Sepanjang hidup aku, benda yg aku menyesal buat ialah jadikan kau isteri aku

Suami seorang yang lemah lembut dalam bicara, Al-quran juga tidak lekang dibibir, solat berjemaah di masjid tapi bila balik rumah saya jadi sas4ran. Saya hanya dibenarkan tidur luar atas simen, dia tidur atas tilam empuk dan pintu dikunci. Saya ambil keputvsan untuk lari tapi apa yang saya dapat bukan pujukan..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum admin dan pembaca setia. Saya harap semua sihat dan bahagia dalam Iindungan-Nya. Ini merupakan coretan pertama saya di sini. Semoga yang buruk boleh dijadikan iktibar manakala yang baik boleh diteladani.

Saya juga mengharapkan nasihat yang baik – baik dari pembaca sekalian. Nama saya Aisyah. Dahulu saya bekerja di sebuah syarik4t di selatan tanah air, sekarang tidak lagi. Semuanya berubah setelah saya berkahwin. Sebelum berkahwin saya telah mempunyai rumah dan kereta sendiri dan suami saya pula tidak mempunyai apa – apa.

Dia hanya ada sekadar motor cabuk untuk dia pergi bekerja. Selepas berkahwin,kami pjj sementara masing – masing mempunyai komitment. Saya masih bekerja atas izin suami.. namun, tidak ada yang senang dengan keadaan kami, mak mertua selalu menghasut suami supaya bertegas dengan saya dan meminta agar saya berhenti kerja dan pulang menetap bersama suami.

Saya teramat f0bia untuk tinggal bersama mertua kerana sedia maklum lagi banyak buruk dari baiknya. Di rumah mertua juga ada ipar duai yang duduk sekali dan ini lagi lah menambahkan serabut di kepala. Aduh mengeluh panjang saya.

Selepas beberapa ketika, saya berbincang dengan suami untuk memberikan saya sedikit masa untuk mengumpul duit membayar deposit rumah sewa kami. Saya sedia berpindah dengan syarat ada rumah sendiri dan tidak tinggal bersama mertua.

Alhamdulillah.. suami mengerti. Permasalahan saya diketahui majikan, lalu majikan saya bersetuju menukarkan saya ke negeri di mana suami menetap. Syukur tak terkata waktu itu Tuhan mudahkan urusan saya. Namun bahagia yang saya harapkan tidak berkekalan, nak mencapai bahagia itu jauh sekali.

Bila kita telah duduk serumah, barulah kita tahu erti per4ngai sebenar pasangan. Suami yang saya lihat sebelum ini baik budi pekerti menjadi satu – satu manusia yang tak pernah saya kenali. Di awal kami mula hidup bersama, m4kian yang saya dapat bertalu – talu.

Entah apa yang dimarahkan sangat pon tidak saya tahu. Bila saya ajak berbincang 4 mata, dia mengelak, lebih suka berdiam diri. Namun apabila di WhatsApp bertalu – talu m4kian yang saya terima. Ya Allah.. apa salah saya? Buntu.

Walaupon bekerja, saya tidak pernah gagal menyediakan segala keperluan suami, masak membasuh, mengemas.. semuanyalah. Walaupon letih bekerja saya tetap menjalankan kewajipan sebagai isteri. Kalau boleh saya nak nampak sempurna di mata dia..

Suami seorang yang lemah lembut dalam bicara, rajin solat, bertahajud, Al-quran juga tidak lekang di bibir, solat berjemaah di masjid tidak pernah terlepas jika berkelapangan tetapi kenapa bila di rumah, saya menjadi sas4ran amarah?

Hari – hari saya dim4ki dan dih1na. Ayat yang saya masing terngiang – ngiang di telinga sehingga kini, “sepanjang hidup aku, banyak – banyak benda aku menyesal buat ialah aku menyesal jadikan kau isteri aku.” Tak tahu la r3muk hati ini bagai kaca yang menghent4m batu, sedih hanya tuhan tahu.

Saya hanya mampu bersabar ketika itu kerana memikirkan perkahwinan yang baru dibina. Untuk pengetahuan pembaca suami masih berhutang duit hantaran kepada saya dan sehingga kini tiada kata untuk menyelesaikannya, kenapa?

Mesti pembaca tertanya – tanyakan, dah tahu tak ade duit buat apa kahwinkan? Saya ni cuba tidak mahu menjadi beban kepada dia sebab itu lah saya dahuIukan duit saya. Dan dia jugak berjanji akan bayar namun senyap sepi sehinggalah kini.

