Selama ni sy ingat mak mata duitan mintak hantaran mahal. Rasa nak cium kaki mak skrg jugak

Masa majlis konvo, mak, ayah dan adik – adik datang. Kawan – kawan pun ramai tapi saya perasan ada seorang lelaki pakai baju polis. Bila saya tanya mak, mak kata nak j0dohkan dengan saya. Dalam hati terus nyanyi lagu Gerak Khas.

#Foto sekadar hiasan. Kisah ini adalah baIasan dari warkah seorang suami untuk isteri. Waalaikumussalam sayang.. Alahai.. Puitis sungguh abang ye. Sampaikan ada komen kata abang ni gegirl. Eww! Ada jugak yang komen abang ni buaya.

Ni saya setuju, haha. Sebelum saya meneruskan warkah ini, saya sebenarnya tak puas hati dekat abang. Satu malaysia dah tahu muka saya ada bekas jerawat. Bertuah punya laki! Apa – apa pun terima kasih atas warkah abang tu ye.

Banyak yang doakan keluarga kita bahagia dunia akhir4t. Semoga doa – doa kalian terpantuI kembali kepada kalian juga. Aamiin.. Surat abang tu dah ok.. Cuma saya sebagai wanita yang dis4kiti ini, ingin menambah sedikit fakta.

Nak kena puitis jugak ke? Ok.. I try.. Abang.. (sambil diiringi lagu kitaro) Betapa hati ini sangat terharu apabila abang mengorat diri ini. Abang ingat lagi tak kali pertama kita bertemu? McDonald Jalan silang, KL menjadi saksi cinta kita.

Abang berjersi Inter Milan biru hitam, jeans hitam, sudah cukup menggetarkan hati ini. Tapi kerana itu pertama kali, tidaklah saya menunjukkan ketidaksenonohan di depan abang. Dah tentulah saya berlagak ayu dan lembut, selembut softlan.

Saya ingat lagi bagaimana nervousnya abang ketika itu. Sampaikan straw yang abang pegang nampak terketar – ketar dihujungnya. Di situ, saya tahu yang abang sebenarnya telah terpik4t dengan diri yang comel ini. Masa tu semua indah.

Sampailah abang curang. Abang sebenarnya tak kant0i sebab saya baca mesej. Sebenarnya minah tu yang mesej saya dulu marah – marah. Seolah – olah saya yang r4mpas abang daripada dia. Saya ni p4ntang orang cari g4duh. Saya takut. Haha..

Sebab tu, saya rela mengundur diri. Saya tak rebut jantan. Saya ada maru4h. Maka, bermulalah episod kekecewaan diri ini. Abang kenal lagi Hana? Dia lah tempat saya meluah. Selepas pertemuan malam terakhir kita. Saya masuk ke rumah sewa dengan penuh kesedihan.

Muka saya tak ubah macam orang kalah jvdi. Hana yang pandang saya masa tu, terus tarik lengan saya. Soalan pertama dia, “Nasik goreng aku mana?” Saya dahlah tengah sedih. Boleh pulak dia tanya nasik. Saya tak jawab. Saya terus menangis sepuas hati.

Hana peIuk dan usap belakang saya. Dia terus faham. “Nangis je. Lepaskan semua malam ni. Esok ko kena kuat. Macam p0wer rangers!” Hana cuba buat saya gelak. Tapi hambar. Tangis saya m4kin kuat. Kawan – kawan lain yang tengah khusyuk menelaah dalam bilik, semua keluar mengelilingi saya.

Semua cuba memujuk. Cuma ada seorang kawan yang agak sinis. sampai sekarang saya ingat ayat dia “Alaa.. baru putvs cinta.. bukan putvs kaki”. Abang tau tak, tak sampai sebulan lepas tu, boyfriend dia pun buat hal.

Time dia menangis, saya tanya dia “Kaki kau putvs ke?”. Puas hati. Ok. Habis cerita malam tu. Subuh esoknya, saya terjaga. Terdengar lagu Siti Sarah. Kesetiaan. Saya layankan. Seram sejuk rasanya. Bercucuran airmata kecewa saya.

Macam Niagara Falls. Terasa lemah badan, s4kit segala sendi – sendi. Baru teringat dah hampir 24 jam saya tak makan apa – apa. Maknanya badan saya mengalami proses det0ksifikasi ambien water. Abang percaya ke? Mana ada.

