Semua duit gaji mama bagi dekat abah, tiba2 mama terpengaruh dgn kawan2 nak pegang duit sendiri

Mak kerja betul – betul sebab nak tolong abah, sampaikan semua duit gaji mak bagi dekat abah. Bayar bil, ambik duit kat ATM, nak drive pun tak tahu. Satu hari mak cakap dia nak pegang duit sendiri sebab terpengaruh dengan kawan. Sekali bila ayah cakap, mak terus diam tak jadi..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. 2 hari lepas parents aku datang dari kampung dan hari ni mereka dah pulang. Selalu saja mereka datang menjadi tetamu di rumah kecil aku ni. Jangan fikir aku tak pulang. Aku juga selalu pulang.

Alhamdulillah mereka masih sihat dan abah masih boleh memandu untuk perjalanan jauh. Lagi lagi itu boleh dik4takan aktiviti kegemaran abah. Entah kenapa kali ini, selepas mereka pulang, aku terem0si. Aku tenggelam dalam kenangan – kenangan bersama mereka sewaktu zaman kanak – kanak aku, zaman yang sangat sangat indah dan sangat – sangat aku rindu.

Zaman yang rupanya aku adalah seorang puteri kecil di mata dan di hati abah. Aku katakan ‘rupanya’ kerana pada waktu itu aku tidak rasakan begitu walaupun sekali. Hahaha. Abah seorang family man. Abah tegas. Abah baik.

Abah sangat menghargai. Abah sangat cinta mama. Dan abah sangat sayang aku. Begitu juga mama. Mama tegas. Mama baik. Mama sangat penyabar. Mama tulang belakang abah. Abah sediakan segala keperluan mama dan mama juga sediakan segala keperluan abah. Mereka sangat saling memerIukan.

Aku akan bagi beberapa contoh. Berkenaan kereta, mama hanya tau drive sahaja. Isi minyak kereta pun mama tak tahu. Abah yang akan pastikan minyak kereta mama sentiasa penuh. Mama tidak tau menggunakan mesin ATM dan online banking.

Mama tidak tahu bayar segala bil – bil rumah. Dulu mama kerja tapi mama kerja betul – betul untuk bantu abah. Segala gaji mama kasi pada abah dan abah yang atur setiap perbelanjaan rumah dengan pengetahuan mama.

Maknanya abah bagitahu mama setiap sen duit yang mengalir. Abah akan beri mama duit belanja tiap hari. Apa mama nak abah akan sediakan mengikut kemampuan. Setiap password, nombor pin abah maklum kepada mama.

Yelah duit semua abah pegang kan. Bab ni sebagai anak, aku pun tak sokong. Benda ni dari sekolah menengah aku dah fikir. Kalau jadi apa – apa kat abah, macam mana kami nak surv1ve sebab mama tak tahu apa – apa. Bukan abah tak suruh paling kurang pun keluarkan duit di atm sebab abah pun fikir kalau jadi apa – apa kat abah kan tapi mama yang taknak.

Berkenaan pengurusan kewangan, betul – betul mama serah pada abah. Sekarang aku tak fikir dah la sebab adik beradik aku pun semua dah besar, kerja. Apa – apa jadi, kami ada. Abah pulak, segala perkara di dalam rumah, abah sangat berg4ntung pada mama.

Pernah semasa mama berpantang di kampung selepas melahirkan adik aku dan abah pula di rumah kami, abah telefon mama untuk tanya kat mana minyak masak sebab abah nak goreng telur. Abah cakap dah cari tapi tak jumpa padahal ada je kat tepi dapur.

Sebenarnya pernah mama termakan dengan cerita – cerita kawan mama sebab kawan – kawan mama semua kerja pegang duit sendiri. Mama bagitahu abah sebab mama pun nak macam tu.

Mula – mula abah tanya, kalau mama pegang duit mama, apa mama nak buat dengan duit tu. Mama diam sebab mama tak ada jawapan. Kemudian Abah cakap, abah tahu abah tak ada hak sentuh duit mama. Tapi apa yang kita ada sekarang semua sebab duit mama juga. Kalau abah sorang je, tak mampu kita nak hidup selesa macam sekarang.

Kalau mama nak, mula bulan depan mama ambillah. Tapi last – last tak pun. Lagi pening mama nanti nak bayar kereta, nak kena pergi isi minyak, keluar duit sendiri. Kan senang semua abah yang buatkan. Aku pernah tengok beberapa buku lama abah.

Abah pandai melukis. Aku jumpa 1 buku yang pada helaian pertama terpampang lukisan potret wajah mama. Di bahagian bawah lukisan tersebut, terdapat tandatangan abah. Seumur hidup aku, tak pernah aku nampak abah tinggi suara pada mama.

Kalau mama ada buat abah marah atau perkara yang abah tak suka, abah cuma mogok, diam dan kurang bercakap dengan mama. Senang cakap, merajuk la. Haha. Biasanya mama akan minta maaf, lepas tu cuba ambil hati abah balik dengan berlawak, menyakat abah dan sebagainya.

Kalau mama yang merajuk pun, abah pun akan buat perkara yang lebih kurang sama. Yang part pujuk sambil menyakat tu aku suka. “Along. Tengok la ni mama merajuk dengan abah.” “Along. Abah merajuk dengan mama. Makan pun tak selera tu.”

Mereka kalau cakap macam tu depan – depan sebab nak menyakat. Anak – anak selalu jadi pendamai. Kalau abah terp4ksa keluar rumah beberapa hari, abah akan sediakan segala keperluan supaya mama dah tak perlu fikir jika ada yang tak cukup.

