Selepas seminggu ibu bapaku meninggaI, nenek datang dengan bertongkat tuntut hak. Paling sedih dia minta…

Memang dari dulu nenek tak suka kami sebab arw4h ayah kahwin dengan ibu, bukan menantu pilihan. Paling aku ingat, seminggu lepas ibu ayah meninggaI, dengan keadaan bertongkat nenek datang nak tuntut hak. Tapi yang ada dekat rumah aku hanyalah kuali besar dan mesin jahit..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, ini cerita kisah hidup aku. Kisah yang penuh onak dan duri… dugaan bagi aku, doakan aku semoga aku kuat untuk menghadapi masa – masa akan datang. Kisah ini berlaku beberapa tahun lepas.

Sekelip mata aku menjadi yatim piatu. Aku telah kehilangan kedua ibu bapa aku termasuk abang aku sekaligus pada bulan puasa akibat kemaIangan jalan raya. Waktu tu tinggal lebih kurang 2 minggu sebelum menyambut hari raya.

Jantung aku seolah – olah berhenti seketika ketika menerima khabar berita itu. Betapa sedihnya aku yang tak dapat diungkap dengan kata-kata… Kisah ini juga telah disiarkan di buletin utama tv3 dan juga harian metro dimuka hadapan.

Tinggallah kami 4 adik beradik, aku yang ke-3 dan ada seorang adik. Kakak aku yang sulung baru berusia 20 tahun, manakala kami 3 beradik masih bersekolah, yang paling sedih umur adik aku yang bongsu baru berusia 7 tahun.

Ketika kejadian, adik dan juga 2 orang abang aku turut mengikut ibu bapa aku untuk pergi ziarah saud4ra mara di pahang. Ibu aku sempat membeli barang – barang untuk persiapan raya kami semua. Hanya aku dan kakak aku sahaja yang tidak mengikut mereka untuk pergi ke sana.

Entahlah, masa tu memang hati tak tergerak untuk pergi. Sebelum ibu aku berangkat ke sana, ibu aku ada mengajak aku dan kakak aku untuk ikut sekali tapi aku hanya katakan tak nak. Ibu aku sempat bercakap pada aku sebelum pergi mungkin kerana dia melihat aku termenung dan sedih ketika itu.

Aku pun tak tahu apa yang ada dalam fikiran aku ketika itu. ibu aku menyoal aku “kenapa taknak mak pergi ke?” Aku hanya diam, dan ibu aku berpesan pada aku “duduk baik – baik ye” Sungguh aku ingat sampai sekarang itulah pesanan terakhir dari ibu aku seolah – olah dia tahu dia akan pergi buat selamanya

Tetapi sudah takdir, mereka terlibat dalam kemaIangan semasa ingin pulang ke rumah. Adik aku ced3ra parah hingga dimasukkan di ICU, kakinya patah dan tuIang retak. Allah, tak sanggup aku melihat adik aku yang sekecil itu menanggung kes4kitan sorang abang aku terselamat dan mengaIami ced3ra ringan.

Pada malamnya, jen4zah kedua ibu bapa aku dan abang aku dibawa pulang ke rumah. Aku teramat sedih melihat ketiga – tiga jen4zah diruang tamu rumah aku. Abang dan adik aku masih di hospitaI, jadi mereka tidak sempat menatap dan mencivm mereka buat kali terakhir.

Selepas beberapa hari mereka telah dikebvmikan, abang aku telah keluar dari hospitaI dan pulang ke rumah. Ketika sampai di rumah, aku sangat sebak melihatnya kerana dia seolah – olah mencari ibu ayah dan abang di setiap sudut rumah tetapi tidak kelihatan, aku dapat melihat mukanya yang hampa seolah – olah dapat mengagak mereka sudah tiada lagi.

Selepas itu, pakcik aku memanggilnya dan memberitahu bahawa kedua ibu ayah dan abang sudah tiada. Dia hanya diam tanpa mengeluarkan airmata tetapi aku dapat membaca pada air mukanya yang dia begitu sedih. Sejak pada itu, dia tidak banyak bercakap, lebih kepada diamkan diri.

Kami adik beradik struggIe untuk meneruskan kehidupan, tak ada siapa pun yang ambil tahu sedangkan pakcik – pakcik saud4ra ramai yang tinggal sekampung, hanya nenek saud4ra yang betul – betul mengambil berat tentang kami.

Dia selalu datang ke rumah kami, kadang – kadang bawakan makanan walaupun dia sendiri sudah tua tapi alhamdulillah masih kuat. Untuk pengetahuan semua, kami masih ada seorang nenek beIah arw4h ayah, tapi dia langsung tidak ambil tahu pasal kami kerana dia memang dari awal tak suka kami kerana arw4h ayah kahwin dengan menantu bukan pilihannya.

Jadi, dia pun memang tak suka arw4h ibu. Itu aku tidak kisah sebab dah terbiasa. Tetapi yang membuat aku sedih ialah selepas seminggu dua kami kehilangan ibu bapa aku, dia datang ke rumah kami untuk menuntut hak dia katanya.

Sanggup dia datang jalan kaki pakai tongkat sebab da berumur dah tak larat nak berjalan, tapi dia gagahkan jugak datang semata – mata untuk menuntut hak dia. Kami bukan orang senang, kami orang susah dan tak ada harta benda yang ditinggalkan kepada kami.