Saya gurau je. Abang google lah sendiri nama proses tu. Pagi tu, saya p0nteng kelas. Saya ajak Hana p0nteng sekali. Walaupun kalau tak ajak, dia memang kaki p0nteng. Kami keluar ke KL, ke Kotaraya. Saya borong komik Shin Chan.

Penyiasat Remaja. Majalah Ujang. Lagipun duit PTPTN saya baru je masuk. Meng4muk mak saya kalau tahu. Hari tu terubat sedikit Iuka di hati. Tapi, kesilapan terbesar saya adalah apabila saya salah memilih arah. Kaki saya membawa saya ke McDonald Jalan Silang!

Hana yang tak tahu apa – apa, terus saja masuk. Saya ikut. Ketika beratur, saya pandang meja kita dulu. Pedih. Saya pandang bekas straw. Dua kali pedih. Saya biar airmata saya mengalir laju. Hana tak perasan sebab teruja nak pilih menu.

Yelah, dia pun terp4ksa berlapar semalam bila saya tak belikan nasik goreng dia. Sampai 2 bijik dia pesan burger. Saya cuma minum. Selera saya m4ti. Seperti m4tinya hati saya. “Betul ke ko tak nak makan?” Hana berkali – kali offer burger dia yang satu lagi.

Tapi saya geleng. Saya tunggu dia habiskan makanan. Saya layan komik. Sebenarnya apa yang saya baca, langsung tak masuk otak. Sebab otak saya beriya – iya mengingatkan saya pada abang. Teringat teka – teki abang. Cerita – cerita abang dan game ular.

Mula malam tadi, saya dah tak nak main game tu lagi. Lagipun takkanlah saya nak pecahkan rekod sendiri. Ok. Habis cerita hari pertama kecewa. Saya rasa saya laluinya dengan baik. Tiada adegan bvnvh diri. Syabas kepada saya.

Begitulah dari hari ke hari. Ada masa – masanya saya akan layan nangis sambil mandi bawah shower. Terasa la jugak macam adegan filem dalam hujan. Setiap kali solat, saya doa minta dipermudah urusan j0doh saya. Sampailah bulan kedua ketiadaan abang, masa tu saya dah kuat.

Bak kata orang Jawa dulu – dulu.. ‘Time heals..’ Masa tu Majlis Konvo saya. Mak, ayah dan 2 orang adik saya ada. Kawan – kawan pun ramai datang. Abang tau tak, masa tu saya berharap sangat yang abang akan muncul. Tapi hampa.

Dalam ramai – ramai tu ada sorang mamat pakai baju polis. Saya tanya mak saya “Mak buat salah apa sampai nak kena tangkap?”. Mak saya berterus terang. Rupanya mamat tu nak dij0dohkan dengan saya. Eh? Hati saya terus nyanyi lagu Gerak Khas.

Masa tu saya tak rasa apa. Saya pandang polis tu. Hati saya tak berdebar. Rasa nak terkentut je. Di rumah saya bagitau mak saya yang saya belum bersedia. “Yang ko nak bersiap sedia bagai dah kenapa? Mak bukan suruh ko jadi polis. Mak nak ko jadi bini polis”

“Tak nak la mak.. nanti dia kena temb4k. Cepat saya jadi balu”. “Kalau dah ajaI, bila – bila pun m4ti” “Lagi satu, kalau ada orang jahat dend4m kat dia, saya yang jadi t3busan. Masa tu mak jugak yang susah. Nak selamatkan saya kena pakai helikopter. sebab saya kena ik4t atas bukit”

Masa tu mak saya dah tak layan. Terus masuk dapur. Hahaha, saya menang. Bye abang polis, aku bukan untukmu. Aku doa kau berjumpa yang lebih baik. Bulan keempat ketiadaan abang, saya betul – betul sembuh. Cuma hati masih terkunci rapat.

‘Dah kahwin agaknya dia..’ Saya terbayang abang segak memakai persalinan pengantin. Siap tanj4k dan ker1s. Dan saya di tepi abang, sedang bermain kompang. Uh! Sedih.. Selepas k0nvo, saya masih duduk di rumah sewa yang sama.