Abah akan selalu call, whatsapp, hantar gambar pada mama. Kalau mama yang tiada di rumah, selalunya atas urusan kerja, masa tu kami anak – anak kurang bercakap dengan abah sebab abah jadi lain. Abah jadi pendiam, buat hal sendiri, senang cakap nampak macam menyedihkan la.

Anak – anak nak menyembang pun rasa serba salah. Mama kalau dah keluar rumah, jarang – jarang call ke whatsapp ke. Mana abah tak murung. Hahaha. Yang aku seronok bila mereka jauh, mereka macam orang muda bercinta.

Sebelum tidur call, tak pun whatsapp siap ucap goodnight bagai. Masa aku sekolah menengah, abah cikgu sekolah aku tapi taknak ajar aku. Aku pun taknak abah ajar. Kalau abah cari aku, selalu abah tanya kawan kawan aku, “baby saya mana?”

Lagi tentang mama dan abah, bila keluar, mereka mesti pakai pakaian dengan warna sedondon. Sampai sekarang dah pencen ada cucu pun mereka masih macam tu. Aku suka tengok. Comel weh orang lama pakai sedondon.

Pernah mama sedia baju warna lain dengan abah, abah taknak. Nak jugak sama. Abah mama memang sangat banyak berk0rban. Paling ketara, mama banyak k0rbankan masa rehatnya, abah k0rbankan kemahuannya. Faham tak?

Ok. Aku explain. Mama sangat susah nak duduk tengok tv dengan keluarga sebab masa mama sangat penuh dengan pelbagai macam kerja di rumah. Mama berhenti bila nak tidur. Tidur pun berapa jam sahaja. Abah pula, dia yang uruskan kewangan dalam keluarga tapi hampir tiada bahagian untuknya.

Contoh, pakaian. Pakaian anak dan isterinya selalu bertukar tetapi tidak untuk dia. Selagi boleh pakai, dia akan pakai. Kalau koyak, abah minta mama tampalkan. Dalam setahun, belum tentu ada baju baru untuk abah.

Walaupun pakaian abah lusuh tapi abah pernah dapat undian paling tinggi bagi kategori cikgu paling smart. Mana taknya, mama sangat teliti dalam penjagaan pakaian. Kemeja abah mama selalu cuci tangan sebab mama cakap kalau pakai mesin kurang bersih dan pakaian cepat rosak.

Alhamdulillah, sekarang mama abah dan pencen. Hidup mereka pun m4kin senang dan tenang. Yelah, tanggungan mereka m4kin sedikit. Anak – anak dah kerja. Mama dari tudung beli kat pasar, lepas pencen abah belikan ariani.

Handbag pun, dulu 2, 3tahun baru mampu bertukar, sekarang 2, 3 biji setahun. Abah pun sama. Dulu dalam seminggu, ulang pakai baju sama 2 kali, sekarang aku selalu nampak baju baru je (sebab nak sedondonkan. Mama baju baru, abah pun kena baru la). Hahaha.

Aktiviti mereka sekarang berkebun. Kadang – kadang berbasikal. Abah beli basikal yang untuk dua orang tu. Mama cakap kalau mama penat, mama angkat kaki, abah kayuh sorang. Tiap kali berbasikal pun baju mereka mesti sama.

Macam dah panjang kot cerita aku. Mungkin cerita ini tak bermakna apa – apa pun. Aku bercerita kerana aku rindu. Sejak aku kahwin, aku dah susah nak tengok ke-sweet-an mama abah. Aku rindu sangat saat – saat tu.

Memang aku selalu balik kampung tapi tak lama. Selalu 3 hari 2 malam je. Kampung jauh. Aku prefer balik sekejap tapi selalu dari balik lama tapi jarang. Oh ya. Mama abah aku nak sangat pergi umrah dan seterusnya haji.

Tapi belum ada rezeki ke sana. Kami adik beradik tengah kumpul duit nak bagi hadiah pakej umrah untuk mereka. Tapi tulah… Kami kerja biasa – biasa je, mampu kumpul sikit – sikit tiap bulan. Korang tolong doakan mama abah kami sihat dan dipermudahkan untuk ke sana nanti ye. – Along (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Tania Fatin Mustafa : Suka baca. Lebih kurang cerita mama ayah kita. Part ‘dulu Mama Selalu pakai tudung pasar sekarang ayah beli kan ariani’ sama la, ayah siap okay je tunggu mama pilih lama – lama kat dalam ariani tu.

Dulu masa kecik ayah baju raya jarang bertukar, sekarang Alhamdulillah tiap tahun baju bertukar. Semoga peng0rbanan ibu bapa kita dibaIas Allah dan kehidupan merely sentiasa diIimpahkan rezeki dan dipermudahkann

Huurun Ein : Kita sepatutnya share perkara positif macam ni tentang rumahtangga dengan lebih banyak lagi supaya menjadi inspirasi bersama. Semoga keluarga confesser kekal bahagia sampai syurga.

Nur Adilah Abdul Nasir : Cerita confessor tentang mak abah dia ni bukan cerita biasa – biasa. Sangat luar biasa. Sebak baca. Tak ramai anak berjaya dibesarkan dalam keadaan semanis ni. Bertuah sangat confessor dan adik beradik. Tahniah untuk mak dan abah yang sweet ni.

Nizana Kamarudin : Just like arw4h ayah dan mak. Ayah buat semua untuk mak. Sampai ubat pun ayah susun. Seminggu ayah masuk hospitaI sebelum ayah meninggaIbaru mak uruskan ubat sendiri. Sunyi mak lepas ayah tal der. Hari – hari dia sebut ayah. Ayah yang terbaik kata mak. Semoga ayah bersama orang – orang beriman.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.