
Anak makcik ada autism, umur 25 tahun dengan badan size 8XL. Setiap hari wajib belikan dia donat, ayam dan milo ais. Kalau tak dapat dia akan ced3rakan kami, orang sekeliIing. Balik kerja tadi duit tinggal RM7 je, suami kata nak kena isi minyak. Makcik korek – korek celah kereta jumpa duit syiling..
#Foto sekadar hiasan. RM100 terakhir untuk hari ini suami makcik pinjam dari pekerja Indonesia yang berkerja di taman bunga belakang rumah kami pada maghrib semalam. Seperti biasa, setiap kali ke tempat kerja, suami makcik akan hulurkan RM10 untuk kegunaan makcik.
Tapi ada jugak hari – hari tertentu kami kehabisan duit, makcik ke tempat kerja tanpa sesen pun. makcik ok je, sebab dah biasa. Kadang – kadang kalau tersangat lapar, makcik makan dulu kat kantin dan bagitau tuan kantin akan bayar keesokan harinya.
Alasan makcik pada tuan kantin, duit ada kat staffroom, malas nak pergi ambik sebab makcik dari padang. Tak kan makcik nak cakap makcik tak de duit, siapa nak percaya. Macam hari ni, makcik ada meeting lepas kerja. Biasanya hari meeting, makcik bawa RM15 tapi dah tak de duit, makcik bawa RM10.
Dalam pukuI 10am, makcik ke kantin dan makan nasi berlauk, habislah RM8. Ada baki RM2. PukuI 2 petang, start meeting dan tamat pukuI 4. Suami dan anak oku makcik dah menunggu dalam kereta. Dari tempat kerja, kami akan terus ke bandar.
Untuk makluman, anak makcik severe autism, dah dewasa pun berumur 25 tahun. Kalau pembaca pernah ikuti kisah Zarina Zainudin dengan dua anak kembar autismnya, anak makcik lebih kurang dengan anak kembar Zarina yang tua.
Bezanya, anak Zarina bila tantrum akan cuba ced3rakan diri sendiri, tapi anak makcik akan ced3rakan kami. Nanti di lain masa, inshaAllah makcik akan ceritakan pengalaman hidup dengan anak autism yang waktu tidurnya selepas subuh dari kecil hingga sekarang.
Bermakna makcik dan suami pun tidak berpeluang tidur seperti kebanyakan orang lain selama 25 tahun. Itu ujian buat kami. Tentu pembaca tertanya apa kerja suami makcik? Awalnya suami makcik adalah seorang peniaga dan pemborong.
Masa beredar, anak membesar dan menjadi sem4kin agresif dan emak mertua yang tinggal bersama kami, yang sama – sama menolong menjaga anak kami, meninggaI pada tahun 2012 dan suamipun terp4ksa berhenti berniaga untuk menjaga anak kami sepenuh masa.
Kenapa bukan makcik yang berhenti? Pertamanya makcik kerja kerajaan, ada gaji dan pencen. InshaaAllah kalau berlaku apa – apa sekurang – kurangnya keluarga makcik ada sedikit bekalan. Suami makcik berniaga sendiri, tiada jaminan.
Kedua, anak kami sangat besar dengan saiz baju 8 XL, bayangkan bagaimana dia meng4muk. Makcik tak mampu nak pert4hankan diri sendiri. Pulak tu anak kami belum pandai berdikari, hampir 90% terp4ksa kami uruskan termasuk makan pakainya.
Jadi suamilah yang galas tanggungjawab jaga anak kami bila makcik bekerja. Berbalik pada kisah balik kerja. Dalam kereta, suami tanya berapa lagi ada baki duit makcik. Cari punya cari dalam bag galas dapat lah RM7. RM7 tu baki dari hari ini RM2 dan semalam RM5.
Biasanya makcik akan makan sedikit yang boleh kat tempat kerja supaya bajet tidak melebihi RM5, jadi ada lagi baki RM5. Baki RM5 makcik standby untuk apa – apa pungutan kec3masan. Sebab kerja macam makcik ada saje nak kena bayar.
Derma itu, derma ini dan biasanya derma ini telah siap ditetapkan harganya.. macam RM10 ke, RM20 ke dan sebagainya. Berg4ntung pada aktiviti yang hendak dibuat. Suami cakap duit dah tinggal nazak, minyak kereta nak kena isi, paling koman pun RM15.
Sebenarnya tiap – tiap hari kami wajib isi minyak sebanyak RM30 sebab dari anak makcik kecil hingga sekarang, mau atau tidak, sudah menjadi rutin hidupnya, mesti bawanya ke bandar. Kalau tidak bawa bermakna kami terp4ksa berdepan dengan ser4ngannya bila dia meng4muk.
Hanya orang yang ada anak autism saje yang tahu bagaimana sukarnya cabaran hidup bersama mereka. Tapi dah makcik terpilih untuk menjadi ibu kepada anak autism, terima aje lah. Ke mana duit RM100 yang dipinjam maghrib semalam.