Saya bercadang nak sambung Masters. Tapi saya memilih untuk bekerja dahulu. Saya ingat lagi, 3 Mac 2004, Selepas Maghrib, fon saya berbunyi. Nombor tidak dikenali. Public phone agaknya. Masa tu saya terfikir ‘ni kalau bukan nak berkenalan, mesti sc4mmer’ “Helo.. Rumah M4yat Shah Alam..”.

“Assalamualaikum awak…”. Ya Allah! Aku kenal suara tu! Suara yang dah buat hidup aku jadi tak menentu selama 4 bulan ni! Abang! “Abang ni..”. Ye.. Saya tau.. “Awak tak perlu nak cakap apa – apa, dengar je dulu.. abang rasa abang nak cuba jugak”.

Cuba apa ni? “abang nak cuba nasib dengan awak.. Abang nak awak. Abang akan usaha” Abang tau tak masa tu saya cub1t – cub1t lengan saya, mimpi ke? Tapi s4kit. Hati saya rasa nak meIetup. Terlalu banyak benda terjadi dalam satu masa.

Mana nak terk3jut lagi, mana nak percaya, mana nak happy. Semuanya! All in one! Rasa yang sukar ditafsir. “Awak tak payah jawab apa – apa sekarang ni. Abang nak jumpa awak”. Masa tu saya menolak. Sebab saya betul – betul takut jatuh lagi. “Tunggu sana”.

Dan abang letak. Saya terkebil – kebil. Dalam lebih kurang setengah jam, kedengaran pintu dik3tuk, saya doa dalam hati. Mintak – mintak bukan posmen. Bila buka pintu. Wajah kesayangan h4mba. Terasa nak Iempang muka itu. Benci. Tapi rindu.

“Kemas barang. Ikut abang balik kampung!”. Saya bagi alasan. Senggugvt. Tapi lakonan saya gagal. “Abang tunggu kat bawah sampai awak turun!”. Abang tahu tak, masa tu kawan – kawan serumah saya semua dah pasang telinga kat tepi.

Bila saya tutup kembali pintu, semua dah bersorak macam nak giIa. Nasib laa.. dapat kawan – kawan seweI. Dalam saya berkira – kira nak pegi ke tak, sorang – sorang kawan saya bagi pendapat. Ada yang kata jangan. Ada yang kata terima.

Ada yang senyap cuma tepuk – tepuk tangan. Macam singa laut pulak. Masa tu, orang yang saya nak dengar cuma Hana. “Ko pegi je.. Mungkin dia j0doh yang ko tunggu” itulah rasanya ayat Hana yang paling serius saya pernah dengar selama berkawan dengan dia.

“Kalau dia ada abang ke.. adik lelaki ke.. ko kenalkan kat aku pulak” hmm..baru je puji. Maka, saya pun berkemas. Saya bawak baju kurung paling cantik yang saya ada. Nak jumpa bakal mentua la katakan.. Bila turun, abang senyum.

Yakin betul abang kan yang saya akan turun. Sebelum masuk kereta saya pandang atas, tingkap rumah sewa, dipenuhi muka – muka staIker pelbagai negeri. ‘Doakan aku kawan – kawan!’ Dalam kereta, abang ceritakan semua.

Termasuk kawan abang yang mimpikan saya. Abang katakan yang dia memang ‘speciaI’. Macam kasyaf pun ye. Banyak benda pelik yang dia tahu. Antaranya, dia boleh teka nama abang sebelum abang kenalkan diri. Dia kata dia agak je.

Tak sangka pulak betul. “Senang la abang nak mintak nombor ekor kat dia”. Abang jeling. Eleh.. gurau pun tak boleh. Saya ingat lagi abang putvskan hubungan dengan si dia. Dalam hati saya. ‘Aku per4mpas ke?’ Bila dia mesej kata yang dia pengsan.

Saya rasa dia betul – betul takut kehilangan abang. “Kesian dia.. abang berbaik je dengan dia. Salah faham je tu” Hmm.. Abang ingat saya ikhlas ke cakap macam tu? Saya berlakon je. Ingat senang senang saya nak lepaskan abang lagi?

Huh! Langkah m4yat abang dulu. Alaa.. M4yat abang laa.. Saya tak nak m4ti lagi. “Abih tu 10k camana?” “Tu kita serah pada Allah. Abang tak nak orang lain dalam hidup abang!” Saya menangis. saya pandang ke luar tingkap sebab muka saya buruk kalau menangis.

