagai h1naan antaranya ‘aku giIa harta’. Kalaulah aku giIa harta, buat apa aku tanggung suami aku tak berkerja 3 tahun? Logik tak?

Betullah, bagaikan kacang lupakan kulit. Itulah aku pada suami aku. Nafkah aku rock a bye baby. Yg wajib head to toe 2 kali setahun pun, bagaikan per4ng nak dapat. Isteri shopping beli barang dapur seronok, aku s4kit kepala.

Sebab semua kena catu. Kalau nak maggi, kena nyatakan kenapa nak maggi, boleh ke habiskan maggi dalam seminggu, jika tak habis apakah akibatnya kepada ekonomi keluarga dan negara. Sump4h, setiap kali beli barang dapur s4kit kepala / hati bernyut – nyut.

Akhirnya, aku berserah letak balik maggi pada rak. Kemuncak apabila aku terjumpa account peribadi suami. Ada satu tika aku terjumpa second account bank yang berbeIas ribu. Masa itu tanya, suami aku kata itu keluarga dia punya.

Aku diamkan. Kali kedua aku jumpa account BSN beratus ribu. Kali ini aku tanya, dia kata account keluarga lagi. Agak – agak lah menipu pun jelas nama kedua account adalah nama suami aku. Lagi seronok, suami aku tidak berkeinginan pun berkongsi fakta dengan aku.

Maka selama ini suami aku adalah RICH HUSBAND, dan aku adalah P00R WIFE! Aku terduduk sebab sungguh aku tiada simpanan, aku serahkan semua pada suami. Password account bank semua dia tahu. Tetapi dia, aku tidak tahu apa – apa pun, tidak password apatah lagi amount.

Sedangkan cinta aku sudah terbukti pada dia dengan menerima dia ketika dia zero, melahirkan zuriat lagi. Aku tergelak ala j0ker mengingat kejahiIan diri yang sebenarnya dihati tert0reh dan tertusvk. Apabila cinta suami tidak seperti yang diharapkan.

Selepas beberapa lama merudung nasib, hampir gagal ditempat kerja. Aku bangkit dengan kasih sayang Mak. Aku yakin ini adalah wake up call aku to be RICH WIFE!

1) Aku buat hibah di atas kem4tian aku bernilai RMxxx,xxx.

2) Aku teruskan membayar apa yang sudah bayar yang suami tak mahu sediakan. Contohnya hutang kereta yang atas nama aku. (Sebab aku kerja dulu, jadi aku yang boleh keluarkan kereta) (Hutang ini atas aku tidak mengapa penat membayar nanti boleh guna) (suami aku memang tak nak bayar pun kereta ini).

3) Membeli rumah / aset yang buat liabiliti. Aku p4ksa diri menyimpan. Alhamdulilah sudah dapat 2 rumah. Dan to more in list.

4) Menyimpan! Aku mula menabung. Life style, tudung jenama yang mahal, baju yang esklusif. Aku ada 7 set series of baju kerja yang aku tukar itu sahaja dari awal tahun ke akhir tahun. Aku yakin aku cantik walaupun dengan baju yang sama. Hehehe janji bersih dan wangi.

5) Berdoa dan terus berdoa agar diberi kesihatan, akal fikiran yang sihat, rezeki yang murah dan keupayaan mengubah nasib diri.

6) MAJUKAN DIRI! Ambil peluang boss offer gaji bagus, job lebih bagus. Kau pun kenalah excellentkan. Takat dok jadi makcik bawang tak ke mana.

7) Follow dan berkawan dengan ‘circle’ yang bagus. Aku follow pakar kewangan, pakar perubatan, pakar motivasi. Nak hebat kenalah follow orang yang sudah hebat!

Aku berhenti menangisi dan mer0yan dengan perkataan cerai. Suami aku letak dalam kotak, ik4t cecantik, letak dalam bonet kereta. Masih menghorm4ti, tetapi harus lebih bijak melangkah. Sebab suami aku pun bijak dengan keluarga dia.

Adakala str3ss datang menghent4k, sebab aku perlu jelaskan banyak benda. Aku akan pujuk hati dan berkata sesungguhNya Allah swt bersama aku. Apabila kita redha dan terima dalam positif maka kita akan tenang.

Aku pernah lihat filem ‘How I Meet Your Mother’, di mana Ted asyik berada di dalam telaga. Dia tertanya siapa yang dapat bantu dia. Di akhir episod itu, diri ‘dia’ yang menghulur tangga kepada Ted untuk keluar dari telaga itu.

Episod itu memberi kesan. Adakala tiada siapa yang dapat menyelamatkan diri kita kecuali kita sendiri. ‘What doesn’t kiII you, make you stronger’, aku perlu kuat untuk 2 anak aku. Itulah wanita apabila hatinya terIuka.

Kita perlu jadi macam Iastik, berundur ke belakang dan terus melantun maju. Yang baik dari Allah swt, yang buruk dari aku. – Momo (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mia Zahar : 1. Tukar password atm / online banking Dengan kadar segera

2. Jangan bayar lagi bil – bil rumah yang bukan nama puan

3. Masak makanan untuk awak dengan anak je. Makan senyap – senyap.

4. Jangan keluar duit apa – apa untuk kepentingan suami. Untuk birthday dia pun buat – buat lupa je.

5. Simpan segalanya urusan transaksi nafkah. Kalau takde, boleh mengadu ke mahkamah. Sebab dia culas nafkah.

6. Move on. Cari life baru. Stop halalkan apa yang kau bagi duit dekat dia. Nafkah wajib dia bagi kat kau. Kurang ajar punya suami. Senyap – senyap jadi parasit.

Ayu Aziz : Aura yang sangat positif. Semoga Allah baIas segala kesabaran puan dengan harga syurga. Suami doa dan biarkan dia. Andai dia berubah maka Alhamdulillah. Jika tidak, terus lah horm4ti dia seperti hari ni. Insyallah Allah itu ada untuk orang yang sabar seperti puan.

Nur Balqis : Sebab tu perempuan kena ada banyak hartaaaa, adaa duit sendiri, harta sendiri, abaikan mulut manusiaaaaaaaa yang berkata “nanti h4ng kawin dok dapoq jugak, qeja apa kuat – kuat.” ohhhhh koIot manusia macam tu. Hope sis kuatt, abaikan orang nk cakap kedekut ka apa. Kita yang hadap bukan mereka. Semoga terus maju.

Nur Saleha Saleha : Walaupun saya masih tak faham untuk apa diteruskan lagi perkahwinan yang menyiksa diri sendiri, namun saya tetap kagum akan kehebatan dan semangat confessor. U are such a great woman!

Your husband doesnt deserve u confessor. Sangat t0xic. Mak mentua juga t0xic. Kalau saya jadi confessor, saya lebih rela hidup sendiri bersama anak saya. Tapi saya tetap menghorm4ti keputusan confessor. Pasti puan ada sebab mengapa terus bertahan. Tahniah and goodluck for your life puan.

Soo-ra Rahmat : Jangan dihalalkan segala apa yang puan momo tanggung family selama 3 tahun husben tu menganggur. Buruk per4ngainya dan family mentua. Semoga lebih kuat dan dipermudah urusan puan momo dan dIimpahkan rezeki yang banyak dari Allah. Aamiin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.