RM10 untuk makcik kerja. RM57 beli 3 ekor ayam dan 2 ekor ikan tongkol untuk jualan kami pagi besok. Bakinya adalah dalam RM15 stelah ditolak beli rempah, santan dan lain – lain. Untuk makluman, kami berniaga 2 kali seminggu di pasar minggu dekat kampung kami.
Kami ada sebuah lot kedai yang disewa RM400 sebulan dari majlis daerah. Kami upah 3 orang pekerja untuk menguruskan kedai. Mesti pembaca tertanya, kenapa tidak menjual hari – hari, sebabnya semua pekerja kami ada komitmen lain dan tidak sanggup berkerja setiap hari.
Kenapa tak cari pekerja lain, jawabnya, bukan senang untuk mencari seorang pekerja yang amanah dan jujur apabila semua urusan kedai 100% diserahkan kepadanya. Baik dari membeli barang yang tak cukup, membayar duit – duit tertentu dan sebagainya.
Tidak seperti peniaga lain, ada pekerja, ada tokey atau isteri atau anak tokey bersama pekerja. Kami, tokey balik jaga anak, isteri tokey pergi kerja, kedai 100% diuruskan oleh seorang ketua pekerja yang amat baik. Dialah yang membayar pekerja lain bila tamat berniaga, dia juga lah yang menguruskan semua kewangan untuk hari berniaga.
Suami akan pergi untuk menutup kedai dan mengambil duit bersih. Makanan, kami suami isteri yang masak. Dengan hanya bermodalkan 3 ekor ayam, 2 ekor ikan tongkol, 2 kilo pulut kuning, 2 kilo nasi minyak , 2 kilo nasi dagang, sebungkus mee hoon dan sebungkus mee kuning dan jualan air minuman.
Biasanya untung bersih dapatlah dalam RM200 kalau semua jualan habis. Duit sebanyak itu paling lama pun kami bertahan 2 hari. Hari – hari berikutnya pandai – pandai la. Gaji makcik pulak, untuk semua tanggungan macam minyak kereta sahaja mesti RM900 ke atas, kadang – kadang mencapai RM1300 berg4ntung kepada keadaan anak pada bulan tersebut.
Bil air dan api RM500 banyak kan? Sebab anak oku kami, tanggungannya sangat tinggi. Balik kepada baki yang ada di tangan suami dalam RM15 dan makcik ada RM7, seluk poket car seat, dapatlah RM5 lagi. Jadi keseluruhan ada ditangan RM27.
Isi minyak RM20… ada lah baki RM7. Anak kami wajib dibelikan donat, ayam dan milo ais.. kalau salah satunya kami tak beli, bergelutlah kami diserangnya dalam kereta. Dengan baki RM7, makcik usaha korek semua tempat yang ada dalam bag dan kereta adalah lagi duit syiling yang tersepit kat celah – celah seat dan sbagainya. B
ajet punya bajet, boleh lah lepas, 2 biji donat RM2.60 (biasa 3 biji sehari). Leher ayam RM 2.00 (biasa leher RM5, peha 2 ketol RM6). Milo ais RM 2.00 (biasa 2 bungkus). Air minuman RM 1 .00 Abc kongsi dgn suami RM3.00 habislah tak tinggal 1 sen pun kat tangan.
Semasa makcik pergi kat pasar malam untuk beli leher ayam, perut makcik langsung tak sporting, berkeriuk bunyinya. Memang makcik lapar pun sebab makan nasi dalam pukuI 10 am. Terliurnya nak beli itu ini, tapi duit semput – semput untuk beli ayam dan air minuman anak je.
Jadi makcik pun cakap pada diri, kalau aku lapar dan terliur, agaknya anak – anak org miskin ginilah perasaannya. Sekurang – kurangnya aku, hari gaji, bolehlah lepas gian nak makan sedap sikit. Sabarlah perut, hari gaji nanti, boleh beli.
Mesti ada yang akan komen, kalau tak ada duit jangan guna tenet, simpan duit untuk makanan. Jawapan makcik, makcik kerja gomen, semua maklumat sekarang melalui wassap group, wasap official dan sebagainya. Pekerjaan makcik mewajibkan makcik ada internet.
Dan kadang – kadang tenet ini pun makcik dapat dengan cara redeem point. Itu aje. Jadi pembaca, apa yang ingin makcik sampaikan dari kisah hidup makcik hari ini adalah walau ses4kit mana pun ujian tuhan, selalulah kita berlapang d4da dan berfikiran positif.
Jangan sesekali menyesali nasib, merasa iri hati dengan apa yang orang lain miliki dan jauhkan diri dari mengeluh. Sematkan dihati, ujian ini sebenarnya untuk meninggikan darjat kita disana. Mungkin “kes4kitan” yang kita hadapi di dunia yang pendek ini.
Sebenarnya habuan manis untuk kita di akhir4t. Seteruk mana kita diuji, jangan mengalah, jangan bersusah hati. Bersabarlah pasti suatu hari nanti, semuanya akan berakhir, kalau kebahagian untuk kita bukan di sini pasti di sana ada sesuatu.
