
Selama ni abang dan kakak ipar ingat adik – adik mereka yang jaga ayah mentua. Sebenarnya saya, menantu perempuan yang terp4ksa angkat, tukar pampers ayah mentua seorang diri. Bila semuanya terbongkar, adik – adik ipar mula tunjuk protes. Satu hari, ayah mertua mengadu tentang adik ipar buat saya terk3jut..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca di sini. Pertama saya minta maaf andaik4ta penulisan saya ini tunggang langgang. Saya Safiya yang berumur 28 tahun serta sudah berkahwin dan ada anak berusia 2 tahun setengah.
Bulan januari lalu, ayah mentua berada di rumah saya kerana s4kit. Tidak mampu berdiri. Ber4k k3ncing pakai pampers. Makan pun perlu bersuap. Tujuan ayah mentua di hantar ke rumah kami kerana suasana lebih selesa dan bersih.
Sebagai menantu saya okey sahaja. Salah satu bakti saya untuk ayah mentua. Lagipun, saya tiada ayah kerana meninggaI dunia akibat s4kit buah pinggang ketika saya tingkatan 4. Jadi memang dah anggap Ayah mentua seperti ayah sendiri.
Lagipun memang ayah mentua sangat baik. Ibu mentua juga telah tiada. Masalah timbul apabila masa ayah mentua mahu menukar pampers, ada tiga adik ipar di rumah seolah mengelak. Tatkala Ayah mentua nak tukar pampers saja, mesti panggil saya.
Kadang – kadang saya sibuk buat kerja juga. Sanggup mereka menunggu saya juga daripada mereka nak buat sendiri. Saya bukan manusia berkira tapi fahamlah batas aur4t antara ayah mentua dengan menantu perempuan walau boleh bersalaman.
Tapi bab mencuci itu, sepatutnya si anak lebih berhak. Bukan tak diajar tapi semua pakat tak nak buat. Kalau ada Kaklong dengan Abang Ngah, mereka tiada masalah. Tapi sebab mereka bekerja dan cuma hari minggu saja mereka cuti dan menjenguk ayah mentua.
Itu belum bab nak angkat ayah mentua untuk mandi. Dipanggil berkali – kali tak menyahut. Nak harap saya sorang nak angkat, mana tahan. Berat Ayah mentua pun lebih 70kg! Saya cuma 58kg. Suami saya pun tak boleh angkat sorang jugak.
Memang kena ada dua orang paling kurang untuk angkat ayah mentua. Untuk pengetahuan, 3 adik ipar saya ada dua perempuan dan sorang lelaki. Yang lelaki baru berumur 15 tahun. 2 adik ipar perempuan ini asalnya bekerja tetapi setelah Ayah mentua s4kit, mereka berdua berhenti kerja untuk jaga Ayah mentua.
Mereka berdua diupah oleh suami serta adik beradik lain. Saya takde upah ye. Saya cuma membantu. Tapi itulah, banyaknya campak ke saya. Nak suap makan ayah mentua pun payah. Saya dengan anak lagi. Mujurlah anak saya macam faham agaknya situasi ibunya.
Tak banyak ragam kecuali kalau dia tak sihat. Kalau dia tak sihat, dia mahu melekat dengan saya saja. Sepatutnya, tiga adik ipar tue fahamlah bila dah nampak situasi macam tue. MaIangnya, tidak. Tetap panggil saya bila nak tukar pampers, mandi or suap makan.
Satu lagi, jajan anak saya macam biskut, wafer mesti akan habis. Beli hari nie, esok tinggal plastik saja. Kadang – kadang anak belum rasmi lagi dah pandai – pandai buka dan makan. Bukan berkira tapi biasakanlah diri untuk minta izin dahulu.
Must4hil saya tak bagi. Ada saya tegur tapi jadinya lain. Mereka anggap yang saya tak suka mereka. Suami bertanya perkara sebenar. Saya pun ceritalah semuanya. Suatu hari, suami, Kaklong serta Abang Ngah datang dan memanggil ketiga – tiga adik mereka dan bertanya.
Kaklong tanya, “Siapa yang tukar pampers ayah hari nie?” Terkulat – kulat bertiga nak jawab. Lepas tu ditanya lagi kalau bancuh susu sekali berapa ML, mereka bertiga gagal menjawab. Kaklong berkata dengan nada kecewa,
“Jadi selama nie Kakchik (saya) lah yang buat kerja selama ni ya.Korang berdua ni yang dapat upah.” Dan Abang Ngah sambung, “Bukan tanggungjawab dan kewajiban Kakchik jaga ayah. Semua itu atas belas ihsan dia. Dia tak jaga pun tak berd0sa.
Kami harapkan kamu berdua jaga Ayah. Ayah dulu sama – sama bantu mak cuci ber4k k3ncing kita semua. Kamu, Aina (bukan nama sebenar), masa kecik berapa kali kau munt4h kat baju ayah. Ayah tak pernah marah atau merungut.”
Nak dekat dua jam juga budak bertiga itu kena “basuh”. Suami juga menegur mereka suka ambil makanan jajan anak saya. Suami kata bukan tak bagi makan tapi ada adabnya. Memang dia kata rumah ni rumah dia tapi bukan bermaksud adik beradik boleh suka hati.
Sejak itu, mereka berubah. Tetapi mereka buat tak tahu dengan saya. Tak bertegur, kita ajak makan pun sampai ke sudah tak makan dan mereka rela order makanan kat Foodpanda. Apa – apa makan dalam bilik mereka.
Takpelah, saya peduli apa. Bukan salah saya pun. Saya cakap benda betul. Bukan saya berkira ke apa. Buat apa upah mereka tapi tak buat kerja. Mereka fikir bila mereka buat macam tu, saya akan sedih or merayu pada mereka.