Takut bila abang tengok, cancel pulak nak jumpa mak ayah abang. Alhamdulillah.. segala galanya mudah selepas itu. Kita nikah pada tahun 2006. Abang pulak yang menangis lepas akad. Mesti masa tu abang macam tak percaya dah nikah dengan saya kan?

Untung la abang… haha. Part abang hutang member, dan mak pulangkan duit, kenapa saya tak tahu? Abang tahu tak berapa lama saya rasa tak puas hati pada mak sebab ingatkan dia mata duitan? Rasa nak civm kaki mak sekarang jugak.

Ampunkan saya mak.. Buat abang, memang betul saya tak boleh lupa. Dan abang memang curang pun. Tapi, abang dah buktikan sepanjang 15 tahun kita kawin. Abang berjaya buktikan kesetiaan abang. Cuma ada sekali sekala abang jeling awek depan saya, saya halal je.

Sebab abang lelaki normal. Kalau tak jeling, saya takut je abang sebenarnya g4y. Lagi parah. So, buat semua pembaca, korang memang sangat baik hati. Saya jadi tak berani nak komen kat post tu sebab takut kant0i. Memang saya topfan pun.

Oh ye.. yang mempersoal tentang sekufu atau tidak saya dan suami. Suami saya adalah bekas pelajar MRSM dan pernah diterima masuk UUM. Cuma separuh jalan, sebab banyak nak pakai duit katanya. So, dari segi pemikiran.. kami sekufu.

InsyaAllah. Anak – anak? Saya ada 5 orang. Semua lelaki. Saya geIarkan mereka Hang Tuah 5 bersaud4ra. Yang sulung dah masuk MRSM. Ikut jejak bapaknya. Dua orang bersekolah rendah, dan dua lagi berumur 3, dan setahun lebih.

Harap dapat menjawab pertanyaan t3rjun katil dan s0mersault sebelum ni, haha. So, itu saja dari saya. Wassalam. Terima kasih… – Isterimu (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zulhilmi Jol Hassan : Hi confessor. Yeay! dapat jugak baca kisah cinta rumah m4yat Shah Alam the sequel. Saya betul – betul exc1ted nak baca tadi, feeling exc1ted tu sama macam nak baca chapter baru One Piece setiap Jumaat.

Mana yang tau, tau lah. Hahahha. You guys are so adorable and so meant for each other. Got bitt3rsweet moments in confession. Part manis yang buat saya tersengih sorang – sorang. Seronok dapat baca kisah cinta Confessor and husband.

Moga ik4tan perkahwinan yang dah dibina kekal utuh bahagia sampai bila – bila. Best wishes, confessor and husband.

Cikgu Bibi : Paling tak tahan part isteri tak tahu duit hantaran maknya pulangkan 4k.. Tak pasal sampai anak 5 pun masih simpan buruk sangka kat mak kan.. haha.. suami awak ni mesti jenis intr0vert.. mulutnya kat hati.. isterinya pulak jenis peramah terlebih.. memang padan sangat kamu berdua ni.

Atikah Najwa : Rasanya ni kisah paling bestttttt pernah saya baca. Like saya dan suami, sejenis yang masuk air. Hal kecik pun terus ajak tom0y. Saya : bawak bakul berisi baju nak jemur kat luar ( terIanggar husb ).

Husb : Ko kenapa yangg? Nak g4duh cakap! Bermula la peper4ngan dunia ketiga selama 30saat menggunakan baju yang lembap tu, 5 minutes kemudian (jemur baju kat luar sama – sama )

Maisarah Mohamad : Akhirnyaaaa, habis sudah penantian aku nak baca warkah baIas untuk si suami plak. Memang gelong – gelong sengaI la bini h4ng weiii. Ya Allah, tetapkanlah hati mereka untuk satu sama lain.

Panjangkanlah j0doh mereka hingga ke syurga. Berikanlah kebahagiaan di dunia dan akhir4t utk meraka sekeluarga, amin..

Tee Zatee : Pasal hantaran tu pun lebih kurang cerita kita. Tapi mak mana la yang k3jam, dia saja nak uji kesungguhan Akhirnya separuh je. Sebab tahu kewangan lagi penting lepas dah berumahtangga. I love my mother.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.