
14 hari suami hilangkan diri macam tu je. Aku dah risau, ke sana sini aku pergi cari orang mohon solat hajat. Sehinggalah satu hari aku cek bank, ada pengeluaran RM3000. Okay, aku tahu dia masih hidup. Aku cuba ‘cara’ lain bawa dia balik rumah..
#Foto sekadar hiasan. Aku dah bernikah selama hampir 15 tahun. Selama itu lah jugak aku hidup dalam kepura – puraan demi menjaga banyak perasaan. Dek kerana aku kesian dan sayangkan suami pada awal perkahwinan maka kami dah buat keputvsan untuk aku tak perlu ada wang hantaran pun.
Cukup hanya mahar sebanyak seribu dan hanya aku dan suami sahaja tahu hal ni. Suami aku berpewatakan islamik dan lembut tutur kata. Seorang yang memenuhi sifat lelaki idaman aku. Dia baik sangat pada awal perkenalan.
Sehinggalah bulan pertama aku menikah, kami memang kongsi segala username password internet banking sejak bertunang. Kononnya untuk terapkan nilai percaya antara satu sama lain. Sehinggalah bulan pertama menikah, waktu itu aku dapat bonus, d4rah aku rasa beku kejap bila tengok akaun bank aku tinggal RM1.07
Tentulah orang pertama yang aku bagitahu adalah dia. Namun dengan perlahan dia kata, dia terp4ksa pinjam sebab nak bayar hutang ceti. Aku? Terpesona mendengar! Tepuk tangan je lah. Yang lalu biar berlalu. Rezeki aku mengandung bunting pelamin.
Gaji aku lagi besar dari dia maka oleh kerana kebijaksanaan dia, maka gaji dia telah ‘dipegang’ oleh ceti setiap bulan. Maknanya dia tak bergaji penuh setelah hutang ditolak. Entahlah, katanya dia pinjam sebab nak kahwin tapi sebenarnya yang banyak kuar duit, aku!
Sejak dari tu aku dah tak mengharap apa – apa dari dia melainkan nafkah batin yang.. yelah baru kahwin kan. Baju ke makan minum ke memang sepenuhnya letak atas bahu aku sorang. Namun sikap buruk dia (ambil duit aku tanpa rela) tak pernah berhenti.
Dari dia kerja kerajaan sampai ke tak kerja per4ngai tetap sama. Aku dah tukar password ke apa, bijaksana laki aku ni tak boleh nak sangkal. Dia pernah hilangkan diri selama 14 hari. Serious weh hilang. Masa tu aku dah ada anak dua dan anak aku yang kecik tu masih kecil.
Sepanjang kehilangan dia tu, aku menggagau cari. Ke sana sini aku pergi minta buat solat hajat, supaya dia selamat. Aku bawak anak aku ke sana sini. Memang aku tak lepas anak aku. Aku kata kalau m4ti biar bertiga. Paling best sepanjang kehilangan dia tu, aku tak sikit pun dapat sokongan dari family dia apatah lagi dapat semangat.
Fuhhhh hanya aku, anak – anak dan family aku je terus sokong aku untuk teruskan hidup. Meskipun begitu, dia tetap dalam doa aku di setiap sujud. Sehinggalah bila aku cek akaun aku, aku nampak dia withdraw RM3000. Weh serious ahh, aku boleh kata, takpe, maknanya dia selamat dan masih hidup.
Belum kira aku ke sana sini ikhtiar buat solat hajat semua. Aku kata tak pe, nanti Allah ganti. Janji laki aku selamat. Namun naluri aku kuat kata, dia tak de perempuan lain. Satu waktu asar, aku solat dan baca quran. Masa ni aku dah pasrah dan aku minta pada Allah, Ya Allah jika bukan dia Kau ciptakan untuk aku, maka ambillah dia dari hati aku.
Tapi jika ya, kembalikan dia dalam keadaan selamat. Tinggg! Message masuk. Dari dia! Katanya dia nak balik dan minta maaf. Tapi mintak aku masukkan duit untuk tambang dia balik. Aku senyum lega. Zassss terus aku masukkan RM300 kat dia.
Dipendekkan cerita, per4ngai dia (ambil duit aku tanpa aku tahu) terus terus berulang dan aku juga mengulangi untuk memaafkan dia sehingga bulan lalu last sh0t dia buat. Dan kali ni lagi best sebab dia masuk dalam trading.
Konon dia kata nak gandakan duit maka sekali dengan duit icitra aku 5k hangus dijilat api ner4ka. Huhuhuhu.. Kerana itu sekarang ni aku menanggung hutang untuk cover balik kerugian dari trading dia. Aku tak salahkan dia trade segala mak ayah dia tapi yang aku kesal, dia tak tanya, bincang dengan aku dalam apa pun tindakan b4ngang dia.
Dan keb4ngangan dia tu tak hanya melibatkan dia sorang tapi aku dan anak – anak menjadi m4ngsa keadaan. Akhirnya malam tadi aku nangis betul – betul sebab aku ingat balik apa dia dah ani4ya aku sebagai isteri selama hampir 15 tahun kami kahwin.
Namun aku tak mampu untuk mendoakan agar dia ditimpa musibah kerana aku tahu Allah sedang menanti untuk mengabulkan doa isteri yang terani4ya. Aku tetap mendoakan dia dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab dan azab.
Aku dah nekad kali ni aku akan bawa anak – anak aku ke satu negara yang takde sapa pun tahu demi pelajaran anak – anak aku dan aku tak mau anak aku menyaksikan ke’useless’an ayah dia berterusan. Aku bukan nak buka aib dia sebab aku tak bagitahu nama dia tapi tujuan aku berkongsi cerita aku ni adalah, wahai wanita, make yourselves worthful before letting men put you worthless. – Bunga Citra Lestaria (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Peah Peah : Awak terlalu baik atau mungkin awak memang langsung tak de perasaan kesiankan diri awak dan anak – anak. Teruk sangat per4ngai suami awak tu. Rasa dah sebati per4ngai dia gitu sampai bila – bila. Dah 15 tahun kan.
Nor Afida : 15 tahun awak bertahan ye. Sayang betul awak kat suami awak ye. Walau macam – macam yang dia buat kat awak, lepas 15 tahun baru awak dapat berfikiran w4ras. Harap kali ni awak jangan bagi peluang lagi pada dia.. Kita kena sayang dulu diri kita, baru sayang orang lain. Good luck di tempat baru, jangan toleh ke belakang lagi. Sudah – sudahla membela biawak idop tu ha.
Hannah Johary : Assalamualaikum Bunga Citra Lestaria, Ya memang wujud perkahwinan yang sebegini di alam nyata. Dan banyak juga yang lebih parah lagi. Worth atau tidak, hanya sis saja yang dapat menilainya. Apapun saya salute kerana sis telah dapat mengorak langkah menjauhkan diri daripada lelaki yang entah layak dipanggil suami ini. Well done!
Lepas ni fokus saja membesarkan anak – anak menjadi wanita besi, oleh sis yang saya percaya dah berhati besi pun melalui pengalaman 15 tahun itu. InshaaAllah ada sinar baru menanti, dengan kebahagiaan yang dah terlalu lama diingini.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.