
Memang saya ikhlas jaga mentua dengan keadaan sarat mengandung. Adik beradik suami yang lain langsung tak tolong. Tolong beli pampers pun hentak – hentak letak depan pintu. Semalam dompet suami betul – betul kering, kami redah je COD kuih dapat RM15. Saya bagi suami RM10, baki buat beli ikan...
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, boleh siarkan permasalahan saya tak? Tapi mohon hide profile saya ye. Saya perIukan nasihat, pandangan dan pendapat positif dari kalangan pembaca dan juga mungkin dari menantu – menantu dan ipar di luar sana.
Saya berkelulusan ijazah dan bekerja sebagai kerani sebelum kahwin, saya kahwin hujung tahun lepas. 3 bulan lepas kahwin, saya disahkan mengandung. Alhamdulillah dengan rezeki ini. MaIangnya alahan saya teruk sangat sampai terp4ksa berhenti.
Tapi saya syukur dikurniakan rezeki dapat suami yang baik dan bertimbang rasa, sebab membenarkan saya berhenti kerja. Kami tinggal bersama ibu mentua memandangkan suami anak bongsu dan keadaan kesihatan ibu mentua yang tidak mengizinkan yang memerIukan perhatian.
Ibu mentua pula tidak boleh berjalan sebab ada masalah lutut dan berg4ntung sepenuhnya pada lampin pakai buang untuk buang air kecil. Masalah saya sekarang, setiap hari saya akan rasa s4kit hati, menangis, str3ss dan akan rasa nak meng4muk.
Saya tidak tahu ini berkaitan em0si ibu mengandung atau sebab masalah orang sekeliling. Saya ikhlas jaga ibu mentua saya walaupun kerenah dia membuatkan saya rasa macam nak tengking, marah kat dia, tapi saya tak buat macam tu, sebab saya rasa kesian pada dia.
Dia pon kalau boleh tak mahu s4kit begitu bukan? Yang membuatkan hati saya memb3ngkak, bila saya rasa semuanya atas bahu saya, mana adik beradik suami yang lain? Saya dah lah alahan, selalu tak larat, tambahan lagi mengandung anak sulung.
Jenguk, tanya khabar pun tidak keadaan ibu mereka yang s4kit ini apatah lagi nak hulurkan bantuan. Saya selalu bagitau kat suami, “saya ni seorang je ke menantu mak, abang ni sorang je ke anak mak?” Suami hanya cakap, “nak buat macam mana, mak beranakkan abang seorang je, sabar lah, dah dugaan kita macam ni.”
Kami sedar yang kami ni menumpang je di rumah ini, tapi tak semestinya kami berdua je yang kena bertanggungjawab. Saya tahu tanggungjawab jaga ibu ni atas bahu anak lelaki, menantu tak perlu dibebankan. Tapi isteri mana tak kesian kat suami kan, 6.30 pagi dah gerak pergi kerja, balik kerja pun dah 7.40 nak malam, perjalanan pergi kerja dah 60km, balik pon 60km atas moto tu, total 120km hanya atas jalan.
Ikutkan hati, kami nak menyewa rumah dekat dengan tempat kerja suami, tak perlu la dia berulang alik jauh macam tu setiap hari, tapi suami ni memikirkan keadaan ibunya, tiada orang lain yang nak jaga. Adik beradik yang tinggal sekampung ni pon h4ram nak datang jenguk sama ada mak s4kit demam ke apa, apatah lagi nak hulur duit utk beli pampers.
Bila kami suruh beli pampers pon marah – marah hentak pampers tu depan pintu. Apa mak dia ni menyusahkan dia ke? Sampaikan mak mentua sendiri cakap tak mahu minta tolong dengan anak yang lain, sekarang cuma mengharap pada suami dan saya.
Bila saya tak larat sangat nak masak, saya pergi beli bungkus je makanan untuk mak mentua. Hari saya demam, saya tidur m4ti, mak mentua pulak tak sanggup agaknya nak k3jutkan saya tidur, kebetulan anak perempuan yang tinggal di negeri lain call tanya keadaan maknya.
Mak mentua pulak mengadu yang dia lapar, apa lagi melenting la anak perempuannya habis dicanang kat saud4ra mara yang saya ni pemalas. Tak boleh dikira dengan jari saya menangis betapa str3ssnya saya menguruskan rumahtangga ini.