Makcik sejujurnya tidak merasa susah hati untuk menghadapi beberapa hari lagi tanpa duit mencukupi di tangan sebab makcik sangat yakin (dari pengalaman bertahun – tahun dengan masalah kewanagan). Selagi kita hidup, disaat kita diuji, ujian itu pasti dapat kita hadapi selagi kita dapat mengawal emosi dan bersabar.
Ya Allah, dalam solat 5 waktu, dalam tahajud, cukupkan rezeki kami hingga ke hujung bulan. Amin. – makcik
Komen Warganet :
Nabilah Halim : Makcik, maafkan saya jika pendapat saya kelak mengguris hati makcik. Saya tiada pengalaman dengan anak autisme tetapi saya ada kawan yang mempunyai anak istimewa ini. Saya yang melihat dan mendengar ceritanya pun sudah berat bahu memikulnya, apatah lagi kawan saya, dan saya pasti kehidupan puan makcik jauh lebih menc4bar.
Saya dengan rendah diri ingin mencadangkan (dan juga bertanya) :
1) Puan makcik cuba kurangkan pergantungan anak puan kepada gula (dari milo ais dan air minuman manis) dan gluten (dari gandum bahan utama donut). Kedua – dua bahan ini iaitu gula dan gluten bukan sekadar tidak sihat, menambahkan berat badan, malah memud4ratkan kesihatan serta menyebabkan autisme anak sem4kin teruk.
Puan boleh kurangkan secara beransur – ansur. Contoh : Milo boleh dibuat sendiri, tanpa susu pekat tanpa gula, bancuh dengan air panas sedikit, dan air masak tambah air batu saja – lebih jimat. Jangan beli milo ais di pasar malam atau kedai.
Kadar gulanya terlalu tinggi. Kasihan anak puan, saiz 8XL terlalu siksa untuknya. Saya percaya pengambilan gula yang tinggi adalah antara puncanya. Donut – cuba kurangkan kepada sebiji sehari dan perlahan – lahan kurangkan salutan gulanya.
Kalau boleh, beli donut sejuk beku dan goreng sendiri. Kita boleh kawal salutannya. Lama – lama bila anak terbiasa donut tanpa gula boleh cuba gantikan dengan makanan lain, contoh kuih keria, donut nasi, resepi boleh google saja.
Matlamatnya ialah hentikan perg4ntungan anak kepada gula dan gandum dalam donut.
2) Adakah anak puan mengikuti sebarang program terapi untuk autisme? Dengan terapi berterusan termasuk latihan di rumah, InsyaAllah anak puan sekurang – kurangnya ada rangsangan kepada otaknya.
3) Sudahkah anak puan makcik didaftarkan dengan JKM? Ada bantuan bulanan RM300 untuk anak autisme.
4) Sebagaimana komen rakan – rakan lain, saya juga suka mencadangkan agar puan makcik bawa bekal dari rumah. Nasi, telur goreng, sayur / ulam banyak2. RM8 untuk sekali makan tengahari memang membebankan, bukan sahaja puan malah saya juga.
5) Suami puan makcik boleh cuba bercucuk tanam di rumah, kalau ada tanah sekangkang kera pun sangat bagus. Atau tanam dalam bekas minyak masak atau botol sabun. Ajak anak puan bermain dengan tanah dan bercucuk tanam.
Ulam raja, pegaga sangat senang tumbuh, dan tinggi khasiat. Boleh bawa bekal ke pejabat juga. Sekali lagi, saya mohon maaf jika tulisan saya mengguris hati puan. Saya cuma kongsikan daripada kawan saya, anaknya juga severe autisme tapi umurnya baru 12 tahun.
Semalam makcik dah terdesak terp4ksa pinjam RM100 dari pekerja indonesia belakang rumah
Orang tua – tua kata per4ngai anaknya macam budak terencat akal bila datang meItd0wnnya. Memang perit didengar. Dia mampu sebut beberapa perkataan saja, itupun tak jelas. Sebut saja la, bukan untuk berkomunikasi.
Kawan saya sudah cuba mengubah pemakanan anaknya dan membanyakkan aktiviti fizikaI sejak usianya 7 tahun, hasil perkongsian pengalaman rakan – rakan juga. Malah doktor yang merawat anaknya juga bersetuju bahawa anak autisme sensitif dengan permakanan.
Gula dan gluten dalam gandum menyebabkan mereka h4ywire. Alhamdulillah banyak perubahannya. T4ntrum dan amvkan ganas sudah berkurangan. Dulu kawan saya pernah masuk wad kerana pitam, anaknya pukuI dengan buku di kepala.
Kena gigit kena pukuI kena tend4ng itu dah biasa. Tangan kirinya pernah patah dihempap anaknya yang meng4muk. Tak ingat puncanya. Kini berat badan anaknya juga lebih terkawal, dan anaknya juga sudah boleh memahami peraturan yang mudah – mudah, walaupun tidak mampu responds apa – apa lagi.
Semua ini mengambil masa yang panjang, tapi hasilnya sangat menggembirakan. Saya doakan urusan puan makcik sekeluarga dipermudahkan, dilimpahkan rezeki yang berpanjangan, dicukupkan segala keperluan, dan dikurniakan kesihatan serta kekuatan jiwa dalam mengh4rungi kehidupan seharian. Aameen.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.