Kedua ibu bapa aku hanya kerja kampung yang gajinya hanya ratus – ratus sahaja. Malah, rumah yang kami tinggal sekarang pun bukanlah rumah sendiri, tetap kena bayar sewa walaupun ibu bapa aku telah tiada. Bayangkan kami adik beradik hidup macam mana selepas ketiadaan ibu bapa

. Tambah pula dia datang untuk menuntut hak. Aku hanya mampu berdiam diri, kakak aku sebagai anak sulung bersuara kepada nenek aku, “Nek, kami pun hidup sebatang kara tidak ada tinggalan harta dan wang ringgit, jadi kalau nenek nak ambil barang – barang dalam rumah ni, nenek ambillah sebab kalau nak minta duit, memang kami tak ada”.

Sungguh aku tak sangka melihat kelakuan nenek aku, dia terus bangun dan berjalan – jalan dalam rumah aku melihat barang apa yang dia mahu ambil. Setelah itu, dia bersuara “aku nak mesin jahit ni, kuali besar ni”. Ada 1 kuali besar di rumah aku untuk tujuan kenduri kend4ra, aku tak kisah, ambillah.

Tapi, yang membuat aku sedih ialah dia mahukan mesin jahit kami, mesin jahit tu ibu aku yang membelinya dengan titik peluh dia sendiri untuk kakak aku dan ia menjadi sumber pendapatan kami adik beradik kerana kakak aku tukang jahit.

Tergamaknya dia mahu ambil sedangkan dia tahu kakak aku menjahit untuk mencari rezeki. Sempat lagi dia berkata mahu berikan mesin jahit kepada cucunya kerana cucunya itu sedang belajar menjahit sekarang, nanti da habis belajar, bolehlah dia pakai mesin jahit tu untuk mengambil tempahan – tempahan baju.

Cucu yang dimaksudkan tu ialah cucu kesayangannya yang tinggal bersamanya. Kami terp4ksa akur dengan kehendaknya. Selepas pada itu, aku dan kakak aku cuba belajar membuat kek untuk mencari pendapatan. Kami belajar hanya di google dan facebook.

Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu. Aku juga menjadi agent menjual tudung. Aku sedaya upaya mencari side income demi perbelanjaan kami. Itu belum masuk lagi part pakcik aku yang kami panggil paklang. Sepatutnya kami adik beradik dapat claim duit insurans kereta kerana kemaIangan tetapi dia lagi laju bertindak, duit yang sepatutnya menjadi hak kami adik beradik telah diambil olehnya tanpa pengetahuan kami.

Tak apa, makanlah harta anak – anak yatim piatu seperti kami. Mungkin terlepas di dunia tapi bukan di akhir4t kelak. Macam – macam rintangan yang kami lalui, bukan senang menjadi anak yatim piatu sekelip mata berubah kehilangan yang begitu meny4kitkan rindu yang tiada penghujungnya hanya Tuhan yang tahu sampai sekarang.

Apabila orang di sekeliling aku bertanya tentang ibu bapa aku bagi yang tidak tahu, aku hanya mampu diam, tidak pernah sekalipun aku memberitahu tentang ibu bapa aku yang mereka sudah tiada kerana aku sungguh tak kuat dan tak mampu untuk bercerita.

Setiap kali aku teringatkan mereka, air mata aku deras mengalir. apatah lagi mahu bersuara sungguh aku tak kuat. Jadi, aku mohon doakan semoga aku terus kuat dan kuat. Semoga jasa baik dan doa – doa korang berbalik kepada kalian. Semoga Allah saja dapat membaIasnya. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati aku. Harap admin siarkan. Terima kasih admin. – Rai (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ann Fardan : Moga Allah Iindungi dan permudahkan urusan awak adik beradik. Yakinlah langit tak selalu mendung. Ombak g4nas akan tenang jua. Hujan lebat cuma sementara sahaja pastinya pelangi akan muncul jua.

Moga mereka – mereka yang mengani4ya anak – anak yatim seperti kalian akan mendapat pembaIasan di hadapan mata kalian juga. Jaga diri dan jaga hubungan dengan Allah. Allah telah susun segalanya pasti akan dikurniakan baIasan terbaik atas kesabaranmu dik.

Siti Nur Aisyah Maulana : Allahu akbar. Sampai hati pak lang tu makan harta anak yatim. Tunggulah baIasan dari Allah. Allah tak zaIim dik. Saling bantu membantu ya untuk masa ke hadapan kelak. Mesti ada pelangi indah di hadapan kelak. Meh pm kakak. Dah tak mampu nak taip panjang. Sedih menyelubungi diri.

Zackary Zickry : Semoga Allah meIaknat mereka yang makan harta anak yatim piatu. Abang kamu (anak lelaki) w4ris ada, tak layak untuk adik beradik tuntut harta ayah ibu kamu. Mesin jahit ibu kamu, nenek sebeIah bapa tak layak tuntut.

Dia juga zaIim ambil harta bukan milik dia. Semoga Allah mengazab mereka dengan sekeras – keras azab dan meIaknat mereka selagi mereka tak pulangkan hak kamu.

Pae Alysha : Salam takziah.. Al-fatihah untuk kedua ibu ayah dan abang yang telah pergi. Semoga mereka di tempatkan di kalangan orang beriman. Dik.. kalau betul paklang amik duit insurans tu. Awak wajib f1ght. Pergi report polis. Tunjuk bukti yang insurans tu dituntut oleh paklang. Wahai lawyer budiman.. bantulah anak yatim ni mendapatkan haknya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.