Mesti ada di kalangan isteri – isteri yang mengaIami nasib yang sama kan? Itulah bila orang cakap perempuan memilih nak yang berharta, tak layak dibuat isteri kerana tidak boleh hidup susah. Tapi bila kita perempuan boleh terima kurang lebih suami yang tak berharta kenapa suami tidak boleh hargai? Membisu bukan?

Kemuncak perbaIahan ini bila saya mengaIami depr3ssion. Saya tiada sahabat jauh sekali saud4ra mara untuk meluah apa yang terbuku di hati. Mereka semua berada jauh di selatan, sedangkan saya di utara, apakan daya saya. Lalu saya larikan diri ke Kuala Lumpur demi mencari ketenangan jiwa tanpa saya sedar, saya keguguran.

Terkilan betul rasa saya waktu itu, sedih hanya tuhan tahu. Dugaan saya bertimpa – timpa. Saya tahu ada akan kecam saya, isteri nusyuz. Bagaimana saya tidak lari kalau tiap hari dim4ki? Barang – barang rumah diKempar ke dinding, pintu dihemp4s tiap kali.

Saya tidur di luar berlantaikan simen.. dia? Dia di bilik bertilam empuk, pintu bilik dikunci, tidak beri saya masuk ke bilik. Apa erti semua ini? Adakah ini “suami” dengan layanan seperti ini? Setelah peIarian saya, dia tidak memujuk untuk pulang, kata maaf pon tiada.

Yang ada hanya lah surat mahkamah yang sampai di rumah, arahan untuk bicara, berpisah. Keluarga mertua menyokong tindakan suami. Rata – rata apa yang mereka sampaikan, isteri seperti saya tak perlu disimpan, banyak lagi perempuan yang layak dan baik untuk suami.

Saya hanya mampu redha, redha dengan apa tuhan telah tentukan untuk saya. Maka, di akhir Ramadhan lalu saya diceraikan dengan taIak 1. Alhamdulillah, mungkin ini yang terbaik untuk pend3ritaan saya dan selepas bercerai, si dia terus mendapat pengganti baru.

Ye.. pengganti yang lebih baik dari saya. Sehingga kini, saya masih mencari kekuatan untuk saya bangkit berdiri seperti dulu untuk pulihkan semangat saya. Lebih – lebih lagi setelah saya kehilangan orang – orang tersayang angkara covid19. Doakan saya wahai pembaca budiman, saya juga mendoakan kalian. Terima kasih..

Komen Warganet :

Aisya Humaira : Hutang hantaran dah settle ke belum? Sila tuntut. Nafkah masa kahwin dapat tak? Nafkah iddah, mutaah, tuntut semuanya. Orang macam tu tak perlu ditangisi. Move on je. Pastu sila tayang kebahagiaan dalam media sosiaI. Orang macam tu biasa akan stalk kita balik.

MissLove Ct : Alhamdulillah, Allah dah permudahkan urusan puan. Ada orang turun naik mahkamah masih tak dapat nak bercerai secara elok, masih dig4ntung tak bertali. Apa yang allah atur adalah lebih baik dari yang kita rancang

Zie Rozieta : Dalam dunia yang dihamparkan ini akan banyak kesedihan berbanding kebahgiaan. Awak berpisah dalam keadaan awak sendiri, tanpa beban. Awak ada kerjaya, masih muda. Panjang lagi perjalanan hidup awak, adat datang dan pergi, hidup dan m4ti, itu yang akan selalu menghampiri.

Kesedihan umpama kain basah yang perIukan masa untuk dikeringkan, begitu dalam hidup kita, sabar. Buang jauh air mata yang tiada gunanya, kuat ok. InsYaallah akan bertemu bahagia.. Aminnn..

Halimahton Saadiah : Bersyukurlah kamu sudah bebas daripada manusia yang memud4ratkan diri. Tidak perlu ada penyesalan. Kamu sudah selamat daripada beban perasaan d3raan em0si mentaI. Senyumlah bangkit dengan bangga teruskan perjalanan hidup dengan bahagia. Hargai diri kamu sebaiknya.

Akira Jiwan : Setiap manusia ada dugaannya dan setiap dugaan ada hikmahnya. Bersabarlah. Selepas hujan selalu ada pelangi yang menyinari. Terus kuat dan redho dengan setiap ketentuan. Banyakkan berdoa. Percayalah.. Pahit akan manis akhirnya. Bersyukur puan dapat bebas dari suami sebegitu, binalah bahagia sendiri, inshaallah suatu hari Allah ganti suami yang baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.