Tak! Sampai ke sudah saya biarkan. Suami pun cakap tak payah layan. Suami pun tahu mereka marah sebab dah terkant0i. Adalah beberapa kali ayah mentua cakap mereka bertiga buat kerja agak kasar. Kadang – kadang kena marah kerana asyik dipanggil.
Sampai pernah kena marah, “Ayah ni berapa kali nak tukar pampers?! Ingat pampers Ayah ni murah ke?!” Kata ayah dia terasa hati. Ujar ayah lagi, ada sahaja mereka rungutkan sehingga membuatkan ayah mentua saya sedih dan berasa dirinya menyusahkan anak – anak.
Sampai pernah nak duduk di rumah orang tua lagi. Ayah pun ada bercerita hal itu pada suami, Kaklong dengan Abang Ngah. Macam biasa, budak bertiga itu ditegur. Sudah itu, dimarahnya ayah mentua balik. Cakap suka mengadu bagai.
Sampai sekarang ni mereka tak tegur saya. Bila saya memasak di dapur pun mereka tak bantu. Takpelah, tak kisahlah. Tetapi apa yang saya masak mereka tak makan. Macam biasa, order kat Foodpanda. Saya peduli apa, nak makan, makan.
Tak nak sudah! Duit habis order Foodpanda jer, duit takde pandai minta kat suami. Tak berani nak minta kat Kaklong atau Abang Ngah. Suami saya just hulur RM10 jerlah. Dah buat muka tak puas hati. Bayangkan ya, suami, Kaklong dengan Abang Ngah bagi upah jaga Ayah mentua untuk dua adik ipar tu RM1, 200 sebulan.
Seorang RM1,200 ya. Maknanya dua orang RM2,400 sebulan! Sewa rumah takde, bayar bil api air takde, barang dapur pun takde. Motor pun ayah mentua dah habis bayar. Apalagi nak. Tu belum lagi dengan per4ngai hadap phone main games tak sudah.
Memang sekarang saya buat konsep peduli apa aku. Diorang kata ni rumah abang diorang, ye memang. Saya juga tuan rumah, bukan bibik ke apa. Adik ipar yang umur 15 tahun siap cakap, “Nanti bila Abang Chik dah m4ti, rumah ni Adik yang dapat..” Cakap dengan penuh bangga.
Umur segitu dah pandai cakap bab harta. Nampak sangatlah begitu gembira dia bila suami saya meninggaI agaknya. Kau tak tahu dik, rumah ni sudah atas nama Akak dah. Kau tak boleh buat apa. Begitulah ceritanya. Saya bukan apa.
Bukan tak bersyukur atau merungut itu ini. Saya tiada masalah pun jaga ayah mentua jika disuruh pun atau tiada adik – adik ipar saya ni. Boleh sahaja. Anggap ianya bakti saya kepada ayah kandung saya. Dan sebagai anak, janganlah berkira.
Kalau mereka geli basuh b3rak k3ncing bapak sendiri, bagaimana pula saya? Tapi ketepikan juga. Ayah mentua saya cakap, “Ayah tak minta s4kit macam ni. Takde niat Ayah nak susahkan anak menantu Ayah. Maafkan Ayah ya.”
Sayu tak sayu bila seorang ayah cakap macam tu. Ibu Ayah boleh jaga 10 atau berbelas orang anak. Tapi belum tentu berbelas anak semua boleh jaga Ibu Ayah. Jangan disebabkan upah besar baru nak jaga Ibu Ayah. Beringatlah… Tak must4hil apa yang kita buat pada ibu atau ayah macam tu, kita akan dapat balik. – Safiya (Bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
Zalikha Zahidan : Ermm. Sebak baca part adik – adik ipar marah ayah depa tu. Hurmmm sampainya hati marah kat ayah sendiri macam tu. Sampai terasa ayah tu. Allahuu sedihnya lah hati orang tua. Kesian kat dia dah la tak sihat.
Ni semua ujian. Sabar ye kak chik. Kesian kat awak nak kena layankan adik – adik ipar yang macam tu. Kita faham yelah bukan nak berkira ke apa tapi macam pijak kepalakan. Dengan abang dia sendiri pun tak hormat dah, ini kan dengan kak chik.
Dengan ayah pun boleh biadap cakap macam tu. Hmmm semoga urusan awak dipermudahkan dunia akhir4t. Dan semoga awak dikurniakan ganjaran pahala tak terhingga atas budi baik jaga ayah mentua. Hebat kak chik.
Najihah Shahizzat : Apabila adik ipar umur 15 tahun boleh cakap macam tu maksudnya dia telah dimanjakan oleh abang kakak sebelum ayah mereka s4kit. Dia rasa mereka lebih disayangi dan dah biasa dapat apa yang dia nak.
Adakah suami awak gi bayar upah menjaga, buat apa? Itu ayah sendirilah. Abang dan kakak tu kena bagi nasihat untuk diorang jaga ayah sendiri. Masa ni lah kita nak jaga lubuk pahala kita. Cara didikan tu dah salah. Takkan ada kesed4ran sampai bila – bila pun apabila mereka tak tahu kepentingan untuk berbakti pada mak dan ayah sendiri.
Rose Linda Roslan : Alhamdulillah hanya adik – adik ipar yang begitu tapi suami dan older ipar – ipar memahami itu semua bukan responsibility tetapi ihsan dari puan. Orang perempuan memang macam ni, asalkan suami memahami dan on our side, boleh merentas apapun onak duri.
Semoga diringankan buat puan sekeluarga dan silaturahim dapat pulih kembali. Keikhlasan sememangnya hal yang sukar digapai but worth so much di sisiNya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.