Yang mereka tahu hanya nak cari kelemahan saya sebagai menantu, saya malas masak, saya malas urus mak dia, saya letih sangat. Tapi mereka tak tahu betapa struggIe nya saya dan suami cari duit untuk belanja isi rumah, gaji suami tolak bil – bil, barang dapur, hutang tinggal berapa kerat je.
Saya dengan keadaan berbadan dua ni, tidur lewat bangun pula jam 3 pagi buat nasi lemak, jam 5.30am hantar kat warung makanan pagi semata – mata nak tolong suami, duit jualan boleh la buat kami beli lauk makan hari – hari, sebab mak mentua hanya makan ikan dan daging sahaja.
Jadi kami kena berbelanja lebih untuk itu. Untuk kami memang tiada masalah untuk makan setakat nasi ngan telur kicap sahaja. Sekarang kandungan dah masuk 7 bulan, barang baby langsung kami tak beli apa lagi, dan waktu ini saya m4kin tak larat untuk buat nasi lemak, bacaan HB pun menurun berikutan tak cukup tidur dan sekarang ini hanya buat kuih untuk COD sahaja.
Semalam dompet suami betul – betul kering, tapi alhamdulillah hasil jualan kuih pergi COD semalam boleh la rm15. Pergi COD dengan moto, redah je asalkan dapat duit, dan mampu doa je agar kandungan selamat. Rm10 saya bagi suami utk isi minyak motor untuk pergi kerja.
Makan pulak saya bekalkan makanan cukup untuk 2 kali makan, baki Rm5 saya buat beli ikan dan roti untuk makan kami 3 beranak, mujur bahan masakan dan beras masih mencukupi. Untuk 2-3 hari kemudian ni, makan je la apa yang ada, simpanan pon langsung takde, pampers mak mentua pon dah nak habis. M4ti kutu dibuatnya dan hanya mampu berharap rezeki baby selalu ada. Amin..
Komen Warganet :
Cik Munirah : Pampers mertua da nak abes kan, mana anak yang dok negeri lain komplain kuat tu? Suruh dia beli pampers mak dia. Ewah – ewah, jaga taknak, komplain banyak. Aku kalau orang nak tolong jaga mak aku, dah kira besaq rahmat dah.
Ini dah la taknak jaga, siap pakej complain. Aku b3ngang dengar anak jenis tak reti nak jaga mak s4kit ni. Tak kesah la anak laki ke pmpuan. Tanggungjawab bersama! Jangan bebankan menantu ipar duai. Mak masing – masing, mintak jaga la ye masing – masing. Jangan lepas tangan.
Nur Hazira : Awak sangat hebat sis. Percayala ganjaran pahala sungguh besa. Yes betol memang letih dengan bwk perut ke hulur hilirkan tapi percayala anak dalam perut awak tu mesti paham situasi awak cuma awak kena kawal em0si walau kadang – kadang str3ss.
Tang adik beradik suami awak tu abaikan sahaja. Doa banyak – banyak semoga dibukakan pintu hatinya. Berd0sa besar dia buat mak dia macam tu. Rezeki Allah tu luas percayala selepas melahirkan anak tu nanti rezeki pasti melimpah.
Siti Suada Daud : What goes around come arounds. Sis, menjaga warga emas lebih susah dari bayi. Kerana mereka punya kehendak dan perIukan tenaga yang banyak. Sis kena jaga diri sis dulu dan barulah sis ada tenaga untuk jaga warga emas dan baby sis.
Yang akan berg4ntung sepenuhnya pada sis. Be strong girl, di sebaliknya penuh dengan 1001 rahsia. Macam mak saya yang menjaga neneknya yang tua sehingga akhir hayatnya. Allah kurniakan dia selepas itu anak – anak yang belajar mudah.. suami yang baik.
Masa sekarang sis hanya nampak susah sangat, lapangkanlah d4da, banyakkanlah solat. Jaga diri sendiri. Berilah sekadar mampu kepada ibu. Selepas itu sis akan tahu apa hadiah tertunggak dari ujian ini. Uruskanlah masa sis, supaya punya masa berehat juga.
Bincangkan dengan suami apa yang boleh dia tolong supaya bebanan dikongsi bersama. Untuk adik beradik yang lain, jangan dipikirkan sangat kerana sayang sekali mereka meninggaIkan lubuk pahala ini pada sis dan suami. BaIasan mereka juga telah ditetapkan oleh tuhan. Lagi letih untuk kita s4kit hati. Be strong girl. Rest when u need.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.