
Bila kami dah bekerja tiba – tiba ayah canang bangga dapat anak – anak macam kami. Sehinggalah mak meninggaI, ayah terus ‘ambil berat’ tentang kami. Satu hari ayah call minta pinjam duit puluh ribu. Sekiranya mak ada lagi, dapatlah mak menyaksikan kemusn4han hidup ayah yang terduduk hilang segala – galanya di kala senja.
#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin kerana sudi siarkan luahan hati ini. Dah tak tertahan memendam dan pura – pura tiada perasaan. Apa saja kecaman dan tohmahan netizen, akan diterima sebaiknya sebab aku tahu aku memang berd0sa.
Ya, aku anak derh4ka. Aku tak nak cerita latar belakang aku secara terperinci. Cukup lah aku katakan yang aku adalah anak dari keluarga yang berpecah beIah. Mak ayah bercerai dari masa aku sekolah rendah lagi sebab ayah nak kahwin dengan perempuan lain.
Sejak bercerai dengan mak, jarang sangat aku jumpa ayah dan berinteraksi dengan dia. Aku sekolah asrama dari tingkatan 1 sehingga 5 dan sambung belajar sampai universiti di berlainan negeri. Makna kata, aku jarang berada di kampung halaman.
Dulu aku tak ada telefon mudah alih untuk “voice call” atau “video call”. Aku pakai “public phone” untuk bertanya khabar. Selalu aku telefon mak lah dari ayah. Sebab apa? Sebab mak yang jaga aku lepas bercerai. Masa sekolah dulu aku ada juga telefon ayah, tapi dia macam nak tak nak layan aku.
Dipendekkan cerita, macam aku je yang terhegeh – hegeh nak perhatian ayah. Sepanjang aku belajar, ayah tak pernah ambil berat atau uruskan hidup aku. Semuanya mak yang buat seorang diri. 100% ayah serahkan urusan anak – anak kepada mak aku.
Mak itu, mak ini, segala – galanya mak. Dah biasa hidup aku hanya ada mak saja di mata. Secara tak langsung, aku dah terbiasa berdikari dan buat sendiri semua benda sebab tak nak susahkan mak. Kalau ada yang bertanya hal nafkah anak, ayah memang ada bagi setelah mak aku naik turun mahkamah menuntut.
Aku rasa, masa aku baru nak masuk U baru tuntutan mak aku berjaya dan selesai. Aku tak pasti samada aku sempat dibiayai ayah. Yang pasti, zaman adik – adik aku bersekolah dah kira kewangan tak sempit macam masa aku bersekolah.
Tapi tak mewah mana pun, sebab ayah hanya mampu bagi dalam RM300 je sebulan. Masa aku masuk belajar U pun mak tak dapat nak bagi duit poket lebih. Aku hanya berg4ntung penuh pada duit PTPTN dan duit tabung yang aku simpan dari kecik.
Masuk la segala program U untuk dapat duit elaun lebih. Dipendekkan cerita, aku tamat belajar dan dapat kerja di syarik4t swasta. Kerja aku ni agak menc4bar bagi seorang wanita. Cukup untuk buat mak aku rasa gembira walaupun dia risau sebab aku tak pernah nak mohon kerja kerajaan.
Bagi mak aku, kerja dengan kerajaan tu masa depan terjamin dan banyak kelebihan walaupun gaji kerja swasta banyak berkepuk. Berbalik pada cerita bila aku dah mula kerja, baru lah ayah aku cari untuk beramah mesra. Tapi aku tak tahu nak bagi reaksi apa.
Rasa canggung. Dicanang – canangnya satu kampung yang anak dia kerja sekian sekian. Adik – adik pun belajar elok dengan cemerlang. Tu pun sebab kawan – kawan mak cerita kepada mak aku yang ayah seronok sangat ada anak – anak macam kami.
Lupa pula nak bagitahu yang ayah dan bininya dan mak aku duduk sekampung. Apa saja cerita pasal ayah mesti mak akan tahu dan apa saja cerita pasal mak dan aku serta adik – adik mesti ayah tahu dari kawan – kawan mak; makcik pakcik bawang.
Sejak aku bekerja, kewangan keluarga dah agak selesa. Memang aku tak berkira untuk berbelanja. Apa saja mak nak beli kalau aku ada, mesti aku akan bayarkan tak kira harga. Apa saja kami nak makan, kami pergi je makan.
Ke mana saja mak aku nak pergi jalan, aku akan bawakkan. Bahagianya kehidupan kami (aku, adik – adik dan mak) masa tu. Adik pun ada yang mula bekerja. Ayah mula rajin hubungi kami adik beradik. Mak dan ayah ada saja berjumpa di kampung, dan mak aku ada cerita yang ayah aku tak puas hati dekat mak.
Kenapa aku dan adik – adik tak pernah nak baIas mesej dia atau tanya khabar dia balik. Mungkin dia makan hati tengok kami semua boleh hidup dan bahagia tanpa dia. Sampai lah satu ketika, Allah telah menetapkan mak aku pulang ke tempat abadi.
Mak meninggaIkan kami secara tiba – tiba. Hari pengebvmian mak, ayah ada datang. Dalam masa seminggu selepas itu pun, ayah ada datang ke rumah menjenguk kami adik beradik. Masa tu, habis segala luahan hati ayah pasal mak aku.
Ayah bagitahu kenapa dia ambil keputvsan untuk kahwin lain dan tinggalkan kami semua. Hati aku masa tu berbeIah bagi. Perasaan sedih sebab mak dah tak ada dan rasa nak marah pasal ayah ungkit segala kisah hidup dia dengan mak.
Tapi aku hanya diam mendengar sebab tak ada tenaga dan rasa untuk berbahas. Aku mengaku, mak aku memang lantang bersuara dan ayah pulak tak kurang hebatnya juga dengan suka naik angin bila ditegur. Dari pengetahuan dan pengamatan aku, mak aku hanya nak mempert4hankan hak sebagai seorang isteri dan ayah aku pulak seorang anak yang sangat bertanggungjawab ke atas keluarga dia (keluarga beIah ayah).
Sebab itu aku sangat takut untuk berkahwin sampai sekarang. Faktor kewangan, campur tangan keluarga, cara pemikiran serta sikap semuanya kunci rumahtangga yang harmoni. Aku dah nampak dan lalui semua tu. Berbalik cerita kepada ayah aku, dia mula cakna pasal aku dan adik – adik lepas mak meninggaI.
Aku dan adik – adik menerima dengan hati yang terbuka dengan kunjungan ayah pada mulanya. Setelah beberapa kali berjumpa, baru lah kami tahu yang ayah di dalam proses untuk bercerai dengan bini dia masa tu. Terk3jut aku dan adik – adik.
Bukan main cerita dia hidup bahagia setelah berpisah dengan arw4h mak. Tup – tup nak bercerai pulak. Kejadian bini ayah lari dari rumah ikut lelaki lain berlaku setelah ayah aku baru saja dapat duit pencen. Aku malas nak cerita dengan mendalam pasal hal ni.
Sebab ini apa yang ayah aku bagitahu saja. Sahih atau tidak aku malas nak ambil peduli. Maka sejak itu, lagi kerap ayah aku menghubungi aku dan adik – adik. Mungkin kerana rungsing atau nak cari tempat untuk meluahkan perasaan.
Sampai satu hari, ayah bawa anak – anak dari hasil perkahwinan kedua dia ke rumah untuk dirapat – rapatkan dengan kami. Adik aku memang tak setuju dan meng4muk pada masa dan ketika tu juga. Mereka memang tak suka.
Aku tak ada masa kejadian tu berlaku. Jadi ayah telefon aku dan ceritakan betapa adik – adik aku sangat tidak menghorm4tinya dan menghalau ayah aku dan anak – anaknya balik. Aku hanya diam mendengar. Selepas itu, hubungan adik – adik dan ayah memang tak baik.
Hanya dengan aku sahaja ayah berhubung. Di satu hari yang bersejarah, aku dapat pesanan “whatsapp” dari makcik beIah ayah aku yang menegur aku dan adik – adik tidak ambil peduli kebajikan ayah dan bersikap biadab.
(Wah wah wah… tiberrr. Bertahun tak jumpa dan tak pernah pun nak tanya khabar anak saud4ra dia selama hari ni). Aku tak heran dan aku hanya bagi “blue tick” tidak membaIas. Malas untuk panjangkan drama walaupun hati aku direntap – rentap dan terh1ris.
Pintu hati yang mula nak menerima figura seorang ayah kembali tertutup. Apa sajaIah yang ayah cerita buruk pasal kami kepada orang lain. Makan hati aku dalam diam. Aku sorok perihal mesej berkenaan dan tak bagitahu langsung kepada adik – adik aku.
Sebab pada aku, tu hanya akan buat mereka lagi marah dan membenci ayah. Aku juga bermain dengan perasaan aku sendiri di mana kadang – kadang aku rasa marah, sedih, kecewa, cemburu, benci dan “longing”. Susah aku nak cerita apa yang aku rasa.
Aku hanya berdoa semoga hati aku tenang dan diberikan kekuatan. Besar tanggungjawab aku sebagai seorang kakak yang ingin menjaga hati adik – adik dan juga ayah sendiri. Masing – masing terIuka dan meIukai dalam tidak sedar.
Di dalam kemelut yang dibawa hari ke hari, aku sekali lagi menerima panggiIan daripada ayah. Ayah mintak sejumlah duit dari aku untuk memulakan perniagaan. Puluh ribu. Aku ada duit sebanyak itu, malah lebih pun aku boleh bagi.
Tapi sengaja aku bersoal jawab dengan ayah kenapa tak minta saja pada adik – beradik dia (makcik pakcik aku beIah ayah, yang kaya – kaya dan berhati mulia). Ayah kata, adik – adik dia semua jawab tak ada duit dan punya komitmen bulanan yang tinggi.
Puas ayah pujuk aku minta pinjam dulu buat modal katanya, bila untung baru dia bayar semula. Oleh kerana tutur kata ayah yang tak pernah aku dengar selembut dan terdesak begitu, aku mula kesian. Dalam beberapa detik ketika hati dan mulut aku nak buat keputvsan nak bagi pinjam, terluncur di mulut ayah bahawa anak – anaknya mungkin tidak dapat sambung belajar sekiranya ayah tak jana pendapatan dari perniagaan berkenaan.
Tekannya lagi, “kesian kan lah adik – adik kamu ni. Diorang tetaplah adik kamu walaupun lain emak, diorang anak ayah. H4ncur masa depan kalau tak sekolah”. Tambah nya lagi, duit pencen tak cukup untuk menanggung perbelanjaan mereka.
Makan pakai semua tak cukup. “Kalau ayah tak jaga, siapa lagi yang nak jaga adik – adik kamu ni?” Ayat keramat ayah buat aku tersentak dari lamunan perasaan kasihan. Ayah tak pernah hairan pun pasal aku sekolah atau tak.
Tak pernah kesah pun makan pakai aku. Terbayang di saat ayah dengan yakin melangkah keluar rumah mak tanpa menoleh aku dan adik – adik yang masih kecik. MeninggaIkan kami dengan harapan menggunung dapat hidup dengan insan yang mampu membahagiakan dia dunia akhir4t.
Kenapa ayah tak pernah membela nasib aku seperti dia membela nasib anak – anak dia yang itu? Aku ni siapa pada dia? Aku ni apa???? Masa tu, aku rasa macam dihempap runtuhan langit, terkapai – kapai ditelan ombak, macam berjalan di jalan yang tak berpenghujung.
Berat. Hilang. Letih. Dengan nafas yang panjang, aku hanya cakap yang aku tak mampu nak tolong dia. Suara ayah dari lembut bertukar tegang seakan marah. Puas dia pujuk namun aku tetap dengan keputvsan aku. Akhirnya, terhambur juga amarah ayah oleh kerana tak berjaya memujuk aku.
Dik4tanya aku berd3ndam dan tak berperikemanusiaan. Dimarahnya aku sepuas hatinya. Aku hanya diam. Sebab aku tahu, kalau aku menjawab maka keluarlah segala kata – kata yang akan mengguris perasaan ayah. Aku masih lagi kenang jasa baik dan gelak tawa bersama ayah yang m4kin hilang dari ingatan.
Aku letak telefon dan cuba jalankan rutin harian seperti biasa. Aku cuba lupakan perbualan aku dan ayah. Aku sibukkan diri dengan bermacam benda. Sekiranya mak ada lagi, maka dapatlah mak menyaksikan kemusn4han hidup ayah yang terduduk hilang segala – galanya di kala senja.
Tiada ucapan raya dan kunjungan mesra dari ayah. Marahnya belum pudar mungkin juga membenci anak derh4ka ni. Tiada daya untuk merasa seribu satu rasa lagi buat masa sekarang, aku hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan jalan hidup ayah.
Berilah kebahagian kepada ayah sepertimana yang ayah inginkan. Aku berharap sangat ayah bahagia tanpa anak derh4ka seperti aku. Sampai di sini saja cerita pasal anak yang derh4ka kepada ayahnya. Mintak maaf, aku tak pandai nak mengarang.
Tulisan aku caca marba dek kerana dibuai perasaan. Aku cuma nak mintak supaya netizen doakan aku sempat memohon ampun daripada ayah. Tu je. – Lala (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Layla Witra : Dear Lala, awak bukan anak derh4ka. Saya juga lalui pengalaman yang sama punya Ayah yang derh4ka sebab tak jalankan tanggungjawab dia yang sepatutnya sewaktu saya masih kecil. Bila ayah call bagi tazkirah tanggungjawab seorang anak pada bapanya saya juga hanya diam membisu pastu saya bagi salam dan block nombor dia sampai sekarang.
Saya hanya mendoakan dia dalam setiap solat saya sebab hanya itu yang ikhlas saya mampu lakukan. Bukan tanggungjawab saya untuk bantu dia besarkan anak – anak dia yang lain. Sama juga dengan awak baik jaga hati dan diri sendiri lagipun awak ada adik – adik yang lebih memerIukan memandangkan ibu dah tiada. Jadi sayangku Lala jangan pening – pening. Tenang – tenang saja ya. Qowiyy Lillahi Ta’ala Insya Allah Allahhumma Aamiin
Kloe Kloey : Jangan bagi. Anak – anak ayah tanggungjawab ayah, bukan awak. Dik, nak cerita pasal ayah saya, yang besarkan kitorang sampai masing – masing senang lenang. Bila bagi duit kat ayah, beberapa hari kemudian mesti duit diberikan semula ke cucu – cucu. Tak perlu katanya, semua dah cukup. Itulah seorang ayah, yang tak derh4ka.. yang kami adik beradik takkan lupa jasanya.
Sahriani Any : Kisah macam ni, seorang ayah yang kahwin lain, abaikan anak, dan selepas anak berjaya akan datang dengan muka tak malu. Dah jadi cerita clise yang akan terus berulang dan berulang, jalan cerita yang sama hanya pelakon yang berbeda, macam tu lah sampai ki4mat nanti, tapi kenapa para ayah tak ambil iktibar akan kejadian